Wednesday, February 12, 2014

ELOK JUGA KALAU ZAHID HAMIDI KENA PENAMPAR..!!!

Sekurang-kurangnya biar Zahid Hamidi sedar yang ahli UMNO undi dia masa pemilihan UMNO dulu tu sebab mereka ingat  dia jantan..tapi lepas menang besar..tiba-tiba pi Siam ..tukar jantina..!!!

Rakyat yang mulanya bersimpati dengan kerajaan yang hari-hari kena maki dan fitnah kini dah mula muak dan meluat dengan UMNO sebab tidak ada sebarang tindakan...!!!

#HOT! Tawaran RM1500 Untuk Tampar Zahid Hamidi?



Ganjaran sebanyak RM1,500 ditawarkan kepada individu yang dapat menampar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Tindakan biadap itu tercetus apabila segelintir golongan tidak berpuashati dengan kenyataan Ahmad Zahid berhubung ancaman tampar kepada Ahli Parlimen Seputeh,Teresa Kok bukanlah suatu ancaman dan tiada keperluan untuk menjalankan siasatan polis mengenainya.


Perbualan itu bertambah rancak apabila laman 'We Fully Support PKR 's telah memuatnaik poster yang menawarkan ganjaran sebanyak RM1,500 kepada sesiapa yang dapat menampar Ahmad Zahid.

Salah satu komen yang ditulis di gambar tersebut ialah "why dont offer lontar tahi???".

Tawaran yang dilakukan terhadap Ahmad Zahid tercetus apabila beliau mengeluarkan kenyataan bahawa tawaran untuk menampar Teresa bukan suatu ancaman dan tiada keperluan untuk menjalankan siasatan polis mengenainya.

"Mengapa kita perlu menyiasat? Jika dia telah ditampar, barulah kita boleh ambil tindakan," kata Ahmad Zahid.

"Menampar bukan satu ancaman. Jika mereka kata 'membunuhnya', maka ia akan menjadi satu ancaman. Isu tampar adalah antara beliau dan mereka (NGO yang menawarkan ganjaran itu)," katanya.

Sebelum ini, Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia berkata, tawaran bagi menampar Teresa dinaikkan daripada RM500 ke RM1,200 kerana pemimpin DAP itu dikatakan kurang ajar dan mencabar kedudukan orang Melayu.

Sementara itu, menerusi laman sosial twitter, tawaran menampar Ahmad Zahid memenuhi laman tersebut sehingga ada yang menawarkan seikat kangkung bagi tujuan sama.- Media Haria
 
sumber

No comments:

Post a Comment