Kesudahannya terpadamlah episod PR menganiayai masayarakat India selama ini terutama dalam isu Kg Buah Pala. Sebaliknya timbul pula BN lebih menganiayai masyarakat India sehingga India Ketua sebuah NGO penyangak yang dilantik jadi Timbalan Menteri pun letak jawatan sebab tidak dapat menghalang BN dari menindas masyarakat India..!!!
Bongkar Kisah Benar Kenapa Waythamoorthy Letak Jawatan?
Isnin
P Waythamoorthy yang letak jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri keluar kenyataan media minta maaf pada kaum India.
Selasa
pemimpin Hindraf itu panggil sidang media untuk baca kenyataan tetapi
enggan jawab sebarang soalan.Beliau antaranya salahkan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak dakwa tak penuhi janji nak bantu kaum India.
Sebaliknya
kalau tahu cerita sebenar kenapa beliau tiba-tiba umum nak letak
jawatan minggu lalu tentu ramai yang akan kata 'boleh jalan lah'.
Tindak
tanduk Wajthamoorthy yang cuba 'cover line' kegagalannya sendiri dengan
menyalahkan Perdana Menteri terus mendapat reaksi dari Ketua Pemuda
UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar .
Dalam
twitternya awal petang Selasa Menteri Belia dan Sukan itu balon bekas
Timbalan Menteri yang cuba menyalahkan Perdana Menteri yang kononnya
gagal membawa perubahan terhadap masyarakat India.
Menurut Khairy, semua keputusan dalam Kabinet dibuat secara konsensus tetapi Waythamoorthy menuntut untuk bekerja bersendirian.
Katanya itu bukan cara kerajaan berurusan."Dia bukan team player",katanya.
Beliau
mendedahkan bekas timbalan menteri itu mahu semua peruntukan kerajaan
berkaitan masyarakat India diletakkan di bawah bidang kuasanya.
“Waythamoorthy
mahu kawalan penuh ke atas wang peruntukkan dan membelakangkan semua
kementerian dan agensi berkaitan. Bila hasrat tidak dipenuhi, beliau
letak jawatan dan salahkan Perdana Menteri,” ujarnya dalam siri
twitternya pada Isnin.
Kata
Khairy lagi, beliau mengenali pemimpin Hindraf itu dan enggan
mendedahkan perkara ini namun beliau tiada pilihan apabila Waythamoorthy
menyalahkan Najib.
Ujarnya, banyak perkara dibangkitkan pemimpin Hindraf itu kepada Perdana Menteri sudah diselesaikan.
Waythamoorthy
meletak jawatan 8 Febuari lalu dengan alasan kononnya Najib gagal untuk
memenuhi janji yang disepakati dalam MOU yang antara Hindraf dan BN
sebelum PRU 13 lalu.
Bagaimanapun Agendadailydifahamkan
kerajaan BN telah melakukan sedayanya untuk memenuhi perjanjian
tersebut termasuk menubuhkan satu Jawatankuasa Pemandu untuk mengkaji
isu-isu berkaitan masyarakat India seperti yang dipersetujui sebelum
ini.
Sumber-sumber
berkata Jawatankuasa Pemandu itu sepatutnya dianggotai oleh seorang
pengerusi yang dilantik PM sertai empat ahli masing-masing dua dari BN
dan dua dari Hindraf.
"Pada
mulanya PM telah mencadangkan perlantikan Menteri Kabinet dari kaum
India sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemandu itu, bagaimanapun
Waythamoorthy telah menolak dengan alasan tidak mahu ahli politik di
dalam jawatankuasa tersebut.
"Najib
kemudiannya mencadangkan pemimpin NGO India Tan Sri Dr M Thambirajah
sebagai pengerusi tetapi ditolak oleh Waythamoorthy dengan alasan
seorang ahli akademik selain berketurunan Ceylon dan tidak memahami
sentimen kaum India yang miskin," kata sumber itu.
Jelasnya
lagi, Najib kemudiannya mencadangkan nama Timbalan Pengerusi Khazanah
Nasional, Tan Sri Nor Mohamed Yackop sebagai Pengerusi Jawatankuasa
Pemandu itu dan perkara tersebut dipersetujui oleh Waythamoorthy dan
Hindraf.
Najib
kemudiannya menamakan Tan Sri Dr M. Thambirajah dan D. Ravindran dari
PEMANDU sebagai dua ahli yang mewakili BN dan surat rasmi mengenainya
dikeluarkan pada 18 September 2013.
Difahamkan,
mesyuarat pertama Jawatankuasa Pemandu ini ditetapkan oleh Tan Sri Nor
Mohamed Yackop pada 7 November 2013, dan pada ketika itu Hindraf masih
belum mengemukakan nama dua individu yang mewakili mereka di dalam
Jawatankuasa Pemandu tersebut.
"Mesyuarat pertama terpaksa dibatalkan kerana ketiadaan dua wakil Hindraf..."katanya.
Pada
8 November 2013, Tan Sri Nor Mohamed Yackop dijadualkan bertemu
Waythamoorthy namun pemimpin Hindraf itu membatalkan mesyuarat saat
akhir dengan alasan mahu mengadakan pertemuan dengan Najib dulu bagi
meminta penjelasan lanjut mengenai Jawatankuasa Pemandu tersebut.
"Tan
Sri Nor Mohamed Yackop menulis surat meletak jawatan pada hari
berkenaan juga kerana difahamkan kecewa dengan sikap Waythamoorthy yang
tidak serius untuk menjayakan Jawatankuasa Pemandu itu..."kata sumber
itu lagi.
Selain
dari Jawatankuasa Pemandu itu, Waythamoorthy turut mencadangkan
penubuhan Unit Kemajuan Masyarakat India yang diletakkan sepenuhnya
dibawah beliau.
Difahamkan
Waythamoorthy mahu seorang Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah dan
Timbalan Ketua Pengarah untuk membantu pentadbiran selain kuasa
eksekutif dan bajet untuk melaksanakan program.
Selain
itu, Waythamoorthy juga meminta tenaga kerja lebih 200 kakitangan dari
Perkhidmatan Awam dan kira-kira 300 kakitangan dari Hindraf, dengan
anggaran kos operasi RM70 juta setahun dari 2013 ke 2017.
Selain
daripada bajet operasi, mereka juga mahu belanjawan pembangunan
sebanyak RM4.5 bilion setahun untuk 5 tahun ( 2013-2017 ) untuk
melaksanakan sepenuhnya inisiatif yang dipersetujui sebelum ini.
"Kaedah
pelaksanaan dicadangkan Waythamoorthy ditolak PM kerana bercanggah
dengan kaedah penyampaian kerajaan. Bagaimanapun Waythamoorthy tetap
mahu bajet RM4.5 bilion diletakkan dibawah beliau, dan sekali lagi Najib
terpaksa menolak kerana ianya bukan satu amalan biasa kerajaan untuk
meletakkan sejumlah wang yang begitu besar dibawah kawalan seorang
individu," kata sumber tersebut lagi.
Waythamoorthy
yang dilantik menganggotai Kabinet selepas PRU13 lalu, meletak jawatan
tanpa menemui Perdana Menteri pada 8 Febuari lalu.
sumber
sumber
mohon dipautkan blog http://paritbuntarrebels.blogspot.com/.blogspot
ReplyDeletedalam bloglist anda
blog anda sudah dipautkan.
sekian terima kasih