Friday, August 19, 2011

ZAINUL RIJAL DAN KARPAL SINGH....

Anwar Ibrahim mendakwa Zainul Rijal berkelakuan tidak profesional, tidak bersifat jujur dan tidak berniat baik untuk menegakkan keadilan. Tetapi sebenarnya Anwar sendiri tahu antara Zainul Rijal dan Karpal Singh, siapakah sebenarnya yang tidak jujur!!!!Tetapi itulah kehebatan ANWAR IBRAHIM....habis semua dikencingnya!!!!!


Anwar fail permohonan halang Zainul Rijal wakili JAWI


2011/08/18

KUALA LUMPUR: Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gagal meneruskan tindakan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, memfailkan permohonan bagi menghalang seorang peguam syarie daripada mewakili Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam rayuannya.

Beliau memohon mahkamah supaya Datuk Zainul Rijal Abu Bakar ditegah dan tidak dibenar mewakili Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain; Pengarah Jabatan Agama Islam (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam rayuannya itu.
Anwar memfailkan permohonannya di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah di sini hari ini, dengan alasan bahawa Zainul Rijal berkelakuan tidak profesional, tidak bersifat jujur dan tidak berniat baik untuk menegakkan keadilan.
Beliau mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya supaya memerintahkan pendakwaan syarie meneruskan pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26.

Pertuduhan qazaf ialah membuat tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki, dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Rayuan itu belum didengar. - BERNAMA



No comments:

Post a Comment