Tuesday, June 10, 2014

BACA NI..JANGAN DOK SYOK SENDIRI..!!!





Adalah suatu yang mustahil untuk bangsa kiasu ni memberi sokongan kepada BN yang secara langsung membawa kepada keakuran kepada pemimpin Melayu UMNO..!!!
Jadi pemimpin UMNO janganlah berharap langsung kepada pengundi-pengundi Cina ni. Beri tumpuan kepada bangsa sendiri..!!!!
Kalau ada pemimpi UMNO yang masih mengharapkan undi bangsa kiasu ni..anda BODOH!!!!!




RIDHUAN TEE
Semua artikel ada pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.


Monday, June 09, 2014


Ultra kiasu ‘menang’ di Teluk Intan



(Sinar Harian 09.06.14)

Selaku anak Perak yang pernah bersekolah dan tinggal di Teluk Intan, keputusan PRK Parlimen Teluk Intan, tidak boleh dijadikan asas untuk mengatakan bahawa rakyat telah beralih sokongan kepada BN. Muhasabah dan post mortem perlu dilakukan, jika BN ingin terus mengekalkan parlimen tersebut dan menambah kerusi parlimen yang lain masa akan datang.

Peningkatan undi Cina dan India bukan bermakna, BN boleh bersedap hati. Langkah drastik yang perlu difikirkan adalah kenapa berlaku peningkatan undi Melayu kepada ultra kiasu yang jelas menentang Islam dan mahukan Malaysian Malaysia?

Ketika kempen PRK, saya sempat menemubual beberapa pengundi. Salah seorang daripadanya adalah bekas pegawai kerajaan (pencen) dan aktivis UMNO. Katanya, “saya sudah muak dengan BN (UMNO). UMNO kroni, korup dan salah guna kuasa. Dah selalu minum kopi (BN), apa salah beralih kepada teh (pembangkang). Manalah tahu, teh ini lebih baik daripada kopi. Jika teh tidak sedap, kita tukar balik”. Begitulah perasaan bencinya kepada UMNO BN. 

Lebih memeranjatkan lagi, dua orang anaknya yang bekerja sebagai guru (Kementerian Pendidikan), tinggal di Kuala Lumpur, sanggup balik ke Teluk Intan untuk mengundi ultra kiasu, bagi memberi pengajaran kepada BN. Fenomena Melayu baharu ini perlu dianalisis dengan serius. Melayu baharu ini perlu disedarkan bahawa jangan kerana terlalu marahkan UMNO, sanggup menggadaikan maruah dan prinsip. Marahkan nyamuk kelambu dibakar.

UMNO pula perlu melakukan muhasabah dan kajian. Kenapa kalangan Melayu Islam begitu benci dengan UMNO sedangkan sebelum ini mereka adalah orang kuat UMNO? Perkara ini penting sebelum ultra kiasu lebih bermahajarajalela memenangi hati Melayu.

Kita tidak boleh berdiam diri terhadap ultra kiasu yang menjadi musuh Islam. Ingat kata Winston Churchill "You have enemies? Good. That means you've stood up for something, sometime in your life."

Ultra kiasu bijak berpolitik. Soal mereka tidak percaya kepada calon Melayu tidak timbul. Ultra kiasu tahu mana Melayu yang boleh diundi, mana yang tidak. Sebelum ini, DUN Pasir Bedamar (dalam parlimen Teluk Intan) ditandingi oleh calon Melayu  ultra kiasu selama 3 penggal berturut-turut bermula tahun 1986, itulah Fadzlan Yahya.

Penurunan undi Cina terhadap ultra kiasu, adalah strategi. Ultra kiasu perlu memenangkan Cina berhadapan dengan calon Melayu Muda yang tidak berprinsip. Pada ultra kiasu, tidak mustahil Melayu dalam ultra kiasu akan berpaling tadah, seperti yang berlaku sebelum ini, setelah tidak tahan dengan suasana kecinaan dalam parti tersebut.

Tiga tahun akan datang, menjelang PRU 14, apabila pembangunan Teluk Intan tercapai seperti yang dijanjikan BN, tidak mustahil ultra kiasu kembali menang. Perkara ini adalah suatu yang lumrah. Kenapa dan mengapa kebanyakan kawasan parlimen di Kuala Lumpur dimonopoli ultra kiasu? Jawapannya mudah. Bandar yang telah membangun, tidak akan mundur semula. Jadi, buat apa beralih kepada BN.

Justeru, berpada-padalah berjanji dan menunaikan kepada pengundi Teluk Intan. Selain daripada menumpukan perhatian kawasan ultra kiasu, jangan kesampingkan kawasan orang Islam itu sendiri. Begitu juga kawasan pedalaman, seperti di Terengganu, Kelantan, Sabah, Sarawak dan lain-lain.

Apa jua alasan yang diberikan sama ada undi Cina atau undi India bertambah, pengundi Melayu Islam mesti diberikan perhatian. Jangan kerana terlalu berterima kasih kepada orang lain, orang sendiri dilupakan. Jangan sampai kera di hutan disusukan, anak di rumah mati tak makan.

Berdasarkan observasi dan pendapat rakan-rakan, saya galurkan kenapa ultra kiasu boleh dianggap menang, walaupun kalah di medan.

Pertama, ultra kiasu menang kerana berjaya mewakilkan dua wakilnya menjadi menteri kabinet. Seorang dari Gerakan, seorang lagi dari MCA. Keberadaan dua menteri kabinet Cina dianggap amat tinggi berbanding dengan bilangan kawasan parlimen yang dimenangi yang begitu sedikit. Siapakah menteri Melayu yang akan terkeluar? Kita tengok nanti. Jika ditambahkan lagi potfolio menteri, amat tidak wajar, kerana sebuah negara kecil seperti Malaysia tidak memerlukan banyak menteri.

Kedua, ultra kiasu berjaya memikat dan menarik simpati generasi muda Melayu baharu dengan menonjolkan ‘kebaikan’ mereka dan mempamerkan ‘keburukan’ UMNO BN. Semua insiden buruk yang berlaku ketika berkempen, itu adalah UMNO. Malangnya, masyarakat percaya. Bagaimana UMNO BN mampu menepis ‘keburukan’ yang selalu dilabelkan itu.

Ketiga, ultra kiasu menang dari segi imej kerana ‘berjaya’ menonjolkan calon Melayu bagi menunjukkan mereka tidak rasis. Imej ini amat baik ditonjolkan kepada negeri-negeri lain dan berjaya memikat anak muda. Wal hal, calon Melayu tersebut hanyalah alat. Ultra menang memperalatkan Melayu yang memperlekeh dasar bangsa sendiri.

Keempat, ultra kiasu menang dalam persaingannya dengan PAS. PAS hilang kredibiliti, prinsip dan maruah, apabila mempertahankan calon ultra kiasu yang tidak berhijab dan secara terang menolak hudud.


Akhirnya, kepada UMNO BN dan PAS, buatlah muhasabah diri dan transformasi  untuk menghadapi PRU 14 yang lebih bermakna. Dampingilah orang PAS seperti Dato’ Harun Din dan mintalah pandangannya. Kenapa ulamak ini menolak persekongkolan PAS-ultra kiasu?


SUMBER

No comments:

Post a Comment