Thursday, February 9, 2012

KERJA UMNO LAGILAH NI...

Habih tu sapa punya kerja kalau bukan UMNO. Orang PAS takkanlah nak buat benda macam ni tambah-tambahlah lagi kalau Pemimpin-pemimpin PAS lagilah...puak-puak ni dah dekat sangat dah dengan SORGA, takkan punya buat kerja macam ni. UMNO lah yang buat ni TOK JAN ooiii!!!



Azizan nafi akan letak jawatan

ALOR SETAR 8 Feb. – Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menafikan bahawa beliau akan meletakkan jawatan seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita semalam.
Azizan berkata, laporan portal berita itu adalah satu serangan psikologi oleh pihak-pihak yang takut dengan cara kepimpinan beliau yang tegas dalam hal ehwal pentadbiran negeri ini.
“Sejak malam semalam saya menerima panggilan mengenai perkara ini dan saya tidak akan layan hal-hal sebegini.
“Macam budak-budak sahaja dan saya rasa mereka menyerang saya begini kerana mereka tidak yakin dengan diri sendiri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Azizan diminta mengulas laporan sebuah portal berita (KL-today.com) yang menyiarkan bahawa beliau telah menyediakan surat peletakan jawatan sebagai menteri besar dan akan berbuat demikian dalam tempoh tiga jam dari berita itu disiarkan.
Laporan itu menyebut bahawa maklumat mengenai peletakan jawatan Azizan diperoleh dari Pejabat Menteri Besar itu di Wisma Darulaman sekitar jam 4 petang semalam.
Menurut Azizan, beliau berada di pejabatnya sehingga pukul 6.30 petang semalam dan tidak tahu siapa menyebarkan berita palsu mengenai perkara itu.
“Spekulasi ini mungkin dibuat pihak yang mahu saya keluar daripada parti dan mungkin juga ia dibuat oleh orang luar yang mahu melihat kepimpinan Pas menjadi lemah.
“Perkara ini bukan baru pertama kali terjadi. Dahulu masa saya menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), ada spekulasi yang sama malah ada yang kata saya sudah meninggal,” jelasnya.
Tambah Azizan, perkara utama yang menjadi tumpuannya kini adalah Pilihan Raya Umum Ke-13 dan tugasnya adalah untuk menggerakkan semua jentera pakatan pembangkang untuk mempertahankan negeri ini.

No comments:

Post a Comment