Saturday, September 27, 2014

PENGKISAHAN LENGKAP TRAGEDI LANGKAH KAJANG

Huraian pengkisahan lengkap kerakusan nafsu Anwar dan kelembuan Wan Azizah dalam "langkah Kajang"



PKR ~ Parti Kencingkan Rakyat Selangor - Drama Politik Anwar pedajal Lee Chin Cheh, Khalid Ibrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuan tuan dan puan puan, Muslimin dan Muslimat yang di hormati sekelian.

Saya percaya bahawa setiap warga Malaysia yang sedang mengikuti perkembangan terkini krisis politik yang di cetuskan oleh Anwar Ibrahim di Selangor Darul Ehsan sedang tertanya tanya samada kemelut yang di sengajakan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat @ PKR ini akan reda dengan perlantikan YB Mohamad Azmin bin Ali, Timbalan Presiden PKR oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj, Sultan Selangor Darul Ehsan sebagai Dato Menteri Besar Selangor yang baru semalam?



Krisis ini di cetuskan Anwar Ibrahim melalui 'Kajang Move' dengan memaksa Ahli Dewan Undangan Negeri N25 PKR Kajang YB Lee Chin Cheh untuk meletak jawatan bagi membuka ruang untuk Anwar Ibrahim bertanding di Kajang di dalam Pilihanraya Kecil DUN N25 Kajang yang baru. 

Tujuan Anwar adalah supaya diri nya dapat di lantik menjadi Menteri Besar Selangor dan seterusnya merintis jalan ke Putrajaya untuk akhirnya menjadi Perdana Menteri Malaysia iaitu puncak aspirasi politik diri nya sejak dari zaman Tun Dr.Mahathir lagi!


Mahu tak mahu maka YB Lee Chin Cheh terpaksa mengisytiharkan dirinya meletak jawatan dari menjadi ADUN N25 Kajang berkuatkuasa sertamerta pada 27hb Januari 2014! 



Ini adalah visual surat rasmi perletakan jawatan beliau:



Demi terpaksa akur kepada kerakusan nafsu mengejar kuasa Ketua Umum parti PKR yang di anggotainya, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor seperti Lee Chin Cheh terpaksa menyerahkan kerusi yang di menangi nya didalam Pilihanraya Umum ke 13 dengan tiada alasan kukuh selain dari menurut kemahuan seorang manusia yang hidup mati nya hanya mahu berkuasa di Malaysia dengan apa sahaja cara nya! 

Walaupun terpaksa menyembelih kerjaya politik seorang ADUN seperti Lee Chin Cheh yang tidak ada apa apa rekod kesalahan baik dari segi politik atau salah laku pentadbiran. Satu kes penganiayaan politik secara terang terangan namun tak ada sesiapa pun dari PKR yang telah tampil untuk membela YB Lee Chin Cheh, seorang lagi mangsa kerakusan nafsu politik Anwar!

Makanya Anwar Ibrahim pun mengatur strategi untuk menobatkan dirinya sebagai calon PRK N25 Kajang bagi menggantikan Lee Chin Cheh dan seterusnya menggantikan MB Selangor ketika itu YAB Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim dari PKR juga sebagai batu loncatannya nak ke Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya!



Kelicikan Anwar Ibrahim di dalam arena politik bakal menjadi 'benchmark' 'political dictatorship' seseorang yang bercita cita besar seperti nya sanggup berbuat apa sahaja bagi mencapai maksud dan matlamatnya untuk berkuasa secara mutlak!

Di atas kekecewaan orang lain @ YB Lee Chin Cheh, Anwar Ibrahim dengan rakusnya berusaha untuk menjadi calon Pilihan Raya Kecil N25 Kajang baru dan menyebabkan pengeluaran kos belanja pilihanraya tanpa perlu kepada semua pihak yang terbabit!



Namun segala impiannya musnah hancur berkecai apabila Mahkamah Rayuan mendapati ia bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan dan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun terhadapnya sekaligus menghalang Anwar Ibrahim dari layak bertanding di PRK N25 Kajang! Anwar tidak boleh memegang sebarang jawatan politik dan tidak boleh bertanding di dalam mana mana pilihanraya. 



Mahkamah membenarkan pelaksanaan hukuman di tangguh dan Anwar di benar mengikat jamin sebanyak RM10000.00. Timbalan Pendakwa Raya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak membantahterhadap penangguhan hukuman tersebut.

Terpaksa lah Anwar mencalonkan isterinya Wan Azizah bagi menggantikannya di dalam PRK N25 Kajang bertanding melawan calon BN Datuk Paduka Chew Mei Fun dari MCA!

Maka bermula lah episod Wan Azizah dengan kipasnya!





Seperti di jangkakan, Wan Azizah berjaya menewaskan Datuk Paduka Chew Mei Fun dengan majoriti sebanyak 5379 undi.





Wan Azizah kemudiannya mengangkat sumpah menjadi ADUN N25 Kajang pada 7hb April dan bermula lah usaha Anwar Ibrahim untuk mendesak MB Tan Sri Khalid Ibrahim untuk meletakkan jawatan bagi membolehkan kerusi Menteri Besar Selangor di isi oleh isterinya!



Perancangan Anwar Ibrahim itu bagaimanapun di tentang Tan Sri Khalid yang enggan melepaskan jawatannya semudah itu sebagai Datuk Menteri Besar Selangor dan berikrar untuk terus bertugasmentadbir Kerajaan Negeri Selangor sekaligus menjadi batu penghalang kepada projek 'Kajang Move'Anwar.

Kemarahan Anwar Ibrahim terus memuncak dengan keengganan Tan Sri Khalid Ibrahim untuk melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor. 

Persengketaan di antara Anwar dan Tan Sri Khalid bertambah sengit dengan tindakan Tan Sri Khalid selaku MB Selangor menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan Projek Langat 2bagi membantu mengelakkan krisis air di Selangor dari berulang!



Anwar Ibrahim dan isterinya Wan Azizah serta pemimpin pemimpin PKR lain kemudiannya melancarkan roadshow bagi menjatuhkan imej dan integriti Dato Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dengan menuduh beliau terlibat dengan salah laku begitu begini. 

Di bawah ini adalah di antara sebab sebab mengapa Anwar Ibrahim suami isteri begitu berseteru dengan Tan Sri Khalid Ibrahim, Dato Menteri Besar Selangor:



Tan Sri Khalid dikatakan sebagai amat berhati hati dengan pengeluaran sebarang dana dari Perbendaharaan Kerajaan Negeri Selangor dan tidak memberi layanan istimewa terhadap mana mana pemimpin PKR serta DAP sehingga mereka sakit hati dengan beliau.

Maka di lancarkan lah kempen menikam 'kawan' yang tidak mahu kowtow terhadap hasrat dan perancangan Anwar untuk mencalonkan isteri nya sendiri bagi menggantikan Khalid!



Di tayangkan slaid pada skrin besar didalam roadshow menjatuhkan kredibiliti Tan Sri Khalid Ibrahim kepada para hadirin majlis mereka.






Pengarah Startegi PKR Rafizi Ramli turut berucap menyampaikan kata kata berbisa bagi melumpuhkan kredibiliti Tan Sri Khalid Ibrahim kepada penyokong penyokong Pakatan Rakyat Pembangkang yang hadir.



Begitu rakus sekali hasrat Anwar Ibrahim dan isterinya Wan Azizah untuk menduduki kerusi Menteri Besar Selangor dengan apa sahaja cara sehingga mereka sanggup mengkhianati Tan Sri Khalid Ibrahim, seorang ahli parti PKR yang telah begitu banyak membantu keluarga Anwar tatkala di landa pelbagai krisis berikutan Anwar Ibrahim kerap terlibat dengan pelbagai kontroversi serta di sabitkan dengan salah laku seks.



Tersiar didalam internet satu dokumen yang terpapar di bawah surat tawaran kepada Tan Sri Khalid Ibrahim akur dengan 'Kajang Move' Anwar Ibrahim:


Di dalam usaha mereka untuk memujuk Khalid Ibrahim melepaskan kerusi MB kepada Wan Azizah sudah tentu mereka akan cenderung untuk menjanjikan apa sahaja. Namun Tan Sri Khalid Ibrahim jenis tak mudah makan suap (sudah cukup kaya) dan ia tetap dengan keputusannya untuk terus bertugas sebagai MB Selangor sehingga penggal nya tamat.

Pucuk pimpinan PKR akhirnya mengambil keputusan untuk memecat Tan Sri Khalid dari parti mereka. Pertama sekali dengan menghantar satu notis tunjuk sebab kepada Khalid.



KENYATAAN AKHBAR
PRESS RELEASE
PARTI KEADILAN RAKYAT
Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan kes disiplin dan tatatertib TAN SRI KHALID IBRAHIM (Cabang Kuala Selangor). Kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN bertarikh 9 Ogos 2014.
Berikut adalah keputusan yang dicadangkan Lembaga Disiplin, yang turut mempertimbangkan surat-surat balasan oleh TAN SRI KHALID IBRAHIM bertarikh 6 Ogos 2014 dan 8 Ogos 2014, dan dipersetujui Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.
Beliau telah didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat pada 21 Julai 2014 yang sebulat suara memilih Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.
Beliau telah membuat kenyataan media pada 22 Julai 2014 yang menyatakan keengganan beliau meletak jawatan Menteri Besar dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut.
Atas alasan ini sahaja pun, Lembaga Disiplin berpendapat beliau wajar dipecat.
Majlis Pimpinan Pusat turut mengambil maklum bahawa:
• Beliau ingkar terhadap keputusan yang telah dicapai oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Dato’ Seri Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang, sdr Lim Kit Siang, dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai:
o menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2;
o menangguhkan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, EXCO dan ADUN negeri Selangor;
• Beliau turut gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipersetujui sendiri oleh beliau untuk melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor;
• Beliau turut berkeras untuk meneruskan projek Lebuhraya KIDEX walaupun parti sudah mengarahkan beliau untuk mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan sebelum Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu;
• Beliau turut gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.
Oleh yang demikian, adalah diumumkan bahawa TAN SRI KHALID IBRAHIM dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyatberkuatkuasa serta-merta.
DATO’ DR TAN KEE KWONG
PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN
PARTI KEADILAN RAKYAT
9 OGOS 2014




Khalid Ibrahim ni bukan jenis mudah menyerah kalah. Beliau terus memohon menghadap Duli Tuanku Sultan Selangor bagi memaklumkan akan Baginda Tuanku mengenai keadaan terkini dirinya yang kini telah di pecat dari PKR.




Sesudah di pecat dari PKR, Tan Sri Khalid berstatus Ahli Bebas dan selepas beliau mengadap DYMM Tuanku Sultan Selangor, di perintah Tuanku Sultan untuk terus berkhidmat sebagai Datuk Menteri Besar Selangor menunggu perkembangan seterusnya.
Saksikan video ini:



DYMM Sultan Selangor cukup mesra dengan Menteri Besar Baginda kerana bersih, cekap dan amanah sehingga boleh mengkayakan Kerajaan Negeri Selangor dengan Rizab berjumlah lebih RM3 Billion! MB lain mana ada?

Betapa mesranya Tuanku bersama Tan Sri Khalid!


Sebaik sahaja sedar bahawa diri telah di khianati Anwar, maka Khalid Ibrahim seperti manusia lain pun bertindakbalas dengan memecat kesemua 6 orang Exco Selangor dari (3 orang dari DAP dan 3 lagi dari PKR)! 




Tinggal 4 orang Exco PAS yang terus bersama Tan Sri Khalid untuk mengelakkan MB Selangor dari membubarkan Dewan Undangan Negeri dan yang memungkinkan Pilihanraya Negeri di adakan. Ianya mungkin menyebabkan Pakatan DAP-PKR-PAS kalah dan kehilangan kuasa memerintah Selangor! Semuanya strategi politik. Tikan menikam, Pecat memecat.

Akhirnya Tuanku Sultan Selangor bertitah supaya PKR, DAP dan PAS mengemukakan 3 nama calon ADUN dari setiap parti berkenaan untuk Baginda pilih seorang ADUN berkenaan untuk di lantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. 


PKR dan DAP berkeras untuk mencalonkan hanya Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sekaligus menderhaka terhadap titah Tuanku Sultan!


Cuma PAS sahaja yang akur terhadap perintah Tuanku dan menghantar 3 nama calon sepertimana di arah tetapi di waktu yang sama pucuk pimpinan PAS Pusat serta PAS Selangor berkata mereka tidak pelahap jawatan MB!



Betapa tidak cerdik nya kepimpinan PAS yang melepaskan begitu saja peluang keemasan untuk menerajui Kerajaan Negeri Selangor dan terus membiarkan pucuk pimpinan PKR yang tamak mengejar kuasa dan mempersetankan sesiapa sahaja didalam kemaruk mereka!



DAP menyokong membawa rebah kerana mereka lagi suka bila Melayu berantakan sesama sendiri!Peduli apa mereka jika PAS dengan PKR terus bercakaran dan bersengketa dan sekali sekala merekamengadu dombakan PAS dan PKR dengan UMNO untuk merenggangkan tali persaudaraan sesama Islam dan sebangsa Melayu itu!

DAP dan PKR sudah mati akal nak buat macamana lagi?

Segala usaha Pengarah Strategi PKR untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid Inrahim tak menjadi! Lebih menyakitkan hati mereka bila BN menyokong Tan Sri Khalid terus menjadi MB!
Semua kemelut politik Selangor ini menyebabkan Tuanku Sultan Selangor tidak berkenan langsung dengan kerakusan dan keterlampauan Anwar Ibrahim serta isterinya Wan Azizah sehingga Baginda menolak permohonan kedua mereka untuk masuk mengadap Baginda bagi memaklumkan Baginda bahawa Wan Azizah telah mendapat sokongan majoriti Ahli Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi memimpin Kerajaan Negeri Selangor!



Keengganan Tuanku Sultan Selangor itu menerima Anwar Ibrahim dan Wan Azizah masuk mengadap Baginda menggagalkan segala perancangan Ketua Umum PKR itu untuk memerintah Selangor secara proksi melalui isteri nya di kerusi MB. 

Pepatah Inggeris kan sebut keadaan ini sebagai 'throwing a spanner into the works!'



Segala strategi, segala perancangan perampasan kuasa Menteri Besar oleh Anwar Ibrahim hasil idea Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli semua hancur musnah dan tidak kemana kerana Duli Tuanku Sultan Selangor bukan seorang Sultan yang mudah di tipu atau di desak dengan apa cara sekalipun! Ini Sultan yang berdaulat lah! Bukan boleh pelemah sesuka hati! 



Gedebuk gedebak begitu begini, akhirnya Tuanku Sultan Selangor menerima perletakan jawatan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Datuk Menteri Besar Kerajaan Negeri Selangor. 

Baginda Tuanku pun terpaksa memilih seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dari PKR juga kerana PAS tidak berminat terhadap memegang jawatan itu dan DAP memang tidak menepati syarat syarat untuk menduduki Kerusi Menteri Besar kerana bukan Melayu dan bukan Islam!

Tetapi Baginda tidak berkenan terhadap Wan Azizah untuk menjawat kedudukan MB itu apatah lagi Anwar Ibrahim?


YB Azmin Ali bersama Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Mereka di katakan saling menghormati.
Tup tup esok keluar lah berita bahawa Menteri Besar Selangor yang baru adalah Timbalan Presiden PKR iaitu YB Mohamed Azmin bin Ali, ADUN Bukit Antarabangsa!



Berakhirlah episod 'Langkah Kajang' cetusan Anwar Ibrahim dan kini Azmin Ali sudah memegang jawatan yang di idam idamkan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah yang memang nampaknya boleh melupakan cita cita mereka untuk menjadi MB Selangor apatah lagi menguasai Putrajaya!



Akhirnya bak kata pepatah Melayu lama, Anwar Ibrahim dan Wan Azizah terkena sumpahan ' Yang di capai tak dapat ; yang di kendong tercicir!

Datuk Menteri Besar Selangor YAB Tuan Mohamed Azmin Ali juga yang kini tersenyum riang walaupun ada desas desus mengatakan beliau tak akan di benarkan Anwar Ibrahim untuk menjawat Kerusi MB Selangor sampai cukup penggal.

Anwar nak buat macamana lagi jika kata putus dari Istana Alam Shah tetap MENOLAK PERMOHONAN UNTUK MASUK MENGADAP TUANKU SULTAN SELANGOR?

Apa apa pun jangan sangka Anwar Ibrahim akan menyerah kalah begitu saja!


Cita cita nya tetap sama iaitu untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia!





Bak kata Arnold Schwarzenegger di dalam watak filem Terminator Anwar kan berkata 'I will be back! Saya kan kembali!'



Kita tengok lah nanti apa muslihat Anwar lagi untuk berusaha menjadi PM Malaysia dengan apa cara saja sebelum menghembus nafas terakhir?


SUMBER

No comments:

Post a Comment