Tuesday, August 2, 2011

ISA MENYUSAHKAN....!!!!!!

Menyusahkan sahaja...banyak masa,  kos dan tenaga akan terbuang!!!!!. Selesai BERSIH 2.0, lembu-lembu AMBIGA yang buat kacau tak bersalah tapi nak saman semua pihak pulak!!!!Mungkinkah perlu satu lagi INKUES atau suruhanjaya siasatan diraja!!!!

Jelas ISA bukan sahaja menjamin keselamatan dan kemanan negara tetapi  ternyata menjimatkan masa, kos dan tenaga!!!!




KUALA LUMPUR 1 Ogos – Isteri kepada Allahyarham Baharudin Ahmad, yang meninggal dunia ketika menyertai perhimpunan haram pada 9 Julai lepas, hari ini memfailkan notis usul di Mahkamah Tinggi di sini bagi memohon diadakan satu siasatan untuk mengetahui punca kematian suaminya.

Rosni Malan, 55, yang bekerja sebagai kerani memfailkan notis itu melalui peguamnya Patrick Dass dan Chan Chew Weng menerusi Tetuan Patrick Dass & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Rosni selaku pemohon menamakan Ketua Polis Kuala Lumpur, Ketua Polis Negara, Majistret Kuala Lumpur dan Pendakwa Raya sebagai responden.

Dalam notis usul itu, Rosni memohon perintah supaya satu siasatan mengikut tatacara di dalam Kanun Prosedur Jenayah berkenaan kematian suaminya diadakan secepat mungkin bagi mengetahui punca kematian Allahyarham.

Dia juga memohon semua laporan serta dokumen-dokumen berkenaan bedah siasat yang dilakukan ke atas mayat Allahyarham Baharudin di Hospital Kuala Lumpur diserahkan kepada peguam dengan serta-merta.

Pemohon juga antara lain memohon semua laporan polis, penyata percakapan saksi-saksi serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan kematian Baharudin turut diserahkan kepada peguam. – Bernama

2 comments:

  1. Assalam Bro

    Bukankah suami dia mati sebab serangan jantung? Dah sakit jantung nak merusuh siapa suruh? Ini jenis yang tak percaya Qada dan Qadar ALLAH swt... Asal kata puak pembangkang sinonimlah mereka dengan kematian...Politik tak berhabis... Lepas ni kalau kebenaran berpihak kepada pihak polis... saman pulak bini dia sebab gagal menahan suami dia yang ada sakit jantung pergi merusuh, sebab dah menyusahkan semua orang....

    ReplyDelete
  2. ajai62...itulah yg akan berlaku kalau kita jd menteri...!!!!

    ReplyDelete