Wednesday, November 8, 2017

HARAP PUAK2 PEMFITNAH NI PULAK DIHANYUT BANJIR

UNTUK SEBARAN SEGERA
KENYATAAN MEDIA
Oleh Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

8 November 2017

1. Merujuk kepada sebuah pesanan yang tular di dalam perkhidmatan pesanan Whatsapp dan juga media sosial sejak petang kelmarin kononnya sebuah amaran kepada rakyat Sabah, ahli parlimen dan ADUN Sabah berkenaan projek Saluran Paip Gas Trans Sabah (TSGP)

2. Pesanan tersebut mendakwa bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Abdul Razak telah memajak blok minyak dan gas di pesisir pantai Sabah kepada China untuk mendapatkan pinjaman bernilai RM100 billion.

3. Ini merupakan penipuan yang jelas dan terancang yang didalangi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang akan mendapat manfaat daripada kemarahan dan ketidakpercayaan rakyat Sabah terhadap kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

4. Untuk menjawab penipuan ini, pemilik merangkap pemaju kepada projek ini adalah Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER) sebuah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia, manakala China Petroleum Pipeline Bureau merupakan kontraktor kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pelaksanaan (EPCC) bagi projek tersebut.

5. Walaupun projek ini akan dibiayai melalui pinjaman daripada Export and Import (EXIM) Bank of China, tidak ada kebenaran di dalam dakwaan bahawa jumlah pinjaman mencecah RM100 billion dan blok minyak dan gas di Sabah telah dipajakkan kepada China sebagai syarat untuk mendapat kelulusan pinjaman tersebut.

6. Jumlah pinjaman yang sebenarnya ialah RM4.53 billion yang merangkumi kos projek tersebut dan pinjaman tersebut akan dijamin oleh kerajaan persekutuan. Dengan jaminan tersebut, SSER tidak perlu memajakkan apa-apa aset minyak dan gas Malaysia kepada China.

7. Hal berkaitan tanah adalah di bawah bidang kuasa negeri seperti mana tertakluk di dalam perlembagaan. Tanpa penglibatan dan kerjasama di antara kedua-dua buah kerajaan, projek ini tidak boleh diteruskan. Ini membuktikan tuduhan bahawa tiada penglibatan dan perbincangan di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan Sabah berkenaan projek ini tidak benar sama sekali.

8. Bahan binaan, peralatan dan buruh untuk membina saluran paip ini akan diperolehi daripada dalam dan luar negara sama seperti projek-projek infrastruktur yang lain seperti MRT dan ECRL.

9. Dengan projek infrastruktur tenaga ini, Sabah akan mampu untuk naik di dalam nilai bekalan dan menambah nilai untuk komoditi dan bahan mentah tempatan seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada industri awalan dan mencipta pekerjaan untuk rakyat Sabah di pelusuk negeri serta meningkatkan pendapatan mereka.

10. Rakyat Malaysia mesti sentiasa berhati-hati dengan berita-berita yang tidak disahkan kesahihannya daripada sumber-sumber yang tidak jelas yang hanya bertujuan melahirkan rasa tidak puas hati dan tidak percaya kepada kerajaan. Berkongsi tanpa menyemak fakta hanya akan mengeruhkan dan memburukkan lagi masalah berita palsu yang kita hadapi hari ini.

-Tamat-

No comments:

Post a Comment