Saturday, April 16, 2011

BODOH DAN ZALIM...

Hanya kerana isu kenaikan  komisyen RM0.90  sahaja KERAJAAN SEJAHTERA KEDAH menamatkan perkhidmatan POS MALAYSIA sebagai ejen pembayaran bil air SADA yang selama berkurun memudahkan rakyat. KERAJAAN SEJAHTERA sanggup membiarkan rakyat kerugian RM beratus ribu  apabila terpaksa membayar kos tambang dan minyak hanya untuk membayar bil air!!! 

 

Lebih malang lagi Pelajar UNIVERSITI UTARA MALAYSIA turut menjadi mangsa kelemahan pentadbiran KERAJAAN SEJAHTERA!!!

 

Kerajaan Kedah susahkan rakyat

JERLUN 15 April - Kerajaan Pas Kedah sepatutnya mendahulukan kepentingan rakyat dalam pentadbirannya tetapi sebaliknya membuat beberapa keputusan yang kurang tepat sehingga menyusahkan orang ramai.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, keputusan kerajaan negeri menamatkan perkhidmatan pembayaran bil bekalan air di pejabat pos dan menaikkan cukai tanah Universiti Utara Malaysia (UUM) sehingga 10 kali ganda setahun ternyata menyusahkan banyak pihak.
Menurut beliau, meskipun keputusan berkenaan dibuat sebagai antara cara untuk menambahkan pendapatan kerajaan negeri, namun pada masa yang sama mereka mesti memastikan kebajikan rakyat terpelihara.
"Kalau pun mahu meningkatkan pendapatan kerajaan negeri, janganlah sampai ia menjadi bebanan kepada rakyat,'' katanya kepada pemberita selepas Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Persatuan Francais Malaysia (MFA) bersama Wanita UMNO Jerlun di sini, semalam.
Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun memberitahu, beliau banyak menerima rungutan daripada penduduk negeri ini yang berasa terbeban dengan penamatan peranan pejabat pos sebagai ejen kutipan bayaran bil Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd., (SADA) mulai bulan lepas.
Kata beliau, rata-rata bil air penduduk khususnya yang tinggal di kampung bukan dalam jumlah besar iaitu sekitar RM7 hingga RM10 sahaja sebulan.
Namun, menurutnya, akibat penamatan itu, orang ramai terpaksa menaiki kenderaan atau menyewa teksi ke pekan untuk membuat pembayaran, sekali gus meningkatkan kos pengangkutan mereka.
"Pada masa keputusan itu dibuat, bekalan air di sesetengah kawasan seperti di UUM pula tidak mencukupi. Pihak pengurusan UUM terpaksa membawa lori tangki air untuk bekalan pelajar yang kemudiannya diangkut dengan baldi.
"Saya tidak dapat bayangkan sebuah universiti bertaraf tinggi seperti UUM yang menyasarkan untuk menjadi antara universiti terbaik di rantau ini terpaksa melalui masalah seperti itu. Ini satu kegagalan kerajaan negeri," katanya.
Selain itu, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu, beliau juga dimaklumkan bahawa UUM kini dikenakan bil cukai tanah melebihi RM1 juta setahun berbanding RM100,000 yang perlu dibayar sebelum ini.
Tindakan itu, katanya, amat dikesali kerana ia pasti membebankan universiti tersebut untuk membuat bayaran yang meningkat 10 kali ganda.
"Janganlah buat keputusan yang sampai ke tahap membebankan institusi pengajian tinggi awam yang banyak menyumbang dan memberi manfaat kepada penduduk dengan kewujudannya," kata beliau.

No comments:

Post a Comment