Ramai Orang Akan Hilang Kerja Kalau PH Yang Memerintah
Penjawat awam baru dibuang, pekerja ECRL mahu dibuang, pekerja HSR mahu ditamatkan kontrak dan pemandu Grab mahu dihapuskan. Ramai orang akan hilang kerja kalau PH yang memerintah.
Mahathir kata hendak bagi cuti dua hari kalau PH menang. Jangan percayalah dengan janji orang yang selalu "u turn", silap silap kena "cuti terus" atau kena buang kerja kalau PH menang.
Hari ini hari pekerja. Tema Hari Pekerja tahun ini adalah “Pekerja Berkemahiran, Peneraju Kecemerlangan Negara”. Dalam manifesto BN yang dilancarkan oleh Dato Seri Najib pada 7 April lepas, Barisan Nasional bertekad untuk mewujudkan 3 juta peluang pekerjaan baru untuk rakyat Malaysia.
Selain itu, BN akan mempercepatkan pembangunan Malaysian Vision Valley yang dijangka bakal mewujudkan 1.3 juta peluang pekerjaan baru. Barisan Nasional juga mahu meningkatkan gaji minimum pekerja secara berperingkat kepada sekurang-kurangnya RM1,500 dalam tempoh lima tahun.
Mahathir tidak suka beri gaji minimum sampai RM1,500 kepada setiap orang pekerja Malaysia. Mahathir pernah menulis mengenainya dalam blognya yang bertajuk `Minimum Pay' pada 2 Mac 2012.
“Jika keadaan itu berterusan dengan kerajaan memilih untuk membayar lebih untuk kurang bekerja, negara akan menghadapi kesukaran kewangan yang serius atau menjadi muflis seperti yang berlaku di negara Barat” kata Mahathir.
Semua benda Mahathir kata akan bankrup dan muflis. Bagi gaji minimum RM1500 pun salah, Mahathir kata tidak boleh bagi sebab nanti negara akan muflis. Negara tidak muflis, calon PPBM sebenarnya yang muflis.
Pekerja di Malaysia akan berada di zaman malap jika membuat pilihan yang salah pada 9 Mei nanti. Semua benda Mahathir hendak hapuskan, hapus ECRL, hapus HSR dan yang terbaru hendak hapuskan pemandu Grab.
Berpuluh ribu orang akan hilang kerja jika ECRL, HSR dan pemandu Grab dihapuskan. Dulu Mahathir hina graduan Malaysia jual nasi lemak dan jadi pemandu Grab, kini Mahathir hendak hapuskan pula pemandu Grab.
"Kita tidak boleh berbangga dengan mereka yang terlibat dalam menjual nasi lemak ataupun menjadi ‘driver’ Uber/Grab." kata Mahathir pada awal Januari lepas, menghina pemandu Grab.
Orang bawa Grab mencari rezeki yang halal, mencari pendapatan tambahan. Mereka tidak kaya seperti anak Mahathir yang bawa Bugati Veyron dan Porshe ketika hujan lebat. Mereka bawa Grab untuk mencari sesuap nasi untuk anak isteri tidak seperti anak Mahathir yang mencari projek untuk menjaga kucing berharga RM200,000 seekor.
Dua hari lepas di Langkawi, menurut Sinar Harian, Mahathir berkata seperti berikut "Grab merugikan pemandu teksi biasa, perkara ini akan dikaji supaya servis teksi yang adil kepada semua pihak. Perkara ini akan kita lakukan apabila kita ambil alih kerajaan nanti," kata Mahathir.
Semua benda Mahathir hendak hapuskan. Apa jadi kalau Grab dihapuskan?
Grab yang dilancarkan pada 2011, kini sudah 11 juta orang menggunakan Grab di 6 negara di Asia Tenggara. Pemandu Grab ada 2 juta orang. Sejumlah 5.1 juta orang menempah Grab secara purata sebulan. 142 bandar di Asia Tenggara gunakan Grab.
Di Indonesia sahaja, 50 bandar gunakan Grab. Kini nilai perniagaan Grab adalah USD$ 6 billion. Ini satu perniagaan yang merugikan kata Mahathir? Mahathir hina orang bawa Grab. Lekeh kata dia.
Mahathir seorang sahaja kata lekeh. Tidak samalah dengan anak Mahathir, anak anak dia tidak jual nasi lemak dan pandu Grab tetapi sudah jadi jutawan di Malaysia. Marina ada 52 syarikat, aset RM80 juta. Mirzan ada 156 syarikat, aset RM780 juta, Mokhzani ada 255 syarikat, aset RM3 billion dan Mukhriz ada 128 syarikat, aset RM540 juta.
Rakyat Malaysia jangan buat pilihan yang salah pada 9 Mei nanti. Tersilap pilih, ramai orang akan hilang kerja. Samalah senasib dengan semua pekerja di kedai roti The Loaf yang diberhentikan serta merta bila kedai roti itu lingkup. Jangan biar nasib pekerja The Loaf terjadi kepada seluruh pekerja lain di Malaysia.
#BersamaBN #HebatkanNegaraku #TsunamiBiru #DahulukanRakyat #JomBN #ManifestoBN
Tulisan :
Beruang Biru
BB899, Selasa
1 Mei 2018.
No comments:
Post a Comment