Wednesday, November 1, 2017

YANG BIJAK, MENILAI GST. YANG BODOH TERUS MEMPERBODOHKAN DIRI

GST stabilkan belanjawan negara Ahli parlimen bebas Khalid Ibrahim teruk dikutuk macai Pakatan kerana kenyataannya dalam RTM bahawa GST memainkan peranan yang besar dalam menstabilkan pembelanjaan negara sejak diperkenalkan pada 2015. Mereka marah walaupun Khalid kata dia bukan mahu mempertahankan mana-mana pihak tetapi membuat penilaian berdasarkan fakta. Tapi sebenarnya macai Pakatan marah kerana malu dengan cadangan Bajet Alternatif untuk memansuhkan cukai GST jika Pakatan menang Kerajaan Persekutuan. Khalid berkata GST yang telah memberi perolehan lebih RM41 billion terbukti lebih berkesan menstabilkan bajet negara berbanding sistem cukai yang lain. Katanya lebih daripada 100 negara lain telah membuat kajian dan pengiraan dan mendapati cukai GST adalah paling berkesan. Beliau menambah perbincangan sekarang sepatutnya menjurus kepada bagaimana kutipan GST itu boleh dibelanjakan sebaik mungkin untuk rakyat dan bukan untuk mansuhkan GST. “Polisi kerajaan mestilah praktikal dan nyata. Ia tidak boleh berdasarkan andaian. Kerajaan yang waras adalah kerajaan yang memikirkan masa hadapan negara serta rakyat.” Nampak sangat Pakatan tidak begitu waras. #TolakPakatanPRU14 #BarisanproRakyat

No comments:

Post a Comment