Thursday, October 5, 2017

ARAK BOLEH RUMAH TAK BOLEH

Rumah Kuarters Masjid Diroboh, Pesta Arak Diluluskan

#ArakBolehRumahTdkBoleh

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali buat hal lagi semalam apabila Kerajaan Negeri pimpinannya telah merobohkan beberapa unit rumah kuarters yang terletak dalam perkarangan Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz di Subang, Selangor.

Ini bukti kerajaan negeri tidak ada rasa perikemanusiaan langsung terhadap nasib rakyat. Peniaga nasi lemak anak dara yang tiada lesen, Azmin boleh turun dan runding.

Rumah urut, pusat perjudian dan rumah rumah maksiat yang haram di Selangor, Azmin tidak pula arah roboh serta merta. Rumah kuarters dalam masjid pula yang kena serta merta.

Difahamkan tanah yang terlibat telah dipajakkan ke sebuah syarikat swasta dan penduduk rumah berkenaan diusir oleh syarikat berkenaan yang mahu menjalankan kerja-kerja pembangunan yang telah dirancang di atas tapak yang terlibat.

Tindakan menghalau dan meroboh rumah itu dibuat tanpa sebarang bayaran pampasan dan dilihat secara terburu buru. Kepentingan kontraktor lebih penting bagi Azmin dari kepentingan rakyat.

Mengapa tanah di kawasan itu dipajakkan sedangkan ia berada dalam kawasan masjid yang menjadi tempat kediaman Pegawai Masjid berkenaan.

Mengapa dalam hal begini, kerajaan pakatan Selangor mahu terburu-buru mengambil tindakan. Adakah kerana mementingkan kantung kewangan negeri selepas tanah dipajakkan?

Azmin nampaknya sudah tiru cara Guan Eng di Penang. Sampai hilang 26 buah kampung Melayu di Penang.

Penduduk-penduduk di kawasan itu dilihat memasang kain rentang memohon budi bicara dari Azmin supaya tidak membenarkan tindakan meroboh itu kerana sudah mendiami kawasan berkenaan iaitu di dalam kawasan masjid sejak sekian lama.

"Kami mohon simpati daripada Menteri Besar negeri Selangor untuk bersama-sama membantu menyelesaikan masalah kami," begitu tertera di atas kain rentang berkenaan.

Azmin, dek kerana tidak mahu menangguhkan operasi itu hanya mampu menempatkan dua keluarga yang terlibat di Pusat Perumahan Rakyat (PPR) di Kota Damansara, tetapi penghuni berkenaan pula yang perlu menanggung sewa di rumah baru sendiri.

Kerajaan negeri hanya boleh membiayai kos sewa unit rumah PPR itu selama enam bulan kemudian unit berkenaan akan ditawarkan untuk dibeli oleh dua keluarga itu.

Pendekatan Azmin ini amat berbeza sekali dalam soal penganjuran pesta arak yang bakal diadakan di pusat beli-belah di Centro Klang.

Begitu cepat sekali mahu diluluskan. Pesta arak itu mahu dibuat di Klang selepas permohonan diadakan di Kuala Lumpur ditolak oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Majlis Perbandaran Klang terus membenarkan program berkenaan diadakan walau pun mendapat bantahan dari penduduk beragama Islam di situ.

Azmin kata semalam "kita beri tahun lalu, kita beri kelulusan untuk beberapa tahun lalu, jadi kami terus beri kelulusan selagi mematuhi syarat yang ditetapkan oleh PBT". Sudah 6 tahun, pesta arak ini diluluskan di Selangor rupanya. Sejak DAP menguasai kerajaan Selangor.

Pesta arak Octoberfest ini betul betul dimahukan oleh pemimpin DAP. Tony Pua dan Teresa Kok bersungguh sungguh mempertahankan penganjurannya pesta arak ini.

Azmin tidak boleh buat apa. Tidak boleh lawan pun pesta arak yang dimahukan DAP ini. Namun rumah kuarters yang didiami oleh ahli PAS yang pernah membawa Hadi Awang ke situ, sudah diroboh oleh Azmin.

Gaya kepimpinan Azmin ini sudah ikut macam cara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang merobohkan satu persatu kampung Melayu di negeri pulau mutiara itu atas alasan pembangunan. Peratus pemilikan tanah dalam kalangan orang Melayu sudah merosot dari 26 peratus kepada hanya 20 peratus sekarang.

Rumah urut, rumah judi dan pesta arak dibiarkan oleh Azmin. Rumah kuarters masjid diroboh oleh Azmin. Inilah cara pentadbiran Azmin dan DAP di Selangor. Cukup kejam sekali.

Apalah salah rumah kuarters itu berbanding pesta arak?

Tulisan :
Beruang Biru
BB601, Khamis
5 Oktober 2017

1 comment:

  1. Pinjaman untuk semua jenis tujuan
    Kami menawarkan jumlah minima 5,000.00 euro kepada 10.000,00 euro hingga 20 juta euro
    Pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2% Pinjaman
    Tempoh: sehingga 25 tahun bergantung kepada jumlah pinjaman yang anda perlukan.
    Pelanggan mestilah
    berumur lebih 18 tahun
    Urus niaga ini 100% selamat untuk semua pelanggan
    Untuk maklumat lanjut mengenai kredit, sila hubungi kami melalui e-mel:
    (leonardodorafinance@gmail.com)

    ReplyDelete