Friday, September 26, 2014

BERTARAF DUNIA

Proton Iriz terbaik dari Malaysia untuk dunia..!!! Kereta berkualiti tinggi tapi kalau kaki hina Proton..macam-macam yang tak puas hati!!! Macam-macam kelemahan dicari bagi mengaibkan Proton..!!! Nasiblah Proton lahir di negara yang penduduknya pelik...!!!




NASRUDDIN HASSAN LANCAR PROTON IRIZ DI TEMERLOH

Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan hari ini diberi penghormatan melancarkan produk terbaru keluaran Proton iaitu Proton Iriz di cawangan Proton Temerloh pagi ini.

Nasrudin dengan berjubah dan serban membuat pelancaran model kereta jenis kompak itu kira-kira jam 11.45 pagi ini dengan turut membacakan doa selamat.

Mahathir Mohamad
TANJUNG MALIM 25 Sept. - Proton Holdings Bhd. (Proton), akan mula menghasilkan kereta bertaraf dunia selepas berjaya mengeluarkan model kompak terbaharunya Proton Iriz.
Pengerusi Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, syarikat automotif negara kini sedang menuju ke arah itu yang menggambarkan bahawa idea menghasilkan kereta buatan nasional 29 tahun yang lalu tidak sia-sia.
Beliau berkata, Proton melalui jurutera dan pereka tempatan telah menunjukkan kebolehannya dalam menghasilkan enjin dan reka bentuk kereta yang mengandungi ciri-ciri keselamatan yang tinggi sama seperti apa yang ada pada kereta buatan Eropah.
Menurutnya, Malaysia bermula sebagai negara pengimport kenderaan yang tidak tahu menahu tentang industri automotif dan hanya mahukan memandu sebuah kereta, tetapi kini mampu untuk mengeluarkan 100 peratus kereta buatan sendiri.
"Tetapi harus ingat, syarikat pengeluar kereta terkenal juga tidak menghasilkan 100 peratus komponennya, malah membeli dari negara lain atau penyumberan luar kerana ia murah,'' kata beliau dalam ucapan pelancaran Proton Iriz di kilang Proton di sini hari.
Turut hadir, isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir. Hamim Samuri; Pengerusi DRB-Hicom, Datuk Syed Mohamad Syed Murtaza dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah.
Sebagai penguji kereta Proton, bekas Perdana Menteri itu meluahkan rasa puas hatinya dengan kemampuan Proton Iriz dan memberi jaminan ia sebuah kereta yang berbaloi untuk dimiliki.
"Kita telah memulakan langkah untuk meningkatkan kualiti kereta yang dihasilkan, banyak ujian pemanduan, ujian cuaca dan misalnya Iriz telah dihantar ke Sweden untuk ujian cuaca sejuk dan juga gurun dengan cuaca sehingga 42 darjah celcius. Kita mendapati kereta ini (Iriz) boleh mengharungi cuaca panas dan berjaya melepasi ujian 100,000 kilometer.
"Ada kereta daripada syarikat terkemuka dunia yang gagal sehingga terpaksa ditarik semula dalam pasaran, tetapi orang tidak perasan. Proton cuba menghasilkan yang terbaik dan kami tidak pernah menarik balik kereta dalam pasaran,'' tegas beliau.
Kongsi Konten di :

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20140926/ko_01/Proton-pencetus-kereta-bertaraf-dunia#ixzz3EN7gOAyU
© Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments:

Post a Comment