Friday, June 27, 2014

TAK ADA PULA CEO HLB. BERJAYA, GENTING CAKAP MACAM NI..!!!

Tak ada pula aku jumpa CEO HLB, BERJAYA, GENTING, atau mana-mana syarikat Cina cakap di sebabkan segala keuntungan syarikat mereka adalah terhasil dari rakyat dan segala apa yang ada di malaysia maka syarikat mereka adalah hak milik semua kaum di Malaysia..???

sumber

SHAMSUL PETRONAS LEPAS GERAM

Disiarkan artikel berkaitan kenyataan CEO Petronas Shamsul Azhar Abbas yang dikritik hebat oleh pihak tertentu yang mahukan Najib Razak memecat beliau untuk pertimbangan sendiri. 


Artikel ini dipetik dari website BNBBC.

http://www.bnbbc.my/?p=16539

JAWAPAN SINDIRAN CEO PETRONAS UNTUK SIAPA?

23 JUN: SETELAH sekian lama membisu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas akhirnya menjawab kemelut yang melanda syarikat minyak dan gas nasional yang sepatutnya bertanggungjawab memayungi ekonomi bangsa Melayu.
Beliau memilih memberitahu umum mengenai pendiriannya menerusi akhbar berbahasa Inggeris, The Edge (Weekly Edition) dengan menyindir kerajaan dan syarikat korporat Melayu secara terbuka sambil mendakwa Petronas bukannya GLC hak milik Bumiputera atau Melayu, sebaliknya ia adalah milik seluruh rakyat Malaysia berbilang bangsa, keturunan dan agama.
Beliau memberitahu kerajaan supaya tidak campurtangan dalam urusan Petronas terutama dalam agihan kontrak berbilion ringgit kerana pihaknya mengutamakan keupayaan dan professionalisme, bukannya syarikat yang ada hubungan rapat (well-connected) dengan kerajaan atau tokoh politik tertentu.
Tan Sri Shamsul Abbas membuat kenyataan kontroversi mengenai Petronas dan Melayu.
Tan Sri Shamsul membuat kenyataan kontroversi mengenai Petronas dan Melayu.
Sebelum ini Shamsul dikecam umum kerana disyakki bersekongkol dengan pihak tertentu dalam melaksana agenda merencatkan ekonomi bangsa Melayu.
Ini berdasarkan situasi ekonomi terkini yang menyaksikan banyak syarikat Melayu dalam industri minyak dan gas asli telah terpinggir atau dipinggirkan oleh Petronas.
Malahan perletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamed sebagai penasihat Petronas juga dikatakan ada kaitan dengan peminggiran Melayu di dalam agihan kontrak.
Banyak pihak merungut, antaranya Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) yang lantang mendakwa Shamsul telah mengurangkan vendor Melayu dari 74 kepada sembilan syarikat sejak beliau ambilalih pengurusan Petronas.
Minggu lalu, Shamsul membuat kenyataan media mengenai kemelut itu dengan mendakwa beliau akan terus mempertahankan dasar profesionalisme dan kebebasan mutlak dalam mengendalikan perniagaan Petronas.
Katanya, beliau mahu melindungi kepentingan syarikat minyak nasional daripada sebarang tekanan politik dengan mengamalkan kaedah bidaan terbuka (open bidding) apabila menawarkan kontrak berkaitan minyak dan gas dengan alasan ia dapat mengurangkan kos Petronas.
Malahan, dia tidak akan tunduk atau `kow tow’ kepada mana-mana tekanan politik untuk memberi peluang perniagaan kepada syarikat korporat yang gagal membuktikan kebolehan mereka (unproven records).
Pada temubual dengan akhbar berbahasa Inggeris itu, Shamsul berkata beliau tidak mahu Petronas menjadi mangsa ketamakan `well-connected contractors‘ untuk mendapatkan kontrak sedangkan mereka tidak mempunyai kebolehan teknikal yang diperlukan dalam kegiatan carigali minyak dan gas asli.
“Amat sukar untuk melakukan kerja dengan jujur ​​setiap hari. Anda kena habiskan banyak masa terhadap pekara yang jauh daripada fungsi sebenar (mentadbir Petronas).
“Bukan hanya orang luar (yang menyulitkan keadaan) tetapi juga orang dalam kerajaan, iaitu birokrat. Gangguan birokrasi membuatkan tugasan menjadi semakin sukar,” dakwa Shamsul.
CEO Petronas itu mendakwa beliau menghadapi kesulitan sejak mengambil tampuk pengurusan syarikat daripada Tan Sri Hassan Marican pada 2010.
Antara tindakan Shamsul yang telah membuat kerajaan gelisah ialah menghadkan dividen dibayar kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak 30 peratus daripada keuntungan bersih Petronas bermula 2013 dan seterusnya.
Tindakan itu juga telah menimbulkan kemarahan ramai pemimpin UMNO dan koprorat Melayu yang merasakan bahawa peneraju Petronas perlu sedar diri dan faham dengan fungsi hakiki GLC yang ditetapkan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Tetapi Shamsul membidas semula kritikan umum dengan berkata: “Kita (Petronas) memerlukan wang untuk berkembang. Jika kita kekal statik dan pengeluaran terus berkurangan, dalam masa 13 tahun kita mungkin akan tutup kedai.”
Kebanyakan kemelut yang Shamsul hadapi sepanjang tempoh menjadi CEO Petronas dikatakan berpunca daripada segelintir syarikat korporat yang ada hubungan baik dengan kerajaan tetapi tewas pada bidaan terbuka (open bidding) bagi beberapa projek bernilai tinggi yang ditawarkan oleh Petronas.
Pada masa yang sama kebanyakan syarikat di bawah program pembangunan vendor Petronas juga tidak berpuas hati dengan tindakan Shamsul yang menutup periuk nasi mereka dengan menamatkan projek tetap untuk mereka.
Shamsul pula mendakwa beliau berbuat demikian kerana ada di antara syarikat itu menambahkan kos sebanyak 48 peratus, sekaligus menjadikan margin sangat besar.
“Saya juga orang Melayu dan saya bangga menjadi Melayu. Anda rasa saya tidak mahu membantu bangsa saya sendiri? Sudah tentu saya mahu membantu mereka, tetapi dengan cara yang betul – bukan perlu disudukan, ” dakwa Shamsul.
Kekecewaan Shamsul boleh dirasai dari petikan-petikan berikut yang diambil daripada akhbar The Edge, antaranya: “Semua orang boleh melihat bahawa kita di Petronas menghadapi tekanan yang besar. Kami berbangga dengan memberitahu seluruh dunia, memberitahu seluruh rakyat Malaysia bahawa kita merupakan satu daripada 500 syarikat yang meraih keuntungan tertinggi di dunia, tetapi adakah kita berkelakuan seperti satu daripada syarikat itu? “
“Inilah kemelut yang sedang kami hadapi, berusaha memerdekaan diri daripada kongkongan, supaya pada akhirnya kita dinilai dari segi prestasi dan keupayaan, tanpa sesiapa yang perlu memberitahu atau mengarahkan apa yang perlu kita dilakukan atau agihkan projek kepada semua pihak yang telah ditentukan.”
“Kerajaan mahu kita menjadi sebuah syarikat minyak terkemuka dunia yang setanding dengan Shell dan ExxonMobil, jadi kami cuba menjadi seperti mereka. Tetapi Shell dan ExxonMobil tidak diganggu oleh kerajaan mereka.”
“Dalam Akta Pembangunan Petroleum amat jelas – minyak dan gas asli adalah milik semua rakyat Malaysia. Ia tidak mengatakan minyak dan gas hanya milik bumiputera, ia tidak mengatakan sedemikian… ia mengatakan hak semua rakyat Malaysia, ia boleh menjadi milik kerajaan, ia juga boleh menjadi milik pembangkang, ia milik sesiapa saja … dan kita (rakyat) adalah penjaga aset itu. “
“Ia adalah amanah, diamanahkan. Perkataan amanah itu sangat kuat. Sebagai seorang Muslim, adalah menjadi dosa besar jika saya menyalahgunakan prinsip amanah.
“Kita berhadapan dengan ahli-ahli politik, mereka bercakap satu perkara tetapi melakukan pekara yang lain, ia begitu menyukarkan, ia begitu mengecewakan,” dakwa Shamsul lagi.
Sindiran terbuka Shamsul itu menjadi kebimbangan umum terutama syarikat koporat Melayu yang berkeupayaan tetapi masih tidak dapat memiliki projek bernilai tinggi.
Sebahagian besar projek berbilion ringgit dikuasai syarikat kontraktor asing atau syarikat berbangsa Cina yang memiliki rangkaian perniagaan luas di peringkat antarabangsa.
Tidak mustahil, kenyataan pedas Shamsul itu bakal memendekkan lagi jangka hayat beliau untuk menerajui Petronas. Waktu akan menentukannya. – bnbbc.my

No comments:

Post a Comment