Showing posts with label PKM. Show all posts
Showing posts with label PKM. Show all posts

Wednesday, December 7, 2011

BARUA KOMUNIS YANG TEWAS!!!!

Permohonan Utusan batalkan saman Mat Sabu dibenarkan

06/12/2011 4:33pm

KUALA LUMPUR 6 Dis. – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Utusan Melayu (M) Bhd. untuk membatalkan writ saman Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berhubung isu serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Johor.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk John Louis O'hara setelah bersetuju dengan hujah peguam-peguam yang mewakili syarikat akhbar tersebut, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun.
Pada 27 Oktober lalu, Utusan telah memfailkan permohonan membatalkan saman Mohamad terhadap mereka yang dinamakan sebagai pihak defendan.
Mohamad selaku plaintif telah gagal memberikan butir-butir yang mencukupi berhubung penerbitan yang didakwa berunsur fitnah bagi menyokong tuntutan samannya itu.
Menurut Firoz Hussein, kenyataan sokongan itu merupakan satu keperluan serta membentuk prasyarat yang dikehendaki di bawah Aturan 78 Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dalam writ saman fitnah. – Utusan

Thursday, September 8, 2011

ADA PROFESOR MAKI MAT SHABUN!!!!

Kenyataan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu atau Mat Sabu pada 21 Ogos lalu yang mengatakan 200 anggota pasukan Parti Komunis Malaya (PKM) yang diketuai oleh Goh Peng Tun dan lelaki Melayu,Mohamad Indera telah membunuh 25 askar Melayu di Bukit Kepong itu sebagai hero tulen,amat jengkel dan sangat dikesalkan.Sebagai rakyat Malaysia,tidak sepatutnya beliau membuat suatu kenyataan yang bercanggah dengan fakta sejarah.Hatta kalau ditanya pun kepada kaum bukan Melayu,umpamanya Tan Sri Profesor Emeritus Dr. Khoo Kay Kim,beliau tidak dapat bersetuju dengan pandangan Mat Sabu.Dari segi matlamat PKM, mungkin ada sedikit persamaan dengan UMNO atau Pas iaitu anti penjajah British. Bukan parti-parti itu sahaja, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Seberkas dan banyak lagi turut menentang British.

Wednesday, September 7, 2011

SYABUN...SYABUN...BODOH DAN KURANG AJAR...!!!!!

Dah KANTOI pun masih nak menipu dan memfitnah lagi. Bila masanya pemimpin-pemimpin UMNO mengamalkan budaya CACIMAKI macam pemimpin PAS ni!!!!MAT SYABU takut untuk berdebat dengan KJ sebaliknya memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana MAT SYABU kata Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih banyak memaki MAT SYABUN!!!!..tapi inilah nasib ahli-ahli PAS terpaksa ada TIMB PRESIDEN yang tak berapa cukup akai!!!!Tapi BAB ADJUS MASUK BILIK 121...CEKAP GILA!!!!SYABUN...SYABUN!!!!

Monday, September 5, 2011

AKAN WUJUDKAH DIA YANG AMAT GLAMOUR INI...????

Hebat betullah kepala lutut DR MAZA ni sebab tu kadang-kadang syok juga tengok dia ni melalak rata ceruk bagi idea kepala lutut dia!!!!


‎..tiada kaitan dengan kenyataan pemimpin pembangkang..memang sejak dahulu apabila membaca kisah Leftenan Adnan di Singapore saya sendiri berfikir; mengapa orang melayu berperang menentang Jepun? apakah Jepun memusuhi melayu atau memushi British dan cina? apakah itu agenda perjuangan melayu atau itu agenda British? Slogan Jepun Asia untuk orang Asia..Jepun tidak memusuhi melayu tetapi memusuhi British..juga memusuhi bangsa cina disebabkan persengketaan mereka. Jika Jepun berkuasa di Singapore dan Tanah Melayu, pasti British dan cina akan terusir dari Singapore dan Tanah Melayu..tapi orang melayu mempertahankan kubu British kerana orang melayu menjadi tentera British..sebelum kemerdekaan kita, polis dan tentera hakikatnya benteng British..maka, persoalan kita ialah apakah orang melayu yang berada dalam tentera British itu boleh juga dianggap pejuang tanahair, ataupun pejuang bangsa melayu atau hanya seorang anggota tentera British? Inilah persoalan yang sedang dinilai dan difikir untuk melihat isu ini..jika mereka boleh diiktiraf atas alasan tertentu, maka mereka patut disanjung sebagai pejuang tanahair..jika tidak, maka sebaliknya..


JKKKPKSS setuju dengan DR MAZA terutama bab JEPUN yang tak memusuhi ORANG MELAYU tetapi JEPUN memusuhi BRITISH. Sebab itulah semasa penjajahan JEPUN lelaki MELAYU diberi layanan istimewa oleh Jepun sehingga ada yang di bawa menikmati pakej PERCUTIAN TAK KEMBALI LAGI menaiki keretapi Xpress ke BURMA, yang JEPUN pinjam KEPALA pun ramai jugak!!!! Manakala PEREMPUAN MELAYU pula  ramai yang amat bangga sehingga hari ini walau sekadar dirogol oleh tentera-tentera JEPUN. Tiap-tiap malam perempuan-perempuan MELAYU KETAWA MENGILAI mengingati saat-saat INDAH DIROGOL tentera  JEPUN bahkan Ada perempuan MELAYU diangkat MARTABATnya menjadi GEISHA. DR ASRI pun tahu GEISHA tu PEREMPUAN MELAYU yang memperdengarkan nyanyian NASYID kepada tentera JEPUN sebab tentera-tentera JEPUN ni gemar mendengarkan lagu-lagu berunsurkan KETUHANAN!!!! Justeru itu Tentera JEPUN adalah sahabat baik orang MELAYU dan tindakan Leftenan ADNAN menentang tentera JEPUN seperti yang dihairankan oleh DR MAZA adalah suatu kesilapan yang tak dapat dimaafkan!!!

Thursday, September 1, 2011

MAT SABU, KOMUNIS DAN HARI RAYA

Setiap kali Hari Raya, bolehlah kita tengok depan rumah orang-orang kampung penuh dengan kereta mewah yang orang kampung tak pernah tengok pun seumur hidup mereka....