Pada tahun 2007 Paklah menafikan tuntutan Cuepacs untuk pemberian honorarium RM2,000 kepada kakitangan awam. Alasan yang diberikan oleh menteri kewangan waktu tersebut Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ialah kerajaan telah memberikan pelarasan gaji kepada kakitangan awam. Kesannya Paklah hampir tewas tertungging dalam PRU 12 8 Mac 2008.
Kalaulah Paklah walaupun hanya meluluskan pemberian saguhati RM500 pada waktu tersebut, Paklah mungkin masih dapat mengekalkan majoriti dua pertiga tetapi sayang Paklah gagal memahami denyut nadi kakitangan awam terutama kakitangan bawahan. Memanglah RM500 tu tak sama dengan RM2 juta yang dijumpai tersimpan di dalam rumah orang kanan seorang menteri sedikit masa dulu tetapi RM500 tu nilainya sama dengan RM5 juta bagi kakitangan awam terutama masa perayaan dan menjelang musim buka sekolah!
Ada yang membantah kerajaan memberikan bonus atau duit raya kerana katanya kakitangan kerajaan tidak produktif, membazirkan duit pembayar cukai. Mungkin ramai yang tidak sedar, majoriti kakitangan kerajaan yang 'lurus' hanya mengharapkan bonus dan duit raya untuk berbelanja lebih! Apalah yang diharapkan sangat dengan kenaikan tahunan antara RM50 hingga RM90 itu!!!!Lagipun salahkah kakitangan awam mengharapkan peberian dari 'seorang ayah' yang bertanggungjawab mengembirakan 'anak-anaknya' setiap kali menjelang hari raya tak kira apa yang berlaku. Masa nak mengurat 'mak' dahulu macam-macam janji ditaburkan, takkanlah sekarang bila dah kawin dengan 'mak' dan dapat 'anak'...'ayah' beli baju Melayu baharu tapi bagi tahu kat 'anak' bahawa 'ayah' susah dan tiada duit sebab 'anak' ramai sangat kalau nak beli baju Melayu baru..jadi 'anak' carilah duit sendiri untuk beli baju Melayu!!!
Sebenarnya pemberian bonus akan turut merancakkan lagi ekonomi negara termasuklah akan memenuhi kantung peniaga-peniaga dan menggandakan keuntungan sektor swasta yang selalu iri hati dengan bonus atau duit raya RM500 atau sebulan gaji tersebut. Terpulanglah sama ada kerajaan sanggup membelanjakan RM2 billion untuk bonus sebulan gaji ataupun menerima nasib seperti Paklah yang mana apabila beberapa negeri jatuh ke tangan pembangkang dan jumlah kerugian RM yang mungkin mencecah lebih dari RM2 billion dan kerugian dari segi moral dan maruah pula adalah tak ternilai!!!!
No comments:
Post a Comment