Friday, April 15, 2011

'BENDA NI' SAMA SAJA KAN....

Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO tetapi akhirnya semua orang tahu apa yang telah berlaku!





Begitu juga dengan Husam Musa....

Anggota Jawatankuasa PAS Pusat,Datuk Husam Musa berkata beliau tidak berniat untuk bertanding jawatan Presiden PAS pada muktamar agung parti itu pada Jun depan walaupun menerima pencalonan daripada beberapa cawangan.

BERNAMA melaporkan Husam juga meminta semua cawangan lain parti itu tidak mencalonkannya lagi untuk jawatan tersebut tetapi akan memikirkan dengan mendalam jika dicalonkan bagi jawatan lain.


"Kepada semua anggota PAS saya tidak mempunyai cadangan atau niat untuk bertanding bagi jawatan Presiden dan ingin saya nyatakan akan berdiri teguh di belakang kepimpinan Presiden,Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan akan terus menyokongnya bagi jawatan itu.Kepada yang telah mencalonkan saya untuk jawatan itu saya mengucapkan terima kasih dan terpaksa menolaknya. Buat masa ini saya mahu bertanding bagi peringkat anggota jawatankuasa sahaja," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kota Darul Naim.

Sebelum ini PAS Cawangan Bukit Bintang membuat kejutan mencalonkan Husam bagi jawatan itu.Pada pemilihan pucuk pimpinan sebelum ini Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan tewas bagi jawatan Timbalan Presiden kepada Nasharuddin Mat Isa.

Beliau berkata tidak ada sebab bagi dirinya untuk menerima pencalonan itu apatah lagi Hadi merupakan individu yang telah membawanya ke dalam parti itu sebaik tamat pengajian di universiti.Sementara itu,Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri terus mengelak bila ditanya isu Bazar Tok Guru yang sehingga kini belum mencapai jalan penyelesaian.

"Hari ini kita hanya bercakap mengenai jawatan dan pilihan raya negeri Sarawak sahaja. Isu ini akan kita bincang kemudian," katanya.

Sebelum ini Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Ab Salim Ahmad mendakwa kerajaan negeri enggan mengadakan perbincangan lagi mengenai nasib lebih 300 peniaga yang diarah berpindah ke bazar itu pada hujung bulan depan.Sehubungan itu peniaga itu tetap tidak berganjak untuk terus kekal di pasar lama itu kerana mendakwa kerajaan Kelantan pimpinan PAS tidak menunaikan janji untuk menempatkan mereka di tempat yang selesa dan murah.

No comments:

Post a Comment