Wednesday, April 20, 2011

PUTAQ BELIT + PUTAQ ALAM

Ini institusi pendidikan untuk rakyat. kalau dah tamat perjanjian mengapa tidak boleh ada perjanjian yang baru. kalau kerajaan negeri Barisan Nasional boleh berbelas kasihan dengan IPTA tempat budak-budak menimba ilmu kenapa kerajaan PAS yang SEJAHTERA tak boleh berbelas kasihan!!!!




MB nafi naikkan cukai tanah UUM 10 kali ganda

ALOR SETAR 18 April - Kerajaan Pas Kedah menafikan cukai tanah kawasan Universiti Utara Malaysia (UUM) dinaikkan sehingga mencecah lebih RM1 juta setahun.
Sebaliknya, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menjelaskan, jumlah tersebut perlu dibayar oleh UUM mengikut perjanjian pada 2006 kerana tempoh rebat cukai tanah bagi tempoh 2006 hingga 2008 telah tamat.
"UUM diberi rebat cukai tanah selepas pengurusan universiti itu mengemukakan rayuan bagi mengurangkan cukai tanah dan mendapat persetujuan kerajaan negeri ketika itu, dengan memberi rebat bagi tempoh dua tahun.
"Rebat tamat tempoh pada 2008, sebab itu cukai tanah yang dibayar sebelum ini RM100,000 berbanding terkini lebih RM1 juta," katanya selepas perhimpunan bulanan di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Azizan mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mukhriz Mahathir baru-baru ini yang mendakwa kerajaan negeri menaikkan cukai tanah di UUM sehingga 10 kali ganda, berbanding ketika negeri ini ditadbir kerajaan Barisan Nasional (BN).
Mukhriz mendakwa, tindakan itu tidak wajar dan membebankan pengurusan UUM kerana sebelum ini cukai tanah yang dikenakan sekitar RM100,000 setahun.
Azizan berkata, setelah rebat berakhir, bermula tahun 2009, bayaran cukai tanah yang perlu dijelaskan ialah lebih RM1 juta.
"Saya harap penjelasan ini membuktikan kerajaan negeri bukan naikkan cukai tanah, cukai asal lebih RM1 juta setelah diberi rebat, UUM bayar RM100,000 sahaja. Apabila perjanjian berakhir, kenalah bayar penuh.
"Ini amalan biasa dalam urus tadbir, bila ada pihak minta bantuan, kita beri atas dasar timbang rasa," katanya.
Beliau bagaimanapun tidak menyalahkan Mukhriz kerana kemungkinan Ahli Parlimen Jerlun itu tidak mendapat maklumat tepat.
Mengenai masalah bekalan air yang sekian lama dialami warga UUM, Azizan berkata, ia perlu diselesaikan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi.
"Saya pernah bangkitkan isu ini supaya pengurusan UUM kemukakan cadangan kepada kementerian untuk naik taraf infrastruktur bekalan air, tetapi saya tak nampak pun hasilnya," katanya.

No comments:

Post a Comment