Showing posts with label TUN MAHATHIR. Show all posts
Showing posts with label TUN MAHATHIR. Show all posts

Monday, February 29, 2016

TUN M PERNAH MENGINGATKAN PM SELEPAS BELIAU...

Tapi sayang Tun M sendiri terlupa apa yang telah beliau ingatkan pada PM, presiden UMNO selepas beliau. Kini Tun M sedang berperang dengan ingatan beliau sendiri....





Friday, October 17, 2014

SUKA BUAT-BUAT LUPA..!!!!!

Dunia amat menyanjung tinggi Tun Mahathir terutama umat Islam di seluruh dunia. Umat Islam Malaysia turut terima tempias penghormatan tersebut. Berbanggalah wahai uat Islam Malaysia..malangnya ada juga umat Islam Melayu yang sangat-sangat anti Tun Mahathir...mereka tahu kerja buat mulia, tulus ikhlas Tun Mahathirlah yang trlah mengangkat martabat umat Islam Malaysia..tapi Melayu jenis ini buat-buat lupa...





Monday, September 29, 2014

AYAT DIA MEMANG DALAM!!!!

Ayat orang tua ni memang dalam. Lebih senak kepala Azmin dari senak yang dihasilkan pleh Anwar ke atas Saiful



Friday, September 26, 2014

RELA DITANGKAP DARI DILIWAT

Jelas Tun M tak kisah jika ditangkap kerana menegakkan serta mempertahankan hak-hak orang Melayu. Tun M tak rela jika bangsanya tersungkur tanpa berjuang..!!!


"Tangkap...Jika Saya Bersalah" - Tun Mahathir

Sunday, September 14, 2014

NAH AMBIK..TOKEY BAWA DULU..!!!

Cantik..menarik...yang lebih menarik..pencetus idea sendiri yang memandunya sebagai promosi..
Yang selalu sakit hati dengan Tun M pula akan terus sakit hati....



Proton PCC/Iriz mempersonakan






Pagi ini Pengerusi Proton Yang Berbahgia Tun Dr Mahathir Mohamad telah memandu uji sendiri sebuah kereta keluaran terbaru Proton yang akan dilancarkan kira-kira 10 hari dari sekarang.

Model yang dikenali sebagai Iriz merupakan kereta kompak yang menyerupai Perodua Myvi dan Honda Brio namun Iriz lebih besar dan lebih luas berbanding model dalam segmennya.

Iriz didatangkan dengan dua versi engine 1300 cc dan 1600cc. Harga bermula dengan dibawah RM 43 ribu dan ke varian termahal di bawah RM 63 ribu dan menjadi persaing hebat bukan saja Honda Jazz, Hyundai i10 dan model lain.

Mempunyai sistem penghidup tekan butang, sensor hujan dan sensor gelap membolehkan lampu menyala dan tutup dengan sendiri, model ini dilengkapi dengan 6 beg udara, lampu LED dan pelbagai alatan atau aksesori yang memikat hati peminat kereta.

Tunggu kemunculannya.

SUMBER

Wednesday, August 6, 2014

aMAT bERNILAI tINGGI...!!!!

nEGARA pENGGANAS yAHUDI nAK bUNUH..dI nEGARA pENUH pEMBANGANG sEPERTI mALAYSIA rAMAI yANG mAKI hAMUN tAPI dI nEGARA yANG pENUH dENGAN mASYARAKAT yANG bERILMU..bELIAU aMAT bERNILAI tINGGI

Kelab Che Det telah menambah 4 foto baru.
Tun M di program Summer School Talk yg menjadi acara tahunan di Jepun... buah fikiran Tun M sll dinantikan di sana..!! - gambar oleh Mazli Mazlan




Thursday, April 3, 2014

TUN MAHATHIR


Jom Tengok Tun Mahathir MELAWAK !

MMI merupakan salah seorang yang begitu mengkagumi keupayaan dan serta ketokohan yang di miliki oleh pemimpin ini.Daripada seorang doktor perubatan kemudian terlibat secara langsung dalam dunia politik dan menjadi pemimpin nombor satu dalam negara.
Tun Mahathir Mohamed merupakan Perdana Menteri Malaysia di saat dan waktu MMI membesar.
Di sebalik semua perkara yang menyentuh tentang Tun Mahathir , ada satu perkara yang cukup MMI nantikan.Sejak dulu saat Tun Mahathir berucap dan menjawab soalanlah waktu yang di tunggu-tunggu oleh MMI.Kenapa ? Sebab di dalamnya tersimpan berjuta ilmu walaupun ada di antaranya berlaku dalam keadaan penuh santai dan bersahaja.Malah ada yang menggelikan hati ! Jom review...
 

 

Video selanjutnya Klik Sini 
Terbaik Tun Mahathir Love You !!
MMI
 
 http://mahamissa.blogspot.com/2014/04/jom-tengok-tun-mahathir-melawak.htmlSUMBER

Wednesday, April 2, 2014

HIDUP MELAYU..HIDUP ISLAM

Masa untuk bersatu....

PANAS NI! APA KHAIRY DAN TUN M DOK BUAT NI?


Kata orang gambar menceritakan 1001 kisah kan? Aku suka anak muda yang menghormati orang lama. Ini contoh yang baik....

SUMBER

Friday, March 28, 2014

KITA PUN NAK TAU JUGA BETUL KE TIDAK..!!!!

Benarkah pendedahan Musa Hitam ini tapi Musa Hitam ni kadang-kadang pening juga..macam orang mabuk..jadi elok jika ada sedikit pencerahan...



Selepas hampir 30 tahun, Musa Hitam dedah Dr Mahathir berada di KL ketika peristiwa Memali

Sunday, October 27, 2013

DAH ROSAKKAN IMEJ DAN KREDIBILITI...MOHON MAAF...???

Mudahnya...teruk kredibiliti dan imej Tun, UMNO tercalar...portal yang tak bertanggungjawab ini minta maaf selamba sahaja....


Tohmahan, fitnah dan adu domba sudah menjadi seperti kemestian kepada portal akhbar ini. Hari ini sekali lagi portal The Malaysian Insider memohon maaf kepada Negarawan Tun Dr Mahathir kerana memfitnah beliau "salur RM200 untuk menang di peringkat bahagian".
Sebelum ini juga portal yang sama turut memfitnah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir sebelum cepat-cepat memohon maaf selepas itu. Apakah terdapat dalang di sebalik portal berkenaan yang cuba menjatuhkan kredibiliti kedua-dua anak beranak ini? Apa pula motif di sebalik fitnah-fitnah ini?

Dalam 2 minggu ini sudah 3 permohonan maaf dilakukan oleh The Malaysian Insider. Satu kepada Datuk Mukhriz, satu kepada Khazanah Malaysia dan satu kepada Tun Dr Mahathir. Boleh tak CTS sarankan selepas ini tolonglah saman portal ini??? Wartawan dan editor yang menulis rencana berkenaan wajar didesak untuk meletakkan jawatan kerana mereka meletak etika kewartawanan di dalam longkang!

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2013/10/the-malaysian-insider-mohon-maaf-kerana.html#IVE9VMwf3epcFJt8.99


sumber

Monday, September 30, 2013

APA YANG ANDA LIHAT..??? TUN MAHATHIR SEDANG MENYIRAM KUBURAN ATAU KEKAGUMAN ORANG PAS TERHADAP TUN MAHATHIR..!!!

Apa yang anda nampak..?? Tun Mahathir sedang menyiram kuburan Ustaz Azizan atau anda lihat penyokong penyokong PAS yang di dakwa amat benci Tun Mahathir tetapi sebenarnya mereka amat kagum dengan Tun Mahathir..mereka tidak melepaskan peluang mengambil gambar Tun M sedang menyirami kuburan Us Azizan..jelas terdapat ikatan persaudaraan yang kuat antara kita dan kita boleh bersatu sebenarnya..

Friday, September 27, 2013

PELUANG TERBAIK UNTUK BUNUH TUN MAHATHIR..!!!

Peluang terbaik untuk bunuh Tun M..!!!!Kalau ikut sok sek di alam maya, sejak zaman berzaman pengikut orang PAS nak bunuh Tun M sebab darah Tun M dah pun di halalkan!!!! Tapi lihat, sewaktu majlis pengebumian Ustaz Azizan, jelas Tun M di kerumuni ribuan pengikut PAS..tak ada seorang pun yang jentik Tun M..nyatalah itu semua mainan Red Bean Army!!! untuk melaga-lagakan orang Melayu!!!
 
 

Wednesday, June 19, 2013

GUNALAH OTAK YANG ALLAH ANUGERAH TU

DR. MAHATHIR Mohamad ketika hadir untuk menyampaikan ucapan dalam Forum Ketua Pegawai Eksekutif 2013 anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di Pusat Konvensyen Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/SAFIYANA SALIM

KUALA LUMPUR 18 Jun - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan tidak perlu mendengar dan melayan sebarang desakan daripada pembangkang.
Menurut beliau, ini kerana pembangkang tidak ikhlas untuk membawa pembaharuan yang memberi kebaikan sebaliknya hanya mengambil atau mereka-reka sesuatu isu untuk menumbangkan kerajaan.
"Pada pendapat saya, apabila pembangkang cakap sesuatu, jangan layan mereka, selama 23 tahun (menjadi Perdana Menteri) saya tidak melayan mereka.
"Pembangkang akan sentiasa menuduh kerajaan menipu, apabila mereka mahukan penggunaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan kerajaan akur pada permintaan itu, mereka tetap tidak menghargainya.
"Mereka tidak berminat untuk menjadikan perkara lebih baik atau pilihan raya bersih, mereka hanya mahukan isu dan di sebalik semua permintaan ditunaikan termasuk membenarkan pengundi-pengundi yang berada di luar negara, mereka tetap tuduh kerajaan menipu," katanya ketika berucap dalam Forum Ketua Pegawai Eksekutif 2013 anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Menurut Dr. Mahathir, beliau bagaimanapun melihat beberapa parti pembangkang semakin matang apabila dua parti iaitu DAP dan Pas tidak menyokong demonstrasi yang dianjurkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Politik tidak selalunya rasional, pembangkang menggunakan segala isu untuk menuduh kerajaan menipu, mereka boleh tuduh perkara itu tetapi jangan buat kekacauan di negara ini, sekiranya kita menjadi matang, negara ini ada masa depan yang lebih baik," katanya.
Katanya, beliau bersyukur rakyat Malaysia tidak mempunyai budaya ganas namun hak kebebasan bersuara tidak sewajarnya disalahgunakan dan perkara itu perlu dikawal selia untuk menjaga keamanan serta kestabilan negara.
Katanya, usaha juga perlu dilakukan untuk memperkukuhkan integrasi serta perpaduan rakyat negara ini yang berbilang bangsa dan agama.
Menurutnya, matlamat itu boleh dicapai dengan setiap rakyat Malaysia memperkasakan penggunaan Bahasa Kebangsaan dan setiap pelajar tanpa mengira bangsa mendapat pendidikan di sistem sekolah yang sama.
Dalam pada itu, menurut Dr. Mahathir, beliau percaya kepada sistem demokrasi, namun beliau berpendapat kerajaan perlu kuat bagi menghadapi cabaran yang bukan sahaja datang dari dalam negara tetapi juga luar negara.
"Sekiranya kerajaan lemah, pelaksanaan polisi dan undang-undang menghadapi kesukaran, lagipun kita memerlukan tempoh masa untuk satu-satu idea direalisasikan," katanya.






Tuesday, April 16, 2013

FAKTA PRU13 : INILAH INSAN, MAKHLUK ALLAH YANG BERJIWA BESAR

Inilah insan hebat..tak marah bila dihina dan dikeji..mulut pula terjaga..tak mengeji dan tak menghina..


Wednesday, April 10, 2013

bOLEH bUNUH dIRI oOOOO..!!!!

dALAM aYAT tUN m nI..sAPA-sAPA yANG tAK tAHAN bOLEH bUNUH dIRI oOOOO...

Gambar: LIKE-SHARE-COMMENT

wakakakakka

ayam lembu monyet PR kena TROLL sama  Tun!!!

kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

Tuesday, April 2, 2013

TUN MAHATHIR KATA ADA DINASOUR DALAM DAP

Ada dinasour dalam DAp yang perlu diubah kandangnya. Dinasour yang asyik memekik dan telah sekian lama memekik sehingga membingitkan telinga rakyat Malaysia.

Kit Siang sudah patut bersara

Dr. Mahathir Mohamad berucap di hadapan kira-kira 14,000 penduduk dalam majlis Bicara Perdana di PPR Kempas Permai, Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
JOHOR BAHRU 1 April - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Penasihat DAP, Lim Kit Siang sepatutnya bersara daripada politik jika parti tersebut benar-benar mahu membawa perubahan untuk negara ini.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, Kit Siang sudah terlalu lama dalam politik iaitu sejak 1964 lagi sedangkan DAP kini membawa mesej 'ubah' sebagai sebahagian daripada kempen menghadapi pilihan raya umum akan datang.
''Kata nak bawa 'change', dia sendiri patut ditukar kerana telah menjadi pemimpin sejak 1964 sampai 2013, macam mana kata nak ubah,'' ujarnya.
Beliau yang melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan pada 2003 berkata demikian ketika berucap dalam program Bicara Perdana Bersama Pemimpin Ulung di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permas, di sini malam tadi.
Yang hadir sama, isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Ahli Parlimen Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar dan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff.
Dr. Mahathir turut meminta rakyat Johor memberi isyarat kepada Kit Siang untuk bersara daripada politik dengan menolak beliau dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
"Sekarang ini kita dengar cerita Kit Siang mahu bertanding di Johor, saya ingat kalau dia berani datang sini, mesti orang Johor akan ganyang dia habis-habisan, biar itu menjadi hari terakhirnya dalam bidang politik,'' katanya.
Dr. Mahathir berkata, dua lagi pemimpin veteran pembangkang iaitu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga perlu ditamatkan karier politik mereka dalam pilihan raya umum akan datang.
Menurutnya, kehadiran ketiga-tiga mereka dalam politik negara ketika ini hanya akan menghalang matlamat mencapai negara maju menjelang 2020 terutama jika pakatan pembangkang menang pilihan raya umum nanti.
Katanya, mereka bertiga hanya 'bersatu di permukaan' sedangkan mahu menipu sesama sendiri demi agenda politik masing-masing selain mahu menjadi Perdana Menteri.
Mengenai Anwar, Dr. Mahathir berkata, pemimpin pembangkang itu merupakan seorang yang suka bersandiwara asalkan matlamatnya untuk menjadi Perdana Menteri tercapai.
''Saya angkat dia sebelum ini menjadi timbalan menteri, tetapi dia tanya kenapa tidak menjadi menteri penuh, kita tidak pernah dengar orang minta macam itu baik masa Tun Hussein Onn, Tun Razak atau Tunku Abdul Rahman.
''Anwar masuk UMNO untuk menjadi Perdana Menteri bukan kerana perjuangan agama, bangsa dan tanah air, kalau masuk Pas tak mungkin dapat,'' katanya.
Untuk rekod, Nik Abdul Aziz yang pernah mendesak Dr. Mahathir berundur daripada politik satu ketika dahulu juga sering keluar masuk hospital kerana masalah kesihatan.

Tuesday, February 12, 2013

TUN M MENGAKU MASIH SAYANG ANWAR..????

Tak ada orang yg sayang Anwar lebih dari Tun M sayang Anwar....tp tak ada orang sayang Saiful n Chinadoll lebih dr Anwar sayang mereka...

Friday, January 11, 2013

MALU NAK MINTA MAAF...????

Apa yang nak dimalukan..semua orang buat silap...adakah kerana berstatus ulamak, maka malu nak minta maaf...atau dipaksa menanggung dosa..????

Tuesday, December 25, 2012

YANG PALING MEMBERIKAN INSPIRASI DALAM ABAD KE-21

 
 
 
1. kajian kes yang KEDUA paling memberikan inspirasi dalam abad ke-21 
Kagum dengan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, seorang ahli akademik berbangsa Jerman menjalankan penyelidikan mengenai usaha bekas perdana menteri itu dalam memartabat Islam ketika mentadbir Malaysia.

Dr Sven Alexander Schottmann, 35, penuntut Universiti La Trobe, Australia dalam kajiannya bertajuk ‘Islam, Properly Understood; Mahathir Mohamad on Religion, Politics and Malaysian Society’ turut menyifatkan Dr Mahathir sebagai pencetus pemodenan negara Islam.

"Saya amat berminat terhadap keupayaannya untuk menginstitusikan Islam di negara ini serta menyatukpadukan sebuah masyarakat pelbagai bangsa.Beliau satu daripada kes kajian yang paling memberikan inspirasi dalam abad ke-21 ini,” katanya kepada pemberita di ‘Konvensyen Pemikiran Tun Dr Mahathir’ di sini.

Schottman yang fasih bertutur Bahasa Malaysia itu turut menerima Anugerah Zamalah Pemikiran Tun Dr Mahathir pada konvensyen selama dua hari, bermula hari ini.

Beliau turut berkata pemahaman terhadap Islam yang dibawa Dr Mahathir membantu Malaysia mewujudkan kestabilan di bawah satu bumbung perpaduan nasional yang luar biasa.

"Ketokohan Dr Mahathir dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara Islam yang disegani membawa kesan besar kepada persepsi dunia Barat terhadap Islam,” katanya.

Penyelidikan setebal 400 muka surat itu akan dibukukan dengan tajuk ‘Allah Help Those Who Help Themselves’ dan akan diterbitkan dalam masa terdekat ini. – Bernama
2. kajian kes yang PALING memberikan inspirasi dalam abad ke-21...??????
 

MAT SALLEH TERPAKSA AKUI..CUMA CINA DAP TAKUT DIHINA...

DAP tak akan mengakui kehebatan pemimpin Melayu Islam seperti Mahathir kerana mengakui beerti menjatuhkan martabat bangsa Cina. Sebab itulah DAP suka berkawan dengan Melayu PAS dan PKR sebab pemikiran mereka yang lembab...