Wednesday, May 15, 2013

MALCOLM MAING BERI PENGAJARAN KEPADA PETUALANG SPR

JKKKPKSS puju keberanian  Pakcik Malcolm Maing, 65 kerana memberi pengajaran sewajarnya kepada petugas-petugas SPR yang tidak profesional ini. Lazimnya petugas SPR yang pro pembangkang akan bertindak melanggar peraturan..sama seperti ketua mereka, Anwar Ibrahim yang suka mencabar undang-undang. Walaupun tindakan Malcolm Maing, 65, adalah salah tetapi semangan yang ditunjukkan oleh beliau wajar dipuji dan SPR juga harus menyiasat petugas mereka yang tidak bertanggungjawab itu



Didenda tumbuk ketua pusat mengundi

SIBU 14 Mei - Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda berjumlah RM2,000 atau penjara tiga bulan terhadap seorang lelaki warga emas kerana menumbuk seorang ketua pusat mengundi dan membuat laporan polis palsu.
Malcolm Maing, 65, dijatuhi hukuman itu setelah mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan itu di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 7.45 pagi 5 Mei lalu ketika berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Pesara kerajaan dari Rh. Ranggau di Sungai Assan dekat sini itu didakwa mengikut Seksyen 329 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dan Seksyen 182 akta yang sama kerana membuat laporan palsu kepada pihak polis.
Pegawai penyiasat kes itu Inspektor Mohd. Fazirul Mohd Fisol memberitahu mahkamah bahawa pada hari kejadian, Malcolm mendengar orang ramai berkata Petrus Amping, ketua pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Assan, meminta pemilih di situ supaya tidak mengundi Barisan Nasional (BN).
Malcolm kemudian bersemuka dengan Petrus untuk memintanya memberi penjelasan tentang perkara itu.
Mohd. Fazirul berkata, Petrus menyatakan Malcolm merempuh serta menyikunya di bahagian abdomen dan apabila dia (Petrus) menolak lelaki itu, dia ditumbuk pula di pipi kanan.
Pegawai itu berkata, Petrus tidak mengambil kisah tentang kejadian itu dan meneruskan tugasnya sebagai ketua pusat mengundi.
Bagaimanapun, katanya, Petrus terkejut apabila mendapat tahu Malcolm membuat laporan yang bertentangan dengan kejadian sebenar di Balai Polis Jalan Ulu Lanang.
Tujuh saksi, termasuk dua petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan lima anggota polis yang bertugas di SK Nanga Assan, memberi keterangan yang menyokong keterangan Petrus tentang kejadian itu. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment