Wednesday, November 8, 2017

BUNGA AKAN JADI PARTI HARAM

PPBM Akan Jadi Parti Haram Sama Seperti DAP

Memang benarlah telahan ramai orang, Mahathir memang tidak minat pun hendak menjaga parti baru seperti PPBM. Mahathir hanya tubuh parti baru kerana hendak bagi peranan kepada Muhyiddin sahaja. Akhirnya dalam PPBM bergaduh sakan sesama mereka. Ramai ahli keluar parti, ahli yang ada pun malu mereka hendak umumkan jumlahnya.

Terbaru, PPBM yang ditubuhkan pada 9 September 2016 bakal mengikut jejak langkah DAP menjadi satu lagi parti yang berstatus haram. Bukan sesiapa yang mengharamkan PPBM atau DAP, tetapi orang dalam parti itu sendiri yang memusnahkan parti mereka sendiri.

DAP sejak tahun 2012 hingga kini masih berstatus parti haram kerana enggan mengadakan pemilihan semulaJawatankuasa Tertinggi Pusat , CEC. Setelah 5 tahun, dan hampir hampir dengan pilihanraya umum, barulah DAP hendak buat pemilihan semula  CEC DAP yang dijangka diadakan pada 12 November ini di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam.

PPBM masih lagi enggan membuat Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) walaupun usia parti itu sudah menjangkau lebih setahun. Kenapa takut buat AGM? Takut ada ahli PPBM baling kerusi ? Takut ada ahli PPBM tanya soalan tentang kroni Mahathir, skandal Muhyiddin, soalan pasal Memali atau pasal hilang RM32 billion?

Ada kelompok ahli PPBM di Negeri Sembilan sudah marah dan merasakan parti itu kini sedang dalam masalah. Mereka mendesak agar AGM diadakan segera. Ahli PPBM di negeri berkenaan telah membuat aduan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung isu itu. Mereka kata ahli peringkat akar umbi keliru berkenaan kepimpinan di peringkat negeri kerana ramai yang mengaku jadi ketua.

Ikut peraturan, PPBM harus mengadakan AGM selewat-lewatnya 9 September lepas mengikut Akta Pertubuhan 1967 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Pengerusi PPBM, Mahathir nampaknya buat ‘tidak tahu” sahaja dengan desakan ahli  ahli peringkat bawahan ini.

PPBM bakal menjadi parti haram jika melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Mungkin Mahathir sengaja membiarkan PPBM jadi begitu supaya nanti bila sudah diharamkan, Mahathir akan tuduh kerajaan BN yang haramkan partinya. Padahal Mahathir sendiri yang mengharamkan PPBM, bukannya kerajaan. Ini jerat Mahathir.

Di Muar, PPBM cuba tipu ahli dengan mengadakan satu perhimpunan tetapi ia kemudian bertukar menjadi parti hari jadi. Ini kali pertama dalam sejarah politik Malaysia, mesyuarat agung boleh bertukar menjadi parti hari jadi.

"Setakat ini, kepimpinan PPBM telah mengadakan satu perhimpunan di Muar tetapi ia hanyalah sambutan hari jadi dan bukan mesyuarat agung seperti dikehendaki," kata Ketua Penerangan PPBM Bahagian Kluang, Arjuna Putra Ali

Bukan sahaja di Muar dan Negeri Sembilan, ada lagi 358 aduan bertulis diterima ROS daripada tujuh bahagian iaitu Bakri, Kluang, Sembrong, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Ledang dan Batu Pahat mengenai kepincangan yang berlaku dalam PPBM ini.

Mahathir lebih rela ikut telunjuk DAP daripada jaga kepentingan PPBM. Menjaga DAP dan Kit Siang lebih penting bagi Mahathir dari menjaga PPBM. Oleh kerana itulah biarpun PPBM dilanda pelbagai masalah dalaman, Mahathir tidak pernah pun hendak selesaikan masalah itu. Mahathir biarkan sahaja.

Ramai pengasas PPBM telah umum keluar parti. Satu persatu terjun dari kapal PPBM yang disifatkan oleh bekas Ketua Serikandi PPBM, Anina Saadudin sebagai kapal yang dipenuhi oleh lanun, keldai, lembu dan anjing.

PPBM lumpuh di Baling, Dungun, Kerteh, Negeri Sembilan, Kuala Kangsar, Parit, Pandan dan beberapa tempat lagi. Berpuluh puluh orang keluar parti di bahagian bahagian. Setiausaha Kerja PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman pun sudah lama keluar parti bersama 821 ahli parti itu dari seluruh negara.

Sana keluar, sini keluar, berapa kerat sahaja ahli PPBM yang tinggal dan berapa ramai yang hendak hadirkan diri pada AGM jika diadakan. Mungkin ini antara penyebab kenapa Mahathir dan Muhyiddin enggan buat AGM.

Buat demonstrasi jalanan lebih penting bagi Mahathir dan PPBM dari buat mesyuarat agung parti. Bila buat mesyuarat agung parti kena keluar belanja banyak. Lebih baik buat demonstrasi, tidak payah keluar belanja. Hanya jual air liur kutip derma.

Parti Semangat 46 bertahan selama 8 tahun dari 1988 hingga Mei 1996. Parti PAN yang dipimpin Mat Sabu yang ditubuhkan sejak September 2015 pun boleh buat Mesyuarat Agung.

Nampaknya hayat PPBM yang ditubuhkan kerana kebencian dan niat mahu merampas kuasa oleh Mahathir ini tidak akan bertahan lama. Hayatnya lebih pendek berbanding parti Semangat 46 dan parti PAN. Mat Sabu lebih hebat menjaga parti politik berbanding Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz.

Bila PPBM sudah diharamkan nanti, Mahathir akan cakap ‘tidak tahu” sahaja. Mahathir akan salahkan ROS, samalah seperti kegagalan Pakatan Harapan membuat logo dan perlembagaan pada hari ini. ROS juga akan dipersalahkan. Padahal memang sengaja Mahathir hendak Pakatan Harapan dan PPBM kekal dengan status haram sama seperti DAP.

Tulisan :
Beruang Biru
BB650, Rabu
8 November 2017

No comments:

Post a Comment