Pemimpin PAS mahu Mahathir ditahan bawah Akta Hasutan
16 Okt 2017, 11:58 tengahari (Dikemaskini 16 Okt 2017, 2:13 tengahari)
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Muhtar Suhaili mahu Tun Dr Mahathir Mohamad ditahan mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung ucapannya pada Himpunan Anti-Kleptokrasi, Sabtu lalu di Padang Timur, Petaling Jaya.
Katanya, ucapan bekas perdana menteri itu jelas bukan sahaja menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetapi adalah melampau dan kurang ajar.
“Saya menyeru pihak berkuasa untuk menahan Tun M (Dr Mahathir) di bawah Akta Hasutan!
“Lebih menjengkelkan hadirin di himpunan tersebut turut bersorak dan seolah-olah bersetuju dengan sikap rasis yang ditunjukkan Tun M,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuatkan di Harakahdaily.
tun lupa dia mai dari mana hahahaha
ReplyDeleteitulah, punya syok bercakap sampai lupa keturunan sendiri mai dari mana.... tapi takpa la, dah terlalu tua untuk ingat. maafkanlah dia.
DeleteOrang2 tua kita pun sama juga: tak lama lagi dah nak hidup
ReplyDelete