CIna mahu pemimpin Melayu kuatkan Melayu
RIDHUAN TEE ABDULLAH - Sinar Harian -
SEBAGAI umat Islam, saya amat hairan, pemimpin kita Melayu. Pembuat keputusan kita semua Melayu. Tetapi, pasal apa Melayu terus Melayu, lemah dan bermasalah dalam pelbagai bidang. Melayu hanya menjadi jaguh dalam kegiatan negatif. Tunjukkan kepada saya kekuatan Melayu!
Pertama, bidang pekerjaan. Melayu tidak mahu lagi menceburkan diri dalam bidang pekerjaan yang agak lekeh seperti buruh kasar dan tukang cuci. Tak glamor. Lebih 3 juta buruh asing mengambil alih tugas Melayu.
Kedua, bidang hiburan. Setakat ini amat kurang program hiburan yang mendidik. Melayu berhibur daripada program realiti bintang kecil sehinggalah bintang tua.
Semua program realiti akan berakhir Ramadan ini kerana pada kefahaman kita, ia bulan ibadat. Bagaimana pula bulan lain, dan kefahaman Islam jenis apakah ini?
Ketiga, bidang politik. Kita asyik berpecah. Ultra kiasu semakin bersatu. Sedar atau tidak, kita hanya ada 50 peratus. Apabila berpecah tiga, tidak mungkin kita boleh memerintah.
Malangnya, perpecahan semakin melebar. PRU14 adalah penentu nasib bangsa dan agama kita. Tunggu dan lihat, jika pengajaran tidak diambil.
Keempat, kita jaguh dalam segala aktiviti kemaksiatan iaitu gejala sosial, seks bebas dan sumbang mahram. Bukan bermakna bukan Islam tidak melakukannya.
Mereka pun banyak terlibat, mereka pandai makan, pandai simpan. Namun, mereka tidak sampai dirogol berkali-kali oleh 21 lelaki sehingga menjadi rekod dunia.
Kelima, bidang ekonomi. Ekonomi negara ini 70 peratus dikuasai bukan Islam. Maka tidak mustahil kita memakan DNA babi dan makanan tidak halal saban hari. Lihatlah bihun buatan ultra kiasu yang tersebar di laman sosial, cap Masjid lagi. Betapa kotor dan jijiknya. Ini baru bihun, belum yang lain.
Keenam, kita jaguh dalam aktiviti dadah dan dedah. Ultra kiasu menjadi penjual dan pengedar dadah. Kita menjadi penagih. Siapa yang kaya dan siapa yang rosak? Begitu juga pendedahan aurat sangat meloyakan. Contoh, syarikat penerbangan awam dan syarikat swasta.
Tidakkah boleh kita syaratkan pakaian mereka paling kurang, jika tidak menutup aurat, pakaian bersopan? Orang yang duduk di atas itu, adalah Melayu. Kenapa Melayu tidak selamatkan Melayu?
Ketujuh, kebanyakan stesen TV tidak berbayar, ketuanya semua orang Melayu. Tidak adakah rancangan hiburan yang lebih bersopan dan terkawal lirik dan aksinya?
Rancangan hiburan tidak ditentang tetapi biarlah sesuai dengan jati diri agama dan bangsa. Karpet merah dibuat pada waktu maghrib, solekan bermula sejak pagi lagi. Bilakah masa artis ini bersolat Zohor, Asar dan Maghrib?
Kelapan, berleluasa kegiatan judi, arak, pusat hiburan dan pelacuran. Kenapa bandar raya kita hidup 24 jam? Tidak banyak aktiviti yang mendidik. Kenapa jadi begitu? Siapa yang memberikan lesen semua ini?
Mudah sahaja menuding jari bangsa lain yang menyebabkan kita menjadi itu dan ini. Saya terus menjadi mangsa ultra kiasu dan musuh Islam yang lain. Tetapi siapa yang membenarkan mereka berleluasa? Betulkah semua itu salah mereka? Mereka hanya mengambil kesempatan.
Bak kata Dr Shukri Abdullah yang tersebar dalam laman sosial, siapakah yang menyebabkan Melayu mundur? Melayu alpa? Melayu merempit? Melayu ambil dadah? Melayu gila hiburan? Melayu asyik berkonsert.
Kita berkata, di mana Melayu boleh kawal, kenapa Melayu tidak kawal? Kenapa Melayu tidak kawal hiburan hingga melekakan remaja? Hingga kini, bukan saja remaja Melayu, mak bapak Melayu pun asyik dengan hiburan?
Masih ramai tidak bersolat dan tidak tahu bersolat. Apatah lagi untuk berjemaah di masjid. Siapa pemimpin tertinggi negara setakat ini di peringkat pusat dan negeri, termasuk ketua jabatan? Cina dan India?
Akhirnya, mari kita muhasabah diri. perbaiki bangsa kita, perbaiki amalan agama kita, perbaiki anak bangsa kita. Hanya Melayu Islam boleh menyelamatkan Melayu.
Kita Melayu, kita Muslim lupa perbaiki diri kita. Itu salah kita selama ini. Usah beralasan lagi. Mari kita sama-sama cari jalan keluar. Ayuh! Bersatulah! sama-sama fikir dan renung, sebelum terlambat.
sejak zaman hang tuahpun melayu memang macam ini. masa bila melayu ini hebat? hebat sebagai pengkhianat memang ramai. asal ada bahagian lebih, bangsa sendiri sanggup dikhianati. untuk menyejukkan hati, pujuk hati bahawa sesungguhnya tiada apa yang kekal, bangsa melayu, yahudi, cina, india akan lenyap juga. bagaimanapun dijangka sebelum kiamat, bangsa melayu akan lenyap dulu. kenapa? melayu... bukan menyegar...
ReplyDeletetak ada sarjana yg berani kaji cara pemikiran Phd Melayu ni sebab hebat sangat...!!!
Delete