Wednesday, April 27, 2011

AWAS....JANGAN KETERLALUAN

Kadang-kadang kita terlupa.....Yang atas terlupa apabila memijak yang bawah...yang bawah pula terlupa diri apabila selalu dipijak!!!!



Guru didenda RM2,000 kerana cederakan guru besar

27/04/2011 1:06pm

ALOR SETAR 27 April - Seorang guru didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencederakan guru besar, empat tahun lalu.
Majistret Norazah Idris turut memerintah Norazman Abdul Wahab, 43, dari Jalan Datuk Kumbar di sini dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, Norazman didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Halim Saad, 52, dengan menumbuk muka dan menyepak pahanya di pejabat Sekolah Kebangsaan Gerigis Jalan Langgar di sini kira-kira pukul 8.30 pagi pada 20 Disember 2006.
Dia didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - Utusan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0427&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm

No comments:

Post a Comment