Lebih membimbangkan dan menghairankan ialah mengapa peneroka FELDA dapat 'duit raya' lebih awal dari kakitangan awam. Ada sesuatu yang tak kena dan MAZLAN ALIMAN harus bekerja sama dengan AMBIGA untuk menggerakkan satu lagi demonstrasi BERSIH dan kali ini adalah untuk membersihkan FELDA kerana walaupun dah muflis tapi mampu bagi duit raya!!!
Mungkin MAZLAN ALIMAN juga perlu tunggu pengumuman dari NAJIB bahawa kakitangan AWAM juga akan mendapat 'duit raya' dan siasat di saat negara merudum ekonominya, NAJIB mampu pula bagi 'duit raya' berbillion-billion kepada kakitangannya.
Rangkuman misteri penyelewengan 'duit raya' ini harus disiasat oleh MAZLAN ALIMAN. Buat demonstrasi 'BERSIH DUIT RAYA' segera. Jangan lupa ajak AMBIGA, A.SAmad SaiD, Mat SAbu, ANWAR IbRAhIm. Jangan lupa kali ini drama bagi mati 3-4 orang lagi dan yang paling penting ingatkan MAT SABU supaya ingat betul-betul jenis-jenis kenderaan yang melanggar dia!!!!
RM42.6 juta 'duit raya' Felda
KUALA LUMPUR 2 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian 'duit raya' kepada kesemua 112,635 warga peneroka Felda membabitkan peruntukan berjumlah RM42.6 juta.Menurut Perdana Menteri, daripada jumlah itu, seramai 100,357 peneroka atau 89.1 peratus yang bersama Felda akan menerima RM400 seorang iaitu melibatkan peruntukan berjumlah RM40.14 juta.
Tambah beliau, bakinya iaitu seramai 12,278 atau 10.9 peratus peneroka yang tidak bersama Felda pula akan menerima RM200 seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM2.46 juta.
"Bayaran akan dibuat kepada semua peneroka dalam minggu kedua bulan Ramadan dan dibayar di peringkat rancangan Felda seluruh negara.
"Pemberian ini adalah untuk menghargai sumbangan peneroka kepada pembangunan Felda di samping membantu perbelanjaan persiapan menjelang Hari Lebaran," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Najib menambah, pemberian duit raya kepada warga Felda tahun ini meningkat RM5.41 juta atau 14.54 peratus berbanding RM37.20 juta tahun lalu.
Pada tahun lalu kata beliau, peneroka yang bersama Felda atau yang menjual hasil kepada Felda menerima RM350 seorang manakala yang tidak bersama Felda pula RM150 seorang.
"Saya berharap pemberian wang ini akan dapat meringankan beban kewangan para peneroka dalam membuat persiapan menyambut ketibaan Syawal.
"Di kesempatan ini juga, saya ingin menyeru kepada peneroka yang tidak bersama Felda agar dapat kembali bersama Felda bagi memaju dan memakmurkan lagi tanah rancangan," katanya.
Para penyokong totok fuckatan di Felda-Felda yang tak suka pada BN tu jangan ler miker ambil duit raya ni, kalau makan jadi haram, kalau belanja untuk tujuan lain pun tetap haram. Kalau makan jugak tu namanya gelojoh,pelahap dan kufur nikmat!
ReplyDeleteMemang mumbazir dan zalim sungguh kerajaan BN kerana beri duit raya pada peneroka Felda yang kebanyakannya Melayu-Islam...mak bapak dan sedara sebangsa kita juga!!!
Megat Alam Gempita..puak-puak ni muka tebal...mana tahu malu!!!!!
ReplyDelete