Saturday, March 17, 2018

DAP AMAT BENCI PAS

MENDALAMNYA BENCI EVANGELIS DAP TERHADAP PAS

Terkejut saya bila membaca kenyataan tokoh evangelis DAP, Hannah Yeoh, di laman Facebook beliau yang berbunyi:“Ahli-ahli politik sekalian - jangan sesekali jadi sampai macam ni, dah tak masuk akal” kepada laporan portal berita The Malaysian Insight hari ini bertajuk “Masalah ekonomi Malaysia berpunca daripada pemimpin Pakatan, kata Hadi”.

Kenyataan Hannah Yeoh ini adalah bukti betapa bencinya tokoh evangelis DAP dan DAP sendiri kepada Presiden PAS sebagai seorang pemimpin, kepada PAS sebagai sebuah parti politik dan kepada Islam sebagai dasar perjuangan PAS sehingga beliau boleh menyebut “dah tak masuk akal” kepada kenyataan Presiden PAS itu hanya berpandukan tajuknya sahaja.

Memang saya sendiri mulanya merasa hairan dengan tajuk laporan portal berita The Malaysian Insight ini kerana ia menggambarkan seolah-olah Presiden PAS meletakkan punca masalah ekonomi Malaysia kepada pemimpin Pakatan Harapan secara keseluruhannya, termasuk Presiden PKR, Setiausaha Agung DAP, Presiden AMANAH dan Presiden PPBM.

Bagaimanapun, bila dibaca laporan asal kenyataan Presiden PAS di dalam laman web Harakah Daily hari ini, bertajuk “Presiden PAS jawab fitnah Muhyiddin”, maka nyatalah portal berita The Malaysian Insight tidak beretika kerana menaikkan bahagian kecil kenyataan Presiden PAS sebagai berita dan meletakkan tajuk mengelirukan kepada berita itu.

Sangat jelas kenyataan Presiden PAS yang diguna, iaitu “Masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara, sama ada kerajaan atau rakyat, adalah peninggalan daripada pemimpin-pemimpin yang duduk dalam Pakatan Harapan hari ini, yang memerintah negara sejak tahun 80-an, merekalah yang mewujudkan masalah”, adalah merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tiada yang “tak masuk akal” pun pada kenyataan Presiden PAS ini kerana penegasan bahawa Tun Dr Mahathir adalah punca masalah yang dihadapi oleh negara telah berulangkali dibuat oleh beliau sebelum ini, malah bukan sahaja Presiden PAS tetapi ramai lagi tokoh negara yang menyebut perkara yang sama, termasuk Sultan Johor dan pemimpin DAP sendiri.

Bila Hannah Yeoh menyifatkan Presiden PAS “tak masuk akal” kerana menyatakan Tun Dr Mahathir adalah punca masalah yang dihadapi oleh negara, maka ini bermakna beliau juga menyifatkan Sultan Johor “tak masuk akal” kerana Baginda juga menyebut “Tun Mahathir merupakan punca kepada masalah di negara ini pada ketika ini” pada 25 Ogos 2016.

Bila Hannah Yeoh menyifatkan Presiden PAS “tak masuk akal” kerana menyatakan Tun Dr Mahathir adalah punca masalah yang dihadapi oleh negara, maka ini bermakna beliau juga menyifatkan Charles Santiago “tak masuk akal” kerana beliau juga menyebut “Dr Mahathir adalah punca kepada masalah yang menjejaskan setiap rakyat Malaysia hari ini” pada 6 Mac 2016.

Semua ini menunjukkan betapa mendalamnya kebencian tokoh evangelis DAP dan DAP sendiri kepada Presiden PAS, kepada PAS dan kepada Islam sehingga sanggup melakukan kerja yang sangat tidak beretika dengan menggunakan berita yang di”spin” sebegitu rupa hanya untuk mempengaruhi masyarakat supaya turut membenci Presiden PAS, PAS dan Islam.

Lebih menyenakkan bila bekas Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, yang kini menyokong AMANAH dan baru menerbitkan buku “Parti Amanah Negara: Cabaran, Halangan dan Potensi Sebagai Parti Islam Berpengaruh, Berintegriti”, turut menyindir tindakan “spin” oleh portal berita The Malaysian Insight, dan akhbar Sinar Harian, ini.

Monday, March 12, 2018

PEMBANGKANG AKAN GAGALKAN MALAYSIA

Malaysia Jadi Negara Gagal Kalau Ikut Manifesto Harapan Palsu Pembangkang

Pembangkang hanya mementingkan populis dalam manifesto mereka. Angka tiada, anggaran tiada, malah banyak yang diceduk dan ditiru dari apa yang telah kerajaan BN sudah laksanakan.

Bila tiada anggaran hasil, manifesto yang dibuat itu menjadi tidak seimbang. Hendak mansuh macam macam tetapi tidak fikir duit dari mana hendak tampung kekurangan hasil.

Malaysia akan hilang hasil sejumlah RM416.6 billion jika GST, tol, duti eksais dan PTPTN dimansuhkan.

Itu anggaran hasil yang akan hilang menurut Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara. Pemansuhan GST akan menghilangkan RM45 billion, tol sebanyak RM338 billion, duti eksais RM2.4 billion dan PTPTN RM3.9 billion.

Malaysia akan jadi negara defisit jika diikutkan manifesto populis yang dibuat pembangkang itu.

"Kalau pembangkang kata hendak menghapuskan GST untuk digantikan dengan SST, itu tipu. Kalau tidak dapat hasil RM45 billion, negara akan menjadi negara defisit"

"Kita tahu bahawa hutang negara kian menguncup tetapi kalau hasil itu tiada, hutang negara akan meningkat dan menjadi seperti di Greece" kata Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia ketika berucap di Putrajaya semalam.

Banyak kali Mahathir, Kit Siang dan pemimpin pembangkang meramal dan mahu Malaysia menjadi negara gagal dan bankrap.

Berulang kali pembangkang tuduh Malaysia hendak bankrup. Pada 11 September 2016, Mahathir kata “Malaysia akan muflis seperti Argentina”. Pada 17 Ogos 2015, Mahathir kata “Ekonomi Malaysia akan jatuh teruk”.

Pada 26 Ogos 2015, Tun Daim berkata “Malaysia akan bankrap Disember ini”. Pada 3 September 2015, Tun Daim kata “Satu malapetaka ekonomi sedang dihadapi Malaysia”. Pada 31 Disember 2015, Mahathir kata “Malaysia akan bankrap”.

Semua ramalan ini tidak menjadi, malah IMF, Bank Dunia dan institusi kewangan antarabangsa terus memuji cara pengurusan ekonomi Malaysia. Negeri yang diperintah pembangkang iaitu Selangor dan Pulau Pinang yang gagal sebenarnya.

Gagal uruskan semua isu isu rakyat. Banyak penyelewengan berlaku. Ratusan juta duit rakyat lesap kerana skandal tanah Ijok dan terowong dasar laut. Uruskan dua negeri pun sudah gagal, bagaimana mahu urus 14 negeri di Malaysia?

Janji dan manifesto pembangkang tidak boleh dipercayai. Dengan "pasangan" mereka dalam pembangkang dahulu iaitu PAS pun mereka curangi, lagikan kepada rakyat. Sama sama ambil kuasa di Selangor dan Pulau Pinang, lepas dapat kuasa, tendang PAS begitu sahaja.

Apa yang dijanji dahulu masa PRU12 dan PRU13 sudah dibakul sampahkan termasuklah Buku Jingga. Pembangkang akan bakul sampahkan sekali lagi manifesto yang baru dibuat ini suatu hari nanti.

Buat janji popular ala Venezuela, tetapi parti sendiri pun carca marba dan huru hara. Parti sendiri pun gagal diurus untuk buat mesyuarat cawangan dan menjaga kebajikan ahli ahli di bawah, bagaimana hendak tunai janji bulan dan bintang kepada rakyat?

Manifesto yang dibuat pembangkang penuh dengan sandiwara. Rakyat akan merana, masyarakat akan jadi sengsara. Duit tidak cukup, hendak mentadbir negara macam mana?

Tulisan :
Beruang Biru
BB815, Isnin
12 Mac 2018

Friday, March 9, 2018

K.U.D.A . M.A.H.A.D.E.Y

Makanan Kuda Mahathir Lagi Mahal Dari Quinoa

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menempelak Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Mahathir yang cuba menjadikan isu soal makanan kesihatannya bijirin Quinoa.

Najib dalam satu program sesi Bajet 2018 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada minggu lepas telah berkongsi amalan pemakanan sihatnya yang kurang makan nasi tapi lebih mengamalkan bijirin itu.

Bagaimanapun, Najib kata makanan kesihatannya tidak semahal makanan yang diberikan kepada kuda yang dipelihara oleh Mahathir di Argentina yang berlipat ganda kosnya daripada harga Quinoa.

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang cuba mempertahankan kenyataan Mahathir yang mengatakan beliau hanya makan beras biasa dengan membuat perbandingan harga. Harga satu pek 250 gram Quinoa di negara ini adalah RM14.80 dan jika harga 10kg bijirin berkenaan ialah RM591.60, katanya.

Kit Siang kemudian membandingkan harga beras 10 kilogram beras jenis Jasmine Super iaitu RM25.85 sen. Kononnya, Quinoa 23 kali lebih mahal daripada beras yang dimakan 30 juta rakyat.

Kit Siang sengaja buat buat tidak tahu mengenai 40 ekor kuda Mahathir di Argentina. "Rakyat berhak mengetahui siapa yang jatuh dari kuda di Argentina," kata Kit Siang dalam Malaysiakini pada 10 April 2001.

Bukan main lagi Kit Siang pada masa itu mempertikai Mahathir dan kuda kudanya.
Kini bila Kit Siang dan Mahathir sudah "cium mulut" sekali dalam pembangkang, kisah kuda itu sengaja dilupakan.

Kos pelihara kuda lebih mahal dari makan Quinoa. Kalau satu setengah ikat jerami kosnya ialah sekitar RM7.81 sehari. Ada pula enam bulan bekalan tambahan mineral khas untuk kuda berharga RM117.11 iaitu 66 sen sehari.

Ada dua cawan hidangan pekat RM3.90 sehari, Farrier setiap enam minggu pada kadar RM136.62 satu trim atau kira-kira RM3.24 sehari, Dewormer setiap tiga bulan pada kadar 78 sen sehari. Pergigian kuda setahun sekali dengan kos RM487.94 dan vaksinasi asas utama seperti rabies, tetanus, influenza kuda dan vaksin rutin berharga RM370.83.

Kesemua kos penjagaan kuda untuk setahun ialah RM7138.14, ini makan dan penjagaan sahaja. Belum lagi termasuk kos pekerja, penjagaan kandang dan juga penjagaan kesihatan kuda jika ada apa-apa kejadian yang berlaku.

Kos menjaga kuda boleh mencecah hampir puluhan ribu setahun hanya untuk seekor kuda. Kuda yang dijaga pun bukannya kuda yang murah nilainya, harganya mahal hingga capai jutaan ringgit seekor.

Ramai tidak tahu, Mahathir kerap ke Argentina dengan "private jet" untuk bercuti di Las Lenas, pusat peranginan di wilayah Mendoza, Argentina. Di situ ada Hotel Piscis dan kasino yang terletak 2300 kaki dari aras laut dan dipercayai merupakan kasino paling tinggi di dunia.

Di kasino itu ada bilik VIP untuk main mesin slot Blackjack, Baccarat dan Roulette di situ. Resort itu menempatkan 40 ekor lebih kuda kuda yang dipercayai milik Mahathir. Pemilik hotel dan resort di Las Lenas ini adalah Tan Sri A. Paquirri Arumugam, proksi Mahathir.

Kekayaan Arumugam ini pernah didedahkan oleh akhbar British pada tahun 80an dan 90an hasil dari projek Pergau RM1.8 billion, isu beli jet Skyhawk 88 buah bernilai RM640 juta pada 1982 dan beberapa projek lain bernilai ratusan juta ringgit pada zaman Mahathir.

Penghujung tahun 2000, Arumugam beli kasino dan resort di Argentina itu. Tahun 2001, Mahathir datang main kuda dan terjatuh di situ. Tahun 2002, Mahathir ke resort itu lagi dengan pesawat kerajaan.

Tahun 2006 pun Mahathir datang dan pada Mac 2014 pun Mahathir pergi lagi ke resort itu dengan jet peribadi. Kerap sangat Mahathir ke sana, tengok kuda atau tengok "harta" yang ada di sana?

Bila sudah tiada lagi isu hendak dikata pada Datuk Seri Najib, sampai makanan diet Datuk Seri Najib pun hendak dijadikan isu. Tidak bercakap lagi pasal 1MDB, RM2.6 billion dan negara hendak bankrap. Kini bercakap pula pada Quinoa.

Najib bukan selalu makan Quinoa pun, tetapi kuda Mahathir di Argentina perlu makan dan dijaga oleh pekerjanya setiap hari.

"Saya sebut makan quinoa pun jadi isu, makanan ini ubat macam kita makan madu, vitamin. Tapi nasi lemak, nasi Vanggey pun saya makan," kata Najib.

Skandal Forex yang hilang RM31.5 bilion pada zaman beliau jadi Perdana Menteri, Mahathir boleh kata tidak tahu, soal makanan orang lain semua Mahathir tahu.

Di Argentina, rakyat kena tahu bahawa kuda kuda Mahathir di sana makanannya lebih mahal daripada nasi yang dimakan ahli ahli PPBM di bawah. Mahathir lebih sayang kuda dia dari ahli ahli PPBM di bawah yang dianggap sampah sahaja oleh Mahathir.

Yang tidak sampah pada Mahathir hanyalah kroninya sahaja. Mahathir sanggup buat apa sahaja asalkan BN tumbang di Putrajaya.

Kemudian bolehlah dia bawa balik kroni dan kuda kudanya ke Malaysia. Apa lagi yang Mahathir sembunyikan di sana? Sesuatu yang hilang dengan begitu banyak suatu ketika dahulu?

Inilah dia agenda peribadi Mahathir, kalau dia dan anaknya jadi PM, maka perkara inilah yang dia hendak selesaikan.

Tulisan :
Beruang Biru
BB795, Selasa
27 Februari 2018

KENCING DULU PUN MASIH HARING LAGI

Lima Bukti Manifesto Pembangkang Adalah Harapan Palsu Sahaja

14 Julai 2017, pembangkang telah buat 7 janji kalau mereka jadi kerajaan dalam masa 100 hari. Tidak bertahan lama, kemudian tukar janji baru pula selepas itu.

Semalam, buat manifesto baru lagi kalau jadi kerajaan dalam masa 100 hari. Sikap tidak konsisten pembangkang dalam berjanji ini membayangkan apa yang disebut itu adalah harapan palsu sahaja.

Mana ada orang buat janji dan kemudian bertukar tukar janji. Mesti pegang pada janji. Bila janji sering ditukar tukar, nampak sangatlah janji itu sebenarnya tidak akan ditepati.

1.   Janji 10 Tahun Dahulu Belum Ditunaikan

Janji yang lama dahulu di Pulau Pinang dan Selangor sudah 10 tahun tidak ditunaikan, jangan percayalah dalam masa 100 hari pembangkang hendak tunaikan pula janji yang baru mereka buat.

Barisan Nasional (BN) sudah pun melunaskan 97.6% manifesto pilihanrayanya kepada rakyat. Sejumlah 4,844 atau 83% projek bernilai RM73.49 billion yang dijanji dalam manifesto BN sudah dilaksanakan.

Cuba tanya Guan Eng apa jadi kepada 51 projek yang dijanjikan oleh DAP di Penang. Berapa peratus sudah dilaksanakan? Tiada. Begitu juga Azmin Ali, sesudah 10 tahun menjadi kerajaan di Selangor, PKR terbukti gagal.

Selama 473 hari, Azmin jadi MB, masalah banjir tidak selesai, sampah tidak selesai, Selangor masih juara denggi, isu perumahan rakyat tidak selesai dan yang paling utama adalah masalah air yang belum selesai lagi biarpun kerajaan BN pusat sudah salur RM22.3 billion kepada kerajaan Azmin Ali.

2.   Guan Eng Enggan Turun Selepas Dua Penggal

Pembangkang berjanji semalam mahu hadkan jawatan PM kepada dua penggal sahaja. Terlupakah pembangkang Mahathir dahulu pegang jawatan PM selama 22 tahun atau 5 penggal. Pilihanraya umum ke-6 hingga pilihanraya umum ke-10. Dah lama dah jadi PM, hendak lagi jadi PM pada PRU14?

Samalah juga dengan Guan Eng, masa PRU pada tahun 1999, DAP pernah cadangkan jawatan PM dan Ketua Menteri hanya dua penggal sahaja. Namun kini selepas 10 tahun dan dua penggal, ada nampak Guan Eng hendak berundur sebagai Ketua Menteri? Ini semua harapan palsu sahaja.

3.   Janji Hapuskan Tol Hanya Retorik Sahaja

Pembangkang berjanji lagi mahu hapuskan tol semalam, namun janji yang dibuat itu sudah berlainan dengan janji awal pada 14 Julai tahun lepas. Semalam, pembangkang tulis “pemansuhan tol akan dibuat secara berperingkat peringkat”.

Berperingkat peringkat ? Sudah mula hendak menipu nampaknya. Tahun lepas, Wan Azizah pernah cakap dalam Sinar Harian pada 30 Oktober 2017, bahawa memansuhkan tol akan menyebabkan rakyat tanggung beban.

Mahathir pernah pertahankan tol yang sedia ada di Malaysia sebagai antara yang termurah di dunia dalam Free Malaysia Today pada 10 Januari 2018. Oleh kerana itulah, Mahathir hanya mansuh satu plaza tol sahaja sepanjang 22 tahun menjadi PM. Azmin tiada langsung, Guan Eng pun tidak mansuh tol 50 sen di Pulau Pinang. Janji hapus tol ini semuanya retorik belaka.

4.   Monopoli Bernas, Astro & Akta Universiti Kolej Universiti

Pembangkang kata hendak mansuhkan monopoli Bernas dan Astro. Terlupakah pembangkang bahawa kedua dua syarikat itu diwujudkan pada tahun 1996, siapa menjadi Perdana Menteri pada waktu itu? Siapa yang wujudkan monopoli itu?

Pembangkang kata hendak hapuskan AUKU, Akta Universiti Kolej Universiti jika berkuasa. Harus diingat siapa yang meminda AUKU dan membenarkan mahasiswa untuk berpolitik? Ianya berlaku di zaman Datuk Seri Najib.

Mahathir sendiri masih mempertahankan AUKU ketika berdialog dengan mahasiswa pada 23 Disember 2016 di Petaling Jaya. Mahathir sendiri mengaku dia yang perkenalkan AUKU dalam Sinar Harian pada 19 Disember 2011. Jadi adalah mustahil bagi Mahathir dan pembangkang untuk memansuhkan AUKU. Semua itu harapan palsu sahaja.

5.   Janji Yang Tidak Konsisten

Suatu ketika dahulu janji cuti bersalin selama 120 hari, kemudian semalam janji 90 hari sahaja. Dulu berjanji hendak hapuskan hutang PTPTN, namun semalam berjanji mahu tangguhkan bayaran PTPTN dan mengikut gaji. Janji dalam manifesto hendak buat pendidikan percuma tetapi di Selangor yang ada UNISEL dan KUIS pun tidak ada pun pendidikan percuma dibuat.

Berjanji mahu wujudkan Akta Kawalan Pembiayaan Politik tetapi DAP sendiri bantah Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) pada tahun lepas.

Janji yang paling retorik adalah janji untuk membina 1 juta rumah sebelum tahun 2020. Sedangkan di Selangor, mereka sudah batalkan semua projek rumah mampu milik rakyat. Di Pulalu Pinang pun sama, tiada rumah mampu milik rakyat yang dibuat selama 10 tahun mereka menjadi kerajaan.

Ini semua janji dan harapan palsu pembangkang sahaja. Oleh kerana hendak pancing undi, berbagai janji ditabur sebagai umpan. Jangan termakan janji janji manis ini, ianya tidak akan dilaksanakan dan ditepati. Masa jadi kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang selama 10 tahun pun tidak tetapi janji, inikan pula dalam masa 100 hari.

Tulisan :
Beruang Biru
BB811, Jumaat
9 Mac 2018