Thursday, December 28, 2017

BOBOI, BERSATU DAN KFA

ECK DAN BOLA SEPAK KEDAH..KOLONIALISM atau MENGANGKAT ASPIRASI?

1.Lojik macai pembangkang apabila disebut urusan bola Kedah apa jua yang berlaku adalah salah Presiden KFA.

2. Penolakan D Herbs selaku penaja satu ketika dahulu dek kerana syarat tidak masuk akal dikatakan kelemahan pengurusan Presiden KFA yang menolak tuah.

3. Kini tatkala ECK sebuah syarikat pemaju hartatanah yang dikenali ramai menaja pasukan Kedah maka ditohmah pula bahawa Presiden KFA menyerah tanah milik negeri dengan percuma.

4. Macai pembangkang atau pihak berkenaan perlu faham.
A. Penajaan adalah bertujuan mengangkat imej syarikat.
B. Penajaan adalah tentang strategi pemasaran syarikat apatah lagi jika sesebuah syarikat dapat bekerjasama dengan tim hebat seperti Lang Merah.
C. Penajaan juga adalah sebahagian dari agihan peruntukkan syarikat bagi melaksanakan CSR.
D. Penajaan juga membolehkan sesebuah entiti syarikat mengurangkan bayaran cukai korporat kepada kerajaan.

5. Logik macai berkenaan syarat penajaan ECK ditukarganti dengan pemberian tanah milik negeri juga jelas tersasar. PRESIDEN KFA dan barisan pengurusan termasuk ahli majlis KFA tiada kuasa meluluskan tanah milik kerajaan walau seincipun tanah pada mana mana penaja.

6. Urusan tanah perlu melalui prosedur yang rumit dan rigid termasuk penelitian oleh Majlis Tanah Negeri, Mesyuarat EXCO dan pelbagai lapisan birokrasi yang lain.

7. Sepertimana syarikat pemaju hartatanah yang lain ECK juga harus membida untuk mendapatkan apa jua projek awam di negeri ini dan dinegeri lain.

8. Malah semasa ECK mula menaja pasukan Kedah dipertengahan musim, pernah syarikat berkenaan membida sebuah projek pembangunan berasaskan utiliti di Kedah namun dalam senarai akhir gagal untuk membida projek berkenaan.

9. Ini adalah rencah biasa dalam perniagaan. Lantas jika tuduhan melulu dihamburkan pada ECK dan Presiden KFA berhubung perihal penajaan ini maka barangkali di satu masa nanti jika ada syarikat antarabangsa tersohor mahu menaja Kedah, maka sudah pastilah syarikat berkenaan akan berfikir dua kali sebelum mahu terlibat dalam kancah bola sepak Kedah.

10. Tuduhan melampau dan melulu samalah sepertimana lojik bahawa jika syarikat Samsung menaja Real Madrid dan Chelsea maka secara automatik syarikat berkenaan akan beroleh tanah dan pelbagai anugerah projek di Sepanyol dan United Kingdom.

11. Sudah sampai masanya macai pembangkang, segelintir penyokong yang menjadi alat orang tertentu berlapang dada dan meraikan kesungguhan Puan Sri Giney Chew dan ECK yang komited dan mahu ikutserta dalam menjayakan misi pembangunan bola sepak negeri.

12Kejayaannya mengusahakan hasrat peminat membawa Ramon Marcote dengan persetujuan Presiden KFA dan komitmen ECK menjadi rakan strategik KFA demi menjulang aspirasi peminat bola tempatan jikapun tidak dihulurkan ucapan terima kasih, maka tidak perlulah ditohmah dengan tuduhan jijik yang menjatuhkan imej ECK.

13. Pembangkang bisa berkata apa sahaja kerana mereka tiada punya tanggungjawab terhadap kesinambungan dan kelestarian pasukan bolasepak Kedah, KFA mahupun sebagai sebuah kerajaan. BAHKAN sebenarnya mereka jugak tidak sekali sekali ada raja tanggungjawab pada Rakyat dan peminat hijau kuning. Selagi bole disensasikan dari sudut sudut negatif dan buruk mereka akan terus lakukan DEMI TERUS MEMPOLITIKAN BOLASEPAK KEDAH dan memburukan pengurusan KFA dan Kerajaan sedia ada. 

14. Untuk makluman, bajet KFA 2017 adalah sebanyak 27juta. namum diakhir musim, dek 'good management' pengurusan kewangan,  KFA berjaya menjimatkan 2 juta dari bajet yang diluluskan malah telah merebut 9 Anugerah tertinggi bolasepak Negara.  Tahniah KFA!! . Malah, selepas selesai kongres KFA baru baru ini. Bajet KFA 2018 telah meluluskan bajet berjumlah RM30j untuk musim ini.

15.Oleh yang demikian, Saya cabar macai  pembangkang jika mereka mempunyai solusi mahupun penaja lain yang mungkin tiada berkepentingan contohnya OPCOM,SAPURA Kencana Petroleum, PETRON mahupun ST. MIGUEL dan kroni kroni mereka yang sangat pandai berniaga dan kini berada di mahkota kekayaan sila kemukakan permohonan pada KFA untuk 'bersedekah' pada keperluan tuntutan kewangan KFA dan tim Lang Merah kesayangan 2juta rakyat Kedah.

#KOLONIALISMVSASPIRASI
#KFAaspirasiRakyat
#lenayangberkualiti.
#bilashahabudinberbicara

Wednesday, December 27, 2017

IMDB BERJAYA KEKAL TARIF ELEKTRIK

Tarif Elektrik Kekal Sehingga 2020, 1MDB Buat Jasa Lagi

Berita kerajaan mengekalkan kadar tarif elektrik bermula tahun depan hingga 2020 adalah satu perkhabaran yang menggembirakan untuk rakyat Malaysia.  Bagi pengguna di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, kadar sekarang iaitu 34.52 sen/kWj turut dikekalkan sehingga 30 Jun tahun depan.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili, dipetik akhbar Utusan Malaysia. Keputusan dicapai pada Mesyuarat Kabinet, 13 Disember lepas. 

“Secara keseluruhannya, kerajaan telah memberikan rebat berjumlah RM6.3 bilion kepada pengguna di Semenanjung bagi tempoh Mac 2015 hingga Jun 2018,” katanya.

Kali terakhir tarif elektrik dinaikkan adalah pada Januari 2014.

Begitupun, disebalik beberapa faktor yang menyumbang kepada berita gembira ini, satu faktor yang tidak boleh ditepikan ialah peranan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Syarikat berkenaan yang kerap menjadi sasaran pembangkang untuk memburukkan kerajaan telah berjaya menamatkan penguasaan berat sebelah syarikat Penjanaan Tenaga Bebas (IPP) yang dilaksanakan bermula pada zaman Mahathir.  

Penguasaan berat sebelah bermaksud, syarikat (IPP) untung, rakyat rugi.

Dimana pada waktu itu, syarikat-syarikat tertentu sahaja diberi hak yang pada peringkat awalnya untuk menguruskan stesen janakuasa elektrik tambahan kepada stesen janakuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedia ada, sebelum TNB di akhirnya terpaksa membayar dengan harga tinggi untuk mendapatkan sumber tenaga elektrik tambahan.

Yang mendapat beban ialah rakyat.  Jika tarif tidak dinaikkan sekalipun, kerajaan perlu membayar pampasan berbilion ringgit kepada syarikat IPP dan sekali lagi rakyat juga yang terpaksa menanggung bebannya kerana mengikut persepsi umum, “wang kerajaan adalah juga wang rakyat”.

Atas sebab itulah maka 1MDB ditubuhkan, antara lain untuk menamatkan semua perjanjian tidak masuk akal era Mahathir seperti perjanjian IPP ini,

Selepas 1MDB berjaya melakukannya dengan pelbagai pengambilalihan melalui Edra sejak 2013, dakwaan perjanjian berat sebelah IPP dan kaitan dengan kroni tidak lagi menjadi isu politik buat pertama kali sejak 1994.

Tetapi Pakatan beralih kepada menyerang 1MDB dengan dakwaan kononnya hutang 1MDB akan membebankan rakyat untuk jangka masa Panjang.  Fakta bahawa 1MDB Berjaya melepaskan rakyat dari cengkaman tidak adil perjanjian IPP ini yang turut menjadi senjata politik mereka berpuluh tahun lamanya, dilupakan.

Hakikatnya, berlawanan dengan dakwaan Pakatan, 1MDB telah memudahkan hidup rakyat seperti dapat dilihat semalam bila kerajaan bersetuju mengekalkan kadar tarif elektrik pengguna di Semenanjung sebanyak 38.53 sen setiap kilowatt-sejam (kWj) untuk tempoh tiga tahun.

Perkara ini tidak mungkin dapat dilakukan kalau perjanjian berat sebelah IPP era Mahathir ini masih lagi berkuatkuasa.

Keputusan semalam sebenarnya selari dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Oktober lepas dimana Perdana Menteri menjelaskan bahawa dana dari 1MDB akan digunakan untuk menyelesaikan isu daripada perjanjian kuasa berat sebelah yang sebenarnya merugikan rakyat.

“Apabila 1MDB memasuki industri itu, ia pembida terendah dalam semua perjanjiannya, dengan itu menjimatkan Malaysia sebanyak RM200 bilion dalam 20 tahun akan datang.

Itupun belum tentu lagi tarif akan naik selepas akhir tahun 2020 kerana ada lagi faktor lain yang boleh mempengaruhi perubahan tarif seperti harga minyak dunia, arang batu dan sebagainya yang digunakan untuk menjana tenaga elektrik.

Di akhirnya, lebih banyak pembangkang memfitnah dan memburukkan 1MDB serta Najib, lebih banyak peluang dan kebaikan dari kerajaan ditunjukkan kepada rakyat supaya rakyat boleh membezakan antara batil dan kebenaran dalam pentadbiran Najib serta Barisan Nasional (BN).

Idea dari Najib untuk berbuat baik kepada rakyat melalui 1MDB akhirnya terbukti apabila kerajaan mengekalkan kadar tarif elektrik yang ada untuk kepentingan rakyat.  Kita tunggu Pakatan keluar kenyataan untuk menafikan perkara ini – itupun kalau boleh.

Beruang Biru
BB715, Rabu
27 Disember 2017

Tuesday, December 26, 2017

FELDA PELURU TERAKHIR BERSATU?

1MDB Sudah Tiada Isu, Apa Yang Perlu Dialihkan?

Dakwa PPBM, isu tanah Felda di Jalan Semarak ini sengaja ditimbulkan pemerintah untuk mengalih perhatian rakyat dari perkara berkaitan 1MDB.  Persoalannya, apa keperluan kerajaan untuk mengalih perhatian rakyat bila 1MDB tidak mempunyai apa-apa isu yang boleh dipolemikan lagi?

Pelbagai siasatan yang dijalankan di dalam dan luar negara menunjukkan, tiada sebarang kes yang boleh dikaitkan dengan 1MDB.  Buktinya, sehingga sekarang, satu pendakwaan di Mahkamah pun tidak dikenakan terhadap syarikat tersebut

Sebaliknya, Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak menunaikan janjinya dengan membenarkan siasatan dijalankan sedalam-dalamnya ke atas 1MDB termasuk oleh pembangkang sendiri melalui wakil mereka dalam PAC.

Isu 1MDB ini sebetulnya sudah selesai dan semua dakwaan pernah dibangkitkan oleh Mahathir telah dibuktikan sebagai tidak benar.  Salah satu bukti kemajuan ialah 1MDB bakal selesaikan bayaran kedua sebanyak AS$602 juta termasuk faedah kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) pada atau sebelum tarikh akhir 31 Disember.

Kalau pun ada ‘skandal’ yang terdedah dalam isu ini, ia adalah melibatkan IPIC, melalui arahan agar 1MDB membayar caj perkhidmatan oleh syarikat itu, kepada Abrar Pjs Investment – syarikat yang sebenarnya tidak wujud.  Ini bukan masalah 1MDB kerana 1MDB hanya membayar kepada siapa yang diarahkan IPIC untuk perkhidmatan yang telah diberikan.

Tentang kenyataan Peguam Negara Amerika Syarikat, Jefferson Session berkenaan 1MDB yang dijadikan senjata oleh Pakatan, sebetulnya beliau hanya mengulas laporan yang diterima DoJ berkaitan perkara tersebut dalam forum yang membincangkan tentang penggubahan wang haram – tuduhan yang Mahathir cuba kaitkan ke atas 1MDB melalui laporan yang dibuat oleh pengikutnya sendiri.

Ini tidaklah membuktikan apa-apa kerana walaupun di Amerika Syarikat, masih Mahkamah yang akan membuat keputusan wujud sebarang kesalahan atau tidak, bukan pejabat Peguam Negara. 

Tak hairanlah kenapa sehingga sekarang tidak ada sebarang pendakwaan terhadap 1MDB mahupun sesen harta yang telah dirampas dari syarikat tersebut, dilakukan di Amerika Syarikat atau mana-mana satu dari 7 negara asing dimana laporan mengenai 1MDB dibuat. 

Memetik kata Jeff Session sendiri, harta yang dirampas akan dipulangkan kembali kepada negara asal, jika ada, berapa nilai wang yang sudah rakyat kita terima dari kes berkenaan?  Tidak ada.

DoJ sendiri perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang betul bersabit tindakan mereka yang mengemukakan saman sivil terbaru untuk merampas tambahan aset AS$540 juta yang didakwa diperoleh dengan dana diseleweng dari 1MDB.

Justeru apa keperluan kerajaan menggunakan isu tanah Felda di Jalan Semarak untuk mengalihkan perhatian rakyat dari 1MDB?

Sebetulnya, Pakatan, terutama PPBM, sudah nampak isu tanah Felda di Jalan Semarak ini tidak mampu menggugat kerajaan.  Semua orang tahu sekarang bahawa dalam isu berkenaan, Felda yang ditipu syarikat yang diberi kuasa memajukan tanah tersebut, bukan kerajaan menipu Felda atau Felda menipu peneroka atau Felda menipu Felda.

Diakhirnya, tindakan pihak pembangkang mahu memburukkan nama baik Perdana Menteri melalui 1MDB bukan sahaja tidak menjadi malah terbukti gagal. Jadi, tidak mustahil dalam beberapa hari ini pembangkang akan mencari dan menggunakan isu baharu pula.

Sebab pembangkang tidak akan mampu hidup sekiranya tiada isu untuk mereka pergunakan bagi memperbodoh rakyat di Malaysia. Namun dalam masa yang sama mereka sudah semakin tumpul dan muflis. Semua propaganda dan serangan mereka telah berjaya dipatahkan oleh pasukan kerajaan.

Jika rakyat terus percaya kepada pembangkang, nescaya negara kita akan hancur dan dikuasai oleh mereka yang diktator, kronisme dan sekularisme.

Tulisan :
Beruang Biru
BB713, Selasa
26 Disember 2017

Sunday, December 24, 2017

CINA BENCI NAJIB

Terima kasih PERDANA MENTERI...

MANSUH IPP MANSUH AP PUNCA MAHATHIR DESAK NAJIB LETAK JAWATAN!!!

Malaysia Today pernah melaporkan, Francis Yeoh memperolehi pendapatan berjumlah RM15 sehingga 29 bilion sepanjang 21 tahun menerusi syarikatnya YTL Power Generation Sdn. Bhd dan bakal memperolehi RM25 sehingga 30 bilion lagi sekiranya kerajaan bersetuju untuk menyambung Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan Tenaga Nasional Bhd untuk selama 25 tahun lagi, sepertimana yang diminta oleh YTL.

Perdana Menteri Najib Abdul Razak, bagaimanapun, enggan melayan permintaan YTL untuk memanjangkan kontrak dan pada 1 Oktober 2015, YTL menyaksikan kilang duitnya telah 'ditarik balik'.

1MDB bukan sahaja membeli janakuasa IPP milik YTL tetapi juga pengeluar-pengeluar tenaga yang lain. Sekiranya mereka enggan menjual kepada 1MDB, pengeluar-pengeluar tenaga itu juga akan menerima nasib yang sama seperti YTL Power memandangkan kebanyakan PPA untuk IPP-IPP tersebut sudah hampir sampai ke tarikh luput.

Dilaporkan 1MDB telah membayar RM18 bilion untuk memperolehi baki IPP yang lain. Sekiranya IPP-IPP tersebut tidak diambilalih, kerajaan terpaksa membayar 10 atau 20 kali ganda nilai asal IPP tersebut kepada pengeluar-pengeluar tersebut untuk 25 tahun akan datang.

Malaysia Today turut mendedahkan bahawa 10% pendapatan YTL sahaja datangnya daripada IPP tersebut, manakala Ananda Krishnan, Genting dan Keluarga Diraja Negeri Sembilan turut memperolehi pendapatan berbilion-bilion ringgit daripada perniagaan IPP. 

Jadi, tidak hairanlah mengapa kumpulan yang rapat dengan Tun Dr. Mahathir, yang menguasai kemewahan daripada penjualan tenaga IPP selama ini, secara tiba-tiba melihat dan memomok-momokkan 1MDB sebagai sebuah entiti berhantu sehinggakan kempen agar Najib diturunkan daripa jawatan Perdana Menteri, giat dijalankan. 

PPA inilah juga yang menyebabkan Allahyarham Anie Arope meletakkan jawatan sebagai Pengerusi TNB kerana tidak bersetuju dengannya. Malah TNB dan Petronas juga, bukan suatu rahsia, juga tidak gembira dengan PPA yang menurut mereka terlalu banyak lompat dan tidak lebih daripad sekadar 'lesen mencetak duit' semata-mata.

Lebih 20 tahun kemudian, Najib berjaya mengakhiri kontroversi ini. Sekaligus mematikan 'angsa emas' kumpulan-kumpulan tertentu sehingga sakit hati tersebut memunculkan kempen menurunkan Najib daripada jawatan Perdana Menteri dan keburukan 1MDB kepada negara. 

Kata Malaysia Today lagi, bukan hanya IPP sahaja yang 'dibunuh' oleh Najib, tetapi ada lagi 'angsa emas' yang turut menerima nasib yang sama iaitu AP untuk kenderaan-kenderaan import dan golongan penyedut darah rakyat Malaysia selama lebih 30 tahun.

Terdapat dua jenis AP yang dikeluarkan oleh MITI. Salah satunya adalah AP francis yang diberikan kepada pemegang francis jenama-jenama kereta yang didaftarkan dengan MITI dan satu lagi adalah AP terbuka (untuk Bumiputera sahaja) bagi mengimport sebarang jenama kereta untuk dijual di pasaran Malaysia.

Jumlah keseluruhan AP yang dikeluarkan setiap tahun, sepatutnya hanya 10% daripada jumlah keseluruhan kereta yang dipasang di dalam kereta bagi tahun sebelumnya dan 60% AP telah diberikan kepada pemegang AP terbuka Bumiputera manakala 40% lagi diberikan kepada pemegang franchise.

Pada tahun 2005, kontroversi 'Raja AP' telah muncul apabila didedahkan, hanya beberapa orang individu sahaja yang memonopoli perniagaan AP. Dilaporkan, antara mereka yang menjadi Raja AP termasuklah Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim dan Datuk Seri Mohd Haniff Abdul Aziz.

Mereka telah berjaya memperolehi 33,218 AP (lebih kurang 50.1% daripada jumlah keseluruhan 66,277) bagi tahun 2004 dan 28,283 AP (atau 41% daripada 68,330) untuk tahun 2005 sahaja, menurut senarai yang didedahkan oleh kerajaan. Berdasarkan kepada anggaran jualan kasar RM30,000 bagi setiap AP, perolehan daripada perniagaan ini adalah RM996 juta secara keuntungan bagi tahun 2004 dan RM848 juta bagi tahun 2005.

Jumlah keseluruhan perniagaan AP adalah lebih kurang RM2 bilion setahun atau lebih kurang RM65 sehingga 80 bilion semenjak kali pertama ia diperkenalkan kembali apabila Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri (dan apabila dia mengimplementasi sistem berkenaan). Menurut maklumat dari industri permotoran, AP telah menghasilkan kenaikan harga kereta sebanyak 20% berbanding harga sebenar memandangkan para pembeli kereta akan memberi subsidi kepada pemegang-pemegang AP secara tanpa sedar.

Bolehlah dikatakan AP dan IPP salah satu cara merompak wang rakyat secara berlesen oleh Tun Mahathir melalui kroni kroninya.

Tulisan
Rozmi Mokhtar

Friday, December 22, 2017

MELAYU BERSOLIDARITI UNTUK PALESTINE

Rakyat Malaysia Bersolidariti Bantah
Baitulmaqdis Jadi Ibu Negara Israel

Semalam di United Nation, 128 negara menolak cadangan Trump untuk jadikan Baitulmaqdis ibu negara Israel. Hanya 9 negara yang sokong cadangan Trump itu. 35 negara lagi berkecuali.

Malaysia antara yang paling awal dan konsisten dalam memperjuangkan isu ini. Keberanian Datuk Seri Najib dalam memperjuangkan isu Palestin ini tidak perlu dipersoal lagi oleh pembangkang. Datuk Seri Najib adalah sesatunya Perdana Menteri Malaysia yang memijak kaki ke bumi Palestin.

Hari ini suara rakyat Malaysia bergema menentang tindakan Amerika Syarikat (AS) mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Hari ini juga menyaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mengulangi ketegasan pendirian Malaysia yang akan terus teguh dan konsisten menolak keputusan AS itu sampai bila-bila.

Bukan itu sahaja, suara menerusi Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis yang diadakan di Putrajaya ini menyaksikan bagaimana UMNO sedia sepentas dengan pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) yang lain atas nama Islam, demi mempertahankan Palestin daripada penindasan oleh rejim Zionis.

Malah bagi Najib sendiri, meskipun Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump merupakan kenalan baiknya namun prinsip pertama maqasid syariah iaitu menjaga agama Islam adalah jauh lebih penting.

``Kita ada maruah kita, sedikit sebanyak kita ada kekuatan kita. Apatah lagi kalau umat Islam di negara ini bersatu padu,'' demikian kata Perdana Menteri.

Ia sekali gus menolak sindiran dan tuduhan pembangkang bahawa beliau tidak berani bertindak disebabkan hubungan baiknya dengan Trump.

Orang yang menulis di blog mengecam Najib itu hadir juga di masjid Putrajaya. Namun ketika himpunan diadakan, Mahathir hilang entah ke mana. Ambil gambar, kemudian bagi Malaysiakini buat "story" dan terus hilang. Barangkali takut sepentas dengan pemimpin Islam lain. Takut kena marah dengan DAP barangkali.

Ternyata apa yang dinyatakan oleh Najib telah membuktikan bahawa beliau tidak akan berganjak daripada prinsip membawa suara Malaysia yang menentang pengiktirafan Trump yang mengisytihar Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Najib turut menegaskan bahawa perhimpunan itu adalah mesej yang jelas dan tegas kepada dunia bahawa Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Trump itu.

Ironinya ketika Malaysia mengadakan himpunan solidariti ini, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula telah memberikan tamparan hebat kepada langkah Amerika Syarikat.

Dalam pengundian pada sidang tergempar Perhimpunan Agung PBB, 128 buah negara mengundi menyokong resolusi PBB menentang langkah AS itu manakala hanya sembilan menolaknya termasuk Israel dan AS. 35 buah negara lain berkecuali.

Sesi mesyuarat tergempar itu diadakan bagi membincangkan status Baitulmaqdis selepas Amerika Syarikat menggunakan kuasa vetonya terhadap gesaan awal yang digubal oleh Mesir agar Washington menarik balik keputusannya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Susulan kepada keputusan PBB itu, Trump mengugut untuk menghentikan bantuan kewangan kepada negara yang menyokong draf resolusi PBB berhubung isu Baitulmaqdis tersebut.

Namun seperti kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Malaysia tidak mahu terikat dalam tindakannya berdepan ugutan Amerika Syarikat terhadap negara-negara yang memberi undi menolak resolusi pengiktirafan negara itu untuk menjadikan Baitulmaqdis ibu negara Israel.

Malah Malaysia juga katanya bukanlah penerima bantuan ekonomi yang besar daripada Amerika dan hanya menerima bantuan teknikal dari segi keselamatan dan pertahanan.

Justeru, kepada pembangkang yang sering menipu rakyat dengan menyatakan Perdana Menteri dan kerajaan tunduk kepada Amerika Syarikat, sila betulkan kenyataan anda. Sebaliknya pembangkang yang mengharapkan sokongan AS dalam banyak perkara termasuk isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan usaha pembebasan Anwar Ibrahim.

Jangan lupa akan fakta berkenaan. Siapa yang mengharapkan sokongan siapa sekarang? Najib sudah buktikan beliau berpendirian tegas, bagaimana pula dengan pembangkang?

Hendak duduk sama sepentas dengan NGO Islam pun takut. Parti Melayu dalam pembangkang lebih takut pada DAP. Mereka hendak duduk atas pentas pun kena tanya DAP dulu. Sampai begitu sekali mereka takut pada DAP.

Tulisan :
Beruang Biru
BB712, Jumaat
22 Disember 2017

Tuesday, December 19, 2017

SIDANG MEDIA MENANGKIS FITNAH BANK NEGARA RUGI FOREX

SIARAN AKHBAR OLEH MENTERI KEWANGAN II
RIZAB ANTARABANGSA MALAYSIA (2013-2015)

1. Saya merujuk kepada dakwaan Tun Mahathir baru-baru ini dalam video yang dipaparkan di YouTube bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) telah kerugian AS$39.6 bilion antara tahun 2013 dan 2015 dalam menguruskan rizab antarabangsa negara. Dakwaan ini telah menyebabkan banyak kebingungan di kalangan orang ramai dan saya ingin memperbetulkan fakta-fakta ini.

2. Kerugian yang dikatakan sebanyak AS$39.6 bilion itu sebenarnya adalah jumlah yang mencerminkan penurunan dalam rizab antarabangsa disebabkan aliran keluar dana asing dari Malaysia dan bukannya kerugian akibat perdagangan forex. Aliran keluar ini disebabkan oleh kebimbangan terhadap prospek pertumbuhan global yang lemah, jangkaan pemulihan dasar kewangan di AS dan penurunan mendadak harga minyak dunia. Dalam tempoh ini, aliran keluar modal bukan sahaja unik kepada Malaysia tetapi juga menjejaskan pasaran baru muncul termasuk Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, India, China, Korea Selatan dan Taiwan.

3. Semua faktor luaran ini telah mendorong pelabur asing untuk mencairkan pelaburan mereka dalam pasaran stok dan bon kita. Ini seterusnya menyebabkan permintaan yang lebih tinggi untuk USD berbanding dengan ringgit apabila pelabur asing menukarkan dana sedemikian ke dalam USD dan membawa pulang yang sama ke negara masing-masing. Dalam tempoh ini, BNM menyediakan kecairan USD kepada pelabur asing sebagai pertukaran untuk ringgit dan ini tentunya berbeza daripada aktiviti dagangan forex yang spekulatif yang dilakukan pada awal 1990-an.

4. Sistem pengurusan rizab semasa oleh BNM telah berfungsi dengan sangat baik dan pasaran kewangan dalam keadaan teratur dan stabil meskipun aliran keluar modal yang besar. Memandangkan asas kita yang kukuh, penurunan rizab dalam tempoh 2013-2015 tidak mempunyai kesan material terhadap fungsi ekonomi Malaysia serta kedudukan kewangan bank pusat. Malah, BNM terus mencatatkan keuntungan bersih yang sihat sepanjang tempoh itu tidak seperti pada tahun 1993 apabila kerugian operasi bersih dicatatkan disebabkan aktiviti perdagangan forex spekulatif.

5. Saya harus menekankan bahawa rizab antarabangsa kekal sebagai penampan penting terhadap kejutan luar dan adalah penting dalam mengekalkan persekitaran operasi yang stabil dalam ekonomi domestik. Sejak itu, rizab antarabangsa Malaysia telah meningkat. Pada akhir November 2017, rizab antarabangsa kita berjumlah AS$101.9 bilion dan mencukupi untuk menyokong 7.5 bulan import tertangguh. Jumlah rizab semasa adalah lima kali ganda lebih besar daripada AS$21.7 bilion yang dicatatkan pada tahun 1997 yang hanya dapat menyokong 3.4 bulan import tertangguh.

6. Dakwaan yang dibuat dalam video bahawa BNM telah cuai dalam menguruskan rizab antarabangsa dalam tempoh 2013-2015 bukan sahaja melulu tetapi juga merupakan usaha untuk menjejaskan mandat institusi BNM untuk menjaga kestabilan ekonomi dan kewangan negara dengan mewujudkan keraguan dan salah tanggapan di kalangan masyarakat umum. Daripada terpedaya dengan dakwaan sedemikian yang berpotensi memecahbelahkan kita, adalah lebih baik kita bekerjasama untuk menghasilkan ekonomi yang kukuh dan mampan untuk manfaat generasi masa depan kita.

DATUK SERI JOHARI ABDUL GHANI
MENTERI KEWANGAN II
19 Disember 2017

SEMUA TAHUN MAHATHIR BERGADUH DENGAN SEMUA MAKHLUK ALLAH KECUALI HAIWAN

Pembangkang Sudah Kehabisan Modal, Tuduh IMF Pula Sebagai Makan Dedak

Bila minyak tidak naik, Datuk Seri Najib dapat pula pengiktirafan dari Bahrain dan kedudukan ekonomi negara makin kukuh, maka habislah modal pembangkang.

Arab Saudi perkenalkan The Citizen Account’ yang menyerupai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Jokowi memperkenalkan Kad dikenali sebagai Kartu Keluarga Sejahtera dan Kartu Indonesia Sehat itu menyerupai konsep Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) pada Januari 2014.

Selepas Indonesia melaksanakannya, kerajaan Thailand pula meniru kaedah yang dilakukan oleh Malaysia ini pada 10 Disember 2016. Arab Saudi, Indonesia dan Thailand telah meniru BR1M yang dibuat oleh Malaysia.

Maka tidak salah Moody's, Bloomberg, The Economist, Bank Dunia dan IMF memuji dan memberikan penarafan yang baik pada cara pengurusan ekonomi yang dibuat Datuk Seri Najib.

Pembangkang Pakatan Harapan (PH) yang sudah lama kehabisan sumber untuk menghentam kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat satu lagi tuduhan tidak berasas apabila menyatakan laporan unjuran kewangan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) adalah berat sebelah dan memihak kepada Malaysia.

Tuduhan pembangkang ini melalui Ahli Parlimen PKR-Kelana Jaya, Wong Chen memperlihatkan seakan-akan PKR menuduh badan dunia itu makan dedak untuk membuat laporan yang baik berkaitan Malaysia.

Beliau kononnya mencabar IMF untuk mencadangkan modul ekonomi yang dilaksanakan oleh Najib kepada negara lain supaya dijadikan contoh tapi menurut Wong, IMF sudah pasti tidak akan berbuat demikian. Dalam laporan berkenaan, pertumbuhan KDNK Malaysia diunjurkan oleh IMF pada 5.5 dan 6 peratus pada 2017 dan 5 peratus dan 5.5 peratus pada tahun 2018.

Menurutnya, IMF mengenepikan etika profesionalisme dan gagal menerbitkan laporan yang komprehensif.

Bagaimanakan Malaysia sebuah negara yang kecil dan membangun boleh mempengaruhi IMF iaitu sebuah organisasi antarabagsa yang menyelia sistem kewangan dunia dengan mengiku polisi makroekonomi negara anggota, terutama yang memberi kesan kepada kadar pertukaran asing dan imbangan pembayaran.

Lebih dari itu, IMF juga memberi bantuan kewangan dan teknikal kepada negara anggota yang menjadikan organisasi ini sebagai peminjam antarabangsa terakhir dan ia beribu pejabat di Washington DC, Amerika Syarikat.

Dengan rizab Malaysia yang kecil mana mungkin boleh beri dedak kepada IMF sehingga mempengaruhi mereka menulis laporan memihak kepada Malaysia.

Dua hari lepas, IMF menyatakan bahawa Malaysia sedang menuju ke arah yang betul dalam Laporan IMF berkenaan unjuran pertumbuhan KDNK sebenar negara pada 2017.

Najib yang juga Menteri Kewangan, merujuk kepada laporan IMF baru- baru ini yang menyatakan bahawa pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia meningkat, didorong oleh permintaan domestik dan eksport yang teguh.

IMF menyatakan bahawa agenda pembaharuan struktur komprehensif pihak berkuasa, yang dibentangkan dalam Rancangan Malaysia ke-11, yang memberi tumpuan terhadap usaha menambah produktiviti dan hasil pasaran tenaga kerja, akan membantu meningkatkan pertumbuhan jangka sederhana dan meningkatkan taraf hidup.

Pasukan IMF, yang diketuai oleh Nada Choueiri, melawat Kuala Lumpur dan Putrajaya dari 28 Nov hingga 8 Dis 2017 untuk mengadakan perbincangan bagi Rundingan Artikel IV 2018 dengan Malaysia.

Dalam satu kenyataan selepas akhir lawatan itu, Choueiri menyatakan ekonomi Malaysia telah menunjukkan daya tahan pada tahun-tahun kebelakangan ini dan terus berjalan dengan lancar.

Apa yang didakwa oleh PKR semuanya tidak berasas dan tidak ada bukti kerana PKR memang gemar melakukan perkara itu. Kali ini ia dilakukan oleh Wong iaitu Ketua Biro Perdagangan dan Pelaburan PKR. Selalunya, hal-hal ekonomi, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang buat tuduhan dan dakwaan.

Tuduhan Rafizi ke atas syarikat Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC). Begitu pantas cerita bohong Rafizi dapat dipatahkan oleg Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad.

“Laporan berita itu menyatakan pemilikan semasa Hotel Grand Plaza Kensington dimiliki syarikat yang didaftarkan di British Virgin Islands (BVI) yang dinamakan FIC London Hotel (Private) Limited.

“Hakikatnya tarikh 13 Oktober yang dipetik Rafizi adalah tarikh salinan diakui sah (CTC) menyatakan dua aset di London itu masih dimiliki FIC.

“Ini (dakwaan Rafizi) adalah maklumat palsu berasaskan berita tak tepat. Sebagai pakar, dia perlu menentukan maklumat itu betul, tetapi dia silap rujuk tarikh salinan saham syarikat.

“Kalau kita profesional dan pakar percukaian, kena semak semua perkara sebelum membuat andaian,” katanya menghentam Rafizi.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang buat-buat tidak tahu pada kerugian RM31 bilion ketika jadi Perdana Menteri kerana skandal dagangan mata wang asing (Forex) dalam inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) lebih keji apabila cuba menafikan bukti kukuh dari IMF yang buat laporan benar berdasarkan fakta dan statistik sebenar berkaitan pembangunan negara.

Apabila sudah kehabisan modal, masih mahu buat fitnah dan tuduhan palsu, PKR dan PH boleh bersiap sedia untuk bungkus dan tutup kedai selepas kalah teruk pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti. Rakyat sudah muak dengan cerita persepsi dan fitnah yang berlebih lebihan yang dibuat pembangkang.

Tulisan :
Beruang Biru
BB702, Isnin
18 Disember 2017

Saturday, December 16, 2017

IMAMS HANYA RM90, TUNAI UMRAH DENGAN AMAN

Dari Syed Agil Jamalullail
rupa-rupanya RM90.10 BUKAN GST umrah.. GST hanya RM5.10, tu pon bukan utk mengerjakan umrah, tapi ianya 6% GST utk takaful umrah dan perkhidmatan sistem IMAMS.

tidak benar ada unsur mendapatkan untung mudah.. ianya RM40 caj  takaful umrah, RM45 caj sistem IMAMS. keadilan kpd pembina sistem IMAMS juga perlu utk mendapat bayaran atas kepakaran mereka

RM45 IMAMS anda akan dpt servis berikut;

1. semaka kesahihan syarikat, pakej umrah, sub ejen, harga pakej, pengesahan visa dan sebagainya;
2. pusat panggilan (call centre) 24 jam;
3. Pantau pergerakan jemaah semasa mengerjakan umrah untuk ahli keluarga jemaah di Malaysia;
4. Ada ‘panic button’ kalau2 ada kecemasan;
5. Saluran membuat aduan atau komplen para jemaah
6.  panduan mengerjakan umrah secara digital dan tidak perlu membawa buku;
7. Database rasmi untuk permohonan Visa Umrah yang akan diproses oleh Konsul Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia.

RM40 takaful umrah, anda dpt perlindungan berikut;

1. perlindungan kemalangan diri dan khairat kematian.
2. Perlindungan (kehilangan bagasi/ barang peribadi)
3. Perlindungan Perubatan
4.  Perlindungan khidmat pemindahan kecemasan.
5. Perlindungan bayaran balik sepenuhnya deposit tiket perjalanan (sekiranya pembatalan perjalanan berlaku yang -- bukan disebabkan visa ditolak.)

Tuesday, December 12, 2017

NAJIB DALAM DUNIA ISLAM

Baitulmaqdis: Peranan Malaysia Penting Di Kalangan Negara Islam

Esok (13 Disember 2017), Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan berangkat ke Istanbul, Turki bagi menghadiri sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi membincangkan kesan pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Amerika Syarikat (AS).

Sidang Kemuncak Luar Biasa yang berlangsung di Lutfi Kirdar Congress Centre itu akan dirasmikan oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan selaku pengerusi Sidang Kemuncak Islam dan Sesi Luar Biasa Persidangan Islam.

Menariknya, Erdogan sendiri yang mengundang Perdana Menteri ke persidangan berkenaan kerana katanya, suara Malaysia adalah penting.

Memang tiada sesiapa pun yang boleh menafikan bahawa Malaysia merupakan pejuang utama rakyat Palestin dan ketegasan itu diulangi oleh Najib semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 yang diadakan minggu lepas.

Dalam perhimpunan itu, Najib yang juga Presiden UMNO memberitahu beliau tidak dapat menerima masyarakat Islam ditindas dalam apa jua situasi dan tidak akan membiarkan Baitulmaqdis, tanah ketiga paling suci bagi umat Islam, dicerobohi.

Ketegasan Malaysia ini bukan ditunjukkan selepas timbulnya isu pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel baru-baru ini sahaja, sebaliknya Malaysia telah lama berjuang untuk Palestin di pentas dunia.

Pada 2016, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) telah meluluskan resolusi menentang penempatan haram Israel di Palestin dan ia adalah hasil suara Malaysia bersama tiga lagi negara iaitu  New Zealand, Senegal dan Venezuela.

Negara-negara ini setuju campur tangan dan membentangkan draf resolusi menuntut Israel menghentikan penempatan haram Israel itu.

Malah pada 2013, Perdana Menteri telah menjejakkan kaki ke Gaza bagi menzahirkan sokongan kepada rakyat Palestin.

“Tiada cara yang lebih baik... ini cara terbaik untuk menjejak kaki ke Gaza bagi menzahirkan sokongan kami kepada rakyat Palestin," katanya ketika berucap di pertemuan dengan menteri Kabinet Palestin di Bandaraya Gaza pada 2013.

Najib juga mencatat sejarah sebagai perdana menteri Malaysia yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin lawatan beliau merupakan julung kali dilakukan oleh seorang Perdana Menteri asing yang bukan dari negara Arab ke Gaza. 

Itu bezanya Najib dengan pembangkang. Jika anda ingat pada 2012, Anwar Ibrahim yang ketika itu merupakan Ketua Pembangkang telah mengeluarkan kenyataan kepada The Wall Street Journal (WSJ) yang menyokong segala usaha bagi melindungi keselamatan negara Israel.

Wawancara dengan WSJ itu dibuat pada 26 Januari 2012 yang berbunyi: “I support all efforts to protect the security of the state of Israel," kata Anwar Ibrahim

Terjemahan: "Saya menyokong segala usaha bagi melindungi keselamatan negara Israel." kata Anwar Ibrahim. Balik ke Malaysia, Anwar nafi dia cakap begitu. Sampai ke sudah, Anwar tidak pula menyaman WSJ dalam isu ini. Bermakna memang betullah apa yang Anwar cakap dan ucapkan itu.

Begitu juga dengan DAP, yang didakwa telah ditawarkan dana pilihan raya umum ke-13 sebanyak AS$300 juta (RM1.2 billion)  oleh Israel, dan sebuah pangkalan tentera Israel akan diwujudkan di Port Dickson sebagai balasan jika DAP berjaya menguasai Putrajaya.

Dakwaan itu dibuat bekas Pegawai Khas Lim Kit Siang, Mohamad Razali Abdul Rahman yang mendedahkan pembiayaan Israel itu beberapa tahun lepas. Ia kemudiannya diulangi oleh Pengarah Penyelidikan Pas Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki pada 2016. 

Sampai ke hari ini, DAP masih lagi bersikap bisu tentang dana Israel ini. Sama bisunya dalam isu Zaid Ibrahim bertindak biadap terhadap Sultan Selangor. Sama juga bisu bila bekas ADUN DAP dedahkan niat Kit Siang hendak jadi Perdana Menteri Malaysia. DAP mana mahu menjawab. Semua isu ini mereka jadi bisu sahaja.

Malaysia memainkan peranan penting dalam pejuangan Palestin sejak dahulu lagi. Bila Datuk Seri Najib ke Gaza pada tahun 2013, pihak zionis mula marah. Malah ada pihak zionis sudah mendoakan agar dalam PRU13 yang lepas, pihak DAP dan pembangkang menang di negara ini.

Lihat pautan video ini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1749594302016993&id=1455416204768139

Apakah benar pembangkang di Malaysia ini ada hubungan yang kuat dengan pihak Israel ? DAP juga masih membisu dalam isu Jerusalem ini. Tidak seperti Barisan Nasional yang terlebih dahulu ke hadapan membela nasib rakyat di Palestin.

Ini beza antara pembangkang dan Najib yang sanggup menunda lawatannya ke Singapura untuk bertemu rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong pada tarikh berkenaan semata-mata mahu ke Turki membela nasib Palestin.

Jadi tolong jangan anggap Najib memperlekehkan isu Palestin hanya disebabkan hubungan baik beliau dengan Presiden Donald Trump.

Peranan Malaysia amat penting di kalangan negara Islam. Dalam isu Rohingya, peranan Malaysia diiktiraf. Dalam isu Palestin juga, dunia Islam mahu Malaysia memainkan peranan besar untuk bersama sama menyelesaikan konflik di Timur Tengah itu.

 
Tulisan :
Beruang Biru
BB694, Selasa
12 Disember 2017

NAJIB BUKAN KAKI JUDI SEPERTI MADEY

BANK NEGARA HILANG LEBIH BANYAK DUIT DI ZAMAN NAJIB??? INI JAWAPAN UNTUK MAHATHIR BAPA KLEPTOKRASI DAN KRONI. (SEBARKAN)

'RM160 billion (US$39.6 billion) digunakan untuk pertahankan ringgit, bukan berjudi'

Apa yg berlaku masa tu ialah tahun 2014 minyak dunia mula jatuh drpd US$112 per barrel kpd US$64 per barrel yg menyebabkan harga Ringgit ("MYR") jatuh.

Semua mawatang berkaitan minyak jatuh, lebih 63 matawang jatuh dan di Malaysia short term bond shj terdedah kpd  US$81.4 billion capital flight.

Setakat Julai 2015, pasaran ekuiti sdah hilang  US$3 billion dana asing. bond korporat dan kerajaan pulak hilang RM206.8 billion (US$52.7 billion).

Apa yg YAB PM buat adalah sgt impressive. patut jugak buat RCI supaya rakyat tau kisah apa yg berlaku dan the subsequent events.

Banyak ringgit dijual dan boleh sebabkan nilai ringgit jatuh. jadi BNM beli semula ringgit2 yg dijual menggunakan rizab matawang asing. drpd Julai ke Julai BNM dh gunakan US$25 billion utk pertahankan Ringgit

Ringgit masih jatuh sekitar RM3.80 jatuh kpd RM4.4485 pd 2016. itu untungnya YAB PM membina rizabnya yg kukuh supaya dpt mempertahankan ringgit bila alami tekanan.

Tuduhan Tun Mhthr bahawa US$39.6 billion hilang tu bukanlah misteri sebab pd masa tu juga Societe Generale SA jangkakan BNM akan habiskan rizab yg masa tu pada US$134 billion sehingga US$90 billion mark utk pertahankan ringgit [1].

Semua bank dunia tahu sebab BNM juga terima teguran drpd bank2 dunia yg berpendapat BNM tak patut campurtangan dlm tranksaksi matawang.

Jadi susut nilai US$39.6 billion BNM bukanlah mcm zaman Tun Mahathir yg kudakan rizab negara utk berjudi konon boleh untung. -saj

Rujukan:

[1] Bloomberg Malaysia Reserves Slide Below $100 Billion Amid Ringgit’s Plunge
https://www.bloomberg.com/news/articles/2015-08-07/malaysia-reserves-slide-below-100-billion-amid-ringgit-s-plunge

[2] MalayMail Online Ringgit traders in limbo after Bank Negara move
http://m.themalaymailonline.com/money/article/malaysia-reserves-slide-below-us100b-amid-ringgits-plunge

[3] How Does the Falling Ringgit Affect Malaysia’s Currency Reserves?
http://poskod.my/cheat-sheets/cheat-sheet-malaysias-reserves-falling/

Credit to: Syed Agil Jamalullail

Sunday, December 10, 2017

INSYAALLAH BN MENANG

Ahli UMNO Sudah Ada Mentaliti Menang, Siap Sedia Turun Ke Medan Perang.

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 berakhir hari ini. Sudah pasti dalam masa lima hari ia berlangsung, perwakilan yang menghadiri PAU ini mendapat banyak maklumat yang berguna, apatah lagi ia merupakan PAU terakhir sebelum pilihan raya umum (PRU) diadakan.

Yang jauh datang bergerombolan, yang dekat datang menjalin persahabatan. Semua ahli UMNO berkumpul mengerat silaturahim dan tekad demi parti karomah.

Dengan jangka masa PRU yang sudah tidak lama lagi, maka ucapan presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan PAU 2017 sudah menyemarakkan semangat di kalangan ahli UMNO untuk berperang apatah lagi selepas gendang pilihan raya sudah dipalu.

"UMNO adalah sebenar dan sesungguhnya parti 'berkaromah' untuk seluruh rakyat Malaysia. Kalau digantung kita tinggi, biar dicincang kita lumat, namun menyerah tidak sekali-kali.

"Perang kali ini kita gempur habis-habisan. Pilihan raya ini pasti mendapat menang, dan Putrajaya tetap kita pertahankan," kata Najib ketika merasmikan PAU 2017.

Mendengar suara semangat Najib ketika berucap itu sendiri membuatkan bulu roma meremang. Ia merupakan intipati utama oleh Presiden parti untuk meniup semangat kepada perwakilan.

Ada pemerhati di luar dewan yang terus berdiri berteriak bersama sama setelah mendengar semboyan seruan Presiden UMNO. Ada yang bingkas bangun sambil genggam tangan melaungkan "Hidup UMNO" sekuat hatinya tatkala mendengar Ucapan Presiden UMNO.

Presiden parti sudah memukul gendang dan nampaknya ahli UMNO telah menyahut seruan itu. Mereka kini memfokus kepada pilihan raya yang semakin hampir dan melupakan seketika pemilihan parti yang akan diadakan selepas PRU.

Malah sehingga tengah malam, perwakilan masih berada di sekitar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk berbincang mengenai strategi menentang lawan pada PRU nanti. Mereka mahu menang, iaitu satu mentaliti yang sudah disemat dalam minda mereka oleh Presiden parti sendiri.

Mereka bertemu bukan untuk mencalonkan diri sebagai calon PRU atau berbicara soal pemilihan parti sebaliknya mereka berbincang tentang lima semboyan yang dibuat oleh Najib semasa merasmikan PAU 2017.

Lima semboyan itu ialah bergerak sebagai satu pasukan, bergerak dengan penuh keyakinan, bertindak dengan pantas, bertarung di alam siber dan bertarung dengan semangat juang dan tekad yang tinggi.

"Perang kali ini kita gempur habis-habisan. Pilihan raya ini pasti mendapat menang dan Putrajaya tetap kita pertahankan,'' demikian ingatan Najib yang juga Perdana Menteri kepada ahli-ahli UMNO.

Ini kerana pilihan raya ini bukan sekadar pilihan raya umum kerana ia penting, UMNO tidak mahu negara tergadai dan jatuh kepada pihak yang salah serta tidak bertanggungjawab.

Jika kuasa yang ada tidak dikekalkan, maka apa yang dibina oleh bapa-bapa terdahulu akan ranap begitu sahaja, berkecai di depan mata.

Cabaran terbesar yang perlu ditangani oleh UMNO ialah ketaksuban Pakatan Harapan yang mahu berkuasa. Lebih malang lagi ia diketuai oleh bekas Presiden UMNO sendiri, Mahathir Mohamad yang kini melakukan tohmahan dan tuduhan liar kepada UMNO.

Pembangkang ini bijak mencipta cerita palsu untuk membangkitkan kemarahan rakyat. Justeru gunakanlah kebijaksaan untuk menolak pembangkang ini. Jangan biarkan mereka memerintah, jangan biarkan Melayu tergadai di negara sendiri.

Semua perwakilan UMNO sudah bermentaliti menang. Putrajaya akan dipertahankan demi agama, bangsa dan negara.

Wajib menang. Jika tidak, DAP akan menjadi raja dan merampas apa sahaja yang ada di tanahair ini. Berjuanglah sekarang dengan penuh sungguh sungguh, jangan menangis airmata darah di kemudian hari.

Tulisan :
Beruang Biru
BB691, Sabtu
9 Disember 2017

PENEGASAN DS NAJIB PADA PAU 2017

10 Intipati Ucapan Pengulungan Datuk Seri Najib Tun Razak, PAU2017

Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari akhir Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) menyampaikan ucapan penangguhan yang padu serta sarat dengan amanat penting untuk semua ahli UMNO sebagai bekal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Ucapan Datuk Seri Najib selama 52 minit 32 saat, tamat kira-kira jam 5.30 petang di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menaikkan semangat semua perwakilan untuk menghadapi pembangkang dalam pilihanraya akan datang.

Daripada ucapan Datuk Seri Najib, boleh dikupas 10 perkara menarik dan penting untuk dihayati oleh rakyat secara keseluruhannya.

1. Perhimpunan Terbaik Setakat Ini

Menurut Najib, beliau sudah terlibat mengikuti setiap perhimpunan agung UMNO sejak tahun 1976 sehingga ke hari ini. Menurutnya, dalam banyak perhimpunan yang pernah dihadiri oleh beliau, perhimpunan kali ini adalah yang terbaik pernah diadakan.

"Saya tengok pada moodnya, moodnya baik. Saya tengok pada sentimennya, sentimennya baik. Saya tengok disiplin, disiplinnya baik dan saya kagum dengan kehadiran begitu ramai yang datang daripada segenap pelusuk tanah air kita," kata Najib.

Beliau turut menghargai orang ramai yang hadir menonton ucapan beliau itu pada skrin LED di luar Dewan Merdeka yang tetap setia sepanjang perhimpunan.

"Kebanyakannya kaum-kaum ibu kita, mereka ini tidak hendak apa-apa. Mereka tak nak jadi wakil rakyat. mereka tak nak kontrak. Mereka tak nak tender terhad. Mereka ini adalah penyokong setia tegar UMNO, yang mereka nak cuma bersalaman dengan pemimpin sahaja.

"Mereka duduk bersimpuh makan nasi lemak, bersandar pada tiang dengan penuh harapan untuk melihat UMNO terus berkuasa sebagai parti pemerintah," kata Najib.

2. Isu Baitulmaqdis : Tangguh Mesyuarat Perundingan Tahunan Dengan Perdana Menteri Singapura

Najib dalam ucapannya juga menegaskan beliau berjanji akan membantah habis-habisan tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang membuat keputusan untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel kerana ia adalah simbol kesucian umat Islam seluruh dunia.

"Saya akan hadir Persidangan Khas OIC di Istandul, Turki pada 13 hari bulan ini dalam masa beberapa hari sahaja lagi, tiga hari lalu, Presiden Erdogan telefon saya, dia minta saya hadir kerana suara Malaysia penting, dia kata," katanya.

Menurut beliau, secara kebetulan pada 13 dan 14 Disember, Najib dijadualkan menghadiri mesyuarat tahunan antara beliau dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong tetapi masalah sejagat umat Islam, ia terpaksa ditangguhkan.

"Kebetulan pada 13 dan 14 saya ada annual consutations dengan Perdana Menteri Singapura, saya telefon Perdana Menteri Singapura, Hsien Loong, saya kata 'please understand, this is an issue that affects my faith as a Muslim dan the faith of all Muslim," kata beliau.

3. Mempunyai Seorang Timbalan Yang Merupakan Sahabat Setia

Pada ucapan penangguhan beliau, Najib turut membacakan beberapa bait lagu nyanyian Datuk DJ Dave yang menceritakan tentang satu persahabatan sejati, yang menggambarkan persahabatan Najib dan de-facto Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Saya masih ingat pada bait-bait lagu Datuk DJ Dave, sukarnya mencari kawan yang setia yang sanggup menolong di masa kau susah, kawan sewaktu senang tak payah kau cari-cari, di mana sahaja mudah kau jumpa, kawan yang setia ibarat cahaya, menjadi penerang masa kegelapan, ia tak tergamak biarkan kau sendiri, nasibmu pasti dibela," ujar Najib.

Najib mengakui dengan adanya Ahmad Zahid yang selalu mempertahankannya selama ini, beliau yakin beliau tidak keseorangan dalam perjuangan ini untuk berdepan tekanan dan cabaran pembangkang.

4. Jangan Ambil Seseorang Dari Masa Lampau Untuk Jadi Perdana Menteri Masa Depan

Menyentuh soal bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, Najib berkata ada kedengaran beliau bersedia jadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memerlukannya menjadi Perdana Menteri semula. Menurut Najib, ada pihak juga menyatakan bahawa mereka mahu Ketua Parlimen DAP jadi Perdana Menteri.

"Ada dengar-dengar pula ada orang 93 tahun minat hendak jadi Perdana Menteri balik, yang senja meniti malam, Zimbabwe pun dah tak ada, 93 tahun tuan-tuan... jadi belah situ tak menentu.

"Takkanlah kita nak letakkan masa depan negara kita antara dua ini," katanya.

Malaysia, sudah ada agenda di bawah kerajaan BN. Pembangunan yang sesuai untuk masa depan dan meletakkan seseorang yang lama tidak akan berjaya membawa Malaysia menjadi lebih baik pada masa akan datang.

5. Naik Haji Kerana Perjuangan UMNO

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata rakyat Malaysia yang dapat ke Mekah menunaikan haji dengan kuota yang semakin bertambah adalah kerana hasil pengorbanan UMNO.

"Yang dapat naik haji ni berapa orang? ramai... Tabung Haji dia buat, tapi saya yang uruskan dengan King Salman, dapat, dia tambah lagi banyak orang naik haji kerana apa, kerana perjuangan UMNO lah," ujar Najib.

6. Semua Peroleh Manfaat Dari Perjuangan

Rakyat semuanya mendapat manfaat hasil dari kerajaan, termasuklah Tok Siak, Tok Imam dan juga semua guru guru Kafa.

"Daripada tok siak, tok imam, tok bilal, guru KAFA dapat elaun khas kenapa, sebab ekonomi kita maju. Ekonomi kita bawah pimpinan UMNO mencatat kadar pertumbuhan 6.2 peratus, jadi bila hasil tambah, saya gunakan hasil tu tolong orang B40.

"Pesawah padi, pekebun kecil, nelayan, peneroka, semua dapat di bawah UMNO ini," kata Najib.

7. Pembangkang "Kucha Lana" dan Caca Marba

Menurut Najib, pakatan pembangkang kini sudah kucar kacir dan beliau menggunakan perkataan "kucha lana" dan caca marba dalam ucapannya untuk menggambarkan kerapuhan Pakatan Harapan (PH).

"Belah sana tu tak ada, kuchalana, cacamarba sekejap kata ini, besok kata lain sekejap kata dedak, lepas tu BR1M masuk pulak dalam manifesto dia, sekejap tolak GST, sekarang terima GST.

"Ini kartun tuan-tuan, ini kartun, ini bukan mentadbir negara dengan serius," kata Najib.

8. Selesaikan Masalah Di Bahagian

Presiden berkata, soal pokok yang penting sudah pun diselesaikan.

"Kita dah settle dah, soal kepimpinan dah settle, nombor satu, nombor dua dan nombor tiga semua dah settle, Datuk Hisham (Hishammuddin) dah settle, done, done deal.

"Dekat Bahagian ni pakat-pakatlah sikit, tolong pakat-pakatlah boleh tak," katanya dengan mengharapkan masalah di peringkat Bahagian dapat diselesaikan dengan rundingan sesama mereka atas dasar kekeluargaan UMNO.

9. Pulang Kembali Dengan Semangat Cinta dan Kasih Sayang Kental

Najib menyatakan pesanan kedua yang perlu dibawa kembali para perwakilan kepada Bahagian selepas selesai perhimpunan.

"Pulang kembali dengan semangat cinta dan kasih yang kental kepada parti, semangat kekeluargaan yang tinggi dalam organisasi kita, ini mesti ada pada kita," katanya.

10. Pulang dan Kembali Berjuang dan Menggempur Dengan Penuh Berani Untuk BN

Dalam pesanan terakhir, Najib mahu para perwakilan kembali dan berjuang untuk menggempur dengan penuh berani untuk BN.

"Semua momentum belah kita sekarang ini, the win is behind us, momentum belah kita. Kebanyakan pegawai kerajaan memihak belah kita, mereka ini pelaksana dasar pendukung dasar Barisan Nasional," kata Najib.

Ucapan Najib diakhiri dengan semangat para perwakilan yang begitu berkobar-kobar mahu membawa pesanan amanat itu di peringkat bawah.

Semua ahli UMNO dan orang UMNO di setiap peringkat perlu bertindak untuk realisasikan apa yang diucapkan oleh Presiden UMNO. "Pasti kita menang!!! Pasti kita menang!!!, pertahankan Putrajaya" kata Datuk Seri Najib.

Tulisan :
Beruang Biru
BB692, Sabtu
9 Disember 2017

Saturday, December 9, 2017

BN MENANG PRU14

Firma Penyelidikan Antarabangsa Ramal Barisan Nasional Menang😉

The Economist Intelligent Unit pada tahun lepas sudah meramalkan Barisan Nasional akan menang dalam pilihanraya umum yang ke-14.

“Given the fragmented opposition, made up of three separate groups, the ruling Barisan Nasional coalition appears well placed to win the next election whenever it is held” ramal The Economist Intelligence Unit.

Dalam tulisan pada tahun lepas itu, The Economist menyatakan perpecahan pembangkang memberi kelebihan kepada BN. The Economist turut meramalkan ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 4.5% hingga tahun 2021.

The Economist ramal 4.5%, tetapi realitinya selepas itu pertumbuhan ekonomi Malaysia berkembang lebih baik daripada itu iaitu pada kadar 6.2% pada tahun 2017.

Pada tahun ini, The Economist Intelligent Unit sekali membuat ramalan Datuk Seri Najib akan memimpin Barisan Nasional mencapai kemenangan dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Menurut The Economist, biarpun mendapat cabaran sengit daripada pakatan pembangkang, namun kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang adalah sudah pasti.

Ramalan The Economist tentang keputusan pilihan raya di Malaysia bukanlah suatu perkara yang baru. Pada 3 Februari 2013, The Economist Intelligence Unit turut meramalkan Barisan Nasional menang pada PRU13 yang lalu.

Semua pemerhati daripada 20 parti dari 16 buah negara yang hadir dalam persidangan UMNO di PWTC ini sudah pasti akan bersetuju dengan apa yang diramalkan oleh The Economist ini. Mereka lihat sendiri bagaimana penuh dan sesaknya PWTC dikunjungi oleh rakyat Malaysia berbilang bangsa yang mahu mengikuti perkembangan persidangan UMNO.

Ada yang sanggup duduk atas lantai berjam jam lamanya untuk melihat ucapan di skrin besar, yang berjalan berhenti sekejap dan mendengar apa yang diucap oleh perwakilan melalui skrin besar di hadapan hotel.

Malah di malam hari pun ada lagi yang masih menatap akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian membincangkan apa yang diucapkan di sekitar kedai kedai kopi di PWTC.

Semalam juga, agensi penarafan Moody’s Investors Service mengesahkan penarafan ke atas penerbit mata wang tempatan dan asing serta bon tidak bercagar pada rating AAA, dengan prospek yang stabil.

“Moody’s hari ini mengesahkan penarafan Malaysia sebagai stabil di bawah kategori A3, membuktikan bahawa ekonomi kita berada di landasan yang betul” kata Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Disember 2017.

Pengiktirfan Moody ini dibuat setelah melihat komitmen kerajaan Barisan Nasional dalam mengatasi defisit fiskal yang semakin berkurangan selama tujuh tahun secara berturut turut. Dari segi ekonomi, ini satu penarafan yang baik untuk kedudukan ekonomi negara.

Firma penyelidikan antarabangsa sudah pun meramalkan Barisan Nasional akan menang dalam pilihan raya umum yang datang. Firma penarafan antarabangsa juga turut memberikan rating positif kepada kedudukan ekonomi negara.

Hari ini, semua perwakilan UMNO yang segak berbaju kebangsaan Melayu berwarna biru dan berbaju kurung berwarna biru akan bersidang untuk hari penutup Persidangan Agung UMNO 2017 di PWTC. Semua sudah bersemangat dan berkobar kobar hendak mendengar amanat Presiden UMNO pada petang ini.

“Winning Mentality’ sudah tersemat dalam sanubari semua perwakilan. Hanya menanti saat dan detiknya sahaja untuk melaksanakan misi. Firma penyelidikan luar negara pun sudah tahu Barisan Nasional mampu menang. Oleh itu, usah dipedulikan lagi rintangan yang menghalang dan siapa yang bakal ditentang.

Pantang berundur sebelum berjuang, semboyan seruan sudah pun berkumandang. Ayuh semua turun ke gelanggang. Turunlah sebagi pejuang. Berjuanglah untuk menang.

Tulisan :
Beruang Biru
BB690, Isnin
4 Disember 2017.

Friday, December 8, 2017

MALAYSIA BERSAMA PALESTINE!

Isu Baitulmaqdis, Malaysia Tegas Pertahankan Hak Rakyat Palestin

Seluruh dunia kini melahirkan kebimbangan susulan pengumuman presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Pengumuman itu telah menyemarakkan kemarahan umat Islam dengan pemimpin negara Islam meluahkan kemarahan mereka.

Tidak terkecuali adalah Malaysia. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan lantang menentang sekeras-kerasnya pengiktirafan Amerika Syarikat terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

``Jadinya, minggu ini apabila kita dikejutkan dengan cadangan AS untuk mengiktiraf satu daripada tiga Tanah Suci umat Islam, yakni Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, saya yakin dan percaya, mana mungkin kita sebagai umat Islam dapat menerimanya sampai bila-bila,'' demikian suara lantang Najib yang juga Presiden UMNO ketika menyampaikan ucapan dasar Pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2017) di PWTC, semalam.

Disebabkan Najib selama ini dilihat lantang dalam membela nasib umat Islam yang teraniaya termasuk membawa kezaliman etnik Rohingya ke pentas dunia, maka beliau turut menjadi perhatian pemimpin dunia Islam lain.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dilaporkan telah menghubungi Najib untuk mendapatkan sokongan dan solidariti terhadap penduduk Palestin susulan provokasi terbaru yang dilakukan Trump ini.

Najib merupakan antara pemimpin di Asia Tenggara yang dihubungi oleh Erdogan. Ketika Erdogan mengancam untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel, Malaysia sebenarnya sudah lama melaksanakannya.

Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel namun pasport Malaysia kini berada di ranking keenam pasport paling 'power' dunia iaitu setanding dengan pasport negara maju seperti Ireland, Kanada dan Amerika Syarikat.

Ini menunjukkan walaupun pasport Malaysia tidak boleh masuk ke Israel, namun ia bukan satu masalah. Begitu juga dalam isu Israel, Malaysia sentiasa lantang bersuara dan jangan lupa bahawa Malaysia merupakan negara paling lantang memperjuangkan Palestin.

Malah ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York yang ke-70, antara intipati ucapan Perdana Menteri ialah perlunya keberanian untuk menangani secara berkekalan ketidakadilan terhadap rakyat Palestin yang menderita sejak 1948.

"Berdekad-dekad bebas tanpa hukuman dan penyahmanusiaan secara sistematik terhadap penduduk Palestin telah mendorong kepada peningkatan keganasan, memperluas penempatan haram dan peningkatan pencabulan hak asasi,'' kata Najib.

Ucapan Pedana Menteri itu dibuat di PBB pada 2015 dan pada 2016, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) membuat keputusan penting dengan meluluskan resolusi menentang penempatan haram Israel di Palestin.

Ia susulan hasil usaha Malaysia bersama tiga lagi negara iaitu New Zealand, Senegal dan Venezuela membentangkan draf resolusi sama menuntut Israel menghentikan penempatan haram Israel itu.

Jadi dalam isu pengiktirafan Amerika Syarikat terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, Malaysia akan terus bersuara dengan lantang untuk membantahnya. Malah Perdana Menteri pasti akan mencari jalan untuk memastikan suara Malaysia ini didengari oleh pentadbiran Trump.

Usahlah pertikai lagi keberanian dan ketegasan Datuk Seri Najib dalam isu Palestin. Datuk Seri Najib lebih berani dari Mahathir. Pernah nampak gambar Mahathir pergi Palestin? Tidak ada.

22 Januari 2013, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin apabila beliau mengadakan lawatan kemanusiaan ke Gaza.

Semasa PAU2016, UMNO dan seluruh umat Islam bersolidariti dalam isu umat Islam Rohingya. Kali ini dalam PAU1017, UMNO sekali sudah menyatakan akan membela nasib umat Islam di Palestin.

Tulisan :
Beruang Biru
BB689, Jumaat
8 Disember 2017

UMNO PARTI KERAMAT

UMNO Adalah Parti Berkaromah Untuk Seluruh Rakyat Malaysia

Inilah yang disebut oleh Dato Seri Najib Tun Razak, Presiden UMNO dalam ucapan dasar di Perhimpunan Agung UMNO, 2017 di Dewan Merdeka, PWTC.

Rangkap ke 220 hingga ke 221, Dato Seri Najib mengucapkan :

"Juga pastinya, semangat patriotisme menggunung setinggi Kinabalu oleh "Urang Urang Sabah", yang pantang seinci pun tanah Lahad Datu dirampas orang. Setinggi itulah juga, kita kembangkan layar bahtera besar parti UMNO dan Barisan Nasional menuju gerbang kemenangan"

"Seraya itu, ayuhlah, ayuhlah kita buktikan bahawa UMNO bukan sahaja untuk orang Melayu Bumiputera, tidak juga sekadar memimpin Barisan Nasional, tetapi UMNO adalah sebenar dan sesungguhnya adalah parti berkaromah untuk seluruh rakyat Malaysia"

Karomah bermakna kemuliaan dan penghormatan. UMNO adalah parti yang penuh karomah (kemuliaan dan penghormatan) bukan sahaja bagi orang Melayu Bumiputera tetapi buat semua rakyat Malaysia. Inilah faktanya.

Oleh kerana itulah, UMNO sebelum ini memang digelar dan dikenali sebagai parti keramat. Parti yang diasaskan di istana. Parti yang ada agenda yang jelas untuk bangsa dan negara. Bukannya seperti parti yang diasaskan di atas jalan, diasaskan kerana agenda peribadi dan kroni.

UMNO sebagai teras dalam Barisan Nasional sudah melaksanakan semua janji janji dalam PRU13 yang lepas kepada rakyat. Akujanji yang dibuat pada 6 April 2013, mengandungi 17 inisiatif serta 156 inisiatif strategik kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sehingga 15 November 2017, sejumlah 5,043 projek untuk rakyat sudah disiapkan atau 83.4% janji dalam PRU13 sudah dilaksanakan.

Tidak sama seperti janji yang dibuat oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang dan PKR di Selangor. Janji hendak hapus tol, pendidikan percuma dan rumah mampu milik gagal dilaksanakan oleh pembangkang di dua negeri tersebut.

Parti UMNO yang karomah inilah yang membantu semua rakyat yang ada di negara ini. Memberi bantuan BR1M kepada 7 orang rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Semua jenis sekolah di negara ini mendapat peruntukan projek khas bernilai RM1.07 billion melibatkan 4,931 sekolah kebangsaan, 4,225 SJK (Cina), 836 sekolah SJK (Tamil), 440 projek sekolah agama bantuan kerajaan, 1,106 sekolah agama rakyat dan 78 sekolah MRSM.

UMNO komited membantu rakyat merentasi agama dan kaum. Parti karomah inilah yang mahu dipelajari cara berpolitiknya oleh 95 orang delegasi luar negara mewakili 20 parti dari 16 buah negara.

"Keistimewaan Nabi dengan mukjizat, kelebihan umat dengan muafakat" kata Dato Seri Najib ketika ucapan tadi.

Kekuatan parti karomah adalah pada usaha dan semangat ahli yang istiqomah. Ahli UMNO perlu jadi umpama gergaji tajam yang gagah. Pulang dan perginya membawa hasil yang manfaat untuk umat sejagat.

Tulisan :
Beruang Biru
BB688, Khamis
7 Disember 2017

Thursday, December 7, 2017

ZAID BIA DAP

Zaid Ibrahim biadap!

Ahli DAP, Zaid Ibrahim biadap kerana mempertikaikan titah DYMM Sultan Selangor yang murka selepas Mahathir Mohamad menghina keturunan Bugis.
Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar berkata, Zaid bukan sahaja bodoh dan biadap malah derhaka kepada Sultan Selangor, Tuanku Sharafuddin Idris Shah.
“Zaid kena tahu puncanya kenapa Sultan Selangor bertitah sedemikian, ialah kerana ucapan Mahathir.
“Sepatutnya Zaid kena beri amaran kepada Mahathir, dia kena beritahu kepada Mahathir minta maaflah kepada Sultan Selangor.
“Orang yang menyebabkan rakyat Selangor marah menyebabkan orang Bugis marah, bukan sahaja Sultan Selangor murka tetapi kita lihat seluruh negara marah,” katanya.
Zaid menerusi FB baru-baru ini menasihatkan Sultan Selangor lebih berhati-hati kerana sultan tidak kebal daripada undang-undang.
Sultan Selangor dalam wawancara bersama The Star bertitah Mahathir seorang yang membahaya kerana dia tidak akan  membiarkan orang lain lebih daripadanya.
Noh berkata, UMNO Selangor akan mengadakan himpunan bersama rakyat menyatakan sokongan kepada Sultan Selangor.

#PAU2017 #UmnoSelangor

Tuesday, December 5, 2017

UMNO TETAP PERTAHANKAN ISLAM SAMPAI HARI KIAMAT

UMNO Adalah Benteng Terakhir Umat Islam Di Malaysia

Bermula hari ini, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 akan bermula. Seperti kebiasaannya, setiap tahun perhimpunan parti Melayu terbesar di Malaysia ini pasti menjadi tumpuan.

3.6 juta ahli UMNO seluruh negara akan menanti nanti ucapan pemimpin dan perbahasan perwakilan. Mereka yang keluar dari UMNO dan gagal buat mesyuarat cawangan pun tertunggu tunggu apa yang perwakilan akan bahaskan. Usahlah ganggu persidangan UMNO, selesaikanlah dulu mesyuarat cawangan itu dahulu.

UMNO diasaskan di Istana Besar Johor pada 11 Mei 1946 ketika Kongres Melayu Ketiga. UMNO dilahirkan di istana, bukan di tepi jalan atau bukan diasaskan kerana individu yang kecewa. UMNO diasaskan untuk agenda agama dan bangsa.

"Pada masa itu, saya masih muda dan ayahanda saya bertitah mengingatkan bangsa Melayu supaya bersatu untuk kuatkan pendirian dan pertahankan tanah air kita,''

Ketahuilah dan jangan kita lupa UMNO lahir di Istana Besar dan bukan di tepi jalan,'' titah Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada 11 Mei 2006.

Selama 71 tahun, parti keramat UMNO penuh dengan tradisi dan sejarahnya. Ada yang keluar melawan UMNO tetapi akhirnya kecundang kerana apa yang dibawa adalah agenda peribadi, bukannya agenda pertiwi.

Tidak dapat dinafikan, UMNO merupakan benteng terakhir umat Islam di Malaysia. Pada saat kita berdepan dengan cabaran semasa termasuk pertambahan golongan liberal dan pluralisme di negara ini, yang sering menentang usaha-usaha memperkasakan agama Islam, UMNO sebaliknya memberikan sokongan.

Lihat sahaja kepada rang undang-undang persendirian (RUU) yang dibawa oleh PAS untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 di Parlimen, UMNO telah memberikan sokongan padu.

Meskipun ada suara sumbang daripada pembangkang bahawa UMNO hanya mempermainkan PAS, namun UMNO memenuhi janjinya kepada PAS dan umat Islam.

Jika mahu diharap kepada parti-parti PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN) memang episod RUU 355 akan menjadi panjang berjela. Mujur ada UMNO yang sepenuh hati memberikan sokongan demi memartabatkan mahkamah syariah.

Tidak seperti ahli DAP iaitu Zaid Ibrahim yang keras menentang tindakan pegawai pendidikan di Pahang yang mengarahkan sekolah di Kuantan mengadakan solat berjemaah sebelum pelajar pulang ke rumah.

"Mewajibkan sesi sembahyang ini ke atas pelajar hanyalah satu lagi daripada banyak perkara bodoh pendidik kita lakukan kepada pelajar kita" kata Zaid Ibrahim dalam Free Malaysia Today pada 4 Disember 2017.

Malah lebih biadap dari itu, Zaid Ibrahim hanya menganggap solat hanya sebagai "ritual agama" semata mata. Ini contoh terbaik Melayu yang sudah rosak pemikirannya bila bersama dengan DAP.

Apa lagi yang umat Islam di negara ini mahu harapkan kalau gabungan pembangkang yang diketuai DAP ini memerintah? Banyak lagi hakisan terhadap agenda Islam akan dilakukan mereka.

Beruang Biru ada menulis sebelum ini bagaimana DAP dan pembangkang telah gugat agenda Islam di Malaysia. Baca pautan ini :

https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/11/pembangkang-mula-gugat-kedudukan-islam.html?m=1

Malah Tan Sri Muhammad Taib yang pernah menyertai pembangkang telah mendedahkan bahawa tiada langsung agenda Islam dan bangsa dalam mesyuarat mesyuarat yang diadakan pembangkang.

Justeru, PAU 2017 ini, selain memalu gedang menuju `perang' menjelang pilihan raya umum ini, salah satu matlamat yang perlu dipegang oleh ahli-ahli UMNO adalah untuk memastikan kemenangan UMNO demi memartabatkan lagi Islam di negara ini.

Jangan biarkan pembangkang yang menguasai negara. Kita sudah tengok contoh-contoh yang ada di mana pesta arak diluluskan dan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Pihak pembangkang yang menyerang kuat Datuk Seri Najib dan UMNO adalah didalangi dibelakangnya oleh kumpulan evangelis dan "kai feng Jews". Mereka tahu hanya UMNO yang kuat dan menjadi teras dalam Barisan Nasional.

Serang Datuk Seri Najib dan UMNO bermakna melakukan serangan juga terhadap parti yang mendaulatkan syariat Islam dan bangsa Melayu di negara ini.

Ingatlah bahawa UMNO adalah benteng terakhir umat Islam di Malaysia. Semua ahli UMNO wajib pertahankan Presiden UMNO dan parti UMNO dari diserang musuh musuh Islam ini.

Tulisan :
Beruang Biru
BB684, Selasa
5 Disember 2017

POLITIK IKAN KEMBUNG

*Permainan Politik Ikan Kembung*

Harga ikan (dan sayur) naik-turun mengikut musim.

*Kini masuk musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut dimana nelayan sukar turun ke laut. Politik ikan kembung sudahpun bermula sekali lagi.*

Propaganda Pakatan amat senang. Bila harga ikan kembung naik mencecah RM20 satu kg kerana musim tengkujuh, mereka terus kecam kerajaan zalim.

Mereka akan terus mengulangi harga ini walaupun harga ikan kembung ada turun naik.

Bila musim tengkujuh sudah habis dan harga ikan kembung turun mendadak sehingga RM2 satu kg, pembangkang akan buat tak tahu.

Sebagai contoh:
17 Mac 2017: Lambakan ikan �punca harga jatuh
Semalam, tinjauan Utusan Malaysia di Pusat Pendaratan Ikan Bisik-Bisik, Kuala Sungai Muda mendapati harga ikan kembung dijual antara RM1.40 hingga RM2 sekilogram.
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/lambakan-ikan-8232-punca-harga-jatuh-1.201608

6 Julai 2017: Harga ikan kembung jatuh mendadak
Harga ikan kembung di Kedah mengalami penurunan mendadak sehingga enam kali ganda apabila ia kini dijual se�rendah RM4 sekilogram berbanding antara RM22 dan RM25 sekilogram tiga bulan lalu
http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0706&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Pembangkang juga banyak membuat fitnah bahawa cukai GST yang menyebabkan harga Ikan kembung yang naik pada hujung tahun.

Ikan, seperti semua makanan segar, tidak dikenakan GST dan GST tak banyak kaitan dengan harga ikan.

Ia juga tiada kaitan dengan nilai tukaran matawang kerana ikan kembung bukan diimpot tetapi ditangkap oleh nelayan tempatan.

Jangan terlalu senang dihasut dan dipergunakan oleh propaganda menipu Pembangkang  - terutama pada musim monsun ini.

Harga ikan dan sayur naik-turun mengikut musim ialah kebiasaan sejak berzaman-zaman dahulu.

LSS.
----

Monday, December 4, 2017

GANDINGAN NAJIB ZAHID MANTAPKAN UMNO

UMNO Kini Lebih Mantap Di Bawah Najib Dan Zahid

UMNO yang kini diterajui oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid sebagai pemangku Timbalan Presiden UMNO berada dalam keadaan mantap dan bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Selepas mengharungi pelbagai cabaran daripada beberapa individu yang mahu menjatuhkan Presiden UMNO, menghancurkan parti dan menghuru harakan ahli ahli UMNO di peringkat bawah sejak pertengahan tahun 2015. Kini UMNO berada dalam keadaan yang lebih mantap, lebih kuat dan bersih sepenuhnya daripada duri dalam daging yang mahu hancurkan parti.

“Saya dengan Zahid ini sudah lama, sejak 1986 lagi, dia bukan sahaja timbalan saya yang setia tetapi sahabat yang sentiasa bersama saya dalam susah dan senang,” kata Datuk Seri Najib pada Ogos lepas.

Dalam pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober lepas, secara terbuka Najib memuji Ahmad Zahid sekaligus mengiktiraf beliau sebagai gandingan terkuatnya dalam mentabdir negara.

"Bertuahlah saya kerana mempunyai bukan sekadar seorang timbalan perdana menteri, tapi lebih jauh daripada itu, seorang sahabat yang setia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi," kata Najib ketika ucapan bajet berkenaan.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula me­negaskan, beliau akan tetap berdiri teguh di belakang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menghadapi setiap cabaran dan fitnah politik yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan kerajaan.

Dalam Perhimpunan Agung 2016, Datuk Seri Zahid telah menyatakan secara terbuka “wala’” atau taat kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib ketika ucapan pergulungan.

"Wala' ertinya taat ... Kita sebagai perwakilan bukan sahaja di dewan (Pusat Dagangan Dunia Putra), di luar dewan, di kampung, wala' kita tidak berbelah-bahagi, wala' kita wala' yang ikhlas,"

"Presiden kita berbuat baik bukan hanya pada kita orang Islam, UMNO, Melayu tetapi beliau berbuat baik kepada semua kerana beliau adalah Perdana Menteri kepada semua rakyat di Malaysia," kata Datuk Seri Zahid.

Gandingan Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid menjadikan UMNO lebih mantap dan kuat dalam menghadapi ancaman pembangkang yang ketika ini diterajui oleh DAP dan parti parti yang lain. Kemas organisasi UMNO di peringkat atas, tidak bercelaru dan berselerak macam pembangkang.

Pembangkang dalam satu kapal, ada tiga nakhoda. Sampai ke hari ini, mereka masih belum selesai memilih siapa bakal Perdana Menteri, Timbalan dan barisan kabinet bayangan mereka. Masih berebut kerusi, berasa sangsi dan tidak ikhlas sesama mereka. 

Sampai ke hari ini, kita mendengar parti yang cuba meniru dan menciplak perlembagaan UMNO telah mula hilang sokongan sedikit demi sedikit. Parti bunga mula ditinggalkan oleh rakyat. Satu persatu keluar dan tinggalkan parti PPBM.

Agenda peribadi pemimpin parti bunga pula semakin jelas kelihatan. Lebih memalukan, hendak buat mesyuarat di peringkat cawangan pun masih lagi gagal sampai ke hari ini.

Perhimpunan Agung UMNO yang akan diadakan pada 5 Disember hingga 9 Disember ini di Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC adalah hasil daripada mesyuarat  21,800 cawangan UMNO di seluruh negara yang telah diadakan pada17 Mac hingga 30 April.

3.6 juta ahli UMNO di seluruh negara hadir dan bermesyuarat cawangan. Mereka berbincang tentang hal parti dan isu isu rakyat. Usul dan permasalahan rakyat yang dibincang dalam mesyuarat  cawangan ini dibawa ke mesyuarat UMNO Bahagian yang diadakan pada 7 Julai hingga 26 Ogos.

191 UMNO Bahagian di seluruh negara mengadakan mesyuarat. Ketiga tiga sayap UMNO iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri turut sama adakan mesyuarat. Masing masing memilih perwakilan untuk ke Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur.

Ketiga tiga sayap hantar empat orang perwakilan termasuklah Ketua dan Naib. Manakala di peringkat bahagian pula memilih 7 orang perwakilan daripada peringkat bawah selain Ketua, Timbalan, Naib dan tiga ketua sayap yang layak secara automatik. 13 orang kesemuanya daripada 191 bahagian UMNO di seluruh negara.

Hampir 2,483 orang perwakilan dari bahagian ini akan berkampung di PWTC untuk bermesyuarat, membahas usul dan membahaskan isu isu rakyat untuk diperjuangkan secara bersama. Membawa bersama harapan dan aspirasi semua 3.6 juta ahli ahli UMNO di peringkat cawangan ke PWTC.

Inilah cara UMNO mengadakan mesyuarat sejak 71 tahun yang lalu. Kemas dan tersusun organisasinya. Dalam kalangan negara Islam, ramai yang menghantar pemerhati dan perwakilan untuk mengkaji dan belajar dari UMNO. Mahu mengetahui dan mempelajari bagaimana parti yang paling lama menguasai kerajaan ini mampu meneruskan kesinambungan untuk membela nasib bangsa, agama dan tanahair.

Di saat satu persatu negara negara Islam lain di Timur Tengah dan Afrika Utara dilanda ketidakstabilan ekonomi dan politik, Malaysia masih berdiri kukuh di Asia Timur untuk memelihat syariat Islam.

Biarpun diserang setiap hari dengan isu isu ekonomi oleh pembangkang dan menghadapi ketidaktentuan ekonomi dunia, namun Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Ahmad Zahid mampu harungi ombak ranjau ekonomi ini dengan baik. KDNK pada kadar 6.2% adalah yang terbaik di dunia, malah kedudukan ringgit makin mengukuh pada RM4.08 berbanding dolar Amerika Syarikat.

Biarpun diserang dengan isu isu politik oleh seorang bekas Perdana Menteri, dua orang bekas Timbalan Perdana Menteri, seorang diktator DAP, dua orang Menteri Besar namun bahtera UMNO yang dikemudi oleh Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Ahmad Zahid tetap kekal belayar kuat mengharungi semua cabaran ini dengan jayanya. Malah kapal pembangkang yang menyerang itu pula nampaknya semakin kacau bilau dan lintang pukang. Kapal itu diserang oleh orang mereka sendiri. Sudah ramai yang terjun ke laut menyelamatkan diri.

Bahtera UMNO yang dinakhoda oleh Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid terus mara dengan kuat dan mantap. Inilah gandingan terbaik untuk UMNO dan rakyat Malaysia.

Tulisan :
Beruang Biru
BB683, Isnin
4 Disember 2017.

Sunday, December 3, 2017

3 KETUA SRIKANDI BUNGA ISYTIHAR KELUAR PARTI

Pada sidang media pengumuman keluar parti itu, Zuraini yang mewakili kesemua pemimpin terbabit mendakwa mereka merasakan terlalu banyak isu dan polemik dalam parti itu yang tidak diuruskan dengan baik dan ditangani secara serius oleh pucuk pimpinan parti berkenaan.

“Ini bukanlah keputusan yang mudah. Sudah pasti kami akan dilabelkan sebagai pengkhianat, pemakan dedak, orang yang kecewa dan sebagainya. Tetapi prinsip kami mudah, berkata benar walaupun pahit. Berani dan bermaruah.

“Benar, PPBM baru setahun jagung tetapi kepimpinan tertinggi adalah dalam kalangan yang sangat berpengalaman dan berilmu, dan usia PPBM sebagai parti di peringkat penajaan tidak boleh dijadikan alasan,” katanya.

Selain itu, beliau mendakwa budaya fitnah tanpa sebarang siasatan dan bela diri oleh individu terbabit dalam PPBM adalah sangat merbahaya dan terdapat ramai individu yang diketepikan atau ditukar jawatan hanya kerana kononnya ada salah laku, namun tidak berpeluang membela diri.

Zuraini turut mendakwa wujud budaya tidak boleh menegur dan memberi pandangan apabila terdapat individu dipecat oleh kepimpinan bahagian dengan alasan rombakan bukannya bermaksud dipecat setelah memberi teguran melalui saluran betul.

“Rombakan jawatan menyebabkan dua individu dilantik itu atau mempunyai kedudukan dan kuasa yang sama. Ia sesuatu tidak sepatutnya berlaku dan memecah-belahkan keharmonian di peringkat bahagian. Belum pernah ada bahagian wujud lantikan dua ketua Srikandi dan kedua-duanya masuk mesyuarat,” katanya. – Bernama, 3 Disember, 2017.

MAHATHIR RAJA KONSPIRASI

MAHATHIR RAJA KONSPIRASI....

3.12.17

Anwar tuduh Tun M melakukan “conspiracy at the highest level” untuk memecatnya sebagai TPM dan dari UMNO. Alasannya meliwat. Sebelum itu sama ada percaya atau tidak, dia tidak peduli  dakwaan, Anwar adalah peliwat.

Tetapi apabila dimaklumkan Anwar merancang konspirasi akan lawan dia jawatan Presiden UMNO, sepintas itu juga Tun M menghidupkan dan menggunakan kembali isu liwat untuk memusnahkan Anwar. Tun M menang dan Anwar tewas.

Anwar pula cuba merancang “Konspirasi kerajaan 16 September” untuk menumbangkan Pak Lah dan BN. Anwar gagal kerana dia tidak sehandal Tun M dalam ilmu konspirasi. Konspirasi beliau besifat “gempak” dan terlalu amatur.

Kini Tun M, Anwar, Muhyiddin dan Lim Kit Siang bergabung keringat menggunakan isu 1MDB sebagai konspirasi untuk menjatuhkan Najib. Paling mengejutkan mereka menyusup dalam jentera utama kerajaan. Tetapi gagal walaupun Tun M pengamal “konspirasi ke lubang cacing”.

Kini mereka tidak sempat untuk menjatuhkan Najib dan UMNO sebelum PRU ke 14. Terpaksalah parti mereka yang bermasalah dan berpecah itu menggunakan proses peti undi untuk berlawan. Sesuatu yang terkeluar dari skrip asal konspirasi mereka iaitu jatuhkan Najib sebelum PRU ke 14. Tun M...segala galanya tidak menjadi!

Friday, December 1, 2017

HUJAN BABI DI NEGERI SENDIRI

Azmin Tidak Peduli Rakyat Selangor, Sibuk Jelajah Negeri Lain

Angan-angan Azmin Ali hendak jadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri di negara ini nampaknya semakin terserlah. Azmin kini sibuk jelajah negeri lain untuk cari populariti dari memikir masalah rakyat di negeri sendiri.

Azmin menunjuk-nunjuk di Twitter lawatannya ke negeri Johor di Batu Pahat dan Pasir Gudang. Fokus Azmin sudah hilang. Sudah mula berangan katanya untuk menjadi Presiden PKR menggantikan Wan Azizah dalam pemilihan PKR yang akan datang. Habis diangkut semua penyokongnya untuk turut sama.

Dr Afif dari Pulau Pinang pun datang sama untuk beri sokongan kepada Azmin. Tinggal sudah Pulau Pinang kerana mahu menjilat Azmin Ali selepas merasa peluangnya menjadi timbalan kepada Guan Eng tertutup bila hadirnya Saifuddin Nasuiton.

Dalam lawatan itu juga, Azmin sudah mula berjumpa dan membina rangkaian untuk menjadi Presiden PKR.  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu nampak mahu lari dari isu rakyat di Sungai Yu yang sedang hangat dibualkan di Selangor.

Kampung Sungai Yu itu yang terletak di daerah Permatang kini terpalit dengan skandal pengagihan tanah yang tidak telus dek salah guna kuasa serta penyelewengan. Kata ADUN Permatang, Datuk Sulaiman Razak, ada kawasan seluas 14.4 hektar telah disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menempatkan rakyat miskin khususnya masyarakat India.

Namun selepas tahun 2008, di bawah kerajaan PKR, rakyat sudah hilang hak tersebut. Ada beberapa perkara mencurigakan iaitu ada 175 penerima yang baru di tanah tersebut. 18 dari 172 penerima itu nombor kad pengenalannya tiada  dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Apakah 18 orang itu menggunakan kad pengenalan palsu?

Siapa sebenarnya yang Azmin angkut ini? Orang daripada planet mana? Ada kad pengenalan palsu pula. Apakah 175 orang ini adalah pengundi hantu yang Azmin import dari luar kawasan? Ini kerana, Sungai Yu terletak dalam parlimen Kuala Selangor yang dimenangi oleh Barisan Nasional dengan hanya 460 undi sahaja.

Selain itu, hampir 70 peratus penerima tidak ada kaitan langsung dengan Sungai Yu dan hanya ada 61 orang sahaja dari DUN Permatang dan tujuh dari DUN Sungai Burung, dan selebihnya adalah orang luar.Lebih teruk daripada itu, ada pemimpin PKR dipercayai terbabit dalam membolot tanah di Sungai Yu ini.

 “Dia juga merupakan salah seorang pemimpin PKR yang terlibat dalam Jawatankuasa Pemilih yang dilantik oleh kerajaan negeri untuk memilih siapa yang layak menerima tanah itu,” kata seorang penduduk Sungai Yu, B. Vakran kepada Utusan Malaysia.

Difahamkan, pemimpin PKR terbabit membolot empat lot tanah iaitu menggunakan nama sendiri, adik-beradik dan ayah­nya. Macam mana boleh jadi begini? Ini sudah jelas kes penyalahgunaan kuasa.  Di Pulau Pinang, Guan Eng gadai tanah. Di Selangor, Azmin beri tanah pada pemimpin PKR sahaja.

Bukan sahaja isu di Sungai Yu, Azmin juga nampaknya hendak lari dari saman yang difailkan oleh Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) lima hari lepas yang berjumlah RM14 bilion terhadap Kerajaan Negeri Selangor, Menteri Besar, Azmin atas dakwaan menyalahgunakan kuasa dalam melaksanakan rancangan pengstrukturan semula industri air di negeri itu. 

Ia adalah kes saman dengan jumlah tuntutan ganti rugi tertinggi pernah difailkan oleh syarikat swasta dalam sejarah ke atas sebuah kerajaan negeri di negara ini. Jumlah saman itu sendiri jauh melebihi dari rizab negeri Selangor tahun ini yang bernilai hanya RM3.18 bilion. Jumlah saman RM14 billion. Negeri Selangor bakal bankrap kerana saman ini.

Azmin lari dari semua masalah. Terbaru penyokong Red Giants sudah mula marah kerana pasukan bola sepak Gergasi Merah tidak boleh lagi beraksi di Stadium Shah Alam. Pasukan Selangor sedang mohon hendak gunakan Stadium Nasional di Bukit Jalil sebagai gelanggang mereka sendiri. Pasukan bolasepak Selangor pun merempat di negeri sendiri. Azmin buat ‘tidak tahu” sahaja. Sibuk jelajah dan peduli rakyat di negeri orang lain.

Pada 7 Jun 2017, pihak Majlis Bandaraya Shah alam (MBSA) menangguhkan permohonan Selangor untuk menggunakan stadium Shah Alam. Sebagai Menteri Besar, Azmin tidak prihatin langsung tentang masalah stadium ini. Pada musim Liga Malaysia yang baru nanti, pasti memalukan jika Selangor tidak beraksi di stadium berkenaan lagi.

Bagi Azmin yang penting adalah popularitinya. Dalam Bajet Alternatif pembangkang, bukan main lagi berjanji mahu beri pendidikan percuma tetapi di Selangor, selepas membentangkan bajet negeri Selangor, UNISEL masih lagi hutang berjuta juta. Hendak jaga UNISEL pun terkontang kanting, ada hati hendak beri pendidikan percuma di seluruh Malaysia.

Di Semenyih, Azmin Ali tipu rakyat Selangor bila gagal membina rumah mampu milik rakyat di bawah program Rumah Selangorku. Dalam sidang DUN, Azmin suruh Exco PAS  mengaku rumah itu dibina tetapi bila disemak kembali kawasan itu dipenuhi dengan rumah mewah bukannya rumah mampu milik untuk rakyat.

Banyak isu Azmin di Selangor. Isu Sungai Yu, isu stadium Shah Alam tidak boleh digunakan, isu saman, isu UNISEL dan isu rumah mampu milik di Semenyih. Namun Azmin tidak peduli semua ini. Azmin lebih peduli cita cita peribadinya sahaja.

Rakyat Selangor sudah kena tipu dengan Azmin Ali. Mahu kena tipu lagi dalam PRU14? Sudah sudahlah, masa sudah tiba untuk buat perubahan baru di Selangor. Kembalikan semula hak rakyat Selangor.

Tulisan :
Beruang Biru
BB678, Selasa
28 November 2017.

Saturday, November 25, 2017

AGENDA KRISTIANISASI DAP MAKIN DIREALISASIKAN

KOMPOSISI CEC BARU DAP KUATKAN LAGI DAKWAAN BAHAWA DAP ADA AGENDA KRISTIANISASI

Akhirnya berlalulah sudah pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada Kongres Khas 12 November 2017-nya. Mengikut Perlembagaan DAP, pemilihan semula ini adalah bagi memilih 20 ahli CEC. Seperti dimaklumi, keputusannya tidaklah jauh berbeza dengan keputusan pemilihan CEC DAP pada 15 Disember 2012, di mana apa yang berbeza, selain urutan kedudukan calon-calon, hanyalah kemasukan Ronnie Liew Tian Khiew dan V Siva Kumar yang mengambil-alih tempat Karpal Singh dan Dr Boo Cheng Hau.

Berikut adalah keputusan pemilihan semula CEC pada 12 November 2017:
1. Lim Kit Siang: 1,199 undi
2. Gobind Singh Deo: 1,198 undi
3. Lim Guan Eng: 1,180 undi
4. Anthony Loke Siew Fook: 1,175 undi
5. Liew Chin Tong: 1,123 undi
6. Teo Nie Ching: 1,080 undi
7. Chong Chieng Jen: 1,057 undi
8. Teresa Kok Suh Sim: 1,033 undi
9. Tan Kok Wai: 1,021 undi
10. Tony Pua Kiam Wee: 1,020 undi
11. Nga Kor Ming: 967 undi
12. Fong Kui Lun: 949 undi
13. Chow Kon Yeow: 900 undi
14. M Kula Segaran: 826 undi
15. Chong Eng: 734 undi
16. Datuk Teng Chang Khim: 702 undi
17. Ronnie Liew Tian Khiew: 688 undi
18. Datuk Ngeh Koo Ham: 659 undi
19. Zairil Khir Johari: 649 undi
20. V Siva Kumar: 586 undi

Berikut pula adalah keputusan pemilihan CEC pada 15 Disember 2012 (setelah diperbetulkan kesilapan teknikalnya pada 4 Januari 2013):

1. Lim Kit Siang: 1607 undi
2. Lim Guan Eng: 1576 undi
3. Karpal Singh: 1411 undi
4. Chong Chieng Jen: 1211 undi
5. Anthony Loke Siew Fook: 1202 undi
6. Tan Kok Wai: 1199 undi
7. Gobind Singh Deo: 1197 undi
8. Tony Pua Kiam Wee: 1162 undi
9. Datuk Teng Chang Khim: 1152 undi
10. Fong Kui Lun: 1137 undi
11. Nga Kor Ming: 1075 undi
12. Chong Eng: 1006 undi
13. Chow Kon Yeow: 986 undi
14. Liew Chin Tong: 984 undi
15. M Kula Segaran: 984 undi
16. Dr Boo Cheng Hau: 958 undi
17. Teresa Kok Suh Sim: 925 undi
18. Teo Nie Ching: 903 undi
19. Datuk Ngeh Koo Ham: 824 undi
20. Zairil Khir Johari: 803 undi

Mengikut Perlembagaan DAP juga, CEC DAP mempunyai kuasa untuk melantik tidak lebih dari 10 orang ahli tambahan ke CEC.

Berdasarkan peruntukan Perlembagaan DAP ini, CEC DAP telah melantik 10 orang ahli tambahan ke CEC yang terdiri daripada:

3 Ahli Parlimen, iaitu:
Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong Tien Fatt (Pengerusi DAP Sabah)
Ahli Parlimen Ipoh Timor, Thomas Su Keong Siong
Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming

5 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), iaitu:
ADUN Canning, Wong Kah Woh (Pengerusi Kebangsaan DAPSY)
ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh Tseow Suan (Naib Ketua Wanita DAP)
ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin 
ADUN Mentakab, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji
ADUN Ayer Keroh, Melaka, Khoo Poay Tiong

1 Pemimpin DAP Sarawak, iaitu Dr John Brian Anthony

1 Pemimpin DAP Sabah, iaitu Jannie Lasimbang

Setelah menyelidiki latar belakang 10 orang ahli tambahan yang dilantik ke CEC ini, adalah didapati bahawa sekurang-kurangnya 7 daripada 10 orang ahli tambahan ini adalah penganut Kristian tegar, di mana sebahagian daripada mereka pula diketahui sebagai terlibat dengan aktiviti evangelisme Kristian, iaitu Stephen Wong Tien Fatt, Thomas Su Keong Siong, Dr Ong Kian Ming, Hannah Yeoh Tseow Suan, Yeo Bee Yin, Dr John Brian Anthony dan Jannie Lasimbang.

Saya tidak pasti apa agama anutan Wong Kah Woh, walaupun beliau kerap memaparkan gambar beliau bersama isteri beliau mengunjungi Gereja St Anne di Bukit Mertajam di samping kerap memaparkan gambar beliau merayakan Hari Krismas, begitu juga dengan agama anutan Khoo Poay Tiong. Tengku Zulpuri Shah Raja Puji pula adalah penganut Islam.

DAP sebenarnya telah mensesiakan peluang cukup baik untuk memperbaiki imejnya di kalangan pengundi Melayu Islam yang terbentang luas melalui pemilihan semula CEC ini.

Jika DAP benar-benar serius mahu memperbaiki imejnya di kalangan pengundi Melayu Islam, sudah tentulah tokoh-tokoh Melayu Islam yang bertanding di dalam pemilihan semula CEC ini, seperti Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dan Dr Ariffin Omar, akan dipilih. Malangnya, hanya Zairil Khir Johari, yang disifatkan banyak pihak sebagai bukan Melayu tulen tetapi Melayu celup, kekal menjadi sesatu calon yang terpilih.

Lebih jauh lagi, jika DAP benar-benar serius mahu memperbaiki imejnya di kalangan pengundi Melayu Islam, sudah tentulah tokoh-tokoh Melayu Islam yang hanya memasuki DAP selepas pemilihan CEC pada 15 Disember 2012, seperti Dr Abdul Aziz Bari, Datuk Zaid Ibrahim dan Datuk Yeop Adlan Che Rose, selain mana-mana tokoh-tokoh Melayu Islam yang kalah di dalam pemilihan semula CEC ini, dilantik untuk mengisi kuota 10 orang ahli tambahan.

Bagaimanapun, di sebalik mengisi CEC dengan lebih ramai tokoh-tokoh Melayu Islam, DAP malangnya sekadar mengekalkan 1 kuota Melayu Islam di dalam kuota lantikan ini dengan melantik Tengku Zulpuri Shah Raja Puji bagi menggantikan tempat yang disandang oleh Dr Ariffin Omar.

Sangat pelik sekali melihat cara para pemimpin DAP berpolitik ini kerana di saat ia sedang menghadapi krisis keyakinan yang serius di kalangan pengundi Melayu Islam, dan di saat ia sedang diserang dengan isu Kristianisasi, tokoh-tokoh Kristian jugalah yang menjadi pilihan utamanya untuk dilantik ke CEC sedangkan ini hanya akan memperkuatkan lagi dakwaan bahawa DAP memang mempunyai agenda Kristianisasi.

Dr Kamarul Yusuf

Wednesday, November 22, 2017

JIKA HARGA MINYAK RM2 50 3 BULAN BERTURUT TURUT, KERAJAAN AKAN CAMPUR TANGAN

Kerajaan BN Berjaya Stabilkan Harga Minyak

Minggu lepas ramai yang menjadi pakar ekonomi segera di Facebook dan Whatsapp bila minyak RON95 naik 7 sen. Bermacam macam teori keluar dan diperbincangkan. Lebih hangat dari perbincangan dalam Dewan Rakyat.

Namun segala yang panas itu hanyalah bertahan selama 2 hari sahaja, selepas itu diam balik. Semua pakar ekonomi itu menjadi pakar gambar pula bila semua sibuk menafsirkan apa maksud di sebalik lawatan Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid ke hospital menziarahi Anwar Ibrahim.

Pakar pakar ekonomi pembangkang di Facebook tidak membawa isu harga minyak ini ke mana mana pun. Semalam, dalam satu kenyataan media, Kementerian Kewangan telah menyatakan bahawa kerajaan akan masuk campur dan akan mengenal pasti langkah bersesuai­an sekiranya harga runcit RON95 dan diesel mele­bihi RM2.50 seliter secara berterusan selama tiga bulan.

“Kerajaan prihatin dan memahami kesan kenaikan harga minyak di pasaran dunia yang kini telah mencecah lebih AS$60 (RM249) setong. Berdasarkan kepada trend kenaikan harga minyak mentah dunia sejak kebelakangan ini, kerajaan akan mengenal pasti langkah bersesuaian bagi mengurangkan impak kenaikan itu,”  menurut kenyataan Kementerian Kewangan.

Dua minggu berturut turut, harga minyak naik 7 sen dan menjadi RM2.38 seliter pada minggu lepas. Hakikatnya, sejak diperkenalkan penetapan harga minyak mingguan ini sejak 6 April 2017, sudah 12 kali harga minyak turun sebanyak 74 sen. Manakala sejumlah 20 kali harga minyak naik sejumlah 82 sen. Jika dihitung kembali ianya baru mahal 8 sen berbanding harga sebelum penetapan harga mingguan ini.

Diulangi kembali, baru 8 sen. Beruang Biru sebelum ini ada mengulas apakah kenaikan harga minyak ini amat amat menekan rakyat? Mana lagi penting, beri subsidi BR1M atau beri subsidi minyak? Baca ulasan ini,

https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/11/beri-subsidi-br1m-atau-subsidi-minyak_16.html#.WhOYsnlx3IU

Jangan mudah beremosi dan marah sebelum mengira dengan habis satu persatu. Menurut data Persatuan Automotif Malaysia (MAA), sehingga 30 Jun 2017, jumlah kenderaan di jalan raya berjumlah 28,181,203 juta unit. 

Terdapat 13,288,797 juta kereta dan 12,933,042 juta motosikal yang didaftarkan, serta 185,035 kenderaan perkhidmatan awam (PSV) termasuk bas, teksi dan kenderaan sewa persendirian. 

Di negara kita ini, sejumlah 760,000 tong minyak mentah digunakan sehari. Ini bermakna bahan bakar digunakan dalam sehari adalah 760,000 x 159 = 120,840,000 liter sehari. Kalau diberi subsidi 1 sen untuk seliter, maka kerajaan perlu membayar RM1,208,400 untuk 1sen.

Kalau 10 sen subsidi, bermakna bagi sehari kerajaan kena bayar RM12,084,000. Bagi tempoh setahun, RM1,208,400 x 365 hari = RM441,066,000 bagi satu sen, Jika 10 sen jumlahnya akan jadi RM4.41billion.

Kalau beri subsidi 50 sen seliter, jumlahnya akan menjadi RM22 billion atau hampir separuh dari jumlah peruntukan pembangunan dalam Bajet 2018. Nilai RM22 billion ini adalah sama dengan nilai jumlah keseluruhan eksport “crude oil” Malaysia pada tahun 2016.

Hanya untuk subsidi minyak habiskan RM22 billion. Semua orang dapat subsidi minyak ini, termasuklah yang naik kereta mewah, Buggati Veyron, Bentley, Jaguar dan Porshe Cayanne. Lebih baik beri subsidi tersasar kepada mereka yang memerlukan sahaja, bukan mereka yang anggap BR1M sebagai rasuah dan dedak.

Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan II dalam satu forum pada Ahad lepas menyatakan kerajaan BN pusat masih memberi subsidi kepada rakyat berjumlah RM86 billion secara keseluruhannya.

“Untuk pengetahuan tuan-tuan semua, subsidi secara langsung yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat adalah sebanyak RM26 bilion. Ia diberikan melalui pelbagai skim subsidi. Manakala subsidi secara tidak langsung yang diberikan oleh kerajaan pula berjumlah RM60 bilion” kata Datuk Seri Johari.

Seorang pelajar sekolah di Malaysia masih mendapat subsidi kerajaan berjumlah RM700 sebulan manakala di universiti pula subsidi kerajaan untuk 670,000 orang pelajar di IPTA adalah berjumlah RM1,700 sebulan. Pemberian subsidi sebegini lebih tersasar dan dapat ke tangan mereka yang benar benar memerlukan.

Jika hendak dihabiskan RM22 billion kepada minyak sahaja ianya bukan satu langkah yang bijak dan produktif untuk ekonomi negara. Venezuela minyaknya adalah yang paling murah di dunia, namun pembangunan ekonomi di Venezuela adalah negatif dua belas peratus.

Hari ini, kerajaan Malaysia sudah berjaya mencari penyelesaian tentang harga minyak. Harga minyak di negara ini masih di tangga ke-17 termurah di dunia. Kerajaan sudah menyatakan akan masuk campur jika harga minyak melebihi RM2.50 sen secara berterusan selama tiga bulan.

Pembangkang sekarang tidak lagi janji hendak turun harga minyak macam dahulu. Mereka cakap hanya mahu stabilkan harga minyak sahaja. Buat apa lagi percaya kalau tukar kerajaan maka harga minyak boleh stabil atau turun. Itu hanya janji yang belum tentu ditepati.

Kerajaan yang ada sekarang sudah terbukti dan berjaya stabilkan harga minyak pada kadar yang berpatutan untuk rakyat Malaysia.

Tulisan :
Beruang Biru
BB668, Selasa
21 November 2017.