Irene Fernandez meninggal dunia
Aktivis hak asasi dan Pengarah Eksekutif Tenaganita Irene Fernandez
meninggal dunia hari ini selepas mengalami kegagalan jantung.
“Irene meninggal dunia pada pukul 10.58 pagi ini di Unit Rawatan Koronari Hospital Serdang.
“Saya serta keluarga lain berada di sisinya semasa beliau menghembuskan
nafas terakhir,” kata Josie sambil menambah hasrat terakhir Irene adalah
untuk mayatnya dikremasi.
Irene Fernandez, 69, meninggalkan seorang suami dan tiga orang anak,
dirawat di Hospital Serdang sejak Selasa.Mayat mendiang akan dibawa ke
rumahnya di Seremban.
Irene yang sebelum ini dikenali dengan perjuang sesamarataan hak yang
banyak menyentuh tentang isu isu sensetif seperti agama dan kaum.
Antara kontroversi yang menyulubungi beliau mnegenai ulasan Irene yang
dilihat banyak mempertikaikan perlembagaan Malaysia.
diantaranya adalah penerbitan artikel bertajuk Constitutional provisions
on Malay rights, land, promote discrimination, study suggests seperti
disiarkan dalam portal berita propembangkang, The Malaysian Insider