Tuesday, September 30, 2014

BEZANTARA MELAYU UNGGUL DENGAN MELAYU BARUA

Melayu barua Cina DAP yang dipergunakan oleh Cina DAP untuk runtuhkan institusi Melayu..!!!




Nilailah sendiri kerana yang dibawah ini adalah Melayu unggul yang telah memartabatkan bangsa Melayu!!!







Tahniah Hazzirah Izzati Pelajar Paling Muda Dianugerahkan PhD UTM
Inilah pelajar paling muda yang dianugerahkan PhD dari UTM yang membawa gelaran Doktor Falsafah. Dr. Hazzirah Izzati Mat Hassim merupakan pelajar paling muda yang dianugerahkan PhD dari Universiti Teknologi Malaysia(UTM).
Anak kedua daripada 8 adik beradik ini dilahirkan pada 18 Mei 1990 di Kota Bharu, Kelantan. Bapanya Mat Hassim bekerja sebagai Penolong Pegawai Perubatan di Unit Kecemasan, Hospital Tumpat Kelantan. Ibunya iaitu Martinawati Binti Salleh merupakan guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah rendah di Kota Bharu.
Hazzirah memulakan pengajian peringkat awal di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (1) pada tahun 1997. Pada tahun 1999, beliau menduduki peperiksaan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang membolehkannya melangkau ke Tahun 5 pada usia 10 tahun. Kelulusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah melayakkannya untuk diterima masuk bagi meneruskan pengajian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai pada tahun 2002 selama 3 tahun. Selepas tamat Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dengan keputusan 8A, beliau memohon untuk ke MRSM Bitara Pengkalan Chepa bagi meneruskan pengajian tingkatan 4 dan 5. Peluang belajar di MRSM Bitara Pengkalan Chepa dimanfaatkan sepenuhnya sehingga ditawarkan untuk turut serta dalam Program Ekspress UTM-MARA di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru : sebaik sahaja tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2006 dalam usia 16 tahun. Pemilihan pelajar untuk mengikuti program ini adalah berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM. Beliau kemudiannya mengikuti Program Persediaan Pra-Ijazah selama enam (6) bulan di UTM Johor Bahru bermula Januari 2007 hingga Jun 2007. Berdasarkan keputusan SPM (7A1, 3A2) dan keputusan peperiksaan akhir Program Ekspress UTM-MARA beliau berjaya untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan mendapat pinjaman boleh ubah dari MARA.
Selepas tiga (3) tahun mengharungi pengajian, beliau berjaya menamatkan pengajian dan bergraduasi pada Oktober 2010 dan telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan Kepujian Kelas Pertama dalam usia 20 tahun. Ekoran daripada itu, pihak MARA telah menukarkan pinjaman boleh ubah kepada biasiswa penuh. Beliau kemudiannya ditawarkan pula oleh UTM untuk melanjutkan pengajian terus ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) di bawah program Ph.D Fast Track UTM. Beliau menerima tawaran dan memilih untuk menjalankan kajian dalam bidang Matematik Tulen dan menerima biasiswa MyPhD yang ditawarkan oleh pihak KPT.





2 comments:

  1. Susah2 makbapak meletakkan harapan yang tinggi untuk anak yg dilahir, dijaga, diasuh, disusukan, dimanjai itu berguna pada AGAMA, BANGSA dan TANAH MELAYU akhirnya tuba juga yang dibalasnya..spt ADAM ADALI... tapi Dyana jgn cakap la...mak dia SOKONG ABIS DAPig....

    ReplyDelete