VISI EKONOMI SAYA UNTUK MALAYSIA
Oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak
https://www.najibrazak.com/bm/blog/ke-arah-malaysia-yang-lebih-kuat-dan-berdaya-saing/
24hb Oktober 2017
1. Semakin kita menghampiri Bajet 2018, saya ingin berkongsi cabaran yang telah Malaysia hadapi beberapa tahun kebelakangan ini, dan bagaimana usaha telah dilakukan untuk memacu negara ke arah masa depan yang makmur, mampan dan inklusif untuk semua.
2. Saya ingin ambil kesempatan ini untuk menerangkan pandangan saya sebelum pembentangan Bajet pada Jumaat ini serta perancangan yang bakal diumumkan, untuk manfaat rakyat Malaysia.
3. Penglibatan saya ke dunia politik adalah secara mengejut dan tidak dirancang selepas pemergian ayahanda saya, Tun Abdul Razak Hussein, ketika saya berusia 23 tahun.
4. Allahyarham merupakan idola saya, melihat pencapaian dan dedikasi berterusan beliau untuk melihat kemajuan negara serta rakyat Malaysia. Lantas, matlamat saya dalam hidup adalah melakukan yang terbaik untuk mengikuti jejak langkahnya dan berkhidmat demi negara.
5. Seperti Allahyarham Ayahanda, saya juga bercita-cita meletakkan Malaysia di pentas global; dan menjadi antara 20 negara teratas di dunia menjelang 2050. Tiada pencapaian yang lebih hebat daripada meletakkan Malaysia di landasan terbaik untuk masa depannya. Itulah visi saya untuk inisiatif Transformasi Nasional 2050 (TN50).
6. Dan kini kita telah berjaya mencapai pelbagai kemajuan. Itulah sebabnya Bank Dunia memberi sokongan terhadap apa yang dilakukan oleh Kerajaan, dan menyatakan dalam laporan negara terkini mereka bahawa: "Ekonomi Malaysia sedang berkembang dari kedudukan yang kukuh."
7. Walau bagaimanapun, ketika saya menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009, cabaran ekonomi yang kita hadapi adalah amat besar. Semasa saya mengambil alih jawatan tertinggi negara pada April tahun itu, kita sedang berada di tengah kemelesetan global yang paling teruk sejak tahun 1930-an. Dasar ekonomi terbuka dan kebergantungan kita kepada perdagangan antarabangsa menyebabkan Malaysia terjejas teruk. Eksport kita menurun 20% sementara ekonomi kita menguncup dengan ketara sebanyak 6.2% pada suku pertama tahun 2009.
8. Kita dibelenggu oleh isu-isu struktur dan legasi serius, dan ini antara lain mengakibatkan gaji rendah yang gagal menyaingi inflasi, harga kereta yang mahal, kadar kemiskinan yang tinggi, ketidaksamaan pendapatan, kenaikan kadar tol lebuh raya yang kerap, penurunan standard pendidikan, pengangkutan awam yang teruk, perjanjian Loji Kuasa Bebas (IPP) yang berat sebelah, serta kapitalisme kroni yang berleluasa. Kesemua ini memberi kesan buruk terhadap kebajikan rakyat.
9. Kita juga terlalu bergantung kepada minyak, gas dan komoditi, manakala pembangunan negara tidak sama rata, dengan Sabah, Sarawak dan Negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia ketinggalan. Situasi ini memerlukan tindakan tegas dan hala tuju yang jelas.
10. Oleh itu, tindakan pertama yang kita lakukan adalah untuk segera melaksanakan dua pakej rangsangan ekonomi besar bernilai RM67 bilion bagi menyalurkan wang ke dalam ekonomi kita, demi memulihkannya dan menyelamatkannya dari penguncupan yang lebih mendalam.
11. Melalui tindakan ini, kita berjaya menyelamatkan rakyat Malaysia daripada kesengsaraan melalui kemelesetan teruk, sepertimana yang berlaku pada 1997. Waktu itu, Bursa Saham Kuala Lumpur jatuh lebih daripada 50 peratus, beribu-ribu kehilangan pekerjaan, perniagaan bankrap, dan ramai menderita.
12. Kemelesetan Global 2008-2009 telah memberi kesan cukup mendalam kepada banyak negara, termasuk negara maju yang masih belum pulih hingga hari ini. Namun, atas tindakan pantas yang kita ambil, rakyat Malaysia secara amnya terlindung daripada mengalami kesannya. Ia sama sekali tidak seperti tahun 1997.
13. Walaupun pakej rangsangan yang diperkenalkan ketika itu menyebabkan kenaikan sebanyak 10% dalam nisbah Hutang-KDNK kita ke paras melebihi 50%, namun langkah-langkah ini berjaya, dan Malaysia telah pulih dengan cepat. Menjelang akhir tahun itu, ekonomi kita telah kembali berkembang. Ini adalah satu pemulihan yang cukup mengagumkan.
14. Nisbah itu seterusnya stabil di bawah 55%, yang jauh di bawah tahap negara-negara yang maju – misalnya tahun lepas nisbah di UK hampir 90%. Walau bagaimanapun, pihak pembangkang cuba menggunakan peningkatan hutang ini untuk mengelirukan rakyat Malaysia dan mendakwa kita akan bankrap. Ini langsung tidak masuk akal. Pada tahun 1986, nisbah Hutang-KDNK Malaysia mencapai 103%, dan kita tidak pula muflis pada waktu itu! Ini menunjukkan bahawa apabila pembangkang bercakap tentang ekonomi, mereka hanya menyebar propaganda dan pembohongan yang terang-terangan untuk kepentingan politik mereka yang mementingkan diri sendiri. Ini namanya - sabotaj ekonomi.
15. Kedua, kita sedar bahawa kita perlu melakukan pembaharuan yang luas. Kita juga sedar bahawa untuk keluar daripada perangkap pendapatan sederhana dan mencapai matlamat menjadi negara berpendapatan tinggi, kita perlu mempunyai perancangan ekonomi yang menyeluruh dan berhemah- sebuah pelan tindakan, dengan petunjuk prestasi utama dan hasil yang boleh diukur supaya dapat menguji kemajuan dan memastikan kita terus berada di landasan yang tepat.
16. Pelan itu adalah Program Transformasi Negara, dengan komponen utamanya, Program Transformasi Ekonomi, atau ETP. Sesetengah orang menggelarnya "Najibnomics" – bukan saya yang berikan nama tersebut! Tetapi saya boleh terima penggunaan istilah ini oleh orang ramai, kerana selepas tujuh tahun, kita dapat melihat bahawa rancangan ini - yang meletakkan kepentingan rakyat Malaysia sebagai asas dan matlamat utamanya – telah berjaya dilaksanakan, dan akan terus dilaksana.
17. Pendapatan Negara Kasar telah meningkat hampir 50%. Kita juga telah mengurangkan jurang sasaran pendapatan tinggi, dari 33% kepada 19%.
18. 2.26 juta pekerjaan telah diwujudkan, di mana lebih satu juta daripadanya adalah pekerjaan berpendapatan tinggi.
19. Mac lalu, eksport kita mencecah RM82.63 bilion - angka bulanan tertinggi bagi eksport Malaysia yang pernah direkodkan.
20. Inflasi dan pengangguran kekal rendah. Oleh kerana dasar luar negara, kita telah berjaya menarik Pelaburan Langsung Asing pada tahap yang belum pernah terjadi sebelum ini, yang menunjukkan keyakinan dunia terhadap Malaysia.
21. Pada tahun 2017 sahaja kita telah melihat 14 MOU perniagaan antara Malaysia dan China bernilai RM144 bilion, 31 MOU perniagaan antara Malaysia dan India bernilai RM158.4 bilion, serta pelaburan USD7 bilion di Malaysia oleh Saudi Aramco. Ini membawa bersamanya beribu-ribu pekerjaan baru, pemindahan kemahiran, dan peningkatan taraf hidup untuk keluarga yang tidak terhitung jumlahnya.
22. Dan pada masa sama, meskipun terdapat kegawatan besar dalam ekonomi global, kejutan kejatuhan harga minyak, dan kemelesetan yang melanda kebanyakan negara Eropah yang hampir memusnahkan beberapa negara, kita telah mencatatkan pertumbuhan yang sihat, tahun demi tahun. Bank Dunia baru-baru ini menyemak semula ramalan mereka untuk pertumbuhan Malaysia kepada 5.2% untuk tahun 2017 - kali kedua mereka melakukannya tahun ini!
23. Ini sebahagian daripada kejayaan utama Kerajaan dan berjuta-juta rakyat Malaysia yang bekerja keras di bawah rancangan yang kita rencanakan pada tahun 2010.
24. Tetapi terdapat banyak lagi langkah-langkah yang lebih spesifik yang diambil oleh Kerajaan untuk memperbaiki standard dan membantu rakyat.
25. Kita telah memperkenalkan pelan pendidikan untuk sekolah dan universiti; dan sekarang kita dapat melihat kedudukan universiti-universiti kita di peringkat antarabangsa mula meningkat dengan mantap.
26. Malaysia adalah negara pengguna jalan raya, dan sebab itulah kita menggalakkan Khazanah Nasional dan KWSP membeli PLUS Expressway secara langsung pada tahun 2010 daripada pemegang swasta. Ini bermakna setiap ringgit yang dikutip kini kembali sama ada kepada Kerajaan atau kepada pemegang akaun KWSP.
27. Lebuhraya milik PLUS seperti Jambatan Pulau Pinang, Second Link dan Lebuhraya Utara-Selatan juga tidak mengenakan kenaikan tol sejak pembelian pada tahun 2010.
28. Pada masa sama, jalan raya juga telah dinaik taraf - contohnya, sebahagian besar Lebuhraya Utara-Selatan telah dinaik taraf menjadi tiga atau empat lorong berbanding dua lorong pada masa lalu.
29. Walaupun begitu, aspek lain pengangkutan awam telah diabaikan oleh salah seorang pemimpin dahulu. Beliau membazirkan berbilion-bilion ringgit dalam projek "vanity" dan bukannya membina infrastruktur kelas dunia yang diperlukan oleh Malaysia untuk menarik pelabur mahupun untuk kesejahteraan rakyat.
30. Di bawah Kerajaan saya, fasa pertama projek Mass Rapid Transit telah siap pada akhir tahun lepas, dan fasa kedua Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang telah dilancarkan pada bulan Julai. Kini, kita mempunyai rangkaian perkhidmatan sepanjang 51 kilometer dengan 31 stesen.
31. Projek-projek ini mencipta 130,000 pekerjaan baru, di mana 70,000 adalah pekerjaan langsung. Lebih mengagumkan lagi, projek-projek ini siap lebih awal daripada jadual dengan penjimatan sebanyak RM2 bilion. Kini MRT 2 dan 3 turut berada dalam perancangan, manakala dalam masa beberapa tahun lagi kita juga akan mempunyai laluan kereta api berkelajuan tinggi pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Singapura. Ini akan mengurangkan masa perjalanan antara dua bandar raya ini kepada 90 minit berbanding lebih daripada empat jam dengan kereta.
32. Tetapi tumpuan bukan sekadar untuk Lembah Klang atau pantai barat sahaja. Lebih daripada itu, tumpuan kita adalah untuk kawasan-kawasan lain di Malaysia yang telah diabaikan terlalu lama. Kita inginkan pembangunan yang lebih adil, lebih inklusif, dan meningkatkan semua sektor penduduk dan kawasan di negara kita.
33. Mengambil contoh Kelantan, yang telah dianak tirikan dan disekat dana pembangunan serta tidak dinaikkan taraf infrastruktur air mereka selama beberapa dekad oleh seorang bekas pemimpin kerana ia diperintah oleh parti pembangkang.
34. Bagi saya, ini tidak adil, kerana air bersih adalah penting untuk kehidupan dan adalah hak semua rakyat Malaysia. Oleh itu, kita telah membantu Kelantan dengan perjanjian penstrukturan semula air tahun lepas yang akan menelan belanja lebih daripada RM1 bilion.
35. Rakyat di Kelantan juga menderita akibat hubungan pengangkutan yang teruk – ramai terpaksa menanggung perjalanan kereta perlahan, sesak dan berbahaya semasa perjalanan antara negeri.
36. Bagi menangani hal ini, Kerajaan membina Lebuhraya Central Spine Road bebas tol bagi menghubungkan Kelantan dengan seluruh Semenanjung, manakala fasa 3 Lebuhraya Pantai Timur akan dilanjutkan ke Kelantan.
37. Projek Laluan Keretapi Pantai Timur atau ECRL pula akan menjadi satu lagi “game-changer” untuk negeri-negeri pantai timur.
38. Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan Persekutuan sebelum ini tidak pernah menyediakan begitu banyak peruntukan tahunan dan projek pembangunan bagi mereka. Sebagai contoh, Lebuhraya Pan Borneo akan menjadi pemacu utama bagi pembangunan dan perhubungan di Malaysia Timur.
39. Saya berusaha untuk bersikap adil kepada semua negeri – termasuk yang dipegang oleh pembangkang. Misalnya, Kerajaan telah membuat perjanjian penyusunan semula air dengan Pulau Pinang dan Selangor untuk membantu mereka mengurangkan hutang negeri dan menyediakan pembaharuan infrastruktur bekalan air yang diperlukan.
40. Dalam kes Pulau Pinang, pakej penstrukturan semula air pada tahun 2010 melibatkan bantuan kepada kerajaan negeri bagi mengurangkan hutang mereka sebanyak RM655 juta, sambil memberi mereka geran tambahan RM1.2 bilion untuk membesarkan lagi empangan. Ini membolehkan Kerajaan Negeri DAP bermegah bahawa kononnya mereka telah mengurangkan hutang negeri mereka sebanyak 95%, padahal ini sebenarnya disebabkan oleh usaha Kerajaan Persekutuan.
41. Usaha kita memastikan semua rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada ekonomi yang semakin meningkat telah memperlihatkan pengurangan yang menakjubkan dalam kadar kemiskinan. Kemiskinan tegar di Malaysia jatuh dari 3.8% pada tahun 2009 kepada hanya 0.4% pada 2016. Di Sabah sahaja, kita berjaya mengurangkan kadar daripada 19.7% pada tahun 2009 kepada hanya 2.9% pada tahun lepas.
42. Pendapatan per kapita rakyat juga meningkat daripada RM27,819 pada tahun 2010 kepada RM40,713 pada tahun 2017. Pendapatan median bulanan pula meningkat daripada RM4,585 pada tahun 2014 kepada RM5,288 pada 2016. Dan kita juga telah melihat peningkatan dalam pendapatan isi rumah B40 - yang telah meningkat kepada RM3,000 pada 2016 daripada RM2,629 pada tahun 2014.
43. Sebagai hasilnya, nisbah GINI kita - yang mengukur kesaksamaan pendapatan - turun daripada 0.441 pada tahun 2009 kepada 0.399 tahun lepas, yang paling rendah dalam sejarah Malaysia. Kesaksamaan pendapatan Malaysia tidak pernah lebih baik daripada masa kini.
44. Pada masa yang sama, kita sedar bahawa isu kos sara hidup memberi kesan paling tinggi kepada mereka yang berpendapatan rendah, dan inilah sebabnya kita mengagihkan RM5.36 bilion dalam Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M kepada 7.28 juta isi rumah pada tahun 2016 dan juga memperkenalkan gaji minimum.
45. Seorang bekas pemimpin baru-baru ini menyifatkan BR1M sebagai penyalahgunaan dana kerajaan - tetapi dia seharusnya cuba nyatakan sebegitu kepada para penerima. Ia sebenarnya amat kejam untuk sesiapa sahaja dalam pembangkang untuk bercakap mengenai menghapuskan satu program yang direka khusus untuk membantu mengurangkan beban berjuta-juta rakyat Malaysia.
46. Semua yang kita lakukan adalah untuk kebaikan rakyat. Dan ini termasuk melaksanakan banyak keputusan yang sukar tetapi perlu dilakukan walaupun tidak selalunya popular.
47. Kita perlu merasionalisasi subsidi yang tidak tersasar. Subsidi pukal pada pelbagai barangan seperti petrol, yang telah dimulakan pada zaman seorang bekas pemimpin terdahulu, telah melonjak menjadi kadar yang tidak mampan. Pada 2012 misalnya, subsidi bahan api sahaja mencapai RM25 bilion dan menelan 13.6% daripada jumlah belanjawan negara.
48. Kebanyakan yang mendapat faedah adalah golongan yang berada, dan bukan mereka yang betul-betul memerlukannya. Oleh itu, apa yang telah kita laksanakan adalah menyalurkan dana kepada golongan B40 dengan cara yang disasarkan, yang kita percaya adalah cara yang lebih bijak dan beretika untuk mengagihkan wang rakyat.
49. Kita perlu mengurangkan kebergantungan kita terhadap pendapatan daripada minyak dan gas yang menyumbang sebanyak 41% daripada pendapatan Kerajaan pada tahun 2009. Ini menyebabkan kita terdedah dan terlalu bergantung kepada sumber yang tidak boleh diperbaharui, yang masa depan jangka panjangnya juga diragui tatkala banyak negara dan industri telah beralih kepada penyelesaian tenaga hijau.
50. Kita berjaya dalam hal ini, dan minyak dan gas kini hanya membekalkan 14.6% daripada hasil Kerajaan pada 2017. Ternyata kita bernasib baik dengan keputusan awal yang dilaksanakan dengan berlakunya kemelesetan harga minyak dunia pada tahun 2014.
51. Kali terakhir harga global bagi eksport komoditi utama Malaysia jatuh adalah pada tahun 1985. Pada masa itu kita tidak bersedia dan ekonomi kita mengalami kemelesetan teruk.
52. Walau bagaimanapun, kali ini kita lebih bersedia berikutan ketegasan Kerajaan untuk memastikan daya tahan asas ekonomi kita. Meskipun kita turut terjejas akibat kejatuhan harga minyak dunia pada 2014, namun tidak seperti negara-negara pengeksport minyak lain, Malaysia bukan sahaja berjaya mengelakkan kemelesetan tetapi ekonomi kita terus berkembang.
53. Salah satu langkah yang menjadi penyumbang utama kepada perkara ini adalah pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan, atau GST – yang menjadi salah satu sumber serangan utama pembangkang terhadap kerajaan.
54. Ramai mendakwa bahawa GST adalah cukai baharu, dilaksanakan semata-mata untuk meraih lebih banyak pendapatan untuk Kerajaan. Sebenarnya, ia adalah pengganti kepada cukai jualan dan perkhidmatan yang tidak cekap, rumit dan tidak berfungsi dengan baik, sama ada untuk pengguna ataupun perniagaan.
55. Seandainya niat kerajaan adalah untuk meningkatan pendapatan, adalah lebih mudah jika kita meningkatkan cukai korporat, cukai pendapatan dan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada.
56. Sebaliknya, sejak saya menjadi Menteri Kewangan pada 2008, kita telah mengurangkan cukai korporat daripada 27% hingga 24%. Kadar cukai pendapatan peribadi juga telah jatuh, daripada 28% pada tahun 2008 kepada 24% sekarang untuk kebanyakan rakyat Malaysia.
57. Kita juga menaikkan nilai ambang cukai pendapatan supaya mereka yang pendapatannya adalah RM4,000 atau kurang, tidak lagi perlu membayar sebarang cukai pendapatan. Ini bukan seperti dulu di mana mereka yang mempunyai gaji RM2,000 tetap dikenakan cukai.
58. Oleh itu, GST tidak sepatutnya dianggap sebagai cukai tambahan baru tetapi sebahagian daripada pembaharuan cukai menyeluruh yang direka untuk menjadikan Malaysia lebih berdaya saing, dapat mengawasi ekonomi hitam dan haram, serta mengurangkan pengelakan cukai dan meluaskan asas percukaian negara.
59. Banyak negara lain seperti India dan Mesir turut ikut serta jejak Malaysia semenjak kita melaksanakan GST pada tahun 2015. Sementara itu, semua Negara Kerjasama Teluk - Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi, dan Emiriah Arab Bersatu - akan melaksanakan GST mereka pada 1 Januari tahun depan.
60. Malah, perancangan ekonomi kita telah membolehkan kadar GST Malaysia hanya 6% - jauh lebih rendah daripada negara-negara lain yang tidak berkongsi asas ekonomi yang kukuh seperti kita.
61. Kebanyakan negara - lebih daripada 160 di seluruh dunia - telah melaksanakan GST kerana mereka tahu ia diperlukan untuk menjadikan negara mereka lebih kuat dan lebih berdaya saing. Anehnya, pihak pembangkang mendakwa tidak memahami perkara ini. Mereka mahu memansuhkan GST - tetapi tanpa cadangan bagaimana mereka akan menggantikan RM41 bilion yang dijana oleh GST pada tahun lalu.
62. Saya juga ingin menegaskan bahawa dakwaan yang menyatakan GST diperlukan bagi membayar untuk 1MDB adalah satu pembohongan besar – pembohongan yang disedari sendiri oleh ahli politik yang membuat dakwaan tersebut.
63. 1MDB sebenarnya memainkan peranan penting dalam menyelesaikan perjanjian kuasa berat sebelah yang telah ditandatangani oleh seorang bekas pemimpin. Apabila 1MDB memasuki industri itu, ia adalah pembida terendah dalam semua perjanjiannya, dengan itu menjimatkan Malaysia sebanyak RM200 bilion dalam 20 tahun akan datang. Malah, satu laporan firma penyelidikan mengenai perjanjian kuasa yang disemak semula ini diberi tajuk “Tiada lagi perjanjian pilih kasih”.
64. 1MDB juga telah membiayai pembinaan dan penambahbaikan lapan pangkalan tentera yang tidak dapat dilakukan oleh kerajaan pada masa dahulu. Ia juga telah membiayai beribu-ribu biasiswa dan perjalanan Haji untuk para jemaah.
65. Memang benar bahawa 1MDB mempunyai masalahnya, dan kita telah mengambil tindakan merombak pengurusan untuk membetulkan kesilapan dan mengembalikannya kepada keadaan kewangan yang sihat.
66. Tetapi apabila perjanjian projek Bandar Malaysia ditandatangani, 1MDB dijangka akan membuat keuntungan yang lebih daripada cukup untuk menanggung kerugiannya. Dan pembohongan bahawa rakyat perlu menanggung akibat daripada keputusan 1MDB akan terkubur. Ini kerana selepas program rasionalisasi selesai, 1MDB berkemungkinan besar akan menjana keuntungan untuk rakyat, dan ini tidak termasuk segala usaha tanggungjawab sosial korporat yang telah dilaksanakannya selama bertahun-tahun.
67. Akhir sekali, saya juga ingin menyentuh mengenai isu mata wang kita, Ringgit Malaysia. Apabila Amerika Syarikat mengalami kesan akibat Kemelesetan Besar pada 2008-2009, mereka mula menurunkan kadar faedah - yang menyebabkan banyak dana global mengalihkan dana mereka ke negara-negara seperti Malaysia untuk mencari pulangan yang lebih tinggi.
68. Ringgit kita menerima manfaat daripada ini dan telah meningkat 30% daripada RM3.73 untuk USD1 apabila saya pertama kali menjadi Perdana Menteri, kepada paras bawah RM3.00 pada 2011-2013. Walau bagaimanapun apabila AS mula pulih daripada kemelesetan, mereka mula menaikkan kadar faedah sekali lagi.
69. Ini, ditambah pula dengan kejatuhan harga komoditi yang drastik, menyebabkan Ringgit kita menurun ke nilai semasa – satu lagi topik yang digunakan pembangkang untuk mengkritik kerajaan.
70. Adalah aneh bahawa pembangkang kini mendakwa bahawa Ringgit yang lemah ini merupakan tanda bahawa Malaysia akan bankrap – walhal ketika PRU13, pembangkang juga mendakwa bahawa Malaysia akan muflis meskipun Ringgit telah meningkat 30% berbanding dolar AS!
71. Menambat Ringgit dan melaksanakan semula kawalan modal adalah perkara paling mudah untuk saya lakukan. Namun, setelah mengalami kekurangan pelaburan selepas mengenakan kawalan modal dan menambat Ringgit dari tahun 1998 hingga 2005, keputusan dibuat untuk tidak melakukannya lagi.
72. Benar, nilai Ringgit menurun di tengah-tengah pergolakan global dan ketidakpastian sejak 2014, tetapi terdapat juga aspek positif daripadanya apabila eksport dan pelancongan kita meningkat tinggi.
73. Meskipun ada yang memberikan tanggapan bahawa ia lemah, prestasi Ringgit Malaysia sebenarnya lebih baik daripada mata wang banyak negara pengeksport komoditi besar yang lain. Sejajar dengan prestasi ekonomi kita yang terus baik - seperti ramalan semua pakar ekonomi - Ringgit akan turut mengukuh pada kadar pasaran yang sesuai.
74. Anda tidak akan mendengar tentang semua ini daripada pembangkang atau seorang bekas pemimpin negara yang taksub dengan kuasa dan mahu terus memerintah meskipun dalam persaraan, dan menyalahkan saya atas kekalahan anaknya dalam perlumbaan untuk menjadi Naib Presiden UMNO pada tahun 2013.
75. Saya enggan mematuhi cara beliau kerana saya yakin bahawa Malaysia memerlukan visi baru, jauh dari cara lama yang telah membawa kepada masalah legasi yang serius yang kita hadapi sebelum ini serta membawa kesan buruk terhadap kebajikan rakyat.
76. Sebagai sebuah negara, kita perlu beralih ke fasa seterusnya untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi di mana taraf hidup dan kualiti kehidupan rakyat Malaysia menjadi keutamaan. Ini adalah wawasan saya untuk Malaysia –perjuangan yang lebih besar daripada diri saya sendiri. Malaysia seringkali membuktikan ia mampu mencapai prestasi yang lebih baik daripada jangkaan dan saya yakin dan percaya akan potensi besar kita sebagai sebuah negara.
77. Potensi ini telah diiktiraf oleh banyak institusi antarabangsa seperti OECD, IMF dan Bank Dunia. Mereka telah berulang kali memuji pengurusan makroekonomi Kerajaan dan pembaharuan struktur, manakala tinjauan yang oleh Wharton School di Universiti Pennsylvania pada awal tahun ini mengisytiharkan Malaysia sebagai 'Negara Terbaik untuk Melabur'.
78. Semua agensi penarafan kredit utama telah mengesahkan status Malaysia dalam band "A", dan keputusan OECD adalah: "Malaysia adalah salah satu ekonomi Asia Tenggara yang paling berjaya ... hasil daripada asas makroekonomi yang mantap dan kejayaannya dalam mentransformasikan ekonominya menjadi pelbagai dan inklusif. "
79. Kesemua ini adalah hasil daripada perancangan ekonomi yang dilaksanakan Kerajaan selepas saya mengambil alih jawatan pada tahun 2009. Keputusan sukar yang kita ambil tidak selalunya popular - tetapi adalah perlu, dan keputusan-keputusan ini telah melindungi Malaysia daripada kesan teruk kemelesetan dan pergolakan yang menimpa ekonomi global. Kita telah bertindak sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, sentiasa berusaha melindungi rakyat dan menjaga kebajikan serta keselamatan mereka.
80. Dalam beberapa hari lagi, saya akan membentangkan Bajet 2018, di mana inisiatif baru dan beberapa pengumuman penting akan disampaikan untuk manfaat semua rakyat Malaysia.
81. Bajet ini akan terus dipacu oleh matlamat saya untuk memperbetulkan masalah lalu dan menjadikan Malaysia lebih kuat, lebih berdaya saing di dalam dan di luar negara; untuk mewujudkan negara Malaysia yang dapat memberi perlindungan kepada mereka yang lemah dan bersifat adil kepada semua: Malaysia di mana tiada sesiapa akan ketinggalan.
DATO’ SRI NAJIB TUN RAZAK,
PERDANA MENTERI MALAYSIA
https://www.najibrazak.com/bm/blog/ke-arah-malaysia-yang-lebih-kuat-dan-berdaya-saing
Tuesday, October 24, 2017
BAJET 2018 :TERBAIK DARI DS NAJIB RAZAK
Friday, October 20, 2017
Hanya Yang Beriman Kenal Najib Razak
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
1. Selama ini saya menulis kepada ahli UMNO, izinkan saya buat kali pertama menulis kepada rakyat Malaysia. Hari ini, Perdana Menteri Mohd Najib Razak sudah menjadi seperti sampah dan kain buruk kepada sebahagian rakyat Malaysia yang mempunyai kepentingan politik dan yang sekadar ikut-ikutan. Seolah-olah Mohd Najib tidak pernah berbuat apa-apa kepada kita.
2. Hampir menitis air mata saya apabila melihat keadaan di media sosial, rangkaian perbualan WhatsApp dan perbualan politik di kalangan sebahagian besar rakyat Malaysia yang mencerca, menghina, memfitnah dan menipu untuk memburukkan Mohd Najib.
3. Memang dalam masa lapan bulan ini Mohd Najib berhadapan dengan kemelut 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Mohd Najib dalam usaha memulihkan 1MDB kerana beliau percaya syarikat ini sungguhpun bermasalah, ia adalah masalah yang perlu diselesaikan.
4. Tidak cukup itu Mohd Najib dituduh merompak wang 1MDB sebanyak RM 2.6 Bilion. Siasatan SPRM mendapati ia tidak benar. SPRM juga mengesahkan ia merupakan sumbangan dana politik yang tiada kena mengena dengan sebarang keputusan atau hasil kerajaan mahu pun 1MDB.
5. Dengan kata lain tiada unsur rasuah atau korupsi. Rakyat biasa memang tidak faham dan tidak akan faham permainan politik ini. Baiklah kita anggaplah ini sisi buruk Mohd Najib. Soal salah atau tidak biarkan Undang-undang menentukan. Namun, apakah sejak mengambil alih pentadbiran Mohd Najib tidak melakukan apa-apa kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia sehingga beliau layak dijadikan bahan jenaka, cercaan, umpatan dan lebih teruk difitnah?
6. Selama lima tahun Mohd Najib memacu pertumbuhan ekonomi negara yang begitu cemerlang. Sudah lupakah rakyat Malaysia bahawa sejak pentadbiran Mohd Najib, jumlah pelaburan asing langsung meningkat dari RM 5.1 Bilion pada 2009 (tahun beliau mengangkat sumpah) meningkat kepada RM 29.183 B (2010), RM 37, 325 B (2011), RM 31,118 B (2012), RM 38.8 B (2013) dan RM 39.6B pada 2014.
7. Apakah kerana kita tidak mendapat dan secara langsung, maka kita tidak langsung menghargai pentadbiran Mohd Najib? Pertumbuhan dan pelaburan besar inilah yang membolehkan ramai dari kita meningkatkan taraf hidup. Dulu makan di KFC atau McDonald adalah acara bila dapat gaji, hari ini sebahagian besar sudah menjadi acara mingguan dan harian.
8. Mohd Najib juga dimaki hamun oleh sebahagian rakyat yang tidak mahu membaca dan mengkaji apabila ringgit jatuh kepada RM4 per USD1. Kejatuhan nilai ringgit terburuk dalam tempoh 17 tahun adalah fenomena antarabangsa berikutan hampir semua matawang negara pesat membangun mengalami kejatuhan berbanding dolar.
9. Adakah rakyat Malaysia tahu daripada 174 matawang dunia, hanya 18 matawang yang tidak terjejas berikutan pengukuhan US Dollar? Malaysia sebagai negara pengeksport minyak dan minyak kelapa sawit sama seperti beberapa negara yang komoditi utama jatuh.
10. Bencinya mereka kepada Mohd Najib, sanggup menipu mengatakan keadaan sekarang lebih teruk dari 1998.
11. Ramai tidak suka tapi saya mahu sebut juga bahawa di bawah Mohd Najib, pembangunan luar bandar digandakan, Sabah dan Sarawak serta kawasan pedalaman mendapat perhatian khusus. Polisi pro-rakyat seperti BR1M, Klinik 1 Malaysia, Pusat Tranformasi Bandar (UTC), Permata, bantuan pembinaan rumah rakyat miskin, pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat dan ratusan pembaharuan lain; dilaksanakan dengan pantas bagi mengurangkan beban hidup rakyat dan karenah birokrasi.
12. Malangnya ini dilupakan oleh sebahagian rakyat kerana mereka suka melihat keburukan dari kebaikan. Kita lebih suka mendengar keburukan dari kebaikan. Budaya apa, ajaran apa dan budi apa yang kita ada hari ini?
13. Sangat mengelirukan yang banyak memaki hamun dan mencerca Mohd Najib di laman sosial ialah manusia Melayu, Islam dan ada yang bertudung. Mereka seolah-olah lupa sumbangan dan usaha Mohd Najib menyediakan begitu banyak peluang dan modal kepada bumiputera dan pembangunan syiar Islam.
14. Sepanjang lima tahun pentadbiran ini sudah berbilion Mohd Najib beri bantuan dan peruntukan kepada kaum bumiputera. Namun Melayu tidak pernah sepatah mengucap terima kasih. Sebaliknya apabila Mohd Najib mengumumkan bantuan 50 juta kepada usahawan Cina, itulah dijadikan modal memaki Mohd Najib.
15. Melayu apa, Islam apa kita ini? Hanya kerana diuji sedikit dalam kegetiran ekonomi kini, kita mula menghina dan mencerca pemimpin Islam. Sebahagian kita menghina pemimpin Islam hanya kerana prasangka buruk dan kecewa dengan kehidupan kita sendiri?
16. Perdana Menteri yang kita hina ini, seperti kata Profesor Ridhuan Tee Abdullah, merupakan penggerak pendamaian Islam di seluruh dunia, dari mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur, sehinggalah turun sendiri ke Gaza bagi mendamaikan umat Islam di sana.
17. Mohd Najib juga turun sendiri ke Selatan Filipina bagi membantu umat Islam, menamatkan konflik 70 tahun bangsa Moro dengan kerajaan Filipina; dan sekarang sedang berusaha menyelesaikan konflik umat Islam Selatan Thailand yang telah berlarutan selama 50 tahun dan juga isu rohinya.
18. Malangnya ada antara kita bukan sekadar mahu menjatuhkan beliau, malah sanggup memfitnah, memaki hamun dan tidak mahu menerima sebarang penjelasan langsung kerana kepentingan politik. Tidak cukup itu, isteri Perdana Menteri juga dicerca, dihina dan dituduh bermacam-macam, seolah-olah kita semua hidup berjiran dengannya dan tahu segala perilaku beliau.
19. Mohd Najib sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari kesilapan dan kelemahan. Namun apakah sekian banyak usaha baik yang dibuat beliau ini tak ubah seperti mencurah air di atas daun keladi? Atau kita sudah menjadi bangsa yang tidak mengenang budi?
20. Hari ini Allah uji kita sedikit, kita sudah berpecah belah, lupa kepada jasa dan usaha pemimpin hari ini dan menafikan nikmat hidup di negara ini yang jauh lebih baik dari sebahagian negara.
21. Sedar atau tidak mereka yang memperlekehkan kerajaan hari ini melalui gosip, taksud dan taklid buta kepada usaha menjatuhkan Mohd Najib telah mewujudkan krisis keyakinan kepada negara ini di kalangan pelabur asing. Jadi siapa yang sedang memusnahkan negara ini, Najib atau kita sendiri?
Akhirul kalam, jangan kita kufur (nafikan) nikmat Allah kerana saya khuatir suatu hari nanti Allah tarik nikmat ini.
Wassalam,
Sunday, October 8, 2017
SEMUA SALAH NAJIB..MUDAHKAN???
#SEMUA_INI_SALAH_NAJIB?
Saya nampak cai2 banyak yg copy paste dan share status spt di dalam gambar di bawah. Mereka menyalahkan DS Najib atas perkara yang bukan2.
Berikut adalah jawapannya.
1. Proton- memang hancus sejak zaman Madey. Kasi vendor2 kroni sapu duit sampai Proton bungkus. Proton bukan milik kerajaan sejak Tan Sri Syed Mokhtar takeover. Bisnes kena untung. Kalau 30 tahun buat bisnes tapi rugi, tu sebab Syed Mokhtar pun jual Proton. Tak tahan.
2. F1- Memang x menguntungkan rakyat dan projek ini x mendatangkan hasil pun. Macam mana F1 tak tutup...peminat tempatan tak support. Nak support macam mana? Kalau rakyat semua pakai Merc, pakai Ferrari, munasabah lah jugak nak gi support. Tak macam MotoGP, jentera yang bertanding Yamaha, Honda, peminat tempatan pun layan. Masuk akal lah nak support pun. Sebab tu organizer MotoGP still berminat nak anjurkan Malaysian Grand Prix.
3. Sg Besi airport- Lapangan terbang ini dah hilang nilai strategik ketenteraan lama dah. So tanah ini dijual dengan harga 400 juta tetapi akan digantikan oleh 1MDB dengan 7 lagi base ketenteraan dan 1 pengkalan udara baru bernilai berbillion ringgit!
4. 1MDB gagal- Kerajaan letak modal 1 juta, aset 1MDB 52 billion. Jadah apa gagal? 🤣
5. Ringgit Malaysia paling banyak merudum zaman Tun. 1USD= RM 4.80. Sekarang RM 4.17 kira ok. Rezab Bank Negara kita sudah hampir setengah trillion ringgit, paling tinggi dalam sejarah BNM. Malah rezab negara kita lebih tinggi dari negara maju spt Australia dan Canada. Zaman Tun, BNM bankrap sebab ada malaun tua main FOREX.
6. GST adalah sistem percukaian paling cekap di dunia. 133 negara telah amalkan dan tidak ada negara yg berpatah balik kepada SST yg kuno. GST pada nilai 6% adalah merupakan antara nilai paling rendah di dunia. Zaman Tun kita kena cukai SST sebanyak 16%. Peniaga caj kita tapi tak beri pada kerajaan dan masuk kantung sendiri. GST bagus.
7. Tol semakin bercambah?- Ini bullshit. Tol ni adalah akibat kebodohan Tun. Tun sendiri ngaku Tun bodoh bab ni. DS Najib arah Khazanah beli saham PLUS sehingga harga tol stabil dan tak naik2 lagi dah. Kalau tak dulu hampir setiap tahun naik. DS Najib bina Pan Borneo yang jaraknya jauh lebih panjang dari lingkaran lebuhraya PLUS TANPA TOL.
8. Kedai 1M tutup- Ini adalah fitnah. Ia ditutup untuk tujuan upgrade ke tahap lebih besar.
Kalau kedai ni ada pun korang maki. Bila takde pun ko tension. Kevavian sungguh.
9. Hutang negara semakin tinggi- Hutang negara ada internal dan external debt. Internal debt kita yang tinggi. Internal debt ni hutang rakyat beli rumah, loan kereta, kredit kad, PTPTN etc.
Hutang external negara masih ok.
US, Singapore, Jepun , UK hutangnya trillions...tak bankrap pun.
10. Minyak naik- Subsidi minyak tidak adil. Orang yg pakai Pagani Zonda dan Bugatti Veyron macam Mokhzani dan kroni2 Tun saja yang ambik manfaat maksima. Sebab itu subsidi ini ditarik balik dan harga minyak diapungkan. Rakyat dibantu dengan BR1M untuk meringankan kesan rasionalisasi subsidi. Kenaikkan harga minyak kita adalah mengikut pasaran global. Jika kita mahu minyak murah dengan subsidi tinggi spt yang pembangkang contohkan Venezuela pada tahun 2013, lihatlah bagaimana hancurnya Venezuela kini.
11. Jenayah semakin meningkat- Ini pun salah Najib gak? Aisey...macam la Zaman Tun takde jenayah. Al Maunah, Bentong Kali, pembunuhan Canny Ong, Mona Fandey ni semua salah Tun ka?
12. Harga barang naik- Takde satu negara pun dalam dunia yang harga barang kekal atau turun. Kalau ada sila migrate pi sana.
Ada satu perkara yang kekal harga dah berpuluh2 tahun di negara kita iaitu caj perubatan.
13. Rakyat ramai menganggur- Ini adalah penipuan.
Kadar pengangguran negara kita adalah pada kadar 3.3% (tahun 2017). Nilai ini jauh lebih baik dari kadar pengangguran Korea Selatan (4.4%), US (9.6%) dan Kesatuan Eropah (9.5%).
Pada zaman Tun, kadar pengangguran kita adalah hampir 5%! Sejak tahun 2010 sehingga 2016, DS Najib telah berjaya mewujudkan 1.8 juta pekerjaan baru untuk rakyat Malaysia melalui Program Transformasi Nasional.
14. Pelabur asing keluar dari Malaysia?- Kekarutan apakah ini??? Saudi, China, India, Bahrain, US dan banyak lagi datang melabur beratus2 billion ke dalam negara kita! DS Najib telah berjaya membawa masuk RM 400 billion pelaburan asing hanya dalam tempoh 7 bulan dari November 2016 sehingga Mei 2017.
15. Ahli UMNO ramai keluar- Hihihi. Hari2 kita dengar pemimpin pembangkang yang ramai tinggalkan depa. Untuk rekod, ahli UMNO keluar besar2an dari UMNO ni pernah terjadi zaman Semangat 46 dan ketika pemecatan DSAI. Kedua2 ni zaman Tun. Tapi UMNO relax gak kekal memerintah.
16. PTPTN disekat- Ni apa le yang dia ni mengarut. First time dengar.
17. Arak dah jadi budaya- Laaa....yang kasi venue pesta arak Kerajaan Selangor. Ni pun salah DS najib dan UMNO? jadah apa ni?
Saja nak tambah...San Miguel tu anak2 Tun punya. 🤣
18. Warga asing bertambah- Memang la bertambah. Negara kita makmur ekonomi. Depa berebut2 mai nak cari makan. Negara ekonomi teruk memang depa tak pi la.
19. Kapalterbang hilang- Aisey...ni nahas. Takkan ni pun salah Najib? 2 kapal terbang MAS terlibat.
Tapi 30 billion wang negara hilang sebab main FOREX tu memang pasti.
Skyhawk tu 48 pesawat hilang kat gurun tak pernah tiba ke Malaysia. Apa cer? Zaman siapa Menteri Pertahanan tu?
20. Elektrik naik- Ni salah Tun la ni wujudkan IPP utk kayakan kroni mcm YTL dan Ananda.
Bila 1MDB beli Edra ko jugak sakit hati. Sedangkan pembelian ni utk elak kroni suka suki naikkan harga. Zaman DS Najib kroni xleh cari makan.
21. Kedai Game makin banyak- Lesen perjudian ni semua kan milik Vincent kawan Tun. Tun siap hadiahkan lesen perjudian sukan paling besar pada Vincent sebelum pencen pada tahun 2003.
DS Najib lah yang telah menggantung lesen ini pada tahun 2010 sehingga menimbulkan kemarahan Tun yang membuat kenyataan, jika beliau PM, beliau akan luluskan.
22. Tambang bas naik- Aisey....yang ni tak payah ulas banyak. Semua sedia maklum transformasi raksasa yang DS Najib lakukan untuk pengangkutan awam negara. Kini pilihan pengangkutan awam begitu banyak dengan adanya alternatif tren yg moden.
Projek bas Intrakota zaman Tun lingkup dan DS Najib lah yang telah menghidupkan dan memodenkannya dengan Rapid.
Zaman Tun, Puduraya adalah tempat busuk, tak selamat, daif dan sesak.
DS Najib bina Terminal Bersepadu Selatan yang begitu model dan selesa persis terminal airport utk rakyat.
23. Felda jahanam- Aik? Jahanam apa? Tiap2 tahun peneroka dapat durian runtuh! 🤣
Zaman Tun Felda pun dia tak pandang. Harga getal sawit jatuh pun x peduli. Tun ada Petronas dan sibuk rugikan negara dengan Proton. 🤣
24. Nombor gelap tambah naik- Ni aku tak faham apa dia cuba cakap. Kutuk skandal BMF ka?
Tambahan:
25. Tidak pernah ada kelewatan pemberian gaji zaman DS Najib. Hatta sekupang pun gaji tak pernah kena potong. Gaji staf gomen siap naik berganda2 zaman DS Najib.
Zaman Atok dah la gaji tak naik, siap kena potong lagi. Malah pernah semasa zaman gawat ekonomi, gaji tertangguh x bayar sampai 2 bulan!
#RinduZamanTun
Kredit: Abdul Rahman Abdul Kadir
---
Ikuti kami di telegram - FriendsofBarisanNasional
Friday, October 6, 2017
PENTADBIRAN NAJIB JAUH LEBIH HEBAT DARI MAHATHIR
EKONOMI NEGARA LEBIH BAIK DIBAWAH NAJIB
Ekonomi Malaysia kini berada pada tahap yang baik. Semalam, Bank Dunia telah naikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia untuk tahun ini kepada 5.2 peratus daripada 4.9 peratus pada Jun. Sebelum itu, Bank Dunia unjur 4.3 peratus. Ini bermakna, dua kali Bank Dunia naikkan unjuran ini, dari 4.3 peratus kepada 4.9 peratus dan kemudian kepada 5.2 peratus.
Pada bulan Ogos 2017 lagi, Datuk Seri Najib sudah menyatakan bahawa keadaan ekonomi negara berada dalam keadaan betul dan tidak sepertimana tuduhan negara hendak bankrup yang dibuat oleh pembangkang. Kedudukan rizab antarabangsa adalah RM429.76 billion manakal Standard & Poor telah meletakkan Malaysia pada rating yang kuat iaitu “A-“.
“Tidak banyak negara yang mendapat rating A- ini. Pada tahun 1997, kita telah kehilangan separuh daripada rizab antarabangsa, tetapi negara kita tidak bankrup. Hari ini, rizab antarabangsa negara berada lebih dari RM400 billion, jadi bagaimana negara kita dituduh hendak bankrup?” kata Datuk Seri Najib pada 25 Ogos 2017, ketika merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Johor Bharu.
"Politik hari ini adalah berkenaan dengan persepsi dan bukannya realiti. Mereka (pembangkang) tidak perlu membuktikan apa apa yang berdasarkan realiti. Mereka hanya perlu reka cerita palsu terhadap kerajaan, itu sudah cukup bagi mereka” kata Datuk Seri Najib.
Dekat lima kali, Tun Mahathir dan Tun Daim berkata ekonomi Malaysia hendak bankrup. 11 September 2016, Mahathir kata “Malaysia akan muflis seperti Argentina”. 17 Ogos 2015, Mahathir kata “Ekonomi Malaysia akan jatuh teruk”. 26 Ogos 2015, Daim berkata “Malaysia akan bankrap Disember ini”. 3 September 2015, Daim kata “Satu malapetaka ekonomi sedang dihadapi Malaysia”. 31 Disember 2015, Mahathir kata “Malaysia akan bankrap”.
Semua tuduhan Mahathir dan Daim ini tidak menjadi kenyataan. Ianya terbukti bahawa tuduhan itu hanyalah cerita persepsi semata mata, bukannya realiti.
“Secara keseluruhannya ekonomi bawah pentadbiran Najib nampak bagus kerana ekonomi Malaysia semakin kukuh sejak Najib mula jadi Perdana Menteri...” kata Bruce Gale dalam satu tembubual bersama BRM Radio pada 3 September 2017. Sebelum itu, Bruce Gale yang merupakan penulis kanan di Straits Times Singapura telah menulis artikel mengenai “Najibnomics has been good for Malaysia's economy”.
Puak pembangkang yang tidak boleh menerima realiti akan cuba mematahkan fakta sebenar ini dengan mengatakan Bruce Gale “makan dedak”. Itu sahajalah yang boleh dijawab oleh puak puak pembangkang bila berhadapan dengan fakta sebenar.
Bukan Bruce Gale dan Bank Dunia sahaja yang akui keadaan baik ekonomi negara, Bank Pembangunan Asia (ADB) juga mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia lebih baik lagi iaitu dari 4.7 peratus kepada 5.4 peratus.
Di rantau Asia, ADB meletakkan Malaysia dan Hong Kong sebagai negara di Asia yang menunjukkan peningkatan besar dalam pertumbuhan ekonomi.
"Jadi jangan mendengar kata-kata pihak tertentu yang cuba untuk menjatuhkan negara ini demi kepentingan agenda politik mereka. Bukti cukup jelas bahawa (ekonomi) kita berkembang pada landasan tepat," kata Datuk Seri Najib.
Bukan itu sahaja, mengikut laporan World Economic Forum (WEF), Global Competitiveness Report 2017-2018, kerajaan Malaysia adalah yang ke 15 yang efisien dalam berbelanja, mengalahkan negara negara seperti Finland (16), Norway (18), China (19), Iceland (23), Sweden (26) dan Jepun (29).
Malah secara keseluruhannya, kedudukan Malaysia yang berada di tangga ke 25 dalam laporan World Economic Forum itu adalah lebih baik berbanding negara negara lain seperti Korea Selatan (26), China (28), Saudi Arabia (29), Thailand (32), Indonesia (37), India (39), Russia (45), Turki (51), Brazil (75), Pakistan (126). Malaysia berada pada kedudukan yang baik berbanding negara negara dalam teori ekonomi BRIC iaitu Brazil, Russia, India, China.
Argentina yang disebut oleh Mahathir berada jauh di kedudukan ke 106. Jauh rankingnya ke belakang berbanding Malaysia yang berada di tangga ke 25. Jadi bagaimana Mahathir boleh buat andaian Malaysia akan jadi bankrup macam Argentina? Andaian yang tersasar jauh sama sekali.
Semua data dan kedudukan Malaysia ini dibuat berdasarkan pencapaian ekonomi Malaysia, ianya bukan direka reka dan dibuat buat sebagaimana persepsi yang dibuat oleh Pengerusi Pembangkang sekarang iaitu Mahathir. Ini bukti Datuk Seri Najib lebih pandai menjaga ekonomi negara berbanding Mahathir.
Bawah hidung dia pun boleh hilang RM32 billion tanpa dia sedar. Kemudian cakap tidak tahu sebagai alasan. Dari tahun 1981 hingga 1988, pada akhir 7 tahun pertama Mahathir berkuasa, Mahathir telah menggandakan kadar pengangguran, mengharung defisit bajet tertinggi dalam sejarah Malaysia, menggandakan hutang melebihi 100% nisbah hutang kepada KDNK dan menggandakan hutang luar Malaysia. Ini faktanya.
Membandingkan 6 tahun pertama era Mahathir dan Najib, hutang negara berdasarkan pendapatan negara pada zaman Mahathir adalah 138.7%, pada era Najib hanya 74% sahaja. Begitu juga dengan pertumbuhan ekonomi, zaman Mahathir hanya sekitar 24.6% berbanding pencapaian era Najib yang jauh lebih baik iaitu 62.5%, 3 kali ganda lebih baik dari zaman Mahathir. Kadar pengangguran zaman Mahathir juga adalah dua kali berbanding era Najib.
Kadar hutang 138.7% ketika zaman Mahathir ini sama dengan kadar hutang beberapa buah negara yang mengalami bankrap seperti Greece, 167.9%, Italy 132.7% dan Portugal 129%. Kalau rindu zaman Mahathir, maka inilah fakta faktanya. Kesimpulannya, terimalah realitinya, Najib lebih pandai menjaga ekonomi berbanding Mahathir.
Tulisan:
Beruang Biru
BB603, Jumaat
6 Oktober 2017
Wednesday, October 4, 2017
NAJIB RAZAK PERTAHAN JUMLAH BILANGAN 1.6 JUTA PENJAWAT AWAM DI SEBALIK IKRAR DAP UNTUK PECAT 800 RIBU PENJAWAT AWAM JIKA MEREKA BERKUASA
"Adalah tidak adil untuk membandingkan jumlah penjawat awam di negara ini dengan negara-negara lain kerana takrifan penjawat awam di negara ini adalah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata takrifan tersebut meliputi sektor perkhidmatan kesihatan seperti doktor dan jururawat, anggota keselamatan termasuk tentera serta polis dan warga pendidikan yang merangkumi para guru.
"Di sebahagian negara-negara lain, mereka tidak menghitung pekerja dalam sektor kesihatan, keselamatan dan pendidikan sebagai penjawat awam,”katanya pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-15 (MAPPA XV) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Monday, October 2, 2017
MENGAPA CINA BEGITU BENCI NAJIB
ELOK SANGAT KALAU DIVIRALKAN ARTIKEL INI.
Analisa dari sudut yang berbeza*
Cina marah Najib
buat kedai 1 Malaysia seluruh negara sebab ganggu peruncitan yang dimonopoli oleh cina
Cina paling marah
bila najib buat gst sbb tak boleh tipu2 lagi
Memang semua pringkat rasa penangan gst tapi yang paling terkesan adalah tauke2 besar, pemborong dan pengedar yg ramainya bangsa cina. Walau boleh claim GST dengan kerajaan tp semua kena declare.
Tak boleh tipu pendapatan lagi.
Kalau tak ramai Cina2 yg kaya mengaku miskin dan mohon semua bantuan disediakan kerajaan.
Najib juga perbaiki gred penjawat awam
Gaji minimum penjawat awam sekarang seribu ke atas. Elaun sara hidup pun dapat.
Siapa yg ramai jadi penjawat awam?
Dah tentu la Melayu
Sebab tu DAP kata kalau menang nak kurangkan bilangan penjawat2 awam.
Lepas tu Najib naikkan gaji guru
Siapa guru? Majoritinya melayu .
Walau guru dikatakan ramai pro pembangkang tp kebajikan guru tetap terbela.
Senang nak buat pinjaman, beli rumah dan kereta.
Kalau dulu guru pakai motor buruk sekarang kereta rumah mahal bergaya.
Pakaian ke sekolah macam dato2, mak2 datin atau artis.
Kalau askar tak payah cakap lah
Dulu prebet berapa ratus jer gaji.
Sekarang prebet je dah ribu riban.
Siapa yang sudi jadi mat perang pertahankan negara?
Ramai Melayu juga.
Bila pencen dapat imbuhan bukan sikit2 duit.
Walau dh pencen tiap2 bulan duit masuk.
Orang2 masjid pulak termasuk penggali kubur dapat buat haji free bila ada peluang.
Pergi kursus imam pun di hotel2 hebat.
Siapa orang2 masjid ni?
Melayulah kann??
Rumah mesra rakyat
Melayu juga banyak dapat.
Cina2 yg kaya terpaksa putih mata.
Sebab melayu yang ada tanah walau x kaya raya terutama di kampung2 dan felda2.
Dapat bantuan baiki rumah.
Dapat bantuan rumah PPRT.
*Sekolah pondok*
yang dipandang sepi kini terbela dgn bantuan dari kerajaan melaui yayasan sekolah pondok.
Anak2 siapa belajar sekolah pondok sekolah tahfiiz ni?
*Anak2 melayu juga* .
*BRIM (orang cakap gula2 pilihanraya)*
penerima pun banyak orang melayu.
Orang cina banyak yang kaya beb.
Dulu boleh tipu pendapatan mengaku miskin tp sejak ada GST dah tak boleh tipu pendapatan.
*Pencen pesara naik*
Siapa pesara ni?? Banyak melayu lah kan?
*Dulu2 orang tak mahu kerja gomen sebab gaji kecik*
Nak kerja swasta gaji besar.
Tapi disebabkan swasta banyak cina Melayu susah nak naik.
Cina yg pegang ekonomi, dorang bantu orang2 dia jer..
Kalau melayu ni gaji ciput jer.
Kalau orang2 dia..cakap Inggeris berterabur ke
Cakap melayu ke laut ke.. tapi gaji tetap besar.
*Lagi kurang ajar*
bila letak iklan kerja diutamakan bahasa Cina atau diwajibkan fasih cakap Cina.
*Ingat cina suka ke pembaharuan*
yang Najib buat secara terang2 menyebelahi melayu?
Itu pun macam2 orang2 Melayu tuduh Najib.
Sedangkan Najib tu dah buat macam2 untuk bantu Melayu.
*Tapi Najib ni terpaksalah tempuh zaman teknologi dunia* tanpa sempadan.
Informasi dan maklumat di hujung jari.
*Tapi yg peliknya ramai melayu masih nak tunjuk lagak ikut telunjuk bangsa lain*
Dah senang kot atau dah kaya raya dan dh malu nak mengaku bangsa Melayu.
Maklumlah dh urban konon.
Sebab tu bila didedahkan perangai dan agenda DAP yg nak hapus hak2 Melayu
Melayu2 ini jugalah yg maki hamun bela DAP dan kata kita rasis.
*Yg kelakarnya bila DAP perlekeh Islam dan Melayu dorang tak berani berkutik pulak*
Jadi fikir2lah sendiri siapa kita?
Melayu yg mudah lupa atau..
Lupa diri tu Melayu?
*Ingatlah bangsa Melayu. Dah byk kerajaan Melayu Lama dah LENYAP
Tunggu giliran kita pulak kalau asyik dok FITNAH dan buka pekung didada
MELAYU JGN MUDAH LUPA.‼️
FIKIR FIKIR KAN LAH...‼️
BERSATULAH
KITA HANYA TINGGAL KUASA JE
KALAU KUASA MELAYU DAH TAK DA
MELAYU TINGGAL NAMA SAHAJA.