Monday, November 10, 2014

NAJIB : PAKLAH KEDUA!!!!!

Isu Cameron Highland silap-silap akan membolehkan DS Najib jadi Paklah yang kedua iaitu jadi PM tapi negeri sendiri ditawan pembangkang ataupun bungkus terus satu negara!!! jadi buatlah apa yang patut terhadap sesiapa yang bertanggungjawab menjahanamkan Cemeron Hinghland dengan menerima rasuah dari cina-cina sayuq tu!!!!

(ADNAN JANGAN ANGKUH) Cameron Highlands "HANCUR" kerana Campur Tangan Politik dan Rasuah, MB Pahang Perlu Bertanggungjawab Bukan Melatah


CAMPUR TANGAN POLITIK DAN RASUAH

KUALA LUMPUR 8 Nov. – Campur tangan politik dan amalan rasuah yang sehingga kini masih belum dapat dihapuskan di Cameron Highlands dipercayai menjadi penyumbang kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur di tanah tinggi itu.

Satu sumber memberitahu Mingguan Malaysia, Cameron Highlands tidak akan berada dalam kea­daan sekarang jika penguatkuasaan undang-undang benar-benar dijalankan termasuklah memastikan mereka yang didapati terlibat dalam rasuah dibawa ke muka pengadilan.

“Kegagalan bertindak tegas itu menyebabkan penerokaan tanah secara haram tidak dapat dikawal lagi sehingga akhirnya membawa bencana dua tahun berturut-turut ke kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Sumber itu mendakwa, walaupun boleh dikatakan setiap hari adu­an berhubung penerokaan tanah secara haram dilaporkan kepada pihak berkenaan namun tiada tindakan diambil.

“Sebab itulah kita minta SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) siasat segera bagi menghentikan penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands yang dikaitkan dengan pemberian habuan kepada segelintir pegawai tanah,” katanya.

Dalam pada itu, sumber tersebut mendakwa, campur tangan ahli politik turut menyebabkan usaha membanteras pembukaan kebun sayur secara haram gagal.

“Contohnya, sehingga ke hari ini masih ada kebun sayur yang dibuka di tepi sungai. Sebelum ini ada tindakan mahu diambil tetapi dibatalkan ekoran campur tangan politik.

“Sepatutnya sebarang aktiviti tidak boleh dilakukan berhampiran sungai tetapi akibat campur tangan politik, semuanya ‘boleh dihalalkan’,” dakwanya.

Sementara itu, satu lagi sumber mempertikaikan bagaimana pihak berkuasa boleh membiarkan kebun sayur dibuka dengan begitu meluas di Blue Valley sehingga menjejaskan alam sekitar.

“Saya tidak mempersoalkan haram atau tidak, tetapi tidakkah pejabat tanah atau pejabat daerah tidak melihatnya dari segi ancaman kepada alam sekitar?

“Saya percaya Blue Valley hanya menanti masa sahaja ditimpa bencana, kalau tindakan tegas tidak dilakukan bagi menghalang lebih ba­nyak kebun sayur dibuka,” katanya.

MB PAHANG JANGAN MELATAH

KUALA LUMPUR 8 Nov. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob diminta bersikap profesional serta menghormati setiap laporan yang dikeluarkan pihak akhbar berhubung masalah di Cameron Highlands kerana perkara tersebut melibatkan kepentingan serta keselamatan penduduk tempatan.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, sebagai ketua kerajaan negeri, beliau perlu menghormati laporan akhbar yang sebenarnya bertujuan untuk membantu kerajaan negeri memperbaiki kelemahan yang mungkin wujud.

Katanya, adalah tidak wajar sekiranya seorang Menteri Besar menyalahkan pihak akhbar atau media kerana pendedahan yang dilakukan itu yang bukan sengaja dibuat tetapi mahu membantu kerajaan negeri mengatasi segala kelemahan yang boleh memberi kesan buruk kepada rakyat.

“Pihak media hanya memainkan tugas mereka dan sekarang bukan merupakan masa yang sesuai untuk menuding jari kepada mereka kerana isu seperti ini melibatkan keselesaan dan keselamatan rakyat tempatan.

“Jadi, kita berharap sebagai ketua kerajaan negeri, beliau dapat bersikap lebih profesional dalam perkara ini serta menjadikan setiap teguran dari pihak media untuk memperbaiki kelemahan yang ada,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai Menteri Besar Pahang yang dikatakan agak emosional apabila ditanya mengenai pendedahan akhbar ini berhubung kebanjiran pendatang asing khususnya warga Bangladesh di Cameron Highlands.

Malah, Adnan menganggap pendedahan itu bersifat sensasi bagi melariskan jualan akhbar serta menegaskan kehadiran warga asing di situ tidak dapat dielakkan bagi memenuhi keperluan sektor pertanian khususnya kebun sayur.

Mengulas lanjut, Mohd. Yusof berkata, Menteri Besar juga digesa supaya tidak cepat melatah atau menyalahkan mana-mana pihak berkenaan pendedahan media terhadap masalah yang berlaku di pusat peranginan tersebut.

“Pada masa akan datang, beliau perlu anggap pendedahan yang dilakukan itu bertujuan untuk memperbaiki keadaan di sana dengan sentiasa bekerjasama dengan pihak media bagi membantu rakyat tempatan di kawasan itu,” jelasnya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah menggesa Menteri Besar untuk sentiasa turun padang bagi melihat setiap masalah yang berlaku di Cameron Highlands.

Katanya, Adnan perlu mengambil berat serta tidak melepaskan tanggungjawab hanya kepada pegawai jabatan kerajaan bagi menyelesaikan masalah yang berlaku di pusat peranginan itu.

“Menteri Besar Pahang perlu tegas dalam menangani masalah ini. Beliau tidak boleh cakap tak tahu serta hanya pandai menyalahkan pihak media dalam perkara ini, sebaliknya perlu selalu turun padang bagi melihat masalah rakyat,” jelasnya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir menggesa Adnan menyemak segala maklumat yang dilaporkan media terlebih dahulu sebelum menuduh mereka mensensasikan sesuatu isu tersebut.
Katanya, media mempunyai peranan untuk menyampaikan maklumat kepada kerajaan negeri agar sesuatu masalah itu dapat diselesaikan demi kepentingan rakyat.

“Setiap media mempunyai pandangan mereka sendiri. Jadi, kita tidak seharusnya tergopoh-gapah untuk membuat kesimpulan yang salah kepada niat mereka,” jelasnya.

sumber



1 comment:

  1. RAKYAT TENGOK SENDIRI LAH BAGAIMANA PEMIMPIN UMNO/BN BERMAIN SANDIWARA...LICIK SUNGGUH CARA MEREKA BALING BATU SEMBUNYI TANGAN.

    ReplyDelete