Monday, May 20, 2013

KALLA NAK MENDAMAIKAN..NALLA SURUH ANWAR JANGAN MAMAI..!!!

Apalah nasib Anwar Ibrahim sehingga terpaksa meminta rakan-rakan Indonesianya datang merayu simpati DS Najib minta nyawa. Ingat hebat sangat maki-hamun DS Najib berstadium-stadium...


Jusuf Kalla patut pujuk Anwar berubat, bertaubat

KUALA LUMPUR 18 Mei - Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla seharusnya memujuk Datuk Seri Anwar Ibrahim bertaubat dan mendapatkan rawatan berhubung segala isu moral yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu.
Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, perkara itu perlu diberi keutamaan dalam usaha Jusuf merintis usaha mendamaikan perseteruan politik antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Anwar.
Berikut kenyataan penuh Ezam:
Kita hormati niat ikhlas Jusuf atas semangat saudara serumpun dan bersaudara untuk mendamaikan Najib dan Anwar. Tetapi ada beberapa fakta yang harus beliau ketahui dan terima supaya niat murni itu bukan sahaja sia-sia tetapi menjadi malapetaka umat.
Isu membabitkan Anwar bukan hanya politik, tetapi soal moral yang berat. Keputusan mahkamah pada 2004 secara jelas menunjukkan Anwar seorang peliwat dan selepas hampir 10 tahun, Anwar tidak menggunakan haknya untuk menyanggah keputusan itu walaupun dia berjanji kononnya mahu melawan fakta dia adalah peliwat.
Anwar juga sudah melakukan perkara yang melampaui batas dengan menjual kehormatan akidah Islam dalam soal pluralisme agama, isu murtad dan penggunaan kalimah Allah. Anwar berdosa besar kepada umat Islam di Malaysia dan bukannya hanya kepada Najib.
Atas nama kelangsungan umat, saya mencadangkan Jusuf menyarankan kepada Anwar berhenti mengganggu umat Islam di Malaysia, bertaubat dan berubat. Bukannya mendamaikan seorang yang berpenyakit dengan seorang Perdana Menteri. Kita tidak mahu Jusuf yang baik namanya di Malaysia menjadi rosak gara-gara terperangkap dengan permainan licik seorang yang berpenyakit dan gila kuasa hingga menjual agama dan bangsanya.

Nasihat Nalla kepada Anwar

KUALA LUMPUR 18 Mei - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menilai diri secara ikhlas dan menyedari sama ada beliau dan pakatan pembangkang layak memerintah negara selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Bekas sahabat karib Anwar selama 30 tahun, Datuk S. Nallakaruppan berkata, jika Anwar masih tetap berasa layak menjadi Perdana Menteri, pemimpin pembangkang itu dinasihatkan 'segera menjalani pemeriksaan mental di Perancis'.
Menurutnya, hanya pakar sakit jiwa sahaja yang boleh membuatkan Anwar faham kemenangan 30 kerusi Parlimen oleh PKR tidak membolehkannya menjadi Perdana Menteri.
Malah, beliau secara sinis menyeru seluruh rakyat Malaysia 'menghadiahkan' Anwar sebuah kerusi dari rumah masing-masing bagi mententeramkan keadaan mental Anwar yang terus kemaruk menjadi Perdana Menteri.
"Sebelum ini Anwar dakwa sakit belakang dan mendapat rawatan di Jerman, jadi saya syorkan Anwar jalani pemeriksaan mental di Perancis kerana negara itu mempunyai kemudahan rawatan sakit mental yang hebat dan sesuai dengan kes teruk seperti dialaminya sekarang.
"Saya ingin sekali lagi mengingatkan Anwar jangan mengheret rakyat turun ke jalan raya hanya kerana ingin memenuhi nafsu sendiri yang terlalu inginkan jawatan Perdana Menteri. Anwar boleh terus mencuba dalam lima tahun lagi tetapi perlu mengikut peraturan sesuai," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau yang juga Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MIUP) mengulas tindakan Anwar meneruskan usaha mengajak rakyat menyertai demonstrasi di seluruh negara bagi membantah keputusan PRU-13 yang jelas tidak memihak kepada pembangkang.
Anwar juga secara berterusan mendakwa kemenangan Barisan Nasional (BN) dibantu siri penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan menggunakan alasan tersebut bagi menghasut rakyat berdemontrasi.
Lebih malang, Anwar juga menidakkan kemenangan BN dengan alasan pakatan pembangkang memenangi lebih banyak undi popular sedangkan sistem demokrasi Malaysia memperuntukkan kemenangan kepada BN yang memenangi jumlah kerusi Parlimen terbanyak (first-past-the post system).
Nallakaruppan menambah, langkah Anwar mengadakan siri perhimpunan haram seperti di Stadium Kelana Jaya, dekat ibu kota 8 Mei lalu menyebabkan kesesakan lalu-lintas teruk di kawasan sekitar sekali gus menyusahkan rakyat.
"Jangan kerana hendak memuaskan nafsu sendiri, Anwar sanggup mencabar sistem demokrasi negara, menganggu pentadbiran kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak dan menyusahkan rakyat kerana ini sangat kebudak-budakkan," katanya.



No comments:

Post a Comment