Wednesday, November 19, 2014

LEPAS NI JUAL MELAYU PULAK!!!!

Besar mana sangat Pulau Pinang tu dan kalau dah habis tanah di jual Cina DAP..Lim Guan Eng nak jual apa pulak..???? Nak jual Melayu Pulau Pinang..!!!!


DAP P.Pinang bergantung kepada hasil penjualan tanah.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid berkata, perkara itu dibuktikan menerusi pembentangan Bajet 2015 oleh kerajaan negeri dalam sidang DUN minggu lalu yang jelas menunjukkan akan menjana pendapatan daripada penjualan barang-barang yang dianggarkan berjumlah RM308 juta atau sebanyak 69.8 peratus.
Tambahnya, pendapatan itu termasuk yang disumbangkan oleh hasil premium tanah berjumlah RM307 juta atau 99.5 peratus yang merangkumi pemberian milik bayaran khas (RM235 juta), pemberian hak milik (RM50 juta) dan tukar syarat (22 juta).
“Kesimpulannya, premium ta­nah menyumbang sebanyak 46.7 peratus kepada keseluruhan hasil yang akan diperoleh kerajaan negeri pada tahun hadapan.
“Amat jelas, hasil premium tanah merupakan penyumbang terbesar bagi hasil Kerajaan DAP Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Jahara, urusan penjualan tanah milik kerajaan negeri itu berlaku secara konsisten terutama sejak 2011 bermula dengan penjualan Bayan Mutiara kepada Tropicana Ivory Sdn. Bhd. berjumlah RM1.07 bi­lion.
Pada Oktober 2013 pula, kata­nya, kerajaan negeri menjual ta­nah seluas 16 hektar pada harga RM65.34 juta kepada PE Land Sdn. Bhd. untuk pembinaan pusat jualan dan peruncitan serta hotel mewah.
Tambah beliau, ia disusuli penjualan tanah seluas 99 hektar kepada Aspen Land Sdn. Bhd. berharga RM484 juta bagi pembinaan pusat beli-belah dan pembangunan bercampur di Ba­tu Kawan.
Turut dijual, kata Ja­hara, adalah tanah di lokasi sama seluas 12 hektar kepada Paramount Corp. Berhad berharga RM65.56 juta dan 190 hektar lagi kepada Eco World Development Group Berhad berharga RM1.02 bilion untuk pembinaan padang golf dan pembangunan bercampur.
“Sehubungan itu, adalah munasabah untuk merumuskan kerajaan negeri banyak bergantung kepada pemberian hak milik tanah serta penjualan tanah milik negeri sebagai sumber kewangan negeri.
“Berdasarkan fakta-fakta tersebut, kenyataan Guan Eng yang menyangkal Pulau Pinang di ba­wah pimpinan beliau bergantung besar kepada hasil jualan tanah adalah tidak masuk akal,” katanya.


Utusan
SUMBER



No comments:

Post a Comment