Monday, April 30, 2018

HEBATKAN NEGARAKU

Barisan Nasional Diramal Dapat 150 Kerusi Parlimen Dalam PRU14

Penamaan calon sudah selesai di seluruh negara pada hari Sabtu lepas. 590 kertas penamaan calon diterima untuk kerusi parlimen, 1,394 kertas pencalonan bagi kerusi DUN. 11 kertas pencalonan ditolak.

Di parlimen, 29 kerusi ada pertandingan satu lawan satu. 143 tempat berlakunya tiga penjuru, 22 tempat ada empat penjuru dan tiga parlimen ada 5 penjuru.

Manakala di DUN, 38 kerusi satu lawan satu. 331 ada tiga penjuru, 54 tempat empat penjuru, 18 tempat 5 penjuru dan ada tiga tempat enam penjuru. Meriahnya demokrasi di Malaysia.

530 calon lelaki dan 60 calon wanita di kerusi parlimen manakala di kerusi DUN ada 1,244 calon lelaki dan 150 calon wanita. BN tampilkan 85 orang calon wanita, 26 di kerusi parlimen dan 59 orang di kerusi DUN.

Calon tertua adalah Mahathir, dengan usia 92 tahun dan bertanding di parlimen Langkawi. Manakala BN pula menampilkan 6 orang calon muda berusia di bawah usia 35 tahun di kerusi parlimen.

Atas kertas sudah boleh mencongak siapa yang bakal menang dan bakal kecundang. Mukhriz dan Mahathir dijangka tumpas di Jerlun dan Langkawi. Undi kepada calon PAS lagi banyak berbanding dua orang calon PKR itu.

PAS pula diramal menang di 7 kerusi tradisi mereka iaitu di Pengkalan Chepa, Rantau Panjang, Kubang Kerian, Bachok, Pasir Mas, Kota Bharu, Marang dan Kuala Kedah.

PAN yang teruk diserang oleh PAS dijangka kalah di semua kerusi kecuali dua tempat sahaja iaitu di Shah Alam dan Parit Buntar. PPBM yang memakai logo mata lebam dijangka menang tipis sahaja di Pagoh. Itu pun kalau PPBM silap langkah, Muhyiddin pun akan melingkup di Pagoh.

Shafie Apdal dijangka menjadi arang atau abu di Semporna. Manakala DAP diramal tawan Teluk Intan dan Bakri. PKR hilang tiga kerusi di Batu, Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak.

Ramalan ini dianalisa berdasarkan kajian Invoke, Merdeka Center yang lepas dan menerusi sumber dalaman dari Pakatan Rakyat.

Keseluruhannya, Barisan Nasional dijangka mendapat 153 kerusi parlimen, DAP dapat 40, PKR menang 23 kerusi, PAS peroleh 7, PPBM menang 1 kerusi dan Warisan boleh 1 kerusi sahaja. DAP akan tambah lagi kerusi daripada kerusi yang sedia ada.

Pakatan Harapan akan dapat 65 kerusi parlimen sahaja dan ketua pembangkang di parlimen masih lagi DAP. Mahathir dan anaknya "terkorban" terus bila DAP tidak mahu kerusi selamat kepada mereka berdua dalam PRU14.

Menurut satu kajian Tindak Malaysia, bilangan kerusi parlimen majoriti Cina sudah menurun kepada 24 kerusi sahaja. Boleh jadi bilangan kemenangan DAP, yang diramal 40 kerusi ini akan berkurangan lagi.

Malah di kawasan luar bandar, rakyat masih marah bila Mahathir dan PH mahu hapuskan BR1M. Bagi orang kampung mereka mahukan BR1M. Kalau mansuh GST belum tentu harga barang turun. Kalau mansuh GST, entah entah orang kampung tidak dapat BR1M lagi selepas ini.

Harus diingat ada 155 kerusi luar bandar termasuklah 54 kerusi di kawasan Felda. Orang di luar bandar mahukan kemajuan dan nikmat yang mereka dapat selama ini diteruskan. Mereka tidak mahu Mahathir lagi sebagai PM.

Apa yang mereka nikmati sekarang adalah di zaman Najib bukannya Mahathir. Kalau sudah mahu mansuh ECRL dan HSR sudah tentu rakyat di kawasan itu tidak akan beri undi pada PH. Berpuluh ribu peluang kerja akan hilang.

Mahathir kini sudah tekan "panic button" bila melihat sokongan Melayu terhadap PH masih lagi tiada. Mulalah reka cerita bukan bukan, cakap jet peribadi kena sabotaj, ada orang hendak langgar kereta dia dan macam macam lagi.

Mahathir tahu PH akan kalah. DAP pun tahu PH akan kalah, sebab itu satu kerusi selamat kawasan DAP pun tidak diberi pada Mahathir dan Mukhriz. Pembangkang akan jadi lagi huru hara lepas pilihanraya ini.

Huru hara sebab tidak dapat kuasa. Jangan bagilah kuasa pada orang yang gila kuasa. Baik kekalkan kerajaan yang sedia ada.

#BersamaBN
#HebatkanNegaraku

Tulisan :
Beruang Biru
BB897, Isnin
30 April 2018

Friday, April 27, 2018

BN MENANG BESAR

Barisan Nasional Akan Dapat Keputusan Yang  Baik Dalam PRU14

Dalam satu temubual bersama Bloomberg yang disiarkan di blog NajibRazak.com pada 26 April 2018, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau menjangkakan "keputusan yang lebih baik" dalam PRU14 ini.

Sepanjang tempoh satu jam di sebuah bilik yang berkibaran bendera Malaysia di ibu pejabat partinya di Kuala Lumpur, Najib bercakap mengenai pilihan raya pada 9 Mei ini. Najib berdepan dengan mentornya yang kini sudah bertukar menjadi “Dark Vader”.

"Kami yakin dengan keputusan yang baik," kata Najib. Tidak ada pergerakan untuk mengubah kerajaan, saya tidak melihatnya. Itu tidak menandakan kita akan menang dengan majoriti besar, tidak, saya tidak dapat meramalkannya, tetapi saya akan yakin bahawa kita boleh jangkakan hasil yang positif. " kata Datuk Seri Najib.

Keyakinan Najib itu disebut berdasarkan gabungan pembangkang ketika ini yang disebutnya sebagai "gabungan parti pelbagai pendapat". Mahathir telah lama memperjuangkan hak-hak Melayu, manakala pembangkang yang paling berkuasanya - Democratic Action Party (DAP) - lebih memihak kepada etnik Cina.

"Saya tidak nampak bagaimana mereka boleh bekerjasama," kata Najib. Dalam temu bual itu juga, Najib meramalkan blok pembangkang akan menghadapi kesukaran selepas kehilangan sokongan parti Islam utama yang membantu perjuangan mereka pada tahun 2013.  Beliau juga berkata pengundi bandar dan pengundi Cina yang turun mengundi pada pilihan raya lepas dengan harapan membawa perubahan sudah kurang motivasinya.

"Hari ini, mereka sedar tidak mungkin (untuk pakatan mengambil alih kerajaan). Jadi saya fikir keghairahan (motivasi) itu sudah banyak berkurangan." kata Najib

Najib juga ditanya sama ada undang-undang #FakeNews yang baru digubal  boleh digunakan untuk menyekat pembangkang, Najib berkata media sosial Malaysia "lebih bebas daripada banyak negara lain."

"Anda boleh mengkritik kerajaan, anda boleh mengatakan bahawa kami tidak bersetuju dengan kerajaan, anda boleh mengatakan anda tidak akan mengundi kerajaan, dan itu tidak mengapa. Maksud saya, saya boleh menerimanya." kata Datuk Seri Najib.

Najib bercakap tentang pertempurannya dengan Mahathir, yang telah menuduhnya dengan bermacam macam tuduhan. Najib berkata Mahathir sendiri telah melakukan beberapa persempadan semula dan persempadanan semula baru-baru ini adalah kerana "mengambil kira beberapa perubahan demografi."

"Saya fikir dia terlalu obses untuk mengawal segalanya, untuk menjadi orang yang utama, sebenarnya, ketika kami masih sahabat baik, dia ada mencadangkan penubuhan majlis penatua (council of elders)," kata Najib.

 "Sudah tentulah, anda boleh membayangkan siapa yang akan mempengerusikan majlis penatua itu dan menjadi pemangku perdana menteri selepas setiap kabinet, saya fikir saya akan perlu ‘berarak’ ke pejabatnya untuk mendapatkan persetujuannya. Dia mahu saya tunaikan permintaannya," kata Najib.

Ini bahagian pertama wawancara Bloomberg bersama dengan Datuk Seri Najib. Bukan suatu yang mengejutkan jika BN diramal mendapat keputusan yang lebih baik pada PRU14 berbanding PRU13. Ini kerana badan penarafan antarabangsa sudah iktiraf manifesto BN, baca sini :

http://www.mykmu.net/2018/04/badan-penarafan-antarabangsa-iktiraf-manifesto-barisan-nasional/

Bukan itu sahaja, institusi kewangan pun mahu Datuk Seri Najib dan Barisan Nasional kekal di Putrajaya. Baca sini :

https://www.facebook.com/beruangbiru1/posts/1842816119072190

#BersamaBN #HebatkanNegaraku

Tulisan :
Beruang Biru
BB892, Khamis
26 April 2018.

Friday, April 20, 2018

SALAH TANGKAP KAPAL

Mahkamah Dan Polis Indonesia Sudah Sahkan Kapal Equanimity Tiada Kaitan Dengan 1MDB

Lagi dua kali hari Rabu sebelum hari pengundian. Namun semalam semua penyokong pembangkang sudah mula menyembunyikan muka mereka dalam semak samun bila keluarnya berita keputusan mahkamah tentang kapal Equanimity.

Selama ini penyokong bolasepak sahaja yang berbuat demikian, semalam khabarnya ramai penyokong pembangkang yang lari sembunyi dalam semak samun, malah ada pemimpin pembangkang terus masuk gua bila keputusan mahkamah itu keluar.

Dalam kes rampasan kapal layar mewah Equanimity oleh pihak berkuasa Indonesia pada 26 Februari lepas, Polis Indonesia sudah mengesahkan bahawa kapal berkenaan tiada kaitan dengan 1MDB.

Sekarang kita tunggu dan lihat apa Pakatan #HarapanPalsu (PH) dan #HarapanFitnah hendak buat untuk manipulasi tentang kenyataan ini. Semalam bila isu kapal ini selesai mereka buka pula cerita lama tentang IPP Langat yang sudah berulang kali dijawab oleh 1MDB.

Malah dijangkakan menjelang hari pengundian nanti, akan ada lagi isu isu “recycle” yang akan dimainkan untuk terus mengelirukan rakyat dan pengundi, padahal semua perkara itu sudah pun dijawab sebelum ini.

Penipuan pembangkang kononnya 1MDB ada kaitan dengan kapal Equanimity terbukti tidak benar. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ekonomi dan Khas POLRI Brigadier Jeneral Dr Rudy Heriyanto berkata Mahkamah menyatakan bahawa tindakan menyita kapal berkenaan adalah tidak sah serta tidak mengikut lunas undang-undang.

"Justeru itu, Mahkamah memerintahkan supaya kapal terbabit dikembalikan kepada pemohon iaitu Equanimity Cayman Ltd selaku pemiliknya," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mahkamah Indonesia pada 17 April lalu mendapati tindakan pihak berkuasa Republik itu menyita kapal berkenaan di perairan Bali adalah tidak sah.

Hakim Mahkamah Daerah Jakarta Selatan, Ratmoho memerintahkan supaya kapal itu yang bernilai hampir RM1 bilion dikembalikan kepada pemilik asalnya. Keputusan untuk memulangkan semula Equanimity dibuat selepas mahkamah mendapati pihak berkuasa Indonesia tidak mematuhi prosedur undang-undang ketika melakukan rampasan itu.
 
"Sitaan itu tidak sah, justeru mahkamah membatalkannya," perintah Ratmoho. Berdasarkan keterangan dalam prosiding mahkamah kapal layar berkenaan adalah milik sah Equanimity Cayman Ltd. Dakwaan bahawa kapal itu ada kaitan dengan 1MDB adalah tidak benar sama sekali.

Kapal mewah itu, sebelum ini dilaporkan media disita oleh Indonesia atas permintaan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS). Kini, pemilik kapal sudah membawa tindakan menyita kapal itu secara tidak sah selama enam minggu di mahkamah Indonesia dan AS.

Pada 30 Mac lepas, Equanimity menyifatkan DOJ dan pihak berkuasa Indonesia bertindak melampaui had perundangan negara masing-masing dalam isu berkenaan dan pemilik kapal itu memfailkan dokumen berkaitan di mahkamah untuk kedua-dua negara membuktikannya.

Kapal berkenaan didakwa kononnya dibeli oleh ahli perniagaan Jho Low dengan menggunakan wang yang diambil dari 1MDB secara haram. kapal Equnaimity adalah sebahagian daripada beberapa aset yang dikatakan dibeli antaranya lukisan, rumah mewah dan juga penerbitan sebuah filem di AS.

DOJ sendiri menangguhkan kes berkaitan aset-aset itu tahun lepas kerana tidak ada bukti kukuh serta tidak ada langkah diambil untuk membuktikan sebarang salah laku berlaku.

Sepatutnya, perlu ada aduan dari satu sumber yang sah bahawa ada salah laku jenayah dilakukan bila ada dakwaan mencuri wang dari syarikat 1MDB. Dalam kes ini, tidak ada sebarang aduan salah laku jenayah dibuat. Malah PAC sudah buktikan tiada wang 1MDB yang dicuri dan hilang.

Siasatan dari DOJ hanyalah berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh pihak ketiga (Sarawak Report) yang mendedahkan kes itu tanpa sebarang bukti sahih bahawa ada jenayah sudah dilakukan. Oleh itu, kes itu tidak ada asas kukuh untuk disiasat sebagai kes jenayah. Mereka hanya laksanakan langkah penyitaan sivil aset berkenaan berasaskan maklumat pihak ketiga semata mata.

DOJ tidak memanggil individu yang dinamakan di dalam saman sivil itu untuk sebarang pembelaan. Ini satu tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan. Kredibiliti DOJ boleh dipersoal dan dipertikaikan.

Mahathir, pemimpin PH dan macai pakatan sudah tidak ada modal lagi untuk serang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan 1MDB. Kapal layar, kapal terbang dan lukisan sah dibeli bukan dengan duit 1MDB.

Baca pautan ini :
 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1685148241580125&id=1122306847864270

Lebih baik rakyat negara ini bincang mengenai #ManifestoBN yang lebih realistik untuk masa depan negara ini. #HebatkanNegaraku dan #DahulukanRakyat daripada dengar cerita bohong Mahathir dan pembangkang.

Kebenaran tentang kes kapal Equanimity sudah terbongkar, kebenaran tentang RM2.6 bilion pun sudah diketahui. Sekarang pihak berkuasa di Indonesia sendiri sudah sahkan kapal mewah berkenaan tidak ada sebarang kaitan dengan 1MDB. Jadi, jangan undi pembangkang yang hidup berasaskan penipuan dan hasutan semata-mata.
 

Tulisan :
Beruang Biru
BB877, Khamis
19 April 2018

Wednesday, April 11, 2018

RAKYAT GEMBIRA DENGAN BRIM RM2000

BR1M Buat Pembangkang Terus Terkedu

Pengumuman tambahan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sekali ganda kepada lebih 7 juta penerimanya oleh pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi akujanji Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nyata telah membuatkan pembangkang terkedu.

Selalunya Pakatan Harapan (PH) yang paling banyak berkokok apabila Najib mengumumkan insentif untuk rakyat. Kali ini mereka kena pukulan "knocked out" sekali lagi selepas BN bentang manifesto pada hari Sabtu lepas.

Ketika Bajet 2018 dibentangkan tahun lepas, pembangkang terkedu juga mendengar satu demi satu Bajet yang dirangka BN lebih baik berbanding bajet alternatif pembangkang. Baca pautan ini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1830684716951997&id=697192853634528

Boleh buang dalam tong sampah sahajalah manifesto pembangkang. Mahathir pun sudah mengaku manifesto pembangkang hanya untuk raih populariti semata mata, bukannya untuk dilaksanakan pun. Baca sini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1814844358536033&id=697192853634528

Manifesto BN lebih reaslitik dan untuk rakyat. Pembangkang yang selalu "troll" akaun media sosial Datuk Seri Najib telah kalah. Selepas dua jam pengumuman manifesto, terdapat 13,200 reaksi dari netizen di Facebook Dato Seri Najib. 9,300 buat tanda "likes" dan "love" manakala hanya 2,900 sahaja buat tanda "angry". Sejumlah 162,000 orang "viewers" dan 3,500 "share". Ini tanda rakyat suka dengan manifesto BN.

Setakat boleh kata BR1M dedak. Itu sahajalah modal pembangkang. Jika BR1M adalah dedak dan umpan pilihan raya, kenapa PH turut memasukkan pemberian BR1M dalam manifesto mereka? Mungkin kerana bagi PH, manifesto bukan satu janji maka belum tentu mereka akan melaksanakannya.

Cuba lihat manifesto PH mengenai BR1M. Ia tidak menyatakan jumlah yang akan diberikan kepada penerima BR1M. Sebaliknya ia adalah umpan untuk menarik pengundi. Tidak malukah, selepas menghina BR1M sebagai dedak dan rasuah, kini mereka mahu meneruskan program berkenaan yang telah diiktiraf oleh pakar ekonomi dan dunia.

Ini adalah bukti PH tidak ikhlas ketika mengumumkan pemberian BR1M. Dari segi pemimpinnya pun sudah nampak bagaimana mereka tidak menghargai bantuan itu malah pengerusi PH, Mahathir Mohamad masih lagi melabel BR1M sebagai dedak dan rasuah.

Malah selepas manifesto PH dilancarkan, Mahathir masih mengulangi dakwaan itu ketika berucap pada himpunan haram Bersih di depan Parlimen baru-baru ini.

Mahathir tentu terlupa bahawa BR1M berada dalam manifesto PH tapi beliau masih memanggilnya sebagai dedak dan rasuah.

Namun pada usia 93 tahun, tidak terkejut pun jika beliau terlupa. Orang tua akan menjadi nyanyuk sebab itulah Mahathir selalu terlupa.

Kerana usia tua itulah Mahathir lupa apa yang dilakukannya dulu dan sebab itulah beliau banyak kali buat pusingan U.

Kepada rakyat Malaysia, khususnya penerima BR1M, biarlah Mahathir menghina anda kerana beliau tidak sedar betapa BR1M banyak membantu anda meringan beban kewangan. Mahathir sudah kaya, anak-anaknya juga sudah jadi jutawan, jadi sudah tentu beliau tidak hairan dengan BR1M.

Tapi Najib lain, beliau mahu membantu golongan sasar ini dengan memberikan bantuan wang kepada mereka. Ia merupakan tanggungjawab kerajaan untuk membantu rakyatnya, jadi jangan peduli penghinaan daripada Mahathir.

Apa yang penting ialah tolak Mahathir dan PH yang asyik mengulangi ayat dedak, padahal merekalah yang lidah bercabang.

BR1M telah banyak membantu rakyat. Dalam manifesto PRU13, Datuk Seri Najib umum BR1M akan akan diberi sehingga RM1200 setahun. Jumlah itu telah pun ditunaikan BN. Bermula hanya dengan RM500 sahaja BR1M ketika awal diperkenalkan pada 2012.

Pada tahun 2013, sejumlah 6.8 juta rakyat menerima manfaat BR1M sejumlah RM2.9 billion. Pada tahun 2014, sejumlah RM3.64 billion dibelanjakan untuk BR1M kepada 6.96 juta orang. Tahun 2015, 7.44 juta penerima BR1M dengan peruntukkan RM5.35 billion.

Tahun yang dituduh Malaysia hendak bankrup dan muflis, tetapi negara tidak bankrup, BR1M tetap diteruskan lagi buat tahun kelima berturut turut pada tahun 2016 dengan peruntukan RM5.36 billion kepada 7.28 juta orang.

Tahun 2017, 7.23 juta orang dapat BR1M lagi dengan jumlah RM6.31 billion. Tahun 2018, sejumlah 6.48 juta orang dapat BR1M dengan peruntukan sejumlah RM5.35 billion.

Jika terus mengundi Barisan Nasional, maka rakyat bolehlah menikmati tambahan BR1M yang diumum oleh Datuk Seri Najib pada hari Sabtu lepas. Jika salah memilih, apa pun tidak dapat, BR1M pun akan terlepas.

Tulisan :
Beruang Biru
BB860, Isnin
9 April 2018

Saturday, April 7, 2018

PENGUMUMAN MANIFESTO BN OLEH NAJIB RAZAK BIKIN MAHATHIR MAHU MASUK KUBUR SEGERA

BR1M Jadi Topik Hangat Selepas Pelancaran Manifesto Barisan Nasional

Semua rakyat bercakap dan berbual mengenai BR1M selepas Dato Seri Najib Razak mengumumkan berita berita gembira buat penerima BR1M dalam pelancaran manifesto di Axiata Arena tadi.

Tenggelam habis berita dan cerita lain. Senyap terus pembangkang. Tidak berkicau langsung di media sosial. Seolah terpaku dengan manifesto BN.

Tujuh juta rakyat Malaysia yang sedia ada menerima BR1M gembira mendengar pengumuman manifesto BN tadi. Dato Seri Najib umumkan :

Pengumuman Istimewa:-
1. Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah, BR1M digandakan RM800.00 menjadikan jumlah keseluruhan RM2,000.

2. Pendapatan isi rumah RM3,000 - RM4,000 - digandakan kepada RM600.00. menjadikan jumlah keseluruhan kepada RM1,500.00

3. Individu Bujang berpendapatan bawah RM2,000.00 akan ditambah RM150.00 menjadi RM600.00.

4. Satu kategori baru diwujudkan iaitu bagi isirumah berpendapatan RM4,000- RM5,000 yang akan mendapat RM700 dan akan dibayar dua kali dalam masa setahun.

5. Bantuan "one off" RM1,500 kepada anak-anak penerima BRIM yang berjaya pergi ke pusat pengajian tinggi.

Harus diingat bahawa apa yang diumumkan mengenai BR1M tadi adalah manifesto BN. Perlu undi BN untuk merealisasikan manifesto mengenai BR1M ini dalam PRU14 nanti.

Kalau tidak undi BN, maka tidak dapatlah apa yang ditawarkan mengenai BR1M itu. Rakyat kena kekalkan kerajaan BN yang sedia ada.

Bila kerajaan BN mampu memberikan bayaran berganda buat BR1M, bermakna ekonomi kerajaan yang ada sekarang adalah kuat dan kukuh. Tidak bankrup seperti yang didakwa pembangkang. .

Kalau negara ini bankrup mana boleh sukarelawan polis, anggota RELA, anggota APMM, askar wataniah dan pasukan keselamatan yang bersara dapat tambahan imbuhan dan elaun.

Kerajaan BN telah uruskan negara ini dengan baik. Jangan lingkupkan semua benda baik dan istimewa ini dengan memilih parti yang salah.

BR1M tidak dapat, apa pun tidak dapat jika mengundi selain dari Barisan Nasional.

#ManifestoBN
#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat

Tulisan :
Beruang Biru
BB857, Sabtu
7 April 2018