Friday, September 26, 2014

HARAP HINDRAF TAK BUAT DEMONSTRASI..!!!!

Nak hidup mewah dengan memilih cara yang mudah. Semoga beri pengajaran kepada semua golongan masyarakat. Cuma berharap agar HINDRAF tidak menjadikan isu ini sebagai rasis..!!!

Samseng Bangsar minta wang perlindungan dijel 10 bulan, sebatan


KUALA LUMPUR 24 Sept. - Tindakan seorang 'Samseng Bangsar' mengugut serta meminta wang perlindungan daripada penduduk-penduduk yang sedang mengubah suai rumah mereka akhirnya menyebabkan lelaki itu 'disumbat' ke dalam penjara.
M. Shretharan, 28, dihukum penjara 10 bulan, sebatan satu kali dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas lelaki itu mengaku bersalah atas tiga pertuduhan melakukan kesalahan tersebut, bulan lalu.
Majistret Nur A'iminahtul Mardiah Md. Nordin turut memerintah tertuduh dipenjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda.
Bagi pertuduhan pertama, Shretharan didakwa mengugut Chan Yeun Chiong, 40, untuk menyerahkan wang perlindungan RM1,000 dan sekiranya gagal, tertuduh akan melakukan sesuatu terhadap mangsa di hadapan rumah No. 245, Lorong Maarof, Bangsar di sini kira-kira pukul 1.30 petang, 14 Ogos lalu.
Bagi pertuduhan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan sebatan satu kali.
Sementara bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa melakukan perbuatan yang sama terhadap pasangan, Wong Yat Chong Chong, 58, dan Liew Kim Loong, 54, serta jiran mereka, Riduan Raja Alam, 46, dalam dua kejadian berasingan, supaya masing-masing menyerahkan wang perlindungan RM3,500.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di No. 1, Jalan Limau Kasturi, Bangsar pada pukul 2 petang, 15 Ogos dan di rumah Riduan di No. 40, Jalan Limau Kasturi, Bangsar kira-kira pukul 9.50 pagi, empat hari kemudian.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM1,000 atau penjara dua bulan bagi pertuduhan kedua sementara bagi pertuduhan ketiga, lelaki itu dihukum penjara tiga bulan dan denda RM1,500 atau penjara tiga bulan.
Kesemua hukuman penjara itu diperintah berjalan berasingan bermula hari ini.
Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau dengan sebatan atau mana-mana dua daripada seksaan itu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Svetlana Mohd. Nordin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap Shretharan memandangkan lelaki itu mengulangi perbuatan yang sama dan tindakannya itu mengganggu kesejahteraan serta keharmonian awam.
Peguam Mohd. Sharil Adnan yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk denda terhadap anak guamnya supaya dia boleh menjalani kehidupan baharu.
Mengikut fakta kes, tertuduh mengugut pemilik-pemilik rumah yang sedang mengubahsuai rumah masing-masing untuk membayar wang perlindungan, dan sekiranya gagal, dia akan membawa kumpulannya untuk memukul mereka.
Kongsi Konten di :

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140925/ma_04/Samseng-Bangsar-minta-wang-perlindungan-dijel-10-bulan-sebatan#ixzz3EIiVKEsy
© Utusan Melayu (M) Bhd 





No comments:

Post a Comment