Melayu pula makan bihun goreng boh toge saja...tulah nilai Melayu di mata pemimpin Melayu..Sama saja pemimpin Melayu UMNO..pemimpin Melayu PAS
Monday, February 17, 2014
PRK DUN Kajang: Beri hak Cina?
(17 Feb 2014)
“Menjelang PRK DUN Kajang 23
Mac 2014, beri sahaja apa yang Cina mahu, pasti mereka akan mengundi Barisan
Nasional (BN)”. Adakah strategi atau formula ini boleh dipakai lagi? Ingatan
saya kepada pemimpin negara, pilihan raya hanya alat, bukan matlamat.
Pemimpin dan NGO ultra kiasu mula
mendesak Putrajaya untuk menyelesaikan masalah sekolah Cina, termasuk
mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC). Ultra kiasu Pulau Pinang memulakan
dengan menyampaikan dana berjumlah RM1.1 juta kepada 10 buah Sekolah Menengah
Persendirian Cina (SPC) di sana.
Kata ultra kiasu, jika kerajaan
Pakatan Rakyat (PR) memerintah, semua masalah pendidikan Cina akan diselesaikan
dalam hanya satu penggal. Antara masalah yang mahu diselesaikan adalah
kekurangan guru-guru di SJKC, penambahan bilangan SJKC, SPC dan pengiktirafan
UEC.
Setakat ini terdapat 78 SPC,
dengan lebih 120 ribu pelajar dan lebih 1300 buah SJKC dengan lebih 560 ribu
pelajar Cina dan 56 ribu pelajar bumiputera. Bilangan pelajar bumiputera yang
hampir 10 peratus di SJKC hanya mahu menguasai bahasa Cina, bukan soal kualiti.
Terbaharu, ultra kiasu berpusat
di Kajang sedang mendesak kerajaan PR Selangor, untuk memberikan dan meluluskan
tanah, bagi tujuan membuka SPC yang baharu. Kita nak tengok reaksi kerajaan PR
Selangor. Saya bukan bantah, tetapi buktikan dahulu kewujudan Sekolah Cina
membantu pembinaan negara bangsa.
Persoalannya, bagaimana semua
ini boleh diiktiraf jika kiblat kurikulumnya orientasinya bukan Malaysia tetapi
negara China. Mereka mendesak kerajaan terus memberikan bantuan dan kelulusan dalam
usaha melahirkan pelajar yang berkualiti.
Kualiti bagaimana yang
dimaksudkan? Hanya bercakap dan bergaul dengan sesama bangsa? Bagaimana dengan
pembangunan negara bangsa? Pernahkah ultra kiasu ini berfikir ke arah itu? Atau
terus mahu melahirkan bangsa yang sekolah Cina, bercakap Cina, bergaul Cina dan
semuanya Cina, Cina, Cina.
Pemimpin ultra kiasu ini
langsung tidak menyentuh soal perpaduan dan pembinaan negara bangsa. Dalam hal
ini, saya boleh bersetuju dengan pendapat Perkasa, yang berkata bahawa pengiktirafan
UEC itu oleh kerajaan atau kerajaan negeri di bawah PR adalah suatu
pengkhianatan kepada Dasar Pendidikan Negara.
Dasar Pendidikan Negara bukan memihak
kepada mana mana pihak tetapi adalah untuk kebaikan kita bersama. Matlamat
akhirnya adalah pembinaan negara bangsa dan perpaduan nasional. Inilah
sebenarnya asas kemajuan dan kestabilan sesebuah negara.
Negara tidak akan membangun dan
maju jika rakyatnya tidak berpadu, tidak setia dan cinta kepada negara.
Perkasa menganggap kerajaan
adalah agen kepada kerosakan perpaduan antara kaum jika UEC diterima kerana
ianya akan menjadi pemangkin kepada masyarakat Cina menghantar anak-anak kereka
ke sekolah jenis kebangsaan Cina sehingga peringkat tertinggi pendidikan yang mana
mereka tidak akan bercampur-gaul dengan pelajar dari kaum lain. Pastinya
perpaduan kaum lebih buruk di masa akan datang. Mana boleh sekolah berbagai
aliran membantu perpaduan. Carilah sebuah negara lain di dunia yang mengamalkan
sistem berbagai bahasa pengantar di sekolah.
Ingatan saya kepada kerajaan BN
mahupun PR, berhati-hatilah dalam setiap keputusan yang melibatkan masa depan
negara. Jangan kerana mahu menang dalam PRK kita serahkan segala-galanya.
Siapakah yang rugi nanti?
Kita sedang melahirkan
warganegara yang tidak setia kepada negara. Mereka menunggu masa sahaja untuk
cabut lari bila keadaan mengizinkan atau ada kesempatan.
Saya amat yakin apabila
kerajaan mahu membina sekolah kebangsaan, apa yang ada dalam kepala mereka
adalah perpaduan nasional, bukan soal untuk memartabatkan Melayu. Cuma secara
kebetulan bahasa Melayu adalah bahasa negara, maka terimalah hakikat. Kenapa
kita mahu membina negara China dalam negara Melayu. Ini yang saya pelik. Kenapa
ultra kiasu ini masih tidak faham.
Pernahkah ultra kiasu ini
terfikir, disebabkan bantuan begitu banyak diberikan kepada sekolah jenis
kebangsaan, kerajaan terpaksa mengurangkan peruntukan kepada sekolah-sekolah
kebangsaan, termasuk sekolah agama Islam sendiri. Sehinggakan agama Islam
secara agama persekutuan tidak mendapat pembelaan dan hak sewajarnya.
Justeru, jika orang Cina ultra
kiasu mahu memilih untuk terus menambah dan memiliki sekolah dan kolej sendiri,
maka pergilah ke negara lain yang boleh menawarkan khidmat tersebut. Negara ini
sudah terlalu berserabut dengan caca merba ini. Bantulah untuk mengurangkan
masalah, bukan menambah masalah.
Tidak perlulah menyusahkan
kerajaan dan rakyat Malaysia, termasuk Cina yang tidak tergolong dalam kumpulan
ultra, yang cintakan keamanan dan perdamaian. Desakan sebegini akan menjadikan
Melayu semakin benci dengan Cina ultra kiasu. Jangan biarkan Melayu mengasah
parang.
Jangan teruskan usaha untuk membina
negara Cina dalam negara Malaysia. Saya amat takut dengan SMS yang baharu saya
terima bahawa Melayu sudah menyampah dan meluat melihat muka Cina ultra kiasu.
Lebih-lebih isu kalimah Allah dan penghinaan ultra kiasu terhadap Raja-Raja
Melayu.
No comments:
Post a Comment