KDN Baru.... Zahid Hamidi BUKAN Menteri Amaran...! Anwar & Gang Sudah Gigil.....
Kerajaan
tidak akan memberi sebarang amaran kepada mana-mana pihak yang bercadang
mahu mencetuskan huru-hara sebaliknya akan terus bertindak secara
tegas.
Menteri Dalam Negeri,
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada sebarang kompromi
dengan pihak tertentu khususnya pemimpin Pembangkang yang sedang
menghasut rakyat turun ke jalanan bagi mencetus rusuhan sekali gus
menjayakan hasrat menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Saya tidak akan memberi amaran tetapi tunggulah tindakan tegas," katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia bagi
mengulas tindakan yang bakal diambil ke atas pemimpin pembangkang dan
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang merancang mencetuskan huru-hara.
Isnin lalu, pemimpin
pembangkang seperti Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) R.
Sivarasa dan Tian Chua ketika berceramah dalam Perhimpunan Tragedi 13
Mei secara terbuka menghasut rakyat ke jalanan bagi menumbangkan
kerajaan BN melalui kaedah rusuhan.
Dalam pada itu, Ahmad
Zahid berkata, Kementerian Dalam Negeri yang diterajui kepimpinan baharu
bersedia sepenuhnya memastikan kesejahteraan rakyat dan keharmonian
negara kekal terpelihara dengan menguatkuasakan undang-undang sedia ada.
"Pencegahan itu lebih
baik daripada penyelesaian, dan pencegahan awal itu lebih murah
'harganya' berbanding penyelesaian masalah. Saya akan guna pendekatan
itu agar pihak kerajaan tidak disanggah dan mereka (pembangkang) juga
tidak melakukan penyanggahan," jelasnya.
Sementara itu, mengulas
kecaman pembangkang selepas beliau meminta pihak tidak setuju dengan
sistem pilihan raya Malaysia berhijrah ke negara republik jika
menjadikan isu undi popular sebagai alasan, Ahmad
Zahid berkata, pembangkang melenting kerana mereka cuba menipu rakyat.
"Orang yang makan cili
memang akan terasa pedasnya, sebab itu pemimpin seperti Lim Kit Siang
dan anaknya, Lim Guan Eng melenting dengan kenyataan saya, tetapi apa
yang dinyatakan adalah hakikat dan sudah sedia termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan," katanya.
No comments:
Post a Comment