Tuesday, September 16, 2014

INI HASUTAN...BERTINDAKLAH..!!!

Bukankah ini satu bentuk hasutan atau kerajaan menganggap ianya satu lagi kebebasan bersuara..!!! Jelas ini satu pergerakan yang cuba membangkitkan kemarahan rakyat Sarawak terhadap kerajaan Malaysia yang seterusnya akan meningkatkan sentimen kenegerian yang akan menyaksikan semakin ramai rakyat Sarawak menyertai NGO jahat ini.
jangan dibiarkan arang mula membara..kerana satu hutan bisa diratahnya


Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berperanan mendesak Sarawak keluar Malaysia, Sarawak Association for People’s Aspiration (SAPA) telah mengadakan sambutan Hari Malaysia pada 15 September 2014 dengan menganjurkan Perhimpunan Aman Sarawakians Oil and Gas di hadapan pejabat Petronas dan Shell.

Di sebalik penganjuran perhimpunan itu, penglibatan Ahli Parlimen Miri dari PKR dan Fong Pau Teck dari DAP termasuk Pengerusi SAPA, Lina Soo merupakan mereka yang berperanan besar dalam penganjuran perhimpunan itu.

Lina Soo yang kini diburu polis ekoran penglibatan langsungnya dalam mahu membawa Sarawak Keluar Malaysia yang boleh dikenakan Akta Hasutan.

Manakala penglibatan Ahli Parlimen Miri dan ADUN Pujut dari Pakatan Rakyat dalam perhimpunan ini jelas pengaruh politik pembangkang meresapi pertubuhan NGO ini.

Dianggarkan seramai 80 orang terlibat sebagai perhimpunan pagi tadi yang diadakan secara aman dan terkawal. Difahamkan perhimpunan itu telah mendapat permit daripada polis.

Perhimpunan bermula di hadapan Petronas Miri sebelum berarak ke Sarawak Shell Berhad Miri.

Di sebalik perhimpunan itu diadakan, ia adalah bertujuan untuk menghantar memorendum oleh kepada pengurus Syarikat Oil & Gas iaitu En Shuhaili (PETRONAS) dan Puan Peing Tajang (Pengurus Komunikasi SHELL) untuk menuntut beberapa permintaan antaranya:

1. Kontrak2 syarikat Oil dan Gas harus diagihkan secara saksama kepada kontraktor tempatan yang memenuhi kriteria.

2. Memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan serta kuota CEO di syarikat Oil dan Gas.

3. Lebih banyak biasiswa perlu diagihkan kepada pelajar tempatan yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam.

Sekiranya ramai beranggapan perhimpunan itu tidak memberi kesan kepada politik Sarawak maka ia adalah silap terbesar. Ini kerana biarpun perhimpunan itu berskala kecil tetapi publisiti dan promosi perhimpunan itu sangat menarik perhatian rakyat Sarawak yang kini sangat berminat dengan slogan sarawak for Sarawakian.

Manakala, perhimpunan itu juga tidak memerlukan modal yang besar namun dipercayai memberi impak yang besar terhadap propaganda dan daya memikat pengundi untuk menolak kerajaan BN.

Sehingga kini sebarang perhimpunan yang dibuat oleh pertubuhan bukan kerajaan yang mahukan Sarawak Keluar Malaysia tiada sebarang tindakan tegas dilaksanakan sehingga menyebabkan mereka semakin aggresif untuk melakukan lebih banyak perhimpunan sebegini.

SUMBER



No comments:

Post a Comment