Friday, September 12, 2014

INI BUKAN MENGHASUT...???

Cukup-cukuplah kita membiar cna bangsap DAP ni verterusan menghasit..dari Sabah hinggalah ke Shanghai....apa yang dia buat tu..takkanlah promosi pelancongan..!!!!!


Kenapa Lim Kit Siang Mempolitikkan Isu Teoh Beng Hock Sehingga Ke Shanghai?

Sudah seminggu, Mahkamah Rayuan Putrajaya memutuskan kematian Teoh Beng Hock (TBH) lima tahun lalu bukan disebabkan oleh bunuh diri dan Mahkamah telah mengarahkan pihak polis untuk menjalankan siasatan dengan lebih terperinci. Biarlah pihak polis dan pihak peguam negara menjalankan siasatan mereka dan janganlah kita menunding jari ke mana-mana pihak terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Tidak perlu mempolitikkan isu berkenaan seperti yng dilakukan oleh DAP.


Untuk pengetahuan, sebuah akhbar Cina telah melaporkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah pergi ke Shanghai, China sejak 06 September 2014. Beliau telah bercakap di dalam forum bebas berkaitan keputusan Mahkamah Rayuan. Lim Kit Siang telah membuat penghakiman sendiri dengan menyatakan TBH telah dibunuh dan bukan membunuh diri. Katanya lagi, Rakyat akan mengingati kes ini dan kebenaran akan terserlah. CTS tidak nampak apa keperluan Lim Kit Siang untuk memburukkan negara di luar negara.

CTS amat bersetuju dengan pendapat Tunku Aziz yang merupakan Presiden, Yayasan Pencegahan Rasuah Malaysia dan bekas Timbalan Presiden parti DAP. Beliau telah menyeru kepada DAP untuk tidak menangguk di air keruh dengan membuat andaian sendiri serta mempolitikkannya. Akibatnya Rakyat akan terpengaruh sebelum keputusan seterusnya dibuat serta menimbulkan apa yang dikatakan prasangka dan seterusnya menjadi bahan khabar angin yang boleh menjejas keadilan yang dicari. Semua pihak harus menerima baik keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan. Ini membuktikan bahawa mahkamah di negara ini adalah bebas dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa dan tidak tunduk kepada kehendak kerajaan.

Jika diperhalusi penghakiman yang dibuat oleh salah seorang daripada tiga hakim Mahkamah Rayuan itu, iaitu Yang Arif Dato Mah Weng Kwai. Katanya, TBH bukan merupakan suspek di dalam siasatan kes tetapi hanya merupakan sebagai saksi. CTS berpendapat, sebagai seorang saksi, TBH adalah merupakan aset kepada SPRM yang harus dijaga dan bukan dihapuskan. Oleh itu, sebelum pihak polis, Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Kehakiman mengemukakan bukti kukuh bahawa TBH dibunuh, tidak ada pihak yang wajar dipersalahkan. SPRM juga tidak wajar ditunding jari.

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2014/09/kenapa-lim-kit-siang-mempolitikkan-isu.html#1IMUFFbCCy0rxcQ1.99


SUMBER

No comments:

Post a Comment