Monday, July 4, 2011

PAKLAH DAN AMBIGA ??????

Adakah kerana PAKLAH telah memenangkan PAKATAN RAKYAT di 5 buah negeri, justeru itu PRU12 adalah BERSIH. PRU13 pula nanti PR akan tergolek terkangkang di beberapa buah negeri akibat dasar-dasar positif NAJIB dan bencinya orang Melayu terhadap DAP dan penjilat-penjilatnya PAS dan PKR, maka PRU12 nanti adalah KOTOR!!!


PETALING JAYA, 4 Julai – Pengerusi penganjur perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini, Datuk S.Ambiga berkata beliau bersedia membatalkan perhimpunan haram itu sekiranya dititahkan demikian oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Ketika ditanya pemberita dalam sidang akhbar di sini sama ada perhimpunan haram itu akan dibatalkan sekiranya baginda menitahkan demikian, Ambiga berkata: “Ya”.
Bagaimanapun, katanya apa juga keputusan akan dibuat selepas mereka diberi perkenan menghadap Seri Paduka dan beliau berharap ia akan dapat diadakan secepat mungkin.
“Kami akan buat pengumuman selepas kami mempersembahkan keputusan kami kepada Yang di-Pertuan Agong. Kami akan akur dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong..
“Pihak kami memohon menghadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan isu-isu yang diambil berat oleh rakyat jelata serta aspirasi bagi reformasi pilihan raya dan proses pembangunan demokrasi untuk dilaksanakan dengan segera selaras dengan kehendak baginda untuk rekonsiliasi (keamanan) nasional,” katanya.

Katanya surat rasmi bagi memohon menghadap baginda akan dihantar ke pejabat Istana Negara pada Isnin.

“Kami akan patuh kepada titah baginda untuk berdialog ke arah mewujudkan satu konsensus nasional bagi reformasi sistem pilihan raya dan proses pembangunan demokrasi di Malaysia,” katanya.

Ambiga berkata perkara itu diputuskan anggota jawatankuasa induk perhimpunan berkenaan pada mesyuarat malam tadi selepas Tuanku Mizan mengeluarkan titah bahawa demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan, walaupun niat asalnya baik.

Katanya beliau juga telah mengadakan pertemuan dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi pagi tadi dan bekas perdana menteri itu turut menasihatkannya untuk patuh kepada titah Tuanku Mizan – Bernama

http://www.anwaraidc.com/?p=13628

8 comments:

  1. pok loh ado deal ko dgn geng2 pakatan... Guano demo pok loh..... Ore nok BN menang, demo tulong DSAI. Ish ish ish....

    ReplyDelete
  2. little napoleon...kawe pon tak pahe dgn Pok Lok ni...Ambiga boleh 'tunduk' dgn Pok Loh..pelik kawe!!!

    ReplyDelete
  3. ambo dah kato dah.. pok loh ni bukan boleh pakai sangat...dia nak menantu dia tu jadi PM

    ReplyDelete
  4. dzimba MMIM...musykil kawe dgn POK DOLLAH ni...misteri nusantara betoi!!!!

    ReplyDelete
  5. sebab pak lah jadi pm lah BN kalah teruk, aku x kan lupa selama-lamanya. dan aku kecewa sangat dengan sikap pak lah....

    ReplyDelete
  6. Terbey...ada rahmatnya jgak tu..kalau Najib terus jd PM...tak ada kesedaran..pemimpin UMNO masih perangai macam setan..tayang kekayaan...telan duit rakyat tak mau2....PRU 13..UMNO terus bungkus!!!

    ReplyDelete
  7. JKKKK Kota Sarang Semut:

    Kadang2 aku pikir lagu tu la.....

    ReplyDelete
  8. Terbey..ada hikmahnya jgak pak Dollah ni..Tun M tak salah pilih...ALLAH SWT dah atuq cantik punya..tp POK DOLLAH dgn AMBIGA ni misteri nusantara sikit!!!!

    ReplyDelete