ABDUL MALIK
Keputusan itu menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim sebagai langkah 'penambahbaikan' oleh kerajaan negeri pada tahun depan.
Katanya, perarakan yang menjadi kelaziman ketika sambutan berkenaan tidak akan dilangsungkan sebaliknya digantikan dengan tazkirah, solat sunat duha, selawat dan berzanji.
Menurutnya, keadaan itu sama seperti tahun lalu apabila peserta perbarisan hanya berjalan dari Padang Kota ke Dewan Sri Pinang yang terletak bersebelahan dan tidak membawa sepanduk sambil berselawat.
Ditanya tentang keputusan itu mungkin dilihat sebagai cubaan kerajaan negeri untuk menghapuskan amalan berkenaan, Abdul Malik berkata, isu berkenaan tidak timbul malah perubahan yang dibuat adalah untuk kebaikan semua pihak di negeri ini.
“Jangan hanya tengok di Pulau Pinang sahaja (‘sekatan’ perarakan) sebaliknya negeri-negeri lain juga. Kita mahu perarakan yang panjang dan lama digantikan dengan pengisian lain,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya, acara pada 3 Januari itu nanti akan bermula di Vision Park di Kepala Batas serta dijangka disertai 55 kontinjen daripada pelbagai agensi kerajaan sebelum menuju ke Masjid Abdullah Fahim yang menjadi lokasi sambutan serta akan dirasmikan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohd. Rashid Hasnon.
Sementara itu, Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) dalam reaksinya menyelar keputusan Kerajaan DAP Pulau Pinang sambil menyifatkan ia sebagai provokasi terbaru terhadap umat Islam di negeri ini selepas Ketua Menteri, Lim Guan Eng membenarkan kalimah Allah digunakan oleh masyarakat bukan Islam di negeri ini.
Presidennya, Rahmad Isahak berkata, beliau tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan kerana perarakan itu tidak mengganggu penganut agama lain di negeri ini selain umat Islam di negeri ini boleh menerima dan menghormati apabila perarakan sempena perayaan keagamaan kaum lain seperti Cina dan India dilangsungkan.
“Sepatutnya acara perarakan sempena Maulidur Rasul dikekalkan walaupun laluannya tidak ditambah tetapi tidak perlu dipendekkan. Tindakan ini seolah-olah mencabar masyarakat Islam di negara ini dan adakah kerajaan negeri tidak sedar ini negara Islam,” katanya.
Menurutnya, keputusan berkenaan tidak adil kepada orang Islam di negeri ini dan dibuat secara tergesa-gesa dan menunjukkan kerajaan negeri yang tidak sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan membuat keputusan yang tidak matang.
http://www.utusan.com.my/berita/politik/kerajaan-dap-pulau-pinang-terus-8216-sekat-8217-8232-acara-perarakan-maulidur-rasul-1.37894
No comments:
Post a Comment