Tuesday, April 16, 2013

RUPANYA BUAT VIDEO MACAM BUAT KEK..!!!

"Mereka ini adalah pakar yang boleh memetik video-video tertentu dari internet dan diadunkan sedemikian rupa agar menyerupai imej pemimpin-pemimpin tertentu.

Petikan dari seorang bekas menteri penerangan yang hebat...rupa-rupanya buat filem ni semudah macam buat kek..hehe


Tak terkata apa apa atau ayat yang lebih skema TERKEDU EP setelah membaca kenyataan Bekas Menteri Penerangan ni..WOW..satu pasukan khas yang pakar dan mempunyai kebolehan untuk memetik video-video tertentu dari internet dan diadunkan sedemikian rupa agar menyerupai imej pemimpin-pemimpin tertentu..
Malu EP nak cakap tapi awat bodoh piang sangat ni ..sia sia je Tun M lantik dia jadi Menteri Penerangan dulu..
Berapa agaknya Stopa Ali bayar pada Bekas Menteri Penerangan ni untuk mengeluarkan kenyataan yang begitu cerdik dan mengagumkan agar rakyat percaya bahawa Stopa Ali jadi Mangsa...
Jom kita layan kenyataan paling bijak dari Bekas Menteri Penerangan ini..
Sebuah pasukan khas ditubuhkan untuk menerbitkan video seks bagi "menjahanamkan" imej tokoh politik tertentu di mata umum, dakwa Presiden Penaja Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.
Dalam kenyataannya hari ini, Kadir berkata beliau diberitahu bahawa pasukan khas itu "mendapat pembiayaan dan upah khas" daripada pihak tertentu.
"Mereka ini adalah pakar yang boleh memetik video-video tertentu dari internet dan diadunkan sedemikian rupa agar menyerupai imej pemimpin-pemimpin tertentu. 
"Teknik untuk mengeluarkan video-video fitnah seperti ini memang boleh dibuat dengan mudahnya sekarang ini," katanya yang juga bekas menteri kabinet.
Beliau juga yakin rakyat Malaysia mengutuk kempen politik itu yang dianggap "menjijikkan" dan berharap ia dihentikan serta merta.
"Sejak berpuluh tahun lamanya negara dan rakyat kita telah berpolitik secara yang begitu gentleman dan bersih. Dan selepas 50 tahun lebih kita harus lebih dewasa dan lebih matang berpolitik," katanya.
Terkejut dengan tuduhan terhadap Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang didakwa menjadi mangsa video seks, Kadir juga berharap Mustafa "bersabar dan kuat menghadapi fitnah" tersebut.
"Saya sendiri kenal beliau secara peribadi sejak beliau menjadi ketua Pemuda PAS pada awal 70-an dahulu. Beliau tetap seorang yang bersih, bermoral dan berprinsip tinggi dan mempunyai keluarga yang bahagia.
"Saya yakin keyakinan terhadap beliau oleh ahli-ahli PAS dan rakyat Malaysia keseluruhannya lebih meningkat dan dihormati selepas fitnah yang menjijikkan ini," katanya.

sumber

1 comment:

  1. he3.. org bodoh je ckp video ni palsu. klu gamba tu mugkin boleh diedit, tpi video mcm tu mane le boleh dibuat palsu atau diedit guna muka org lain. org bodoh akn menuduh mcm tu, dan org bodoh juga yang akan mempercyainya.... aku memang tak percaya, sebab aku memang pakar edit video utk orang kawin/tunang/majlis... edit potong2 mane2 yang kite tak nak je.. nak ubah kepaler orang.. badan orang... mane boleh... jad.. jangan jadi bodoh.

    ReplyDelete