Friday, September 5, 2014

NAH AMBIK....!!!!

"Exco man grilled for four hours, treated like ‘criminal’," 

Punyalah nak menghasut betina komunis bangsat ni....harap di pulak di "grilled" 


WARTAWAN @MalaysiaKini BAKAL DIDAKWA MENGHASUT, TAHNIAH @PDRMsia


Tahniah pada Polis diRaja Malaysia kerana bakal mengambil tindakan yang tegas terhadap penghasut yang cuba memecah-belahkan perpaduan Rakyat Malaysia. Sepatutnya dah lama mengajar puak kurang ajar ini.

Wartawan Malaysiakini, Susan Loone telah diminta hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut petang ini untuk disoal siasat berhubung temubualnya dengan Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh.

Loone dan portal berita itu sedang disiasat di bawah Seksyen 41C, Akta Hasutan 1948 kerana menyiarkan temubualnya dengan Phee, yang dianggap menghasut, ketika Phee dalam tahanan polis awal pada hari Isnin berkaitan peranannya dalam Unit Rondaan Sukarela (PPS).

Susan Loone, yang diminta hadir di ibu pejabat polis daerah di Jalan Patani pada jam 3 petang, berkata seorang pegawai polis, ASP Jamal memaklumkan kepadanya tentang perkara itu pada jam 11.30 malam tadi.

Ia ekoran 10 laporan polis yang dibuat pada hari Selasa oleh PERKASA dan 13 NGO lain di Pulau Pinang terhadap laporan temubual tersebut

Kumpulan itu, yang diketuai oleh Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang, Mohd Rizuad Azudin, menggesa polis menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang terhadap Susan Loone dan Malaysiakini kerana didakwanya memfitnah pasukan itu dalam artikel bertajuk “Disoal siasat Selama 4 jam, dakwa dilayan seperti ‘penjenayah’,” yang diterbitkan pada hari Isnin.

Artikel itu adalah terjemahan Bahasa Malaysia artikel Susan Loone dalam bahasa Inggeris, yang bertajuk "Exco man grilled for four hours, treated like ‘criminal’," yang juga telah diterbitkan pada hari yang sama.






No comments:

Post a Comment