Wednesday, July 13, 2011

ANTARA MALAYSIA, ITALY DAN SEPANYOL...

Inikah negara yang nak ditumbangkan secara revolusi oleh ANWAR IBRAHIM dan lembu-lembu AMBIGA!!!!

Rizab antarabangsa Bank Negara RM402.6 bilion
KUALA LUMPUR: (BNM) Bank Negara Malaysia rizab antarabangsa berjumlah RM402.6 bilion (AS $ 133.200.000.000) pada 15 Jun 2011.


Kedudukan rizab ini memadai untuk membiayai 9.5 bulan import tertangguh dan adalah 4.4 kali hutang luar negeri jangka pendek, kata bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini.
Ia berkata komponen utama rizab antarabangsa mata wang asing (AS $ 119.900.000.000): Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) kedudukan rizab (AS $ 800 juta); Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS $ 2 bilion); emas (AS $ 1.7 bilion) ; dan rizab lain (AS $ 8800000000).

Jumlah aset Bank Negara, termasuk rizab antarabangsa, berjumlah RM488.096 bilion, katanya dalam satu kenyataan ..
Aset lain termasuk kertas kerajaan Malaysia (RM2.016 bilion): deposit dengan institusi kewangan (RM64.493 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM11.487 bilion) dan rizab lain (RM7.452 bilion).

Liabilitinya terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta); dana rizab am (RM13.644 bilion); rizab lain (RM5.398 bilion); mata wang dalam edaran (RM56.002 bilion);
deposit oleh institusi kewangan (RM220.124 bilion); deposit kerajaan persekutuan (RM29.853 bilion);, lain-lain deposit
(RM9.068 bilion); kertas Bank Negara (RM116.96 bilion); peruntukan SDR (RM6.458 bilion) dan liabiliti lain (RM30.488 bilion).

- Bernama


Rizab antarabangsa Bank Negara RM338 bilion
22/02/2011 6:05pm



KUALA LUMPUR 22 Feb. - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM338 bilion (US$109.6 bilion) setakat 14 Februari 2011.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 4.3 kali hutang luar negara jangka pendek.

Rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing (US$99 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$600 juta), Pengeluaran Khas (SDR) US$2.1 bilion, emas (US$1.6 bilion) dan aset-aset rizab lain (US$6.3 bilion).
Jumlah aset bank pusat, termasuk rizab antarabangsa berjumlah RM407.706 bilion. - Bernama



Rizab antarabangsa BNM berjumlah RM328.6b
Sumber: Utusan Malaysia Online, 8/1/2011KUALA LUMPUR, 7 Jan. - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM328.6 bilion (bersamaan dengan US$106.5 bilion) pada 31 Disember 2010.




Dalam satu kenyataan di sini hari ini, BNM berkata, kedudukan rizab mencukupi untuk membiayai 8.5 bulan import tertangguh dan 4.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.

"Paras rizab pada 31 Disember 2010 telah mengambil kira peningkatan nilai rizab disebabkan oleh pelarasan suku tahunan penilaian semula pertukaran asing berikutan pengukuhan kebanyakan mata wang utama berbanding dolar pada suku keempat,” katanya.
BNM berkata, untuk keseluruhan tahun 2010, rizab antarabangsa menurun sedikit sebanyak RM2.7 bilion kepada RM328.6 bilion (akhir-2009: RM331.3 bilion).



http://jkkk-kotasarangsemut.blogspot.com/2011/02/anwar-ibrahim-bertegas-untuk-bantu-bank.html


http://panggungopera.blogspot.com/2011/07/itali-spain-ekonomi-mereka-semakin.html

BRUSSELS, Belgium - Situasi panik menyelubungi pasaran kewangan Eropah semalam selepas para pelabur bimbang Itali dan Sepanyol turut terheret ke dalam krisis hutang yang telah melanda Greece dan beberapa negara Eropah lain.

Sebelum ini, Kesatuan Eropah (EU) meluluskan dana berjumlah 750 bilion euro (RM3.1 trilion) untuk menyelamatkan ekonomi Greece, Ireland dan Portugal daripada muflis.

Ketiga-tiga negara itu yang memiliki beban hutang tinggi sekali gus memerlukan pelan penyelamatan ekonomi bagi mengelakkan krisis hutang tersebut merebak ke negara-negara lain di Eropah.

Namun, pelan penyelamatan ekonomi itu gagal memulihkan keyakinan pelabur semalam selepas Itali yang merupakan kuasa ekonomi ketiga terbesar di Eropah, didapati memiliki hutang luar mencecah 1.8 trilion euro (RM7.8 trilion).

Keadaan semakin gawat apabila Sepanyol yang merupakan kuasa ekonomi keempat terbesar di Eropah turut dibebani hutang luar sekitar dua trilion euro (RM8.4 trilion).

"Itali kini mengalami tekanan pasaran yang teruk. Situasi yang menimpa ekonomi ketiga terbesar di Eropah itu menandakan krisis hutang dan krisis perbankan di rantau ini telah mencapai tahap meruncing," kata seorang pakar ekonomi di London, Vladimir Pillonca.
Ekonomi kedua-dua negara itu dilihat terlalu besar untuk diselamatkan menerusi pelan penyelamatan EU atau Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).

Perkembangan di Itali dan Sepanyol turut menyebabkan mata wang euro susut 0.9 peratus dengan bursa saham di seluruh Eropah juga merudum semalam.
Turut mengalami kejatuhan dalam pasaran mata wang semalam ialah mata dolar Amerika Syarikat.

Susulan perkembangan itu, Menteri Luar Itali, Franco Frattini semalam mengumumkan bahawa Itali akan melaksanakan bajet jimat cermat.
Langkah itu dibuat bagi memulihkan ekonomi Itali dengan mengurangkan defisit negara kepada 0.2 peratus menjelang 2014 berbanding 4.6 peratus pada tahun lalu. - Agensi

No comments:

Post a Comment