Thursday, August 18, 2011

MAKHLUK ALLAH YANG PALING TAK BERGUNA SEKALI...

Apa salahnya kalau UMNO terlibat secara langsung menyelamatkan aqidah 12 umat Islam yang cuba diselewengkan pegangan agamanya. Tindakan UMNO mendedahkan perbuatan sebuah gereja untuk memesongkan aqidah 12 umat Islam itu bakal menyelamatkan aqidah beribu-ribu lagi umat Islam di negara ini.


Biarlah Mustafa Ali nak kemukakan berapa ribu bukti UMNO terlibat sekalipun sebab MUSTAFA ALI dan PAS adalah makhluk ALLAH YANG PALING TAK GUNA SEKALI di muka bumi ini!!!!!

Mustafa Enggan Minta Maaf

PETALING JAYA: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali tetap
mempertahankan pendiriannya berhubung dakwaan bahawa Umno mendalangi pemeriksaan
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas gereja Gereja Methodist Damansara
Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu.
Malah, beliau menegaskan tidak akan meminta maaf kepada Umno seperti yang
dituntut Setiausaha Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Ir.Mohd Zin Mohamed
pada Selasa.
"Saya tidak akan minta maaf. Saya tetap berpegang kepada apa yang saya
katakan sebelum ini. Jadi soal minta maaf itu tidak timbul," katanya ketika
dihubungi mStar Online di sini Rabu.
Menurut Mustafa, beliau tegas dengan pendirian itu kerana mempunyai maklumat
sahih bahawa wujud campur tangan Umno dalam tindakan JAIS menyerbu gereja
berkenaan.
"Hanya saya seorang yang ada maklumat itu...itupun saya tak beritahu ahli PAS
lain. Sekiranya berjumpa dengan Pengarah JAIS, Marzuki Hussin saya akan dedahkan
maklumat ini kepada beliau," tegasnya.
Pada sidang akhbar di Kuala Terengganu, Isnin, Mustafa mendakwa UMNO
berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh JAIS ke atas gereja itu awal
bulan ini.

Mustafa turut mengatakan UMNO memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu
ekoran tindakan JAIS yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka
ke atas gereja tersebut.
Sehubungan itu, Mohd.Zin memberi masa selama tiga hari bermula hari ini
kepada Pas dan Mustafa Ali supaya memohon maaf melalui satu sidang akhbar atas
dakwaan tersebut.
Jelas Mohd. Zin, kenyataan itu berniat jahat dan bertujuan memburuk-burukkan
Umno sebagai salah sebuah parti pemerintah dalam komponen Barisan Nasional
(BN).
Sekiranya gagal berbuat demikian, beliau berkata, PAS dan Mustafa akan
dikenakan tindakan undang-undang di atas tuduhan tidak berasas itu.
Bagaimanapun, Mustafa memberitahu beliau bersedia untuk berdepan apa jua
tindakan undang-undang akibat enggan meminta maaf.
"Saya bersedia untuk dikenakan tindakan undang-undang kerana saya ada
maklumat yang boleh dipercayai mengenai dakwaan itu," katanya.
Awal bulan lalu, penguatkuasa JAIS menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama
selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di
gereja berkenaan.
Terdahulu, 12 individu beragama Islam yang menghadiri majlis 'Thanksgiving'
di gereja itu tampil memberi keterangan di JAIS bagi membantu siasatan berhubung
kes tersebut pada Isnin.
http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2011/08/mustafa-enggan-minta-maaf.html

No comments:

Post a Comment