Wednesday, November 19, 2014

KITA MAU SEMUA PEMIMPIN UMNO MACAM NI..!!!!

Ini baru pemimpin Melayu..memikirkan bagaimana untuk menjaga Melayu bukan bagaimana nak perabih rezab dan mempergunakan hak istimewa Melayu..!!!!


BACA PERENGGAN LAST...INI BARU BETUL PEMIMPIN MELAYU PAHAM !!!

Isu berkaitan tanah rizab Melayu akan terus menjadi agenda utama kerajaan negeri dan usaha mempertahan serta memperluaskannya dijalankan secara berterusan.


Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keluasan tanah rizab Melayu di kawasan Iskandar Malaysia setakat September lalu menunjukkan peningkatan 12 kali ganda berbanding sebelum merdeka dengan keluasan 23,517.37 berbanding 1,921.44 hektar pada 1957.
Menurutnya, peningkatan keluasan tanah rizab Melayu turut menunjukkan peningkatan antara dua hingga 21 kali ganda di daerah-daerah lain di seluruh negeri.
"Kerajaan negeri memberi jaminan usaha mempertahankan tanah rizab Melayu akan terus menjadi agenda utama di bawah pentadbiran saya selaku Menteri Besar.
"Peningkatan data ini secara tidak langsung menolak dakwaan kononnya kerajaan negeri mengabaikan tanggungjawab tentang isu tanah rizab Melayu," katanya menjawab soalan Datuk Maulizan Bujang (BN-Tiram), Ayub Jamil (BN-Rengit) dan A. Aziz Ismail (BN-Senggarang) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar, di sini hari ini.
Berdasarkan perangkaan, keluasan tanah rizab Melayu di negeri ini meningkat kepada 279,744 hektar setakat September lalu berbanding hanya 87,563.6 hektar pada 1957.
Mohamed Khaled berkata, kerajaan negeri juga bersetuju untuk merampas tanah rizab Melayu yang telah bertukar pemilik kepada bukan Melayu.
"Tindakan ini membabitkan pertukaran hak milik tanah rizab Melayu yang berlaku menerusi pengambilalihan pemegang saham atau melalui pemilikan syarikat," katanya semasa menjawab soalan tambahan Datuk Samsol Bari Jamali (BN-Semarang).

SUMBER



No comments:

Post a Comment