Monday, October 16, 2017

Anak Muda Sokong BN

Anak Muda Tidak Sokong Agenda Peribadi Mahathir Dan DAP

Pada perhimpunan Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi Sabtu lepas, kelibat anak muda memang tidak kelihatan sepanjang perhimpunan berlangsung iaitu bermula pada pukul 4 petang hingga hampir tengah malam.

Pentas jam 4 petang memang dibuat khusus oleh pengajur demo untuk anak anak muda. Waktu Nik Nazmi, Ketua Angkatan Muda Keadilan, AMK berucap pada petang itu, tidak ada seorang pun yang mahu berada dekat dengan pentas.

Ramai yang sembunyi bawah pokok yang redup dan berada sekitar bahagian hadapan Kelab Rekreasi dan Sukan Petaling Jaya dan bukannya di depan pentas ketika pemimpin muda PKR dan PPBM berucap.

Terpaksalah Nik Nazmi bercakap "saya tahu keadaan panas tetapi tuan tuan kena depan sikit. Duduk jauh begini seolah olah ada jurang antara kita".

Waktu Syed Saddiq berucap, langsung tiada orang sorak dan tepuk. Syed Saddiq macam syok sendiri sahaja masa berucap itu.

Anak-anak muda sudah tunjuk mereka tidak mahu sokong lagi agenda peribadi Pengerusi PPBM, Mahathir dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang. Mereka sudah tahu siapa yang lebih korupsi dan mengamalkan kleptokrasi.

Orang jual baju pun tidak laku. Ada seorang peniaga baju T untuk perhimpunan itu merungut sepanjang perhimpunan itu hendak jual 25 helai pun susah. Biasanya dalam perhimpunan berkenaan, baju T akan laku dibeli oleh orang muda yang hadir kerana dijadikan koleksi, selain bukti mereka hadir.

"Saya hanya jual baju T saiz L dan XL, orang perut buncit, ke mana anak muda? katanya. Anak muda lebih suka habiskan masa hujung minggu pergi Hari Sukan Negara atau layan bolasepak Liverpool lawan Manchester United.

Aktiviti itu lebih "chill" bagi anak muda berbanding layan ceramah pemimpin pemimpin tua pembangkang di atas pentas. Hanya "recyle" tuduhan yang sama, yang sudah pun dijawab.

Orang hendak tahu sekarang mana hilang RM32 billion masa zaman Mahathir dulu. Orang juga hendak tahu hal derma RM1 billion Mahathir pada DAP. Dua perkara ini masih disembunyi, jawapan tidak diberi. Inilah kleptokrasi.

Selain itu, di restoran makanan segera A&W berdekatan, ketika perhimpunan itu hanya terdapat ramai golongan warga emas dan pertengahan sahaja yang datang makan dan berehat sementara.

Anak anak muda melihat pembangkang yang ada di Malaysia pada hari ini bukan lagi bersifat pembangkang. Mereka sudah pun jadi "mainstream" dan menjadi kerajaan di dua negeri.

Bila sudah jadi kerajaan, apa yang PKR dan DAP sudah beri pada anak muda? Banyak berjanji, namun bila sudah berkuasa apa pun tidak diberi. Ini yang anak muda benci.

Tidak lagi kelihatan kelibat anak anak muda dari universiti yang selama ini memeriahkan demo pembangkang. Biarpun jaraknya dekat dengan Universiti Malaya, namun tiada kelibat anak muda dari IPT itu, setelah AUKU membenarkan mahasiswa untuk berpolitik.

Tiada lagi wajah anak anak muda dalam demonstrasi pembangkang. Di universiti pun, dalam pilihanraya kampus baru baru ini, kumpulan pro pembangkang tumpas teruk di tangan kumpulan pro aspirasi.

Ramai anak muda sudah mulai sedar. Tidak seperti pada zaman reformasi dulu. Mereka yang muda pada zaman reformasi dulu kini menasihatkan balik budak budak yang "baru hendak up" tentang apa yang mereka kena tipu dulu.

Dulu diajak lawan Mahathir bagi pihak peliwat, sekarang mahu diajak berdemonstrasi bagi pihak Mahathir yang sudah berganding bahu dengan peliwat.

Sampai buat solat hajat sekarang untuk bebaskan peliwat. Buat apa anak muda hendak sokong lagi? Ini agenda peribadi semata mata.

Kit Siang berjuang untuk anak dia. Mahathir pun sama untuk anak dan kroni dia. Dulu kata hendak jaga cucu, sekarang tengah malam pun masih hendak ceramah demi anak dan cucu dia.

Hanya orang yang taksub sahaja tidak nampak agenda peribadi Mahathir dan DAP ini. Anak muda yang waras tidak peduli lagi agenda peribadi. Kleptokrasi apa kalau yang berceramah itu penuh dengan agenda peribadi.

Tulisan :
Beruang Biru
BB618, Isnin
16 Oktober 2017

Sunday, October 15, 2017

MAHATHIR YANG MEMBAWA SIAL

Demo Anti Kleptokrasi Adalah
Demo Pembangkang Yang Paling Gagal

Malam ini telah berlansungnya demo anti-kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya. Pada mulanya, demo berkenaan disasarkan sejumlah 100,000 orang walaupun ikut lojik, padang itu hanya mampu memuatkan 10,000 orang sahaja.

Malaysiakini lapor 1,500 orang sahaja hadir, manakala Kelab Che Det pula menghentikan siaran facebook live bila mendapati padang kosong dan tiada orang.

Namun pengerusi Pakatan Harapan, Mahathir Mohamad dalam kenyataan kepada media sebelum ini yakin demo berkenaan akan mampu menarik perhatian ramai, apatah lagi beliau beria-ia kononnya mahu memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Malangnya hasrat Mahathir itu tidak kesampaian apabila himpunan tersebut tidak mendapat sambutan. Walaupun ramai pemimpin besar Pakatan Harapan hadir namun penyokong mereka tidak teruja untuk hadir bersama-sama dengan pemimpin mereka.

Meskipun macam-macam acara disediakan termasuk persembahan muzik dan jualan makanan menerusi food truck, tapi ia tidak berjaya menggamit orang ramai. Hanya tujuh food truck yang datang walaupun sebelum ini ada 100 buah truck dijanjikan penganjur.

Pengurusan himpunan juga tidak bagus, tiada jualan baju-t seperti himpunan-himpunan yang diadakan oleh pembangkang sebelum ini. Sampai Kit Siang sendiri kena promosi jualan baju.

Malah Mahathir Mohamad sendiri tidak mampu menjadi daya penarik untuk menarik orang ramai menyertai himpunan berkenaan. Ketika beliau berucap pada waktu petang, sekutunya Lim Kit Siang telah meninggalkan himpunan itu lebih awal.

Waktu Mahathir berceramah pada waktu malam pula, ramai yang sudah beredar meninggalkan padang. Kit Siang pula dilihat tertidur dan bermain telefon ketika Mahathir sedang berceramah.

Ini bukan kali pertama, Kit Siang tidak layan ceramah Mahathir. Dalam program Nothing To Hide 2.0 pada Ogos lalu, Kit Siang turut meninggalkan majlis sebaik sahaja Mahathir berucap. Selepas Kit Siang beredar, terus kerusi dan selipar terbang datang.

Melihat kepada peserta yang hadir yang tak sampai pun 5,000 orang, maka sudah pasti ia mengecewakan Mahathir. Beliau pasti rasa terhina kerana himpunan anjurannya itu adalah paling gagal, sejak Bersih 1 hingga Bersih 5.

Ketika Hadi Awang ketuai Bersih 1 iaitu menjelang PRU12, ramai yang hadir. Begitu juga ketika Anwar Ibrahim ketuai Bersih 3 menjelang PRU13, ramai yang hadir. Kini, bila Mahathir ketuai demo kleptokrasi menjelang PRU14, hanya 2,000 orang yang hadir.

Bayangkan ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 semakin hampir, himpunan yang diadakan pula gagal. Dah tentu pembangkang hilang punca, momentum yang mereka mahukan tidak menjadi.

Sudah bermacam-macam cara dilakukan tapi gagal. Mahathir juga gagal menarik perhatian ramai sedangkan beliau dianggap sebagai "aset utama" oleh pembangkang. Demo kleptokrasi ini adalah demo pembangkang yang paling gagal sekali.

Tulisan :
Beruang Biru
BB615, Sabtu
14 Oktober 2017

Friday, October 13, 2017

PH DISERANG PENYAKIT GILA BABI

Penyakit Gila Kuasa Dalam Pakatan Harapan

Masing masing sudah gila merebut jawatan. Bukan sahaja berebut takhta sebagai Perdana Menteri, malah mereka juga sudah gila kuasa merebut jawatan sebagai Ketua Menteri di Pulau Pinang.

Inilah yang sedang berlaku dalam Pakatan Harapan. Bila pakatan yang dibuat hanya berdasarkan hendak berebut kuasa dan tiada perjanjian kukuh yang menyatukan mereka, maka bila bila masa sahaja mereka boleh bergaduh dan membelot sesama sendiri. 

Ada pemimpin yang naikkan nama pemimpin lain puji melambung kata mereka sesuai untuk jawatan tertentu, ada guna proksi hendak menyatakan bahawa mereka yang lebih layak untuk jawatan itu. Ini menunjukkan ramai pemimpin dalam Pakatan Harapan sudah dijangkiti penyakit gila kuasa.

Di peringkat pusat, Zaid Ibrahim yang pernah digelar pemabuk oleh Mahathir telah menyokong Kit Siang sebagai Perdana Menteri. Dulu Zaid Ibrahim ini sokong Mahathir, sudah bertukar nampaknya sokongan itu kepada Kit Siang.

Nampak sangatlah Mahathir sudah tidak kuat lagi. Sokongan Zaid itu bukti DAP adalah “top dog” sebenar dalam Pakatan Harapan. P.Ramasamy pun turut sokong Kit Siang.

Namun sokongan P. Ramasamy itu ada udang di sebalik batu. P. Ramasamy sebenarnya hendak pujuk Kit Siang agar melantiknya sebagai Ketua Menteri jika Guan Eng ke penjara. Itu maksud sokongan P. Ramasamy itu.

P Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang gunakan proksi untuk mempromosi diri sendiri untuk menjadi Ketua Menteri ketika bosnya, Lim Guan Eng terlibat dalam kes rasuah sampai dituduh di mahkamah.

Pada Julai 2016, bersepah kain rentang dipasang di Pulau Pinang  tertera perkataan 'P Ramasamy, Ketua Menteri kita yang seterusnya' dalam bahasa Inggeris. Kemudian, P Ramasamy, kata beliau tidak layak dan hanya Guan Eng yang layak terus kekal jadi Ketua Menteri walaupun melakukan rasuah.  Sifat gelojoh nak kuasa itu terlalu ketara, sampai sanggup habiskan duit beli kain rentang puji diri sendiri.

Ketua Pembangkang, Dr Wan Azizah Wan Ismail pun tidak mahu ketinggalan apabila baru-baru ini ada seorang penulis kata beliau bakal cipta sejarah jika dilantik Ketua Menteri wanita pertama negeri itu.

Hasmi Hashim petik dalam manifesto pakatan pada 2008 bahawa mereka akan tukar Ketua Menteri setiap dua penggal. Nampaknya taraf Wan Azizah hanya layak sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sahaja lah. Wan Azizah pun tidak menolak cadangan itu.

Nampak sangatlah PKR sudah yakin Guan Eng akan bersalah bila dihadapkan ke mahkamah kerana kes rasuah pada November ini. Malah dalam tulisan yang melambung Wan Azizah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang itu, penulis itu turut mengutuk Guan Eng dan DAP sebagai kerajaan yang tidak menjaga kepentingan umat Islam di Pulau Pinang. 

"Saya rasa ada keperluan (tukar Ketua Menteri Melayu) jadi sejarahlah kalau mulut saya masin, pintu langit terbuka, kalaulah Dr Wan Azizah jadi Ketua Menteri, dia jadi Melayu, wanita pertama  yang jadi Ketua Menteri," kata Hasmi promosikan Dr Wan Azizah. 

Di samping itu, Wan Azizah yang dijangka akan bertanding di DUN Penanti pada PRU14 nanti untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, nama nama lain turut disebut sama teringin menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Zairil Khir Johari dan juga Mujahid Yusuf Rawa. 

Drama berebut kuasa ini dulu pernah terjadi di Selangor dalam strategi yang disebut sebagai “Langkah Kajang” yang direncanakan oleh Rafizi untuk gulingkan Khalid Ibrahim. Kali ini “Langkah Penanti” pula dibuat untuk gulingkan Guan Eng sebagai Ketua Menteri di Pulau Pinang.

Di Selangor pun sudah ada kedengaran orang yang teringin menjadi Menteri Besar selain daripada Azmin Ali. Ada calon calon lain daripada PKR dan DAP sudah mengintai jawatan untuk gantikan Azmin sebagai Menteri Besar.  PAS juga tidak ketinggalan mahukan jawatan Menteri Besar di Selangor.

Nik Abduh disebut sebut bakal bertanding di Selangor. Lagi pun ramai pengundi luar Kelantan berada di Lembah Klang. Di Kelantan, Husam Musa masih lagi gila kuasa hendak menjadi Menteri Besar Kelantan. Husam terpaksa berhadapan dengan kawan lamanya, PAS di sana.

Masing masing berebut hendak berkuasa sahaja. Lihat apa yang sudah terjadi di Selangor. Dulu PKR dan DAP di bawah Khalid Ibrahim, sekarang proksi Azmin Ali pula bersama dengan PKR dan DAP di Selangor. Masalah rakyat masih sama tetapi pemimpin pembangkang terus gila mengejar kuasa semata mata. 

Samalah situasi pembangkang di pusat, mereka juga masih berebut kuasa dan tidak ikhlas antara satu sama lain. Mahathir mahu anaknya jadi PM. Anwar yang duduk dalam penjara pun hendak jadi PM. Kit Siang pun ada hati hendak jadi PM. Azmin juga ada menyimpan perasaan untuk ke jawatan itu.

Siapa calon Perdana Menteri dan barisan kabinet bayangan bagi Pakatan Harapan pun masih belum diumumkan lagi secara rasmi. Mereka tidak boleh umumkan kerana mereka gila kuasa. Masing masing ada agenda tersendiri untuk merampas kuasa semata mata.

Banyak benda gila dalam dunia ini, namun penyakit “gila kuasa” adalah penyakit yang susah hendak diubati. Tiada ubat. Hospital pun tidak terima pesakit yang gila kuasa. Pesakit ini akan menyusahkan rakyat dan orang sekelilingnya kerana gila hendak jawatan untuk kepentingan peribadi dan kroni sahaja.

Tulisan :
Beruang Biru
BB614, Jumaat
13 Oktober 2017

SENARAI 25 SYARIKAT UMRAH YANG BERLESAN

Senarai 25 travel agency (stage pertama) yg telah diberikan Lesen Khas Umrah (LKU) semasa Majlis Pelancaran Lesen Khas Umrah ptg semalam:

1. TH (Tabung Haji) Travel
2. Andalusia travel
3. Lintas travel
4. Rayhar travel
5. Falcon travel
6. Juara travel
7. Suka jaya travel
8. Addin travel
9. WHA travel
10. Al naile travel
11. Gemilang Travel
12. Poto travel
13. Sila tour & travel
14. Dinar holidays
15. Hidayatul travel
16. Deliver travel
17. Ar raudhah travel
18. Rey-z travel
19. Jasa mabrur travel
20. BK travel
21. Persada oasis travel
22. Maad travel
23. Trippez travel
24. HRM travel
25. Mursyid al haramain travel

Untuk makluman juga mana2 travel agency yg xde Lesen Khas Umrah *tidak dibenarkan menjual pakej umrah.* senarai di atas yg dh dpt pd masa ini.. ini adalah inisiatif Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) di bawah Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia (MOTAC) bg mengelakkan kes penipuan umrah berleluasa. bg kwn2 yg nk gi umrah selidik dulu travel agency takut jd mangsa. Sharing is caring.

Thursday, October 12, 2017

DAH BERATUS KALI BERBOHONG, MASIH PERCAYA LAGI?

Jangan Percaya Janji Pakatan Pembangkang, Nanti Mereka Akan Mungkir Janji

Kira kira tiga bulan yang lepas iaitu pada 14 Julai 2017, pakatan pembangkang yang menggelarkan diri mereka sebagai Pakatan Harapan telah menawarkan 7 janji baru kepada rakyat untuk dilaksanakan dalam masa 100 hari jika mereka berjaya menakluk Putrajaya.

Bentang tajuk sahaja berserta tujuh perkara yang hendak dibuat. Buatnya belum tentu. Kalau dilihat satu persatu dan diteliti balik tiada pun penjelasan lanjut macam mana janji janji itu hendak dilaksanakan.

Sama macam nama Pakatan Harapan lah, ROS minta mereka hantar logo baru untuk parti mereka. Sampai hari ini, sejak 28 Julai 2017 sampai hari ini, sudah 75 hari berlalu. Mahathir kata dua hari sahaja untuk buat logo baru, namun sampai hari ini, belum lagi siap siap.

Hal logo parti sendiri pun mereka tidak patuh janji, inikan pula janji mereka kepada rakyat. Bolehkah kita percaya cakap pembangkang yang dipengerusikan oleh orang yang dulunya bercakap orang itu peliwat kemudian bersolat hajat pula sekarang minta peliwat itu dibebaskan.

Dulu kata orang itu “syaitan” yang paling rasis dalam dunia ini, kemudian sekarang bertuankan pula orang yang dia panggil “syaitan” itu dalam satu parti. Siap bagi duit lagi kepada “syaitan” sampai RM1billion untuk mendapatkan jawatan pengerusi.

Janji untuk menghapuskan GST pun sudah kontradiks. Dalam dua kali bajet alternatif yang dibentang oleh pakatan pembangkang pada 2015 dan 2016, pembangkang mensasarkan GST adalah pada kadar 0%.

Bermakna tidak hapus terus. Pembangkang juga gagal menjelaskan di mana kekukarangan dana yang harus ditampung jika pendapatan menerusi GST dihapuskan.

Untuk tempoh 1 April 2015 hingga 31 Disember tahun sama, kutipan bersih GST ialah RM27.01 bilion, menurut Kementerian Kewangan. Sementara itu, sepanjang tahun 2016, kutipan cukai GST ialah sebanyak RM41.2 bilion.

Menjelang pembentangan Bajet 2018 yang akan diadakan pada 27 Oktober ini, pembangkang dijangka sekali lagi akan membentangkan Bajet Alternatif mereka.

Datuk Seri Najib terima 13,000 idea daripada rakyat untuk rangka Bajet 2018. Pembangkang ada minta idea dari rakyat kah untuk buat bajet mereka?

Pembangkang akan tiru sahaja Bajet 2018 yang dibuat oleh BN bulat bulat nanti. Mereka akan tukar tukar sedikit sahaja dan GST mereka kekalkan pada kadar 0% juga. Mereka tidak akan berani tulis hapus terus.

Bermaksud jika hapus GST maka kerajaan akan kekurangan pendapatan sebanyak RM41.2 billion. Di mana pembangkang hendak ganti kekurangan ini? Hendak buang kakitangan awam? Mungkin itulah alternatif mereka jika hapus GST. Baca pautan ini :

https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/10/pembangkang-mahu-buang-700000-penjawat.html?m=1

Nurul Izzah juga pernah berkata GST akan kekal sifar jika pakatan pembangkang berkuasa dalam Malaysiakini pada 25 April 2017. Kekal sifar bermakna ianya tidak akan dihapuskan.

Ini bertentangan sama sekali dengan janji yang dibuat oleh Pakatan Harapan sekarang ini iaitu mahu hapuskan terus GST. Baca pautan ini, lihat betapa pakarnya pembangkang membuat U Turn dalam setiap apa yang mereka cakap :

https://www.facebook.com/beruangbiru1/posts/1484141924939613

Kita lihat pula janji kedua Pakatan Harapan iaitu menstabilkan harga petrol. Ini satu frasa ayat baru pembangkang gunakan bila bercakap tentang harga minyak. Satu ketika dahulu, pembangkang akan sebut, masuk sahaja Putrajaya, esok harga minyak akan turun. Kenapa sekarang cakap menstabilkan pula harga petrol?

Pernah sekali, minyak turun 5 minggu berturut turut, semua pembangkang diam. Tidak bercakap langsung bab harga minyak. Kadang kadang bila naik baru mereka berbunyi dan “keluar gua”. Hari ini kerajaan telah berjaya kawal harga minyak.

Semalam turun lagi 3 sen menjadikan RON95 RM21.6 seliter untuk tempoh 12 hingga 18 Oktober 2017. Harga ini sebenarnya masih 14 sen murah berbanding harga pada awal pengenalan sistem minyak mingguan. Harga minyak turun sebanyak 12 kali dengan jumlah 74 sen. Manakala naik sebanyak 15 kali dengan kenaikan 60 sen.

Setelah 27 minggu diperkenalkan sistem ini, harga minyak menjadi stabil. Jadi buat apa lagi hendak janji stabilkan harga minyak. BN sudah berjaya laksanakan perkara ini dengan baik sekali. Lihat gambar rajah ini :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1728483107461446&id=1455416204768139

Seterusnya janji ketiga pembangkang adalah untuk memberi fokus meringankan beban rakyat. Cara dan bagaimana ia akan dilakukan tidak diperincikan.

Dulu apa yang sudah ditulis dalam Buku Jingga pun tidak dilaksanakan pun di Pulau Pinang dan Selangor. Misalnya di Pulau Pinang, Guan Eng pada bulan Februari 2008, sebelum PRU12 menyatakan bahawa Tol Sungai Nyiur sejumlah 50 sen adalah mencekik darah rakyat. Namun bila DAP perintah, sudah hampir 10 tahun, tol itu tidak juga dimansuhkan.

Semasa buat Buku Jingga pada 19 Disember 2010 dalam Konvensyen Pakatan Rakyat ke-2 di Pulau Pinang, pembangkang ada buat janji 100 hari juga iaitu untuk menaikkan gaji guru, hapus tol, air yang lebih murah, pulangkan subsidi kepada rakyat, hapuskan ISA dan bebaskan institusi negara.

Lihatah betapa kontradiknya janji pada tahun 2010 ini dengan 7 janji baru yang dibuat sekarang.

Naik gaji guru tiada lagi dalam agenda mereka. Hapus tol sudah tiada lagi. Air yang lebih murah pun tiada. Malah di Pulau Pinang, sudah 4 kali tarif air dinaikkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. Perjanjian 100 hari berkaitan air pada 2010 itu dibuat di Pulau Pinang, akhirnya DAP tidak tunai pun malah menaikkan lagi tarif air.

Beginikah cara pembangkang berjanji untuk ringankan kos sara hidup rakyat? Jangan percayalah kepada pembangkang. Mereka pandai mungkir janji sahaja. Empat lagi janji janji pembangkang pun banyak yang bohong belaka. Baca lanjut di pautan ini, Beruang Biru telah ulas mengenainya sebelum ini.

http://utaranews.com/2017/07/7-janji-baru-pakatan-pembangkang-adalah-janji-untuk-dimungkiri.html/

Duit hilang bawah hidung dia RM32 billion pun dia tidak tahu. Bukannya RM3.20 atau RM32 yang hilang tetapi 32,000 juta yang hilang. Banyak jumlah itu. Boleh buat Putrajaya lagi dua kalau duit itu tidak hilang. Di Pulau Pinang dan Selangor, banyak janji dan isu isu setempat yang tidak pun diselesaikan oleh kerajaan DAP dan PKR.

Statistik terbaru menunjukkan rakyat Pulau Pinang banyak berhijrah keluar dari negeri itu. Pendapatan rakyat makin merosot sejak DAP perintah Pulau Pinang. Selangor pula sampai rumah bilal pun hendak dirobohkan mereka. Isu Splash, Isu Yawas dan SMUE serta beberapa lagi penyelewengan tidak pun diselesaikan.

Jadi rakyat jangan mudah terpedaya dengan janji janji manis pembangkang ini. Sesama komponen dan pemimpin pembangkang pun mereka bergaduh sekarang antara satu sama lain. Saling tidak percaya antara satu sama lain. Macam mana hendak penuhi janji, jauh sekali.

Hanya tanam janji di bibir sahaja. Jangan percayalah janji Pakatan Harapan ini. Banyak yang tidak pasti dan belum tentu pun janji itu akan dipenuhi nanti.

Tulisan :
Beruang Biru
BB612, Khamis
12 Oktober 2017

PEMBANGKANG DAH BANKRUP : DATA BANK DUNIA PUN DIPALSUKAN

Bila Pembangkang Jadi Bengap, Data Bank Dunia Pun Mereka Hendak Selewengkan

Apa sahaja yang boleh dipusing dan di "spin" mereka akan guna. Kata FBI hendak tangkap Najib,  kata Malaysia hendak kena gadai dan kata Malaysia hendak bankrup dan bermacam lagi.

Janji ianya beri persepsi tidak baik pada Najib dan kerajaan BN, pembangkang akan putar belit semuanya. Data Bank Dunia pun mereka nak putar demi agenda politik mereka.

Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap mengenai pertumbuhan ekonomi negara, ia bukan sekadar cakap kosong sebaliknya ia disertakan sekali dengan bukti dan bukti itu bukanlah sesuatu yang boleh dipertikaikan oleh sesiapapun.

Ini kerana data pertumbuhan negara diambil daripada laporan Bank Dunia, iaitu satu badan yang diiktiraf oleh seluruh dunia.

Jadi apabila ada pembangkang yang cuba mempertikaikan fakta dari Bank Dunia itu, ia memang sesuatu yang lawak dan menunjukkan kebodohan diri sendiri.

Ia menunjukkan mereka terlalu "desperate" untuk berkuasa hingga terpaksa putar data Bank Dunia. Sanggup jadi bengap untuk buat rakyat bengap sama seperti mereka.

Mereka menggunakan penulisan di dalam portal tertentu bagi memburukkan negara tetapi hakikatnya ia hanya sekadar propaganda yang bermotivasikan politik, dengan niat untuk mengelirukan pembaca dan rakyat Malaysia.

Salah satunya adalah tulian daripada seorang pembaca portal The Malaysian Insight yang menulis tajuk ``Laporan terkini Bank Dunia adalah khabar buruk untuk BN".

Penulis berkenaan menyebut bahawa Bank Dunia berkata pertumbuhan Malaysia akan perlahan pada 5% pada tahun 2018 dan 4.8% pada tahun 2019.

Sedangkan bagi sebuah negara berpendapatan pertengahan atasan, yang mana bagi kategori Malaysia, pertumbuhan 4.8% dan 5% adalah dianggap sangat baik.

Malah minggu lepas, Bank Dunia telah mengadakan taklimat dengan media di mana ia mengumumkan peningkatan ramalan pertumbuhan Malaysia untuk kali kedua tahun ini. Tiga kali Bank Dunia naikkan unjuran untuk Malaysia.

Tahun lepas, Bank Dunia telah meramalkan Malaysia berkembang hanya 4.3% pada 2017. Ia menaikkan ramalan pertumbuhan itu kepada 4.9% pada bulan Jun dan kemudian menaikkannya sekali lagi kepada 5.2% minggu lepas.

Dalam taklimat media itu juga, pakar ekonomi Kumpulan Bank Dunia Richard Record memuji ekonomi Malaysia dan membuat kesimpulan:

"Melangkah ke hadapan, prospek kekal positif kerana ekonomi Malaysia terus mengalami pertumbuhan yang luas dalam banyak sektor yang pelbagai. Permintaan domestik dijangka kekal sebagai faktor utama pertumbuhan, disokong oleh pertumbuhan yang kukuh dalam perbelanjaan sektor swasta."

Jika berdasarkan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Dunia ini, ternyata ia menunjukkan ekonomi negara berada pada landasan yang tepat.

Malangnya, ia sukar diakui oleh pembangkang. Ini termasuklah penulisan A Kadir Jasin yang menggunakan ayat kitar semula bagi membandingkan zaman pemerintahan Najib dengan Mahathir Mohamad.

Kadir sekali lagi mengulangi skrip yang sama dengan menyentuh mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kejatuhan nilai ringgit dan inflasi. Bukan itu sahaja beliau turut bercerita mengenai
kononnya hospital kerajaan ketiadaan atau kehabisan ubat hingga ke tahap rakyat disuruh beli di luar dengan janji dibayar balik kemudian nanti.

Cerita-cerita ini sengaja disebarkan kerana ia lebih mudah untuk membuatkan rakyat membenci kerajaan. Sentuh sahaja isu mengenai GST, hospital tiada ubat atau nilai ringgit jatuh, maka ia akan membangkitkan kemarahan rakyat walaupun cerita itu tidak betul.

Siapa lagi pakar ekonomi, Kadir Jasin kah atau Bank Dunia?

Hakikat sebenar jauh berbeza dengan apa yang diceritakan itu. Memang sukar untuk menerangkan kepada rakyat biasa mengenai KDNK atau pertumbuhan ekonomi, tetapi itulah petunjuk kepada ekonomi negara.

Memetik kata-kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan. Mereka yang berbohong mengenai pertumbuhan ekonomi Malaysia sepatutnya berasa malu kerana berita palsu yang mereka sebarkan ini tidak sejajar dengan apa yang dikatakan oleh institusi-institusi global mengenai Malaysia.

Sebab itulah rakyat jangan percaya bulat-bulat mainan kotor pembangkang ini kerana mereka sudah berada di tahap `jatuh terlepuk'. Mereka sudah tiada lagi `talian hayat' untuk membantu mereka.

Maka mereka menggunakan hujah dangkal untuk mengelirukan dan memperbodohkan rakyat.

Mereka sangka rakyat bodoh tetapi mereka lah yang bodoh. Datuk Seri Najib lebih pandai jaga ekonomi berbanding Mahathir.

Baca pautan ini ;

https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/10/najib-lebih-pandai-jaga-ekonomi_6.html?m=1

Dalam 48 tahun dari tahun 1963 hingga 2011, pertumbuhan tahunan ekonomi Malaysia telah melepasi Singapura hanya lima kali manakala Singapura mengalahkan kita sebanyak 43 kali.

Setelah Datuk Seri Najib dua tahun menjadi PM, sejak tahun 2011, Malaysia telah mengatasi Singapura selama enam tahun berturut-turut dan seperti mana yang diramalkan Bank Dunia, dan akan terus mengatasi Singapura sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun akan datang.

Inilah kehebatan Datuk Seri Najib. Tuduhan pembangkang kata Malaysia hendak bankrap adalah tidak benar. Lebih bengap bila pembangkang turut putar belit data Bank Dunia untuk burukkan Malaysia.

Semua rakyat Malaysia harus membaca laporan Bank Dunia yang terbaru itu secara keseluruhan sebelum membuat apa apa kesimpulan. Jangan jadi bengap macam pembangkang.

Tulisan :
Beruang Biru
BB611, Khamis
12 Oktober 2017

BUKTI RAKYAT DAH BOSAN DENGAN FITNAH DAN PEMBOHONGAN PH

BN Semakin Popular Di Media Sosial, Pembangkang Semakin Ketinggalan

Inilah realitinya, Barisan Nasional sudah mendahului pakatan pembangkang dalam media sosial. Bulan Februari lepas lagi, Lim Kit Siang sudah mengakui bahawa tentera media sosial pembangkang yang dikenali sebagai “Red Bean Army” sudah pun berkubur.

Menurut kajian terbaru Politweet, 5.8 juta pengguna media sosial Facebook (FB) berumur 21 tahun ke atas semakin berminat kepada Barisan Nasional (BN) berbanding hanya 3.1 juta yang berminat dengan Pakatan Harapan. Politweet adalah sebuah firma penyelidikan yang membuat kajian mengenai media sosial di Malaysia. 

Menurut kajian yang dilakukan Politweet pada Julai 2017, 51.6% atau 3.3 juta pengguna Facebook berumur 21 tahun adalah peminat eksklusif kepada BN berbanding hanya 9.4% atau 600,000 yang dikenalpasti sebagai peminat eksklusif Pakatan Pembangkang manakala 39.1% atau 2.5 juta meminati kedua-duanya.

Bukan itu sahaja, menurut kajian bebas itu turut mengesan kecenderungan pengundi muda di Malaysia sekarang ini lebih minat kepada UMNO dengan jumlah sebanyak 4.4 juta orang (68.8%), PKR 1.8 juta (28.1%), DAP 1.3 juta (20.3%), PAS 950,000 (14.8%), MCA 740,000 (11.6%), Gerakan 150,000 (2.34%) dan MIC 81,000 (1.3%).

Mengikut data daripada SPR mengikut suku tahun 2/2016, jumlah pengundi muda yang dijangkakan mengundi pada PRU14 adalah sejumlah 5.1 juta orang. Pengundi muda berusia antara 21-29 tahun mencecah 1.9 juta pengundi. Mereka yang berumur 30-39 tahun pula sebanyak 3.2 juta orang.

Jumlah pengundi muda 5.1 juta ini adalah 37.5% daripada jumlah keseluruhan pengundi yang berjumlah 13.6 juta orang pada PRU14 nanti. Sejumlah 700,000 lagi pengundi yang menyokong BN mengikut kajian Politweet itu bolehlah dikategorikan sebagai mereka yang berusia 40 tahun ke atas.

Jika dibandingkan dengan kajian Politweet itu, 5.8 juta yang berminat kepada BN daripada keseluruhan 13.6 juta pengundi bermakna jumlahnya adalah 42.64%. Manakala pembangkang yang hanya ada 3.1 juta minat pada Pakatan Harapan atau sejumlah 22.7% sahaja.

Jika dibandingkan pula dengan minat rakyat terhadap Facebook Fan Page yang bersifat politik, Social Bakers pula menyenaraikan lima fan pages pro Barisan Nasional yang merupakan “Fastest-Growing Politics Pages in Malaysia” pada minggu lepas iaitu Fan Page Zahid Hamidi yang bertambah 44,273 fans, MCA yang bertambah 2,257 fans, Friends Of Barisan Nasional yang bertambah 2,240 fans, Irmohizam Ibrahim yang bertambah 805 fans dan Noh Omar yang bertambah 726 fans dalam masa seminggu lepas.Menurut Politweet lagi, populariti Pakatan Harapan juga mencatatkan penurunan mendadak sebanyak 7% dari kalangan anak muda. Bermakna orang muda sekarang sudah mulai pandai menyemak dan menyaring sesuatu berita yang disampaikan oleh pemimpin pemimpin Pakatan Harapan. 
Misalnya, cara pembohongan bersiri Guan Eng yang cukup memualkan rakyat. Jika rakyat boleh menilai semua jawapan yang Guan Eng terhadap isu banjir, isu rasuah, isu kajian terowong dan isu kilang haram, rakyat boleh tahu bahawa Guan Eng hanya berbohong semata mata.Pada 22 Julai 2016, Politweet turut membuat kajian mengenai kes rasuah Lim Guan Eng. Menurut Politweet, hanya 27 sahaja dari 44 ahli politik DAP yang aktif dalam twitter mempertahankan Guan Eng dalam isu rasuah itu. Lagi 17 orang diam dan mungkin mempercayai Guan Eng benar benar terlibat dalam isu rasuah itu.

Dalam kajian mengenai Guan Eng itu juga, Politweet mendapati 10,627 pengguna twitter mahu Lim Guan Eng disiasat kerana kes rasuah itu. Malah kebanyakkan pengguna twitter juga mengkritik cara jawapan Guan Eng mengenai skandal rasuahnya itu. 

Maka tidak hairanlah dalam kajian terbaru pada Julai lepas, Politweet menyatakan sokongan terhadap Barisan Nasional mencatatkan peningkatan sokongan sebanyak 5% daripada golongan anak muda.

Ini adalah impak kepada kerja-kerja ikhlas tanpa henti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat. Terus fokus menjaga ekonomi negara dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat. Berbanding pembangkang yang hanya mahu anjur demo dan mengutuk apa sahaja usaha usaha baik kerajaan BN kepada rakyat. 

Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional pada 30 September 2017, Datuk Seri Najib telah menyatakan ;

“Dengan perkembangan mutakhir ini, berikutan dengan pelancaran sistem pengangkutan yang canggih...MRT, kejayaan berganda Sukan Sea dan sambutan 60 tahun kemerdekaan banyak mempengaruhi suasana yang memberi momentum kepada Barisan Nasional”. 

Kajian Politweet yang menyatakan bahawa Barisan Nasional makin popular di media sosial ini selari dengan momentum baik yang disebut oleh Datuk Seri Najib ini. Politweet kata 5.8 juta pengguna media sosial yang berumur 21 tahun ke atas minat kepada Barisan Nasional. Jika dibanding dengan undi Barisan Nasional pada PRU13, ianya sejumlah 5.2 juta atau 46.53%. Naik sejumlah 600,000. 

Perlu diingat, itu belum lagi dikira pengundi tegar BN di luar bandar dan di kampung kampung. Data ini sudah pasti gerunkan pembangkang. Jadi, jangan marah kepada rakyat kalau demo pada 14 Oktober ini tidak mendapat sambutan. Memang rakyat secara majoritinya sudah menolak pembangkang pun. Cuma belum mengundi sahaja lagi. 

BN semakin bertambah popular kerana hasil kerja keras Datuk Seri Najib dan pemimpin pemimpin BN. Berbanding Pakatan Harapan yang semakin bertelagah berebut kerusi, berebut jawatan dan bergaduh sesama sendiri. 

Lebih teruk daripada itu pemimpin Pakatan Harapan penuh dengan skandal dan kudis kudis lama. Paling menarik dalam kajian Politweet itu, PPBM tidak masuk ranking langsung. Patutlah ahli PPBM tidak ramai, tidak layak langsung masuk carta.

Tulisan :
Beruang Biru
BB609, Rabu
11 Oktober 2017

Monday, October 9, 2017

Mudah jadi Pemimpin Seperti Azmin

MBSA Terima Arahan Siapa Untuk Roboh Kuarters Masjid?

Tindakan merobohkan beberapa rumah serta kedai di perkarangan masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz (LTSAA) di Subang, Selangor, beberapa hari lalu dianggap ramai sebagai kejam kerana mangsa yang terlibat tidak diberikan penyelesaian terlebih dahulu.

Mereka hanya ditawarkan oleh kerajaan negeri untuk ditempatkan di Pusat Perumahan Rakyat (PPR) di Kota Damansara, itu pun selepas rumah mereka dirobohkan.

Masalahnya sekarang, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali telah menuding jari kepada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar dengan menyatakan ia adalah tanggungjawab kerajaan pusat.

Sedangkan kerja merobohkan rumah dan kedai tersebut dijalankan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Selangor.

Persoalannya, siapa sebenarnya yang mengarahkan supaya tiga rumah dan dua rumah kedai di situ dirobohkan? Adakah MBSA akan melakukannya tanpa arahan daripada kerajaan negeri apatah lagi pihak berkuasa tempatan (PBT) itu adalah di bawah kerajaan negeri Selangor.

Peliknya Mohamed Azmin Ali seolah-olah tidak tahu undang-undang apabila menunding jari kepada Noh dan benarlah kata, Noh, jika PBT di bawah kuasa kementerian, beliau awal-awal lagi akan angkat telefon untuk menghubungi mereka supaya jangan roboh dulu.

Sepatutnya cari dulu penyelesaian atau tawarkan dulu tempat kediaman untuk mereka yang terlibat. Namun apa yang berlaku ialah sebaliknya.

Dalam isu ini, walau apa sekali pun, kerajaan negeri perlu menyelesaikannya, bukan mengalihkan beban kepada kerajaan pusat dan pada masa yang sama cuba mengalihkan isu ini kepada pihak lain.

Mana keprihatinan kerajaan negeri. Belum terbaca berita di mana-mana media bahawa Azmin turun padang untuk melawat kawasan dan bertemu dengan mereka yang terlibat. Sedangkan ketika gerai milik seorang gadis penjual nasi lemak yang viral Seksyen 7, Shah Alam, dirobohkan MBSA pada tahun lepas, boleh pula beliau dengan pantas turun padang melawat gerai itu.

Lawatan Azmin ketika itu disifatkan sebagai memberikan sokongan dan turut menyerahkan Borang Permohonan Lesen Penjaja MBSA sebagai langkah permulaan kepada gadis berkenaan Siti Hajar Ahmad untuk untuk menjalankan perniagaanya secara sah.

Namun dalam isu ini, Azmin sebagai pemimpin kenalah selesaikan hal ini. Apatah lagi pada Mac lalu,  dilaporkan 2 bekas ahli jawatankuasa masjid itu pernah menghantar memorandum kepada Azmin untuk menggesa beliau tidak membenarkan MAHB selaku syarikat swasta menggunakan pegawai Pejabat Tanah dan Daerah Petaling bagi tujuan perobohan.

Kedua-dua mereka yang terlibat dalam perobohan itu adalah ahli jawatankuasa masjid sejak lebih 2 dekad lalu.

Azmin jangan lepas tengkuk dengan menyalahkan orang lain. Rakyat tahu siapa yang arahkan kuarters masjid itu dirobohkan.

Tulisan:
Beruang Biru
BB605, Isnin
9 Oktober 2017

Sunday, October 8, 2017

LIM KIT SIAL NAK JADI PM

LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI

Mohd Puad Zarkashi
MT UMNO
8.10.17

1. Lim Kit Siang amat marah pada media. Dia tertekan apabila didakwa  bercita cita mahu menjadi Perdana Menteri. Dia mendakwa setelah 52 tahun berpolitik dia tidak pernah membuat kenyataan terbuka untuk merebut jawatan Perdana Menteri. Bermimpi pun tidak. Apatah lagi umurnya sudah mencecah 70 an.

2. Dia gembira apabila Tun M membantunya membuat penafian. Rambut sama hitam tapi hati lain lain. Apa pun penafian dan siapa pun yang tolong menafikannya, tidak ada siapa yang akan percaya.

3. Samalah juga, apabila DAP mendakwa dia adalah parti yang demokratik kerana namanya pun Democratic Action Party. Apakah orang percaya dia adalah parti yang demokratik? Sedangkan pemilihan CEC parti berkenaan masih tidak diiktiraf oleh ROS. Parti itu sendiri dikuasai oleh Dinasti Lim termasuk Lim Kit Siang yang masih berkuasa hampir 52 tahun.

4. Justeru rakyat bukan bodoh kerana rakyat melihat perbuatan bukannya kata kata. Elok diulang kenyataan Tunku Aziz Tunku Ibrahim bekas Naib Pengerusi Kebangsaan DAP. Menurutnya, kalau ingin tahu apakah benar DAP adalah parti paling demokratik maka lihatlah Korea Utara. Nama penuh negara itu ialah Democratic People's Republic of Korea. (DPRK). Tapi negara itu tidak ada pilihanraya. Sebab itu Lim Kit Siang boleh bertahan lama kerana sistem pemilihan partinya amat tidak demokratik.

5. Lim Kit Siang berterusan menggunakan slogan "UBAH" yang telah digunakan semasa PRU ke 13. Apakah rakyat percaya lagi kepada slogan kosong itu? Lihat apa yang mereka lakukan di Pulau Pinang setelah masuk penggal kedua mentadbirnya. Ketua Menteri sendiri didakwa kerana rasuah. Amalan kroni berlaku dalam perlaksanaan projek Mega. Exco kanan juga didakwa kerana isu kilang haram. Wakil Rakyat yang kuat mengkritik seperti Dr Norlela dipinggirkan. Aspek alam sekitar diketepikan dalam projek menambak laut. Rumah mampu milik berharga mahal dan lain lain.

6. Justeru, peribahasa "We cannot judge a book by its cover" sesuai digunakan untuk menyindir penafian Lim Kit Siang itu. Dia boleh menafikan, tetapi sudah tentu dia ada banyak muslihat termasuk memulakannya dengan melantik "Perdana Menteri Puppet"  hakikatnya dialah Perdana Menteri.

PATUT DIA MARAH SUNGGUH

Terima kasih PERDANA MENTERI...

MANSUH IPP MANSUH AP PUNCA MAHATHIR DESAK NAJIB LETAK JAWATAN!!!

Malaysia Today pernah melaporkan, Francis Yeoh memperolehi pendapatan berjumlah RM15 sehingga 29 bilion sepanjang 21 tahun menerusi syarikatnya YTL Power Generation Sdn. Bhd dan bakal memperolehi RM25 sehingga 30 bilion lagi sekiranya kerajaan bersetuju untuk menyambung Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan Tenaga Nasional Bhd untuk selama 25 tahun lagi, sepertimana yang diminta oleh YTL.

Perdana Menteri Najib Abdul Razak, bagaimanapun, enggan melayan permintaan YTL untuk memanjangkan kontrak dan pada 1 Oktober 2015, YTL menyaksikan kilang duitnya telah 'ditarik balik'.

1MDB bukan sahaja membeli janakuasa IPP milik YTL tetapi juga pengeluar-pengeluar tenaga yang lain. Sekiranya mereka enggan menjual kepada 1MDB, pengeluar-pengeluar tenaga itu juga akan menerima nasib yang sama seperti YTL Power memandangkan kebanyakan PPA untuk IPP-IPP tersebut sudah hampir sampai ke tarikh luput.

Dilaporkan 1MDB telah membayar RM18 bilion untuk memperolehi baki IPP yang lain. Sekiranya IPP-IPP tersebut tidak diambilalih, kerajaan terpaksa membayar 10 atau 20 kali ganda nilai asal IPP tersebut kepada pengeluar-pengeluar tersebut untuk 25 tahun akan datang.

Malaysia Today turut mendedahkan bahawa 10% pendapatan YTL sahaja datangnya daripada IPP tersebut, manakala Ananda Krishnan, Genting dan Keluarga Diraja Negeri Sembilan turut memperolehi pendapatan berbilion-bilion ringgit daripada perniagaan IPP. 

Jadi, tidak hairanlah mengapa kumpulan yang rapat dengan Tun Dr. Mahathir, yang menguasai kemewahan daripada penjualan tenaga IPP selama ini, secara tiba-tiba melihat dan memomok-momokkan 1MDB sebagai sebuah entiti berhantu sehinggakan kempen agar Najib diturunkan daripa jawatan Perdana Menteri, giat dijalankan. 

PPA inilah juga yang menyebabkan Allahyarham Anie Arope meletakkan jawatan sebagai Pengerusi TNB kerana tidak bersetuju dengannya. Malah TNB dan Petronas juga, bukan suatu rahsia, juga tidak gembira dengan PPA yang menurut mereka terlalu banyak lompat dan tidak lebih daripad sekadar 'lesen mencetak duit' semata-mata.

Lebih 20 tahun kemudian, Najib berjaya mengakhiri kontroversi ini. Sekaligus mematikan 'angsa emas' kumpulan-kumpulan tertentu sehingga sakit hati tersebut memunculkan kempen menurunkan Najib daripada jawatan Perdana Menteri dan keburukan 1MDB kepada negara. 

Kata Malaysia Today lagi, bukan hanya IPP sahaja yang 'dibunuh' oleh Najib, tetapi ada lagi 'angsa emas' yang turut menerima nasib yang sama iaitu AP untuk kenderaan-kenderaan import dan golongan penyedut darah rakyat Malaysia selama lebih 30 tahun.

Terdapat dua jenis AP yang dikeluarkan oleh MITI. Salah satunya adalah AP francis yang diberikan kepada pemegang francis jenama-jenama kereta yang didaftarkan dengan MITI dan satu lagi adalah AP terbuka (untuk Bumiputera sahaja) bagi mengimport sebarang jenama kereta untuk dijual di pasaran Malaysia.

Jumlah keseluruhan AP yang dikeluarkan setiap tahun, sepatutnya hanya 10% daripada jumlah keseluruhan kereta yang dipasang di dalam kereta bagi tahun sebelumnya dan 60% AP telah diberikan kepada pemegang AP terbuka Bumiputera manakala 40% lagi diberikan kepada pemegang franchise.

Pada tahun 2005, kontroversi 'Raja AP' telah muncul apabila didedahkan, hanya beberapa orang individu sahaja yang memonopoli perniagaan AP. Dilaporkan, antara mereka yang menjadi Raja AP termasuklah Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim dan Datuk Seri Mohd Haniff Abdul Aziz.

Mereka telah berjaya memperolehi 33,218 AP (lebih kurang 50.1% daripada jumlah keseluruhan 66,277) bagi tahun 2004 dan 28,283 AP (atau 41% daripada 68,330) untuk tahun 2005 sahaja, menurut senarai yang didedahkan oleh kerajaan. Berdasarkan kepada anggaran jualan kasar RM30,000 bagi setiap AP, perolehan daripada perniagaan ini adalah RM996 juta secara keuntungan bagi tahun 2004 dan RM848 juta bagi tahun 2005.

Jumlah keseluruhan perniagaan AP adalah lebih kurang RM2 bilion setahun atau lebih kurang RM65 sehingga 80 bilion semenjak kali pertama ia diperkenalkan kembali apabila Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri (dan apabila dia mengimplementasi sistem berkenaan). Menurut maklumat dari industri permotoran, AP telah menghasilkan kenaikan harga kereta sebanyak 20% berbanding harga sebenar memandangkan para pembeli kereta akan memberi subsidi kepada pemegang-pemegang AP secara tanpa sedar.

Bolehlah dikatakan AP dan IPP salah satu cara merompak wang rakyat secara berlesen oleh Tun Mahathir melalui kroni kroninya.

SEMUA SALAH NAJIB..MUDAHKAN???

#SEMUA_INI_SALAH_NAJIB?

Saya nampak cai2 banyak yg copy paste dan share status spt di dalam gambar di bawah. Mereka menyalahkan DS Najib atas perkara yang bukan2.
Berikut adalah jawapannya.

1. Proton- memang hancus sejak zaman Madey. Kasi vendor2 kroni sapu duit sampai Proton bungkus. Proton bukan milik kerajaan sejak Tan Sri Syed Mokhtar takeover. Bisnes kena untung. Kalau 30 tahun buat bisnes tapi rugi, tu sebab Syed Mokhtar pun jual Proton. Tak tahan.

2. F1- Memang x menguntungkan rakyat dan projek ini x mendatangkan hasil pun. Macam mana F1 tak tutup...peminat tempatan tak support. Nak support macam mana? Kalau rakyat semua pakai Merc, pakai Ferrari, munasabah lah jugak nak gi support. Tak macam MotoGP, jentera yang bertanding Yamaha, Honda, peminat tempatan pun layan. Masuk akal lah nak support pun. Sebab tu organizer MotoGP still berminat nak anjurkan Malaysian Grand Prix.

3. Sg Besi airport- Lapangan terbang ini dah hilang nilai strategik ketenteraan lama dah. So tanah ini dijual dengan harga 400 juta tetapi akan digantikan oleh 1MDB dengan 7 lagi base ketenteraan dan 1 pengkalan udara baru bernilai berbillion ringgit!

4. 1MDB gagal- Kerajaan letak modal 1 juta, aset 1MDB 52 billion. Jadah apa gagal? 🤣

5. Ringgit Malaysia paling banyak merudum zaman Tun. 1USD= RM 4.80. Sekarang RM 4.17 kira ok. Rezab Bank Negara kita sudah hampir setengah trillion ringgit, paling tinggi dalam sejarah BNM. Malah rezab negara kita lebih tinggi dari negara maju spt Australia dan Canada. Zaman Tun, BNM bankrap sebab ada malaun tua main FOREX.

6. GST adalah sistem percukaian paling cekap di dunia. 133 negara telah amalkan dan tidak ada negara yg berpatah balik kepada SST yg kuno. GST pada nilai 6% adalah merupakan antara nilai paling rendah di dunia. Zaman Tun kita kena cukai SST sebanyak 16%. Peniaga caj kita tapi tak beri pada kerajaan dan masuk kantung sendiri. GST bagus.

7. Tol semakin bercambah?- Ini bullshit. Tol ni adalah akibat kebodohan Tun. Tun sendiri ngaku Tun bodoh bab ni. DS Najib arah Khazanah beli saham PLUS sehingga harga tol stabil dan tak naik2 lagi dah. Kalau tak dulu hampir setiap tahun naik. DS Najib bina Pan Borneo yang jaraknya jauh lebih panjang dari lingkaran lebuhraya PLUS TANPA TOL.

8. Kedai 1M tutup- Ini adalah fitnah. Ia ditutup untuk tujuan upgrade ke tahap lebih besar.
Kalau kedai ni ada pun korang maki. Bila takde pun ko tension. Kevavian sungguh.

9. Hutang negara semakin tinggi- Hutang negara ada internal dan external debt. Internal debt kita yang tinggi. Internal debt ni hutang rakyat beli rumah, loan kereta, kredit kad, PTPTN etc.
Hutang external negara masih ok.
US, Singapore, Jepun , UK hutangnya trillions...tak bankrap pun.

10. Minyak naik- Subsidi minyak tidak adil. Orang yg pakai Pagani Zonda dan Bugatti Veyron macam Mokhzani dan kroni2 Tun saja yang ambik manfaat maksima. Sebab itu subsidi ini ditarik balik dan harga minyak diapungkan. Rakyat dibantu dengan BR1M untuk meringankan kesan rasionalisasi subsidi. Kenaikkan harga minyak kita adalah mengikut pasaran global. Jika kita mahu minyak murah dengan subsidi tinggi spt yang pembangkang contohkan Venezuela pada tahun 2013, lihatlah bagaimana hancurnya Venezuela kini.

11. Jenayah semakin meningkat- Ini pun salah Najib gak? Aisey...macam la Zaman Tun takde jenayah. Al Maunah, Bentong Kali, pembunuhan Canny Ong, Mona Fandey ni semua salah Tun ka?

12. Harga barang naik- Takde satu negara pun dalam dunia yang harga barang kekal atau turun. Kalau ada sila migrate pi sana.
Ada satu perkara yang kekal harga dah berpuluh2 tahun di negara kita iaitu caj perubatan.

13. Rakyat ramai menganggur- Ini adalah penipuan.
Kadar pengangguran negara kita adalah pada kadar 3.3% (tahun 2017). Nilai ini jauh lebih baik dari kadar pengangguran Korea Selatan (4.4%), US (9.6%) dan Kesatuan Eropah (9.5%).
Pada zaman Tun, kadar pengangguran kita adalah hampir 5%! Sejak tahun 2010 sehingga 2016, DS Najib telah berjaya mewujudkan 1.8 juta pekerjaan baru untuk rakyat Malaysia melalui Program Transformasi Nasional.

14. Pelabur asing keluar dari Malaysia?- Kekarutan apakah ini??? Saudi, China, India, Bahrain, US dan banyak lagi datang melabur beratus2 billion ke dalam negara kita! DS Najib telah berjaya membawa masuk RM 400 billion pelaburan asing hanya dalam tempoh 7 bulan dari November 2016 sehingga Mei 2017.

15. Ahli UMNO ramai keluar- Hihihi. Hari2 kita dengar pemimpin pembangkang yang ramai tinggalkan depa. Untuk rekod, ahli UMNO keluar besar2an dari UMNO ni pernah terjadi zaman Semangat 46 dan ketika pemecatan DSAI. Kedua2 ni zaman Tun. Tapi UMNO relax gak kekal memerintah.

16. PTPTN disekat- Ni apa le yang dia ni mengarut. First time dengar.

17. Arak dah jadi budaya- Laaa....yang kasi venue pesta arak Kerajaan Selangor. Ni pun salah DS najib dan UMNO? jadah apa ni?
Saja nak tambah...San Miguel tu anak2 Tun punya. 🤣

18. Warga asing bertambah- Memang la bertambah. Negara kita makmur ekonomi. Depa berebut2 mai nak cari makan. Negara ekonomi teruk memang depa tak pi la.

19. Kapalterbang hilang- Aisey...ni nahas. Takkan ni pun salah Najib? 2 kapal terbang MAS terlibat.
Tapi 30 billion wang negara hilang sebab main FOREX tu memang pasti.
Skyhawk tu 48 pesawat hilang kat gurun tak pernah tiba ke Malaysia. Apa cer? Zaman siapa Menteri Pertahanan tu?

20. Elektrik naik- Ni salah Tun la ni wujudkan IPP utk kayakan kroni mcm YTL dan Ananda.
Bila 1MDB beli Edra ko jugak sakit hati. Sedangkan pembelian ni utk elak kroni suka suki naikkan harga. Zaman DS Najib kroni xleh cari makan.

21. Kedai Game makin banyak- Lesen perjudian ni semua kan milik Vincent kawan Tun. Tun siap hadiahkan lesen perjudian sukan paling besar pada Vincent sebelum pencen pada tahun 2003.
DS Najib lah yang telah menggantung lesen ini pada tahun 2010 sehingga menimbulkan kemarahan Tun yang membuat kenyataan, jika beliau PM, beliau akan luluskan.

22. Tambang bas naik- Aisey....yang ni tak payah ulas banyak. Semua sedia maklum transformasi raksasa yang DS Najib lakukan untuk pengangkutan awam negara. Kini pilihan pengangkutan awam begitu banyak dengan adanya alternatif tren yg moden.
Projek bas Intrakota zaman Tun lingkup dan DS Najib lah yang telah menghidupkan dan memodenkannya dengan Rapid.
Zaman Tun, Puduraya adalah tempat busuk, tak selamat, daif dan sesak.
DS Najib bina Terminal Bersepadu Selatan yang begitu model dan selesa persis terminal airport utk rakyat.

23. Felda jahanam- Aik? Jahanam apa? Tiap2 tahun peneroka dapat durian runtuh! 🤣
Zaman Tun Felda pun dia tak pandang. Harga getal sawit jatuh pun x peduli. Tun ada Petronas dan sibuk rugikan negara dengan Proton. 🤣

24. Nombor gelap tambah naik- Ni aku tak faham apa dia cuba cakap. Kutuk skandal BMF ka?

Tambahan:

25. Tidak pernah ada kelewatan pemberian gaji zaman DS Najib. Hatta sekupang pun gaji tak pernah kena potong. Gaji staf gomen siap naik berganda2 zaman DS Najib.

Zaman Atok dah la gaji tak naik, siap kena potong lagi. Malah pernah semasa zaman gawat ekonomi, gaji tertangguh x bayar sampai 2 bulan!

#RinduZamanTun

Kredit: Abdul Rahman Abdul Kadir

---
Ikuti kami di telegram - FriendsofBarisanNasional

Friday, October 6, 2017

SEMAKIN DIFITNAH, DS NAJIB SEMAKIN KUAT

Worth reading

Cukup hebat 'FITNAH' zaman sekarang...

Kononnya...

1. Proton - hancus
2. F1 - ditutup
3. Sg Besi Airport - dijual
4. 1MDB - gagal
5. Ringgit Malaysia - merudum
6. Tol - semakin bercambah
7. GST - raja segala cukai
8. Kdai 1Mal - byk tutup
9. Hutang Negara - semakin tinggi
10. Minyak - naik
11. Jenayah - semakin meningkat
12. Harga Barang - naik
13. Rakyat - ramai menganggur
14. Pelabur Asing - keluar dr Mal
15. Ahli UMNO - ramai keluar
16. PTPTN - disekat
17. Arak - dah jd budaya
18. Warga Asing - bertambah
19. Kapalterbang - hilang
20. Elektrik - naik
21. Gas LPG - naik
22. Kedai Game - makin banyak
23. Bas - tambang naik
24. Felda - jahanam
25. Lain2 korang pk sendiri....😜

Yang sebenarnya kita hebat dan tetap hebat !!..

1. Proton - menyelamatkan lebih 10ribu nasib pekerja

2. F1 - SIC selama ini tanggung biawak hidup kerana pihak F1 hya sewa circuit tak bagi hak penyiaran dan penjualan tiket. Malaysia rugi beratus juta setiap kali event F1

3. Sg Besi Airport- ditukar utk buat perumahan utk rakyat dan juga jet dah tak sesuai nak landing dan dipindahkan di sendayan demi keselamatan awam.

4. 1MDB tidak gagal, ia sengaja  disensasikan utk fitnah trhdp kerajaan..malahan mahkamah US mengatakan ia tuduhan palsu.

5. Ringgit Malaysia dari rm4.40 sen telah melonjak naik kepada rm 4.19sen. Ini berbeda dgn tambatan ringgit yg mana dulu Malaysia banyak rugi pelaburan asing kerana wujud tambatan ringgit secara DIKTATOR.

6. Tol - makin bercambah di kawasan Selangor dan tidak juga ditutup

7. GST - seluruh dunia melaksanakan GST atau VAT. Malahan GST dapat kesan peniaga kartel yg lari cukai.. contoh.. peniaga c!na makin kay@

8. Kdai 1Mal - tidak tutup tapi penambahbaikkan 'renovation'

9. Hutang Negara - meningkat tapi tak sehebat spore. Jumlah penduduk 5juta tapi hutangnya 1 trillion ringgit

10. Minyak - naik turun mengikut harga semasa dunia. Bila turun kenapa senyap?

11. Jenayah - meningkat apabila malas nak berusaha dan nipisnya iman, mesti sokong RUU 355

12. Harga Barang - naik tapi terkawal jika dibandingkan sebelum ada GST. Suka suki kartel peniaga c!na Dap naikkan harga barang

13. Rakyat- ramai menganggur kerana memilih kerja, pendatang asing buat duit berniaga tepi jalan bila ditanya 'Lumayan Pak' di Malaysia.

14. Pelabur asing - zaman diktator mahafiraun telah berakhir. Kini lebih rm200billion pelaburan mula masuk ke malaysia dgn bukti 5.2% jumlah FDI..lebih tinggi dr US yg hya 2.6%

15. Ahli Umno - yang keluar kerana percaya mahafiraun, skg dh ramai u turn nak masuk UMNO balik sbb kena temberang dgn kroni mahafiraun

16. PTPTN - jika gagal tak perform, baik disekat, yang dpt 1st class free xyah bayar. 2nd class upper hya bayar separuh.

17. Arak- budaya kafir makin besar kepala sampai nak pengaruhi buat pesta beer festival

18. Warga Asing - Bertambah kerana rakyat malaysia sudah taknak kerja buruh- takde standard katanya

19. Kapalterbang- ia tragedi dan  hinggakan pihak Australia memohon maaf kerana gagal mengesan kehilangan pesawat malang tersebut MH370

20. Elektrik - takkan naik jika kita tak membazir- elakkan cas handphone bermalam. Serta apa barangan audio tv dlm mode stanby

21. Gas LPG - barangan dalam kawalan KPDNKK, jika terdpt kenaikkan yg melampau, sila lapor

22. Kedai game- skg bayk kaki judi, kerja malas tapi nak kaya segera, kedai judi banyak di Selangor dan P.Pinang

23. Bas- rata2 rakyat malaysia memiliki kenderaan motor sendiri. Yg selalu menggunakan adlh pendtg asing sprt bangla dan indon.

24. Felda- kalau jahanam. Dah lama peneroka merempat.

25. Lain2 korang pk sendiri.... jgn lupa berusaha kerana maksud firman : ALLAH TAKKAN UBAH NASIB SESEORANG ITU SELAIN HAMBANYA YG MENGUBAHNYA SENDIRI..

PENTADBIRAN NAJIB JAUH LEBIH HEBAT DARI MAHATHIR

EKONOMI NEGARA LEBIH BAIK DIBAWAH NAJIB

Ekonomi Malaysia kini berada pada tahap yang baik. Semalam, Bank Dunia telah naikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia untuk tahun ini kepada 5.2 peratus daripada 4.9 peratus pada Jun. Sebelum itu, Bank Dunia unjur 4.3 peratus. Ini bermakna, dua kali Bank Dunia naikkan unjuran ini, dari 4.3 peratus kepada 4.9 peratus dan kemudian kepada 5.2 peratus.

Pada bulan Ogos 2017 lagi, Datuk Seri Najib sudah menyatakan bahawa keadaan ekonomi negara berada dalam keadaan betul dan tidak sepertimana tuduhan negara hendak bankrup yang dibuat oleh pembangkang. Kedudukan rizab antarabangsa adalah RM429.76 billion manakal Standard & Poor telah meletakkan Malaysia pada rating yang kuat iaitu “A-“.

“Tidak banyak negara yang mendapat rating A- ini. Pada tahun 1997, kita telah kehilangan separuh daripada rizab antarabangsa, tetapi negara kita tidak bankrup. Hari ini, rizab antarabangsa negara berada lebih dari RM400 billion, jadi bagaimana negara kita dituduh hendak bankrup?” kata Datuk Seri Najib pada 25 Ogos 2017, ketika merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Johor Bharu.

"Politik hari ini adalah berkenaan dengan persepsi dan bukannya realiti. Mereka (pembangkang) tidak perlu membuktikan apa apa yang berdasarkan realiti. Mereka hanya perlu reka cerita palsu terhadap kerajaan, itu sudah cukup bagi mereka” kata Datuk Seri Najib.

Dekat lima kali, Tun Mahathir dan Tun Daim berkata ekonomi Malaysia hendak bankrup. 11 September 2016, Mahathir kata “Malaysia akan muflis seperti Argentina”. 17 Ogos 2015, Mahathir kata “Ekonomi Malaysia akan jatuh teruk”. 26 Ogos 2015, Daim berkata “Malaysia akan bankrap Disember ini”. 3 September 2015, Daim kata “Satu malapetaka ekonomi sedang dihadapi Malaysia”. 31 Disember 2015, Mahathir kata “Malaysia akan bankrap”.

Semua tuduhan Mahathir dan Daim ini tidak menjadi kenyataan. Ianya terbukti bahawa tuduhan itu hanyalah cerita persepsi semata mata, bukannya realiti.

“Secara keseluruhannya ekonomi bawah pentadbiran Najib nampak bagus kerana ekonomi Malaysia semakin kukuh sejak Najib mula jadi Perdana Menteri...” kata Bruce Gale dalam satu tembubual bersama BRM Radio pada 3 September 2017. Sebelum itu, Bruce Gale yang merupakan penulis kanan di Straits Times Singapura telah menulis artikel mengenai “Najibnomics has been good for Malaysia's economy”.

Puak pembangkang yang tidak boleh menerima realiti akan cuba mematahkan fakta sebenar ini dengan mengatakan Bruce Gale “makan dedak”. Itu sahajalah yang boleh dijawab oleh puak puak pembangkang bila berhadapan dengan fakta sebenar.

Bukan Bruce Gale dan Bank Dunia sahaja yang akui keadaan baik ekonomi negara, Bank Pembangunan Asia (ADB) juga mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia lebih baik lagi iaitu dari 4.7 peratus kepada 5.4 peratus.

Di rantau Asia, ADB meletakkan Malaysia dan Hong Kong sebagai negara di Asia yang menunjukkan peningkatan besar dalam pertumbuhan ekonomi.

"Jadi jangan mendengar kata-kata pihak tertentu yang cuba untuk menjatuhkan negara ini demi kepentingan agenda politik mereka. Bukti cukup jelas bahawa (ekonomi) kita berkembang pada landasan tepat," kata Datuk Seri Najib.

Bukan itu sahaja, mengikut laporan World Economic Forum (WEF), Global Competitiveness Report 2017-2018, kerajaan Malaysia adalah yang ke 15 yang efisien dalam berbelanja, mengalahkan negara negara seperti  Finland (16), Norway (18), China (19), Iceland (23), Sweden (26) dan Jepun (29).

Malah secara keseluruhannya, kedudukan Malaysia yang berada di tangga ke 25 dalam laporan World Economic Forum itu adalah lebih baik berbanding negara negara lain seperti Korea Selatan (26), China (28), Saudi Arabia (29), Thailand (32), Indonesia (37), India (39), Russia (45), Turki (51), Brazil (75), Pakistan (126). Malaysia berada pada kedudukan yang baik berbanding negara negara dalam teori ekonomi BRIC iaitu Brazil, Russia, India, China.

Argentina yang disebut oleh Mahathir berada jauh di kedudukan ke 106.  Jauh rankingnya ke belakang berbanding Malaysia yang berada di tangga ke 25. Jadi bagaimana Mahathir boleh buat andaian Malaysia akan jadi bankrup macam Argentina? Andaian yang tersasar jauh sama sekali.

Semua data dan kedudukan Malaysia ini dibuat berdasarkan pencapaian ekonomi Malaysia, ianya bukan direka reka dan dibuat buat sebagaimana persepsi yang dibuat oleh Pengerusi Pembangkang sekarang iaitu Mahathir. Ini bukti Datuk Seri Najib lebih pandai menjaga ekonomi negara berbanding Mahathir.

Bawah hidung dia pun boleh hilang RM32 billion tanpa dia sedar. Kemudian cakap tidak tahu sebagai alasan. Dari tahun 1981 hingga 1988, pada akhir 7 tahun pertama Mahathir berkuasa, Mahathir telah menggandakan kadar pengangguran, mengharung defisit bajet tertinggi dalam sejarah Malaysia, menggandakan hutang  melebihi 100% nisbah hutang kepada KDNK dan menggandakan hutang luar Malaysia. Ini faktanya.

Membandingkan 6 tahun pertama era Mahathir dan Najib, hutang negara berdasarkan pendapatan negara pada zaman Mahathir adalah 138.7%, pada era Najib hanya 74% sahaja. Begitu juga dengan pertumbuhan ekonomi, zaman Mahathir hanya sekitar 24.6% berbanding pencapaian era Najib yang jauh lebih baik iaitu 62.5%, 3 kali ganda lebih baik dari zaman Mahathir. Kadar pengangguran zaman Mahathir juga adalah dua kali berbanding era Najib.

Kadar hutang 138.7% ketika zaman Mahathir ini sama dengan kadar hutang beberapa buah negara yang mengalami bankrap seperti  Greece, 167.9%, Italy 132.7% dan Portugal 129%. Kalau rindu zaman Mahathir, maka inilah fakta faktanya. Kesimpulannya, terimalah realitinya, Najib lebih pandai menjaga ekonomi berbanding Mahathir.

Tulisan:
Beruang Biru
BB603, Jumaat
6 Oktober 2017

DAP IKRAR NAK PECAT 700 RIBU PENJAWAT AWAM..PENJAWAT AWAM MASIH MAHU SOKONG DAP???

Pembangkang Mahu Buang 700,000  Penjawat Awam Untuk Tampung GST

Pada 3 Oktober 2017, Datuk Seri Najib telah mengumumkan beberapa berita baik akan diterima oleh penjawat awam untuk seluruh 1.6 juta penjawat awam dalam Bajet 2018 yang akan dibentangkan pada 27 Oktober ini.

Datuk Seri Najib juga menyatakan pembangkang di Malaysia menuduh penjawat awam di negara ini sebagai “bloated civil service’ atau terlebih bilangannya berbanding negara lain.

Pada 24 Oktober 2016, Tony Pua, Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara menyarankan agar kerajaan membenarkan sebahagian penjawat awam terus dibayar gaji, tetapi mereka tidak perlu bekerja bagi mengurangkan masalah lambakan penjawat awam.

Tony Pua menyifatkan jumlah penjawat awam di Malaysia adalah terlebih berbanding negara lain. Ahli Parlimen DAP itu bercakap demikian dalam satu forum berbahasa Mandarin bertajuk ‘Menganalisis Bajet 2017” di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur.

Kalau penjawat awam yang sedia ada mahu disuruh duduk dirumah, siapa yang akan jadi penjawat awam kalau Pakatan Harapan berkuasa? Sudah pasti salah seorang yang akan masuk adalah Ustaz Wan Ji yang baru berkhidmat dengan Guan Eng di Pulau Pinang.

Inilah cadangan yang dibuat oleh DAP. Anggap penjawat awam di Malaysia yang jumlahnya 1.6 juta sebagai membebankan. Anggap peruntukan RM76 billion setiap tahun bagi gaji dan elaun kakitangan awam sebagai membebankan.

Malah Penang Institute yang dibiayai oleh kerajaan DAP Pulau Pinang pernah mencadangkan agar penjawat awam dibuang sejumlah 1.2 juta orang.  Pada 22 Oktober 2016, ketika menganalisis “Bajet 2017”, Penang Institute menyatakan terlalu banyak wang diperuntukkan untuk perkhidmatan awam.

“Menggunakan nisbah KDNK kepada penjawat awam seperti di Jerman, ini bermakna Malaysia, yang mempunyai KDNK AS$375 bilion, hanya perlukan 430,000 penjawat awam,” kata Penang Institute.

Bermakna jika mahu kekalkan hanya 430,000 sahaja, maka sejumlah 1.2 juta orang penjawat awam akan kena buang kalau Pakatan Harapan berjaya masuk ke Putrajaya.

Antara perjuangan retorik dan 'umpan' undi dari Pakatan Harapan adalah mahu menggantikan 6 peratus kadar GST. Namun mereka tidak berani untuk hapuskan keseluruhan sistem cukai itu kerana mereka tiada plan kontigensi yang lebih baik.

Bila ditanya bagaimana hendak menggantikan hasil GST sejumlah RM41.2 bilion yang dikutip pada tahun 2016 kalau Pakatan Harapan memerintah, pembangkang gagal untuk memberikan sebarang alternatif.

Kalau dilihat dalam Bajet Alternatif yang dibentang pembangkang pada tahun lepas, semuanya ditulis “tiru” bajet yang dibuat oleh Barisan Nasional. Lihat pautan ini, bagaimana pembangkang membuat bajet yang fantasi dan menipu rakyat semata mata ;

https://beruangbiru1.blogspot.my/2016/10/bajet-beza-fantasi-pembangkang-dengan.html#.WdXgC8Zx3IU

Menurut sebuah laman blog pro pembangkang Suara Pakatan Harapan, setiap tahun kerajaan membayar sehingga RM72 bilion untuk gaji dan pencen seramai 1.7 juta orang. Jika 700,000 penjawat awam dipecat serta merta, kiraan kasar menunjukkan sejumlah RM36 Bilion boleh dijimatkan.

Mungkin inilah alternatif  pembangkang mahu menampung hasil pendapatan negara melalui GST dengan mengorbankan hampir separuh penjawat awam yang ada pada hari ini. Dalam kiraan ini, tidak mustahil beberapa agensi yang sudah 'dalam senarai' pembangkang mungkin akan terus dibubarkan.

Agensi yang membuatkan Pakatan 'panas' adalah seperti JASA, JPAM, BTN, MARA, KEMAS, JAKIM, RELA dan beberapa lagi agensi akan dibubarkan untuk tampung kekurangan hasil GST. Jabatan Penerangan mungkin tidak akan dihapus kerana Ustaz Wan Ji akan duduk disitu menjadi Ketua Pengarahnya.

“Kakitangan awam tertinggi di dunia” kata Lim Kit Siang pada 24 Oktober 2013. Dalam Sinchew Daily News pada 1 November 2011, Tony Pua pernah berkata jika pembangkang dapat perintah kerajaan pusat, maka satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” akan dilaksanakan bagi mengurangkan kakitatangan awam pada setiap tahun.

Betapa bencinya DAP terhadap kakitangan awam yang berada di Malaysia. Benarlah apa yang disebut oleh Datuk Seri Najib, “Bayangkanlah apa akan terjadi kepada untung nasib sebahagian besar penjawat awam, jika pembangkang dibiarkan memerintah negara?”

“Sanggupkah anda mempertaruhkan masa depan sekalian dan anak cucu keturunan kita kepada pihak sedemikian” kata Datuk Seri Najib. Sudah pasti rakyat Malaysia tidak sanggup melihat kegilaan DAP untuk membuang penjawat amam ini menjadi kenyataan.

Ada yang cadang buang sampai 1.2 juta, ada yang cadang buang 700,000 orang dan ada yang kata suruh penjawat awam duduk rumah sahaja dan kemudian buang mereka. Hanya semata mata hendak tampung kekurangan hasil GST, maka penjawat awam kena buang oleh pembangkang. Jangan biar hasrat DAP ini tercapai.

 
Tulisan :
Beruang Biru
BB602, Khamis
5 Oktober 2017

Thursday, October 5, 2017

ARAK BOLEH RUMAH TAK BOLEH

Rumah Kuarters Masjid Diroboh, Pesta Arak Diluluskan

#ArakBolehRumahTdkBoleh

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali buat hal lagi semalam apabila Kerajaan Negeri pimpinannya telah merobohkan beberapa unit rumah kuarters yang terletak dalam perkarangan Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz di Subang, Selangor.

Ini bukti kerajaan negeri tidak ada rasa perikemanusiaan langsung terhadap nasib rakyat. Peniaga nasi lemak anak dara yang tiada lesen, Azmin boleh turun dan runding.

Rumah urut, pusat perjudian dan rumah rumah maksiat yang haram di Selangor, Azmin tidak pula arah roboh serta merta. Rumah kuarters dalam masjid pula yang kena serta merta.

Difahamkan tanah yang terlibat telah dipajakkan ke sebuah syarikat swasta dan penduduk rumah berkenaan diusir oleh syarikat berkenaan yang mahu menjalankan kerja-kerja pembangunan yang telah dirancang di atas tapak yang terlibat.

Tindakan menghalau dan meroboh rumah itu dibuat tanpa sebarang bayaran pampasan dan dilihat secara terburu buru. Kepentingan kontraktor lebih penting bagi Azmin dari kepentingan rakyat.

Mengapa tanah di kawasan itu dipajakkan sedangkan ia berada dalam kawasan masjid yang menjadi tempat kediaman Pegawai Masjid berkenaan.

Mengapa dalam hal begini, kerajaan pakatan Selangor mahu terburu-buru mengambil tindakan. Adakah kerana mementingkan kantung kewangan negeri selepas tanah dipajakkan?

Azmin nampaknya sudah tiru cara Guan Eng di Penang. Sampai hilang 26 buah kampung Melayu di Penang.

Penduduk-penduduk di kawasan itu dilihat memasang kain rentang memohon budi bicara dari Azmin supaya tidak membenarkan tindakan meroboh itu kerana sudah mendiami kawasan berkenaan iaitu di dalam kawasan masjid sejak sekian lama.

"Kami mohon simpati daripada Menteri Besar negeri Selangor untuk bersama-sama membantu menyelesaikan masalah kami," begitu tertera di atas kain rentang berkenaan.

Azmin, dek kerana tidak mahu menangguhkan operasi itu hanya mampu menempatkan dua keluarga yang terlibat di Pusat Perumahan Rakyat (PPR) di Kota Damansara, tetapi penghuni berkenaan pula yang perlu menanggung sewa di rumah baru sendiri.

Kerajaan negeri hanya boleh membiayai kos sewa unit rumah PPR itu selama enam bulan kemudian unit berkenaan akan ditawarkan untuk dibeli oleh dua keluarga itu.

Pendekatan Azmin ini amat berbeza sekali dalam soal penganjuran pesta arak yang bakal diadakan di pusat beli-belah di Centro Klang.

Begitu cepat sekali mahu diluluskan. Pesta arak itu mahu dibuat di Klang selepas permohonan diadakan di Kuala Lumpur ditolak oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Majlis Perbandaran Klang terus membenarkan program berkenaan diadakan walau pun mendapat bantahan dari penduduk beragama Islam di situ.

Azmin kata semalam "kita beri tahun lalu, kita beri kelulusan untuk beberapa tahun lalu, jadi kami terus beri kelulusan selagi mematuhi syarat yang ditetapkan oleh PBT". Sudah 6 tahun, pesta arak ini diluluskan di Selangor rupanya. Sejak DAP menguasai kerajaan Selangor.

Pesta arak Octoberfest ini betul betul dimahukan oleh pemimpin DAP. Tony Pua dan Teresa Kok bersungguh sungguh mempertahankan penganjurannya pesta arak ini.

Azmin tidak boleh buat apa. Tidak boleh lawan pun pesta arak yang dimahukan DAP ini. Namun rumah kuarters yang didiami oleh ahli PAS yang pernah membawa Hadi Awang ke situ, sudah diroboh oleh Azmin.

Gaya kepimpinan Azmin ini sudah ikut macam cara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang merobohkan satu persatu kampung Melayu di negeri pulau mutiara itu atas alasan pembangunan. Peratus pemilikan tanah dalam kalangan orang Melayu sudah merosot dari 26 peratus kepada hanya 20 peratus sekarang.

Rumah urut, rumah judi dan pesta arak dibiarkan oleh Azmin. Rumah kuarters masjid diroboh oleh Azmin. Inilah cara pentadbiran Azmin dan DAP di Selangor. Cukup kejam sekali.

Apalah salah rumah kuarters itu berbanding pesta arak?

Tulisan :
Beruang Biru
BB601, Khamis
5 Oktober 2017

Wednesday, October 4, 2017

ULTRA KUTTY TERSUNGKUR DI KAKI KHINZIR

FALLACIOUS : sembilu

MAHATHIR Mohamad sudah terserlah wajahnya di Ibu Pejabat DAP Kebangsaan di Kuala Lumpur. Maka tersungkurlah Mahathir dengan secara rasminya kepada perjuangan Malaysian Malaysia DAP yang dulunya beliau sendiri tentang mati-matian.

KONSEP Malaysian Malaysia DAP tercatat kemas dengan kenyataan “a Malaysian Malaysia means that the nation and the state is not identified with the supremacy, well-being and the interests of any one particular community or race.” Konsep Malaysian Malaysia DAP ini diperjuangkan oleh pemimpin- pemimpin muda yang sedang berkuasa di dalam DAP sekarang ini.

SETIAUSAHA Agung DAP yang haram, Guan Eng sendiri teguh mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan yang memberi keistimewaan pada bangsa Melayu dan bumiputera. Begitu juga Anthony Loke, juga mahu dirombak semula polisi “Bumiputra” and “non-Bumiputra”.

MAHATHIR menentang keras terhadap perjuangan Malaysian Malaysia ini. Katanya Orang Bukan Melayu asyik menuntut hak persamaan; sedangkan mereka tinggal di negara ini dengan mendapat kewarganegaraan adalah merupakan satu keistimewaan. Disamping itu mereka juga boleh mengamalkan cara hidup mereka sendiri, bahasa sendiri, itu pun satu keistimewaan. Agaknya beranikah dia cakap perkara ini pada anak-anak DAPigs?

BILA Tun Mahathir sudah boleh berkunjung ke Ibu Pejabat DAP Kebangsaan, maka eloklah dia terus menjadi ahli DAP dan bubarkan Partinya PPBM. Silap-silap boleh pegang jawatan Top DAPigs seumur hidup!

#iwaswrong

NAJIB RAZAK PERTAHAN JUMLAH BILANGAN 1.6 JUTA PENJAWAT AWAM DI SEBALIK IKRAR DAP UNTUK PECAT 800 RIBU PENJAWAT AWAM JIKA MEREKA BERKUASA

"Adalah tidak adil untuk membandingkan jumlah penjawat awam di negara ini dengan negara-negara lain kerana takrifan penjawat awam di negara ini adalah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata takrifan tersebut meliputi sektor perkhidmatan kesihatan seperti doktor dan jururawat, anggota keselamatan termasuk tentera serta polis dan warga pendidikan yang merangkumi para guru.

"Di sebahagian negara-negara lain, mereka tidak menghitung pekerja dalam sektor kesihatan, keselamatan dan pendidikan sebagai penjawat awam,”katanya pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-15 (MAPPA XV) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

MENANGKIS MITOS PENJUAL PRODUK SAMPAH

#MENANGKIS_MITOS_PENJUAL_PRODUK_SAMPAH

Kita sering mendengar kata2 bahawa orang zaman tok nenek kita lebih sihat berbanding kita.
Mereka tidak ada vaksin, tidak ada perubatan moden, jarang kedengaran penyakit2 seperti hari ini dan hidup lama berbanding dengan generasi kita tanpa penyakit.

Lalu dipersalahkan penyakit2 hari ini sebagai konspirasi buatan yahudi, zionis, Rockerfella, iluminati, NWO, Freemason etc. Lebih menyedihkan profesion perubatan moden dikaitkan sebagai balaci kesemua agensi di atas yg kononnya menjadi perkakas mereka menjahanamkan umat.

Hakikatnya benarkah sedemikian? Sebenarnya pemerhatian seperti ini tidak bersandar kepada bukti. Jika benarpun, ia hanya bersandar kepada pemerhatian umum melihat beberapa individu zaman silam yang umur panjang.

Hakikat sebenar adalah berlainan. Maklumat jabatan statistik negara kita dan dunia menunjukkan bahawa pada tahun 1950, jangka hayat purata rakyat Malaysia adalah 47 tahun bagi lelaki dan 52 tahun bagi wanita. Dan jangka hayat ini telah meningkat dengan ketara kepada 77 tahun bagi lelaki dan 79 tahun bagi wanita! Ini merupakan bukti bahawa rakyat Malaysia hidup lebih lama kini berbanding dahulu.

Pada zaman dahulu, kematian pada sekitar umur40-50 adalah perkara biasa dan dianggap pesakit telah tua. Tetapi pada zaman ini, jika kami ada kematian pada lingkungan umur sebegitu, ia dianggap sebagai kematian tragis memandangkan ia masih umur yang amat muda dan kehilangan individu produktif pada negara. Pencen pun belum lagi pada umur tersebut. Malah tidak keterlaluan jika saya dan rakan2 perubatan kami menganggap pesakit kami yang berumur 65 tahun sebenarnya masih 'muda' dan kami akan merawat secara agresif bagi tujuan menyelamatkan mereka.

Jangka hayat ini meningkat adalah kerana perkembangan dan kemajuan ilmu perubatan moden semestinya. Rakyat kini hidup lebih lama kerana penyakit2 yang dahulunya tidak boleh dirawat kini ada penawarnya dgn kaedah moden. Misalannya, serangan jantung dahulu memang tiada ubatnya tetapi kini kita ada kaedah stenting/balloon utk membuka sumbatan saluran koronari, kaedah ubat2an pencair darah yang lain seperti metalyse, streptokinase dan lain2 serta kaedah pembedahan bypass untuk menyelesaikan masalah ini. Pada zaman dahulu,  tiada semua ini dan tiada apa yang boleh dilakukan melainkan berserah kepada takdir.

Maka mungkin ada yang akan berkata bahawa penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, kanser, gout dan sebagainya ini tidak kedengaran dahulu di kalangan orang2 lama. Dan mereka menjadikan ini sebagai sandaran bahawa ada konspirasi yahudi dan agensi2 mereka untuk merosakkan dunia.

Sebenarnya, penyakit2 ini pada zaman dahulunya adalah penyakit orang2 kaya. Hanya orang2 kaya saja yang akan makan dengan mewah sehingga mendapat sakit2 sedemikan. Datuk nenek kita yang sihat dahulu lihatlah gaya kehidupan mereka. Mereka ke bendang, ke laut, bertani dan membanting tulang mencari nafkah. Badan mereka fit dan tidak obese seperti generasi kini. Mereka memakan makanan2 seperti ulam-ulaman dan amat jarang dapat merasa daging dek kesempitan hidup.

Kita? Daging sudah menjadi menu harian. Generasi kita sudah tidak mahu melakukan kerja2 bertani dan ke laut. Mereka mahu kerja pejabat bergaji besar sambil bermain gadget. Aktiviti terhebat mereka adalah senaman jari dengan menjadi keyboard warrior ataupun surfing internet. Rata2 pesakit yang tiba ke hospital saya adalah dalam kategori obese. Malah ketika saya jogging di track juga, saya lihat kebanyakan rakyat mempunyai perut yang menjuih ke depan. Malaysia adalah juara indeks obesiti Asia kini. Rokok dan vape diperjuangkan umpama aspirasi kehidupan.

Pengamalan gaya hidup sihat dengan pemakanan seimbang pada kuantiti yang sederhana adalah kunci kepada menangani penyakit2 kronik.
Tidak perlu sebenarnya membeli supplemen2 dan jus2 yang menjanjikan bulan dan bintang tetapi pada hakikatnya menjahanamkan buah pinggang anda.

Ada pula yang terlebih 'bijak' mengatakan vaksin sebagai punca semakin banyak kanak2 yang cacat autisme dan sebagainya. Ini hanyalah pemerhatian individu yang tidak disokong oleh sebarang bukti saintifik. Pada zaman dahulu, kanak2 yang sebegini tetap wujud tetapi mereka tidak diklasifikasikan sebagai berpenyakit. Sebaliknya mereka dikatakan begau, tak betul, mereng, sewel, biol, gila, pandir, kena sumpah dan sebagainya. Kini ia telah dikenali sebagai penyakit autisme dan pelbagai penyakit psikiatri lain tidak seperti dahulu. Ia tidak ada perkaitan dengan vaksin yang sudah terbukti membasmi pelbagai penyakit yang pernah menjadi malapetaka dunia.

Menggunakan kaedah testimoni seperti pengalaman peribadi, cerita tok nenek dan cerita mulut orang lain bukanlah alasan untuk menolak perubatan moden yang terbukti secara saintifik membantu ummah. Ia adalah kaedah pemikiran mat rempit sebenarnya. Mat rempit akan berkata, "Aku bawak motor kat jalan raya time tengah hujan lebat sambil buat gaya superman tanpa memakai helmet selamba je. Tak mati pun. Tok nenek kita pun dulu bawak motor mana ada pakai helmet? Accident pun jarang. Ajal maut di tangan Tuhan. Bukan di tangan doktor."
Amat menyedihkan generasi terpelajar zaman ini juga turut terjebak di dalam pemikiran kuno yang merosakkan ummat.

#Kesimpulan:

1. Gaya hidup kita berbeza dengan gaya hidup nenek moyang kita.

2. Perubatan moden terbukti telah meningkatkan purata jangka hayat rakyat.

3. Testimoni bukanlah bukti keberkesanan sesuatu kaedah. Ia adalah kaedah penipuan MLM, penjual supplemen, jamu dan jus2 sampah yang paling biasa diamalkan oleh perosak umat.

4. Jangan berpemikiran seperti mat rempit.

5. Agama tidak pernah melarang perubatan moden dan tidak pernah mewajibkan kaedah perubatan dan pemakanan tertentu.

Dr Abdul Rahman Abdul Kadir
Pakar Benci Mitos Perubatan aka Taiko Bani Mythbuster

Tuesday, October 3, 2017

LEPAS RAPIJI KANTOI MENIPU KINI SYED PULA KANTOI MENIPU

BERBALOIKAH PENGORBANAN SYED SADDIQ UNTUK POLITIK BODOH PPBM?

Berdrama lagi dalam PPBM. Lepas Ainina panggil mereka yang masih tinggal dalam PPBM sebagai lanun, keldai, anjing, lembu kali ini Ketua Armadanya pula, Syed Saddiq buat drama air mata.

Nampak macam skrip sinetron airmata dan tuduhan mengarut Syed Saddiq itu sudah dikarang awal lagi. Penipuan yang sistematik untuk tarik simpati semata mata.

Kata Syed Saddiq, dia rela melepaskan tawaran dari Universiti Oxford demi perjuangannya bersama 'Mr Tak Tahu' dalam PPBM.

Soalnya, berbaloikah pengorbanan Syed Saddiq untuk politik bodoh dan penuh kebencian dalam parti itu?

Tatkala berpusu-pusu para pengasas parti PPBM keluar kerana tidak mahu menjadi anjing, keldai dan lembu seperti yang dikata Anina Saadudin. Syed Saddiq pula masih hendak duduk dalam PPBM.

Syed Saddiq sudah kantoi menipu. Lihat dengan jelas surat tawaran yang Syed Saddiq dapat dari Oxford itu. Surat dari Oxford itu sudah lama.

Sudah 6 bulan lepas lagi Syed Saddiq terima surat itu. 15 Jun 2017 tarikh surat dari Oxford itu. Habis itu kenapa pada 2 Oktober baru hendak buat sidang media?

Buat sidang media pula tuduh UMNO yang kononnya salah dan punca dia tidak boleh belajar ke Oxford. Syed Saddiq tidak payahlah reka cerita pasal RM5 juta dan sebagainya.

Diri sendiri yang salah, kenapa hendak menipu dan kata orang lain yang salah. Inilah penipuan terbesar Syed Saddiq dalam sidang medianya semalam.

Bukan Oxford yang dicari, sebenarnya Syed Saddiq kejar bertanding di kerusi parlimen atau DUN pada PRU14 nanti.

Syed Saddiq pilih duduk dalam kapal yang hendak karam berbanding saranan Rasulullah SAW mengenai mencari ilmu.

"Mencari ilmu itu adalah wajib bagi muslim lelaki dan perempuan" (Hadis Riwayat Ibnu Abdil Barr).

Ini bukan kali pertama Syed Saddiq buat cerita lawak dan tipu ini.

Kira-kira hampir setahun lepas iaitu pada 4 Oktober 2016, Syed Saddiq berkata dia akan umumkan jumlah keahlian parti PPBM pada 11 Oktober.

Sampai sekarang, sudah Oktober 2017, mana dia pengumuman Syed Saddiq mengenai ahli PPBM?

Belajar ke Oxford pun gagal, urus parti sendiri pun gagal juga.

Ada tiga orang exco dalam Armada PPBM tidak bersetuju dan mendesak Syed Saddiq supaya meletakkan jawatan. Sampai ke hari ini, Syed Saddiq tidak berani buat apa apa pun dengan mereka.

Tiga exco Armada tersebut adalah Muhammad Hafiz Azhar, Mohamad Taufik Abbas serta Abd. Wahazir Abd. Wahab. Banyak isu yang dibangkitkan mereka bertiga ini terhadap PPBM. Satu pun Syed Saddiq tidak berani jawab.

Bukan sahaja dalam Armada, Syed Saddiq juga punca ramai pengasas PPBM keluar parti. Mahathir anggap yang keluar parti itu sampah sahaja tetapi Syed Saddiq dianggap sebagai anak emas oleh Daim dan Mahathir.

Apalah sangat nilai RM400,000 biasiswa Oxford dan jadi pensyarah sambilan di UIA? Kalau sudah anak emas, minta sahajalah kroni kroni Mahathir dan Daim biayai Syed Saddiq.

Bercinta pun dengan anak Menteri Besar Selangor. Jadi buat apa hendak berlakon menangis depan sidang media ? Minta sahajalah biasiswa dengan Daim, Mahathir dan Azmin.

Hamidah Osman katanya hendak saman Syed Saddiq kerana tuduhnya keluar parti kerana dedak. Eloklah disaman, Syed Saddiq penipu ini.

Syed Saddiq kena jawab dulu pendedahan exco Armadanya sendiri tentang wang RM5 juta yang dibayar oleh Daim dan Mahathir kepada media asing dan Yayasan Clinton untuk memburukkan Malaysia.

Jawab tuduhan ini dulu sebelum hendak reka skrip RM5 juta yang lain. Cara Syed Saddiq cakap dalam sidang media semalam pun kita sudah tahu dia bercakap benar atau pun tidak.

Usahlah hendak menipu rakyat Malaysia dengan cerita fiksyen dan rekaan. Buka mulut sahaja, orang sudah tahu Syed Saddiq hendak berbohong semalam.

#SyedPenipu

Tulisan:
Beruang BIRU

RAFIJI KANTOI MENIPU

Rafizi Pecat Rafizi, Selepas Kantoi Rafizi Bayar Rafizi

Apa lagi boleh dibuat Rafizi selepas kantoi membayar dirinya sendiri. Derma saman NFC yang dikutip daripada orang ramai sejumlah RM1.5 juta disalurkan kepada Rafizi juga menerusi KEIP Resources. Kemudian dari KEIP Resources disalurkan pula ke Invoke yang juga dipunyai oleh Rafizi.

Bertukar tukar poket dari poket baju di atas yang juga berada di badan Rafizi masuk ke poket kiri dan kemudian masuk ke poket kanan. Semuanya masuk poket Rafizi sahaja.

Pihak yang kena tipu dan kena perdaya adalah orang ramai yang sanggup memberi derma kepada Rafizi itu. Kena tipu hidup hidup dengan Rafizi. Inilah yang dinamakan “Keip-Tokrasi Rafizi”.

Mengikut carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), di KEIP Resources, Rafizi ada saham sejumlah 10,500 unit dan di Invoke ada saham sejumlah 250,000 unit.

18 April 2017, Rafizi bukan main lagi tunjuk satu carta alir mempertikaikan tentang 1MDB. Mencetus persepsi yang tidak baik terhadap 1MDB sedangkan isu itu telah pun diselesaikan oleh PAC dan Peguam Negara. 1MDB sendiri pun sudah selesai membayar semua hutangnya.

Carta alir  tipu yang dibuat oleh Rafizi itu tidak ke mana, tidak ada bukti dan asas pembuktian pun. Hanya tuduhan semata mata. Hari ini aliran carta wang itu kena balik kepada batang hidungnya sendiri.

Pakar ekonomi kesayangan Anwar Ibrahim yang kuat memfitnah ini berdepan cemuhan dan kutukan daripada orang ramai bila  menyalahguna wang hasil derma orang ramai untuk bayar saman NFC kepada  membayar gaji sukarelawan yang berkerja di bawah INVOKE.

Rafizi terkantoi bila KEIP Resources Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dilantik untuk menguruskan pembayaran gaji tenaga pekerja dalam INVOKE juga dimiliki oleh Rafizi sendiri. KEIP juga dipunyai oleh Rafizi.

Mengikut senarai yang didedahkan sendiri oleh Ahli Parlimen Pandan itu, INVOKE tidak membuat sebarang pembayaran kepada KEIP pada bulan Julai.

Hanya selepas Rafizi berjaya mengutip derma RM1.5 juta dari orang ramai pada Ogos, INVOKE  didapati membayar kepada KEIP sebanyak dua kali pada 28 Ogos lalu. Pembayaran pertama RM160,349.95 dan pembayaran kedua RM156,132.10.

Kemudian invois untuk gaji pekerja INVOKE pada bulan Oktober sudah pun dikeluarkan oleh KEIP pada 11 September 2017. Invois bernilai RM175,304.32. Bermakna sesatunya perniagaan yang  dijalankan oleh KEIP adalah bayar gaji kepada INVOKE.

Malah turut mengenakan caj pengurusan sebanyak 5% iaitu sejumlah RM8,347.82. Caj pengurusan ini pun masuk poket Rafizi juga. Pelik sungguh, syarikat Rafizi bayar kepada syarikat Rafizi pun kena caj pengurusan. Hendak urus apalah sangat kalau keluar poket kiri masuk poket kanan Rafizi. Orang yang sama juga tandatangan cek. Ini berniaga cara “Keip-tokrasi Rafizi”.

Jika dikumpul semua jumlah ini, jumlahnya terkumpulnya adalah RM491,786.37 nilainya hanya untuk tiga bulan sahaja. Kalau caj 5% pengurusan sudah jadi RM24,589.31. Duit ini berlegar masuk dari poket Rafizi sahaja. Dekat setengah juta, patutlah Laathefa Koya cakap Rafizi kaya raya.

Maksudnya, duit derma hampir setengah juta dari orang ramai telah digunakan untuk bayar gaji pekerja-pekerja Rafizi sahaja. Rafizi mendedahkan dalam tempoh 10 hari dia berjaya mengumpul RM1,585,014.49. Maknanya ada lagi baki sejuta duit derma orang awam.

Ke mana baki wang sejuta ini hendak disalurkan? Disalurkan untuk ceramah atas trak dan cakap sorang sorang atau masuk poket sendiri juga? Hampir setengah juta duit derma rakyat digunakan untuk bayar gaji pekerja untuk membantu Rafizi buat fitnah setiap bulan.

Bila terkantoi, Rafizi mula gelabah. Mulanya dalam blog rasminya, Rafizi sendiri mendedahkan perincian gaji yang Invoke terima dari orang awam dalam satu artikel di blognya pada 21 September 2017. Senarai sejumlah 194 muka surat dana derma dari orang awam itu telah pun dipadam oleh Rafizi bila terkantoi “Rafizi Bayar Rafizi”.

Terbaru carian yang dibuat mendapati nama Rafizi sudah dikeluarkan daripada KEIP Resources. Invoke juga sudah tidak lagi menggunakan KEIP sebagai syarikat sumber manusianya. Bermakna Invoke sudah pecat KEIP, Rafizi sudah pecat Rafizi sendiri.

“Rafizi Bayar Rafizi’ adalah sesatunya teori ekonomi Rafizi yang menjadi. Duit rakyat termasuklah ada kakitangan awam yang menderma sudah disapu oleh Rafizi untuk bayar gaji pekerjanya dalam Invoke. Bukannya sedikit wang itu, RM1.5 juta. Ada lagi baki sejuta. Ke mana pergi duit itu?

Inilah “Keip-trokrasi” sebenar yang sedang berlaku dalam pembangkang. Dulu Rafizi pernah kata Mahathir macam macam mengenai syarikat arak dan rasuah. Kini bila Rafizi terang terang songlap duit rakyat untuk Invoke, Mahathir sepatah pun tidak berani tegur atau jentik Rafizi.

Kes rasuah Guan Eng pun, Mahathir tidak berani jentik sikit pun. Takut sungguh dengan PKR dan DAP. Ini bukti Mahathir bukan sesiapa pun dalam pembangkang. Hanyalah alat sahaja bagi PKR dan DAP. Isu rasuah Rafizi dan Guan Eng, Mahathir tidak berani kata apa apa.

Penyelewengan yang dibuat terang terang oleh Rafizi ini adalah bukti bahawa PKR adalah parti yang langsung tiada integriti. Tidak layak lagi pembangkang cakap soal hipokrasi, kleptokrasi dan demokrasi. Cakaplah soal “Rafizi Bayar Rafizi” ini, bila dah kantoi jadilah “Rafizi Pecat Rafizi”. Inilah dia “Keip-Tokrasi Rafizi”.

Bila Mahathir terkantoi hilang RM32 billion di Bank Negara, dia kata ‘tidak tahu’, pakar ekonomi Mahathir pun kata ‘tidak tahu” sebanyak 15 kali semasa perbicaraan RCI Forex. Bila pakar ekonomi Anwar Ibrahim terkantoi “Rafizi Bayar Rafizi”, dia cakap “bodoh” dekat 50 kali.

Rafizi kata bodoh dekat siapa sebenarnya. Telinga Rafizi yang dengar dulu apa yang Rafizi sebut itu. Ayat bodoh itu sebenarnya kena pada Rafizi balik. Rafizi lah bodoh itu.

Tulisan:
Beruang Biru
BB596, Isnin
2 Oktober 2017

Monday, October 2, 2017

TAK BAIK BUAT MACAM TU

Penganjuran karnival kerjaya

Salam Muafakat Kedah.

1. Untuk makluman rakan rakan media dan semua yang berkenaan Karnival Kerjaya Zon Utara Jobsifu.com 2017 yang berlangsung di Grand Ballroom, TH Hotel pada jam 2 petang 30 September 2017  tiada sebarang kaitan dengan kerajaan negeri dari segi penganjuran atau penajaan.

2. Program berkenaan adalah program anjuran penuh pihak swasta tanpa sebarang campurtangan dari kerajaan negeri Kedah dan ia adalah sebuah penganjuran bebas.

3. Saya akui Menteri Besar bagi pihak kerajaan negeri turut menerima jemputan untuk hadir ke program berkenaan namun beliau memutuskan untuk tidak hadir atas alasan tertentu.

4. Saya juga difahamkan berlaku sedikit kekecohan membabitkan yuran yang dikenakan oleh pihak penganjur namun sehingga kini saya belum menerima makluman rasmi mengenainya.

5. Bagaimanapun sebagai mewakili kerajaan negeri saya kesal dengan apa yang berlaku dan berharap pihak penganjur supaya lebih sensitif dan bertanggungjawab dengan isu isu berkaitan supaya ia tidak mendatangkan masalah dan menimbulkan kemarahan mana mana pihak khususnya kepada individu yang menjadi kumpulan sasar program ini.

YB Dato' Norsabrina Mohd Noor
Exco Kerajaan Negeri Kedah,
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia.

MENGAPA CINA BEGITU BENCI NAJIB

ELOK SANGAT KALAU DIVIRALKAN ARTIKEL INI.

Analisa dari sudut yang berbeza*

Cina marah Najib
buat kedai 1 Malaysia seluruh negara sebab ganggu peruncitan yang dimonopoli oleh cina

Cina paling marah
bila najib buat gst sbb tak boleh tipu2 lagi
Memang semua pringkat rasa penangan gst tapi yang paling terkesan adalah tauke2 besar, pemborong dan pengedar yg ramainya bangsa cina. Walau boleh claim GST dengan kerajaan tp semua kena declare.
Tak boleh tipu pendapatan lagi.
Kalau tak ramai Cina2 yg kaya mengaku miskin dan mohon semua bantuan disediakan kerajaan.

Najib juga perbaiki gred penjawat awam
Gaji minimum penjawat awam sekarang seribu ke atas. Elaun sara hidup pun dapat.
Siapa yg ramai jadi penjawat awam?
Dah tentu la Melayu
Sebab tu DAP kata kalau menang nak kurangkan bilangan penjawat2 awam.

Lepas tu Najib naikkan gaji guru
Siapa guru?  Majoritinya melayu .
Walau guru dikatakan ramai pro pembangkang tp kebajikan guru tetap terbela.
Senang nak buat pinjaman, beli rumah dan kereta.
Kalau dulu guru pakai motor buruk sekarang kereta rumah mahal bergaya.
Pakaian ke sekolah macam dato2, mak2 datin atau artis.

Kalau askar tak payah cakap lah
Dulu prebet berapa ratus jer gaji.
Sekarang prebet je dah ribu riban.
Siapa yang sudi jadi mat perang pertahankan negara?
Ramai Melayu juga.
Bila pencen dapat imbuhan bukan sikit2 duit.
Walau dh pencen tiap2 bulan duit masuk.

Orang2 masjid pulak termasuk penggali kubur dapat buat haji free bila ada peluang.
Pergi kursus imam pun di hotel2 hebat.
Siapa orang2 masjid ni?
Melayulah kann??

Rumah mesra rakyat
Melayu juga banyak dapat.
Cina2 yg kaya terpaksa putih mata.
Sebab melayu yang ada tanah walau x kaya raya terutama di kampung2 dan felda2.
Dapat bantuan baiki rumah.
Dapat bantuan rumah PPRT.

*Sekolah pondok*
yang dipandang sepi kini terbela dgn bantuan dari kerajaan melaui yayasan sekolah pondok.
Anak2 siapa belajar sekolah pondok sekolah tahfiiz ni?
*Anak2 melayu juga* .

*BRIM (orang cakap gula2 pilihanraya)*
penerima pun banyak orang melayu.
Orang cina banyak yang kaya beb.
Dulu boleh tipu pendapatan mengaku miskin tp sejak ada GST dah tak boleh tipu pendapatan.

*Pencen pesara naik*
Siapa pesara ni?? Banyak melayu lah kan?
*Dulu2 orang tak mahu kerja gomen sebab gaji kecik*
Nak kerja swasta gaji besar.
Tapi disebabkan swasta banyak cina Melayu susah nak naik.
Cina yg pegang ekonomi, dorang bantu orang2 dia jer..
Kalau melayu ni gaji ciput jer.
Kalau orang2 dia..cakap Inggeris berterabur ke
Cakap melayu ke laut ke.. tapi gaji tetap besar.
*Lagi kurang ajar*
bila letak iklan kerja diutamakan bahasa Cina atau diwajibkan fasih cakap Cina.

*Ingat cina suka ke pembaharuan*
yang Najib buat secara terang2 menyebelahi melayu?
Itu pun macam2 orang2 Melayu tuduh Najib.
Sedangkan Najib tu dah buat macam2 untuk bantu Melayu.

*Tapi Najib ni terpaksalah tempuh zaman teknologi dunia*  tanpa sempadan.
Informasi dan maklumat di hujung jari.

*Tapi yg peliknya ramai melayu masih nak tunjuk lagak ikut telunjuk bangsa lain*
Dah senang kot atau dah kaya raya dan dh malu nak mengaku bangsa Melayu.
Maklumlah dh urban konon.
Sebab tu bila didedahkan perangai dan agenda DAP yg nak hapus hak2 Melayu
Melayu2 ini jugalah yg maki hamun bela DAP dan kata kita rasis.
*Yg kelakarnya bila DAP perlekeh Islam dan Melayu dorang tak berani berkutik pulak*

Jadi fikir2lah sendiri siapa kita?
Melayu yg mudah lupa atau..
Lupa diri tu Melayu?
*Ingatlah bangsa Melayu. Dah byk kerajaan Melayu Lama dah LENYAP
Tunggu giliran kita pulak kalau asyik dok FITNAH dan buka pekung didada

MELAYU JGN MUDAH LUPA.‼️

FIKIR FIKIR KAN LAH...‼️

BERSATULAH

KITA HANYA TINGGAL KUASA JE

KALAU KUASA MELAYU DAH TAK DA

MELAYU TINGGAL NAMA SAHAJA.

Saturday, September 30, 2017

PESTA ARAK : MELAYU PH BARUA SEJATI CINA DAP

*DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam? – Ridhuan Tee*

Jangan kecam saya dengan status ini. Ia adalah realiti bukan fantasi.

Kita bukan rasis kaum kerana ajaran Islam adalah universal.

Saya pun keturunan Cina. Saya sayang bangsa saya tetapi saya lebih sayang agama saya.

DAP BAIK… PKR BAIK… PH BAIK…

ORANG ISLAM BACA ELOK-ELOK

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka?

Mereka serang PAS tanpa letih. Mereka tegar fitnah PAS. Hanya kerana PAS tidak mahu lagi bersama dengan DAP. Mereka berasa DAP penting demi tawan Putrajaya.

Lalu mereka tergamak kutuk PAS kerana tegas dengan agenda Islamnya. Mereka memusuhi kepimpinan ulama PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi.

Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS sebagai musuh tetapi DAP pula jadi kawan tanpa lagi melihat panduan hadis Nabi SAW dan al-Quran.

Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut menginsafkan mereka dalam pakatan pembangkang. Sampai bilakah mereka hendak keliru atau dikelirukan?

Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.

Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.

Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman.

TAMBAHAN:
1) Isu Kalimah Allah hendak letak dalam Bible – Penyokong DAP & PKR
2) Isu Azan guna pembesar suara jadi isu – Penyokong DAP
3) Isu memudahkan proses murtad – Penyokong DAP
4) Isu status agama anak kita selepas umur 18 tahun – Penyokong DAP

Semua isu ini disokong 100% oleh DAP. Malangnya Melayu Islam kita di dalam PKR dan Parti Harapan masih lagi buta! dan tetap sokong DAP lalu menghina PAS.

*Walaupun hakikatnya mereka nampak DAP sebenrnya adalah musuh Islam yang nyata!!!!* –

Prof. Dr. Ridhuan Tee