Nampaknya teknik ANWARINAS telah digunakan oleh Ambiga dan penjilat-penjilatnya untuk memecahbelahkan perpaduan pendekar-pendekar silat. Mungkin gentar dengan kesepaduan guru-guru silat untuk mempertahankan negara dari dimusnahkan oleh BERSIH...teknik ANWARINAS..memecahbelahkan perpaduan sesama ahli silat digunakan!!!!
Silat Pusaka Gayung nafi terlibat mengepalai Bersih - YDP
04/07/2011 10:39pm
Oleh JAMLIAH ABDULLAH
JERAI 4 Julai – Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia (PSSPGM) hari ini menafikan dakwaan terlibat mengepalai perhimpunan haram Bersih pada Sabtu ini seperti yang disiarkan oleh beberapa blog.
Yang Dipertuanya, Datuk Abdul Majid Mat Isa berkata, tuduhan itu bersifat fitnah dan ingin menjatuhkan nama pertubuhan itu serta lebih 200,000 pengamal silatnya.
Katanya, pertubuhan tersebut tidak pernah menyokong apa jua anasir jahat yang disifatkan boleh mencetuskan huru-hara di negara ini.
“Ini satu pembohongan besar. Saya dan pertubuhan ini tidak terlibat langsung. Saya sebagai ketua tidak akan mengheret pesilat-pesilat ini untuk terbabit semata-mata demi kepentingan seseorang.
“Kami tetap dengan mandat pertubuhan dari dahulu lagi yang akan berdiri teguh di belakang kerajaan yang sah dan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong. Matlamat kami bukan untuk menjadi kumpulan samseng untuk menghasut manusia supaya menjadi angkuh,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di gelanggang PSSPGM di Kampung Guar Nenas, Gurun di sini hari ini.
Kata Abdul Majid, lima laporan polis telah dibuat oleh pertubuhan tersebut di seluruh negara sebagai bantahan terhadap perhimpunan haram itu. – Utusan
No comments:
Post a Comment