Wednesday, April 27, 2011

HISHAMUDIN DAN ISA DI KURUNG DALAM PETI SEJUK !!!!!

Jangan asyik bercakap, ambillah tindakan yang sepatutnya. Adakah sekiranya PAKATAN RAKYAT menang PRU13 nanti, DAP akan membenarkan kita bercakap seperti mana kita benarkan mereka bercakap sekarang!



Idea Hitler: Dakwaan bermuslihat politik - TPM

IPOH 26 April - Dakwaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dikatakan menggambarkan seolah-olah Malaysia mengamalkan idea Adolf Hitler merupakan satu kenyataan yang tidak berpijak di bumi nyata dan bermuslihat politik.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, jika Malaysia mengamalkan idea Hitler yang bersikap diktator, Pulau Pinang tidak akan menikmati kemajuan seperti dilihat hari ini.
"Saya tidak tahu daripada mana dia belajar mendapat ilmu itu (sehingga menggambarkan seolah- olah Malaysia mengamalkan idea diktator).
"Kita tidak mengamal sistem kuku besi atau bersikap diktator, sebaliknya mengamalkan sistem demokrasi, dasar perniagaan yang terbuka dan kemajuan untuk semua kaum tanpa mengira warna kulit," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutup Minggu Amanah Saham Malaysia (MSAM) 2011, di sini hari ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas kecaman blog Minda Intelek Melayu (M.i.M) terhadap Guan Eng yang dikatakan cuba menggambarkan seolah-olah negara ini mengamalkan idea Hitler iaitu seseorang itu lebih unggul daripada yang lain kerana warna kulit.
Idea berkenaan menurut blog M.i.M itu dilontarkan oleh Guan Eng dalam perutusan beliau sempena sambutan Hari Easter 2011 seperti yang disiarkan menerusi laman blognya kelmarin.
Kenyataan Guan Eng itu, kata blog berkenaan, berbaur hasutan dan berat sebelah kerana adalah tidak masuk akal apabila segala yang terbina dalam negara ini adalah berdasarkan kepada idea-idea Hitler.
Muhyiddin berkata, sejak memerintah, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mengagihkan kekayaan negara kepada hampir semua kelompok masyarakat tidak kira di bandar atau luar bandar.
Tegas Timbalan Perdana Menteri, ukuran kejayaan kepada usaha itu dapat dilihat apabila pendapatan per kapita penduduk meningkat, semua kaum menikmati limpahan kemakmuran negara selain mendapat pengiktirafan masyarakat antarabangsa seperti Bank Dunia.
Malah, beliau menambah, contoh klasik kejayaan dasar kerajaan adalah negeri Pulau Pinang yang berkembang menjadi kota metropolitan hasil sokongan kerajaan Pusat, rakyat pelbagai kaum dan pelabur asing.
"Saya tidak faham apa asas dakwaan beliau. Saya fikir ia satu kenyataan yang tidak adil," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0427&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm

10 comments:

  1. Malang nya dapat Menteri KDN PONDAN. Bukan memuji, tapi kalau lihat di Singapork mereka sangat tegas dalam hal2 seperti ini. That's why kat sana everything under control. Kat Msia, semuanya boleh walaupun perkara2 agama dan penghinaan terhadap Kerajaan Melayu dimainkan.

    HISHAMUDIN, CUKUP2LAH TIDUR TU. Susah sangat jom desak mamat pondan ni resign.

    ReplyDelete
  2. zsk69..betul tu...biar pembangkang yang tiap2 pg bila bangun tidur sakit hati...kat malaysia...kita penyokong kerajaan yg sakit hati tiap2 pagi!!!!

    ReplyDelete
  3. Pak menteri hanya berani dengan kaum sendiri saja dengan cina kecut teloq...hang ponen.cium keris minta maaf.Agong cium keris tak apa pun.

    ReplyDelete
  4. Menteri KDN main politik selamat atatupun tak tau undang2... negara yang akan mengahadapi kehancuran pun, dia tidak akan ambil tindakan... bayangkan kalu DAP jadi menteri KDN, aku rasa tak senang duduk BN nih... masuk keluar mahkamah ajer masa tu nanti...

    ReplyDelete
  5. Menteri KDN ada sepupunya sebagai PM. Payahlah sikit, 2 x5 saja kedua-duanya tu.

    ReplyDelete
  6. hangkedee....isu cium keris pun kita dah boleh nilai setakat mana kemampuan pk menteri tu...

    ReplyDelete
  7. Spin1001...ANWAR n DAP akan pastikan nama UMNO tak wujud lgsung kat bumi MALAYSIA ni... siapa sebut UMNO boleh kena hukum sebat!!!

    ReplyDelete
  8. Kenn...itulah masalahnya bila adik beradik pakat2 masuk politik!!!

    ReplyDelete
  9. Di PRI13 nanti, BN akan kalah teruk kalu ini macam!
    BN bersedialah utk jadi pembangkang yg silap sikit akan dihalau keluar Parliamen atau di ISAkan.
    Barulah UMNO akan sedar diri!
    Dah terlambat bhai, tiada esok bagi mu.
    Melayu mudah lupa ............

    ReplyDelete
  10. mohd...tak mungkin MP UMNO akan kena halau keluar parlimen sbb sebaik sahaja DAP dapat menubuhkan kerajaan persekutuan PRU13...terus je MP UMNO ni kena ISA....tak percaya tengok!!!

    ReplyDelete