Thursday, April 11, 2013

TETAP TENTANG ANWAR IBRAHIM BIARPUN MENERIMA UGUTAN...!!!

Hebat...hebat kerana cekal menerima pelbagai ugutan hanya kerana menentang nafsu Anwar Ibrahim...



.
Sidek Baba, isteri terima gangguan selepas perilaku Anwar didedah

KUALA LUMPUR 10 April - Prof. Datuk Dr. Sidek Baba menerima gangguan daripada pihak tertentu yang dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakannya mendedahkan perilaku buruk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berkata, gangguan itu diterima melalui panggilan telefon serta khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada individu-individu tidak dikenali.

"Dugaan seperti ini saya sudah biasa. Saya tidak rasa terganggu, memang ini resam perjuangan hidup saya.

"Tetapi dalam hal ini, isteri saya langsung dilibatkan dengan provokasi luar biasa. Dia (isteri) dimaki-hamun, disumpah-seranah. Saya menangis tadi kerana terkenangkan dia, saya tahu dia menderita," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Wacana Cuit: Dilema Melayu Moden di Menara Felda di sini hari ini.

Terdahulu, semasa berucap dalam majlis itu, Sidek mengalirkan air mata kerana sebak mengenangkan nasib isterinya yang turut terkena 'tempias' daripada pendedahan yang dibuat oleh beliau.

Mengulas lanjut mengenai susulan pendedahan itu, Sidek turut mendakwa beliau difitnah oleh sebuah blog pro-pembangkang iaitu http://greenboc.blogspot.com yang mengaitkannya sebagai ketua dalam konspirasi untuk menjatuhkan Anwar pada 15 Disember tahun lalu.

Dalam blog tersebut katanya, beliau dituduh bersama lapan orang lain termasuk bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Alies Anor Abdul menerima gaji sebanyak RM15,000 seorang bagi tujuan tersebut.

"Ingin saya tegaskan di sini, saya berada di Sarawak pada tarikh tersebut dan saya mempunyai bukti dan dokumen yang lengkap. Malah, dalam lapan orang yang dikatakan berkomplot, saya hanya mengenali tiga orang daripadanya. Yang lain saya tidak kenal dan komplot itu langsung tidak wujud," katanya.

Selain itu, Sidek turut mendakwa difitnah oleh seorang individu bernama Omar Abdul Rahman yang dilihat sengaja hendak menjatuhkan kredibilitinya.

"Saya menafikan sama sekali semua tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kepada saya.

"Saya tidak akan berganjak daripada pendirian saya kerana saya nampak kehadiran Anwar membahayakan Malaysia. Saya perlu membuat sesuatu untuk menyelamatkan negara melalui jalan yang saya pilih iaitu ilmu, akademik dan dakwah," katanya.

Sidek memberitahu, beliau akan membuat laporan polis dalam masa terdekat terhadap individu-individu yang mengancam dirinya dan keluarganya serta menyiasat dalang dan tujuan fitnah-fitnah yang dilempar kepadanya.
Sidek Baba, isteri terima gangguan selepas perilaku Anwar didedah

KUALA LUMPUR 10 April - Prof. Datuk Dr. Sidek Baba menerima gangguan daripada pihak tertentu yang dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakannya mendedahkan perilaku buruk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berkata, gangguan itu diterima melalui panggilan telefon serta khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada individu-individu tidak dikenali.

"Dugaan seperti ini saya sudah biasa. Saya tidak rasa terganggu, memang ini resam perjuangan hidup saya.

"Tetapi dalam hal ini, isteri saya langsung dilibatkan dengan provokasi luar biasa. Dia (isteri) dimaki-hamun, disumpah-seranah. Saya menangis tadi kerana terkenangkan dia, saya tahu dia menderita," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Wacana Cuit: Dilema Melayu Moden di Menara Felda di sini hari ini.

Terdahulu, semasa berucap dalam majlis itu, Sidek mengalirkan air mata kerana sebak mengenangkan nasib isterinya yang turut terkena 'tempias' daripada pendedahan yang dibuat oleh beliau.

Mengulas lanjut mengenai susulan pendedahan itu, Sidek turut mendakwa beliau difitnah oleh sebuah blog pro-pembangkang iaitu http://greenboc.blogspot.com/ yang mengaitkannya sebagai ketua dalam konspirasi untuk menjatuhkan Anwar pada 15 Disember tahun lalu.

Dalam blog tersebut katanya, beliau dituduh bersama lapan orang lain termasuk bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Alies Anor Abdul menerima gaji sebanyak RM15,000 seorang bagi tujuan tersebut.

"Ingin saya tegaskan di sini, saya berada di Sarawak pada tarikh tersebut dan saya mempunyai bukti dan dokumen yang lengkap. Malah, dalam lapan orang yang dikatakan berkomplot, saya hanya mengenali tiga orang daripadanya. Yang lain saya tidak kenal dan komplot itu langsung tidak wujud," katanya.

Selain itu, Sidek turut mendakwa difitnah oleh seorang individu bernama Omar Abdul Rahman yang dilihat sengaja hendak menjatuhkan kredibilitinya.

"Saya menafikan sama sekali semua tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kepada saya.

"Saya tidak akan berganjak daripada pendirian saya kerana saya nampak kehadiran Anwar membahayakan Malaysia. Saya perlu membuat sesuatu untuk menyelamatkan negara melalui jalan yang saya pilih iaitu ilmu, akademik dan dakwah," katanya.

Sidek memberitahu, beliau akan membuat laporan polis dalam masa terdekat terhadap individu-individu yang mengancam dirinya dan keluarganya serta menyiasat dalang dan tujuan fitnah-fitnah yang dilempar kepadanya.

No comments:

Post a Comment